Monday, August 24, 2015

Kehebatan Seorang Wanita , Khususnya Seorang Ibu Mendidik Anak Dan Membantu Keluarga Sehingga Hasanah


" Rasulullah صلى الله عليه وسلم memberi berita yang baik khususnya kepada kaum wanita, Apabila wanita itu sempurnakan solat 5 Fardhunya, Berpuasa penuh di dalam Bulan Ramadan dan Mentaati Suaminya, maka masuklah kemana mana Pintu Syurga yang dia mahu.

Jika eloklah kehidupan seorang wanita, ibu khususnya, maka sudah pastilah anak anaknya di rumah juga akan mendapat kehidupan yang baik. Jika baik kehidupan isteri , sudah pasti memberi kesan baik kepada suaminya. 

Sepertimana Al Habib Hassan Bin Soleh Al Jufri رضي الله عنه وأرضاه , yakni dikalangan Wali Allah yang Besar, Auliya'Allah yang Besar. Neneknya Habib Hassan dulu pernah mendidik dia sehingga dia menjadi seorang Ulama Besar. 

Neneknya sering memberi Hadiah kalau cucunya yakni Habib Hassan ini mengamalkan amal amal yang baik,kata neneknya, Ambillah hadiah ini daripada Allah سبحانه وتعالى . Supaya dia rasa semuanya sentiasa datang daripada Allah سبحانه وتعالى.

Neneknya juga selalu memberi Nasihat, Pesanan dan sebagainya untuk menjadikan dia seorang yang Soleh. Sehinggakan kalau dia nak lakukan sesuatu, Ingat jangan buat perkara ni sebab Allah sedang Melihat kamu, Jangan pergi ke tempat ini sebab Allah sedang Melihat kamu. Jadi sering ditanam dari kecil lagi, Allah Melihat kamu, Allah Bersama kamu, Allah sentiasa Memantau kamu sehingga Habib Hassan merasakan Allah itu Sangat Dekat dengannya. 

Sehinggalah Al Habib Hassan Bin Soleh Al Jufri رضي الله عنه terkenal dengan amalan Zikr, Allahu Ma'i, Allahu Nadziri, Allahu Syahidi, Allahu Qoribun Minni. Allah Sentiasa Bersama dengan aku, Allah Sentiasa Melihat aku, Allah Sentiasa Menyaksi aku, Allah Sentiasa Berada Dekat dengan aku. 

Jadi bila Habib Hassan membacanya setiap hari, seolah olah Allah سبحانه وتعالى sangat dekat dengan dia sehingga dia tak mampu nak buat perkara yang bercanggah dengan Perintah Allah dan tak mampu nak tinggalkan apa saja Perintah Allah سبحانه وتعالى . 

Jika kita sentiasa menggambarkan dalam fikiran kita dan merasai yang Allah Melihat kita, Menyaksi kita, Allah sentiasa bersama kita, maka sudah pastilah Kewujudan Allah سبحانه وتعالى yang kita gambarkan itu menjadi penghalang kepada Kemaksiatan dimana saja kita berada, dan kehidupan kita juga bertambah baik. "

- Ad Da'ie IlaAllah Al Habibuna Omar Bin Abdur Rahman Al Jufri حفظه الله تعالى-

No comments:

Post a Comment