Monday, August 10, 2015

HAK ANAK YANG PERLU SEORANG AYAH TUNAIKAN ANTARANYA ADALAH MEMILIH IBU YANG BAIK BAGI ANAK,MEMILIH NAMA YANG BAIK KEPADA ANAK DAN MENGAJARKAN ANAK ITU AL-QURAN



KALAU AYAH/SUAMI NAK ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA MENJADI ORANG-ORANG YANG SOLEH DAN SOLEHAH MAKA CHECKLAH DIRI ITU DULU BAIKI DIRI KITA DAHULU USAHAKAN UNTUK DIRI KITA MENJADI ORANG YANG SOLEH YANG BAIK DAHULU

ANTARA CARANYA ADALAH DENGAN KITA LUANGKAN MASA KITA MENGHADIRI MAJLIS-MAJLIS ILMU

Pada zaman Pemerintahan Amirul Mukminan Saidina Umar Al-Khattab Radhiyallahu'Anhu.Datang seorang ayah yang membawa bersama anaknya berjumpa dengan Saidina Umar Al-Khattab Radhiyallahu'Anhu mengadu mengenai anaknya yang degil,nakal yang tak dengar kata ayahnya.

Lalu Saidina Umar Al-Khattab bertanya kepada anak tersebut "Wahai anak.Kenapa kamu tidak dengar kata ayahmu kerana mendegar kata seorang ayah itu adalah hak yang perlu ditunaikan seorang anak kepada ayahnya."

Maka si anak itu bertanya kepada Saidina Umar Al-Khattab Radhiyallahu'Anhu "Tadi Tuan bagitahu hak seorang ayah yang saya kena buat maka saya ingin bertanya kepada Tuan apakah hak seorang anak yang perlu dibuat oleh ayah."

Lalu Saidina Umar menyebutkan ada 3 hak anak yang ayah kena buat iaitu

1)Memilih ibu yang baik bagi anak
2)Memilih nama yang baik
3)Mengajarkan anak itu Al-Quran

Maka budak itu berkata "Wahai Tuan.Ayah saya tak buat langsung ketiga-tiga hak saya.Yang pertama mak saya.Ayah saya beli hamba yang murah-murah dan bersama dengannya maka lahirlah saya.Bermakna dia tidak memilih ibu yang baik untuk saya.Yang kedua,ayah saya beri nama kepada saya Jula yang membawa maksud serangga dan ayah saya tidak pernah mengajarkan kepada saya walaupun 1 huruf Al-Quran."

Selepas mendengar kata-kata si anak itu maka Saidina Umar Al-Khattab melihat kepada si ayah dan berkata "Wahai ayah.Kamu dulu yang derhaka kepada anak sebelum anak itu derhaka kepada kamu."

Kadang-kadang kita ini pergi jumpa Ustaz minta nasihat,minta doa untuk anak kita,mengadu "Ustaz!!Anak saya tak dengar cakap.Kenapa nakal sangat."Check dulu kita ini macam mana dengan anak-anak kita.Yang pertama pilih ibu yang baik."Ustaz anak saya memang nakal.Jadi saya nak kena pilih ibu baru ke?"

Tak payah!!!Yang ada sekarang ini kita baiki.Bagaimana cara paling berkesan nak baiki isteri/ibu?Cara yang paling berkesan adalah baiki suami/ayah dulu.Suami/Ayah kena hadi baik dulu kena jadi soleh dulu.

Kita kadang-kadang selalu lihat salah orang.Ayah kata salah mak.Yang mak pula kata salah ayah.Jadi bila nak selesai masalah.Jadi penyelesaian kita mulakan dengan diri kita dulu.Kita muhasabah diri kita dulu kita ubah diri kita dulu.

Bila kita hadir majlis-majlis ilmu maka kita boleh baiki diri kita sedikit demi sedikit.Cara yang paling terbaik untuk kita nak ubah diri kita adalah kita hadir majlis ilmu.Yang kedua,kita kasi nama yang baik-baik kepada anak kita.Kita berikan nama Para Nabi,Para Sahabat ataupun kita berikan nama-nama yang membawa maksud yang baik-baik.

Akhir sekali adalah kita ajarkan kepada anak kita Al-Quran.Kalau kita tak boleh nak ajarkan kepada anak kita maka kita boleh hantar anak-anak kita belajar dengan Ustaz.Sekarang ini banyak pengajian-pengajian baik yang berbayar mahupun yang percuma.Yang paling terbaik adalah kita sendiri yang mengajarkan anak-anak kita.

#MutiaraKata[AL-FADHIL USTAZ SYED NORHISYAM AL-IDRUS HAFIDZOHULLAH]

#MuhasabahDiri
#JomKitaMengunjungiRumahAllah
#JomKitaSolatBerjemaah
#JomKitaHadiriMajlisIlmu
#JomKitaMengambilIlmuSecaraBersanadBertalaqqiDudukBersamaParaGuru
#JomKitaTunaikanHakHakKita
#PeringatanBuatDiriSendiriTerutamanyaDanBersamaSecaraUmumnya
#MaafAdaPenambahanPenguranganPerubahanDanKesilapanAyatDalamPenulisan
#SemogaMendatangkanManfaatkanBuatDiriSayaTerutamanyaDanKepadaSemuaYangMembacanya
#SalingIngatMengingatkan

No comments:

Post a Comment