Friday, January 29, 2016

TIADA LURUS IMAN SEORANG HAMBA SEHINGGA LURUS HATI

TIADA LURUS IMAN SEORANG HAMBA SEHINGGA LURUS HATINYA DAN TIADA LURUS HATINYA SEHINGGA LURUS LIDAHNYA

BERSYUKURLAH DENGAN NIKMAT LIDAH YANG DIBERIKAN INI DENGAN KITA MEMANFAATKANNYA UNTUK BERUSAHA MERAIH KASIH SAYANG DAN KEREDHAAN ALLAH TA'ALA DAN KITA PELIHARALAH AKAN IA SEBAIK-BAIKNYA AGAR IANYA TIDAK MENGUNDANG MURKA DAN LAKNAT ALLAH TA'ALA KEPADA DIRI

JANGAN BIASAKAN DIRI KITA UNTUK MENGUMPAT DAN MENCARI-CARI KEAIBAN ORANG LAIN DIKERANAKAN 
APA YANG KELUAR DARI LIDAHMU ITU ADALAH MENGGAMBARKAN APA YANG BERADA DI DALAM HATIMU

ITU MENANDAKAN HATI KITA INI GELAP, KERAS, BUSUK DAN MATI SEKIRANYA KITA SUKA MENGUMPAT DAN MENDENGAR PERKARA-PERKARA YANG TIDAK BERFAEDAH

6 PERKARA YANG DIHARUSKAN UNTUK KITA MENGUMPAT YANG TIDAK MENDATANGKAN DOSA KEPADA DIRI 

Di dalam Al-Quran Allah سبحانه  وتعالى berfirman [ertinya] "Wahai sekalian mereka yang beriman! Jauhkan oleh kamu akan banyak daripada sangka (iaitu sangka yang jahat) kerana bahawasanya setengah daripada sangkaan itu dosa. Dan jangan kamu mencari dan memeriksa aib manusia. Dan jangan mengumpat setengah kamu akan setengah. Adakah suka seorang kamu bahawa makan ia daging saudaranya pada ketika mati maka benci kamu akan dia dan takut oleh kamu akan Allah Ta'ala. Bahawasanya Allah Ta'ala itu sangat menerima taubat lagi sangat kasih sayang." [Al-Hujurat:12]

Nabi ﷺ bersabda [ertinya] "Jauhkan oleh kamu akan diri kamu dan jauhkan oleh kamu akan mengumpat kerana bahawasanya mengumpat itu lebih bersangatan daripada berzina."
Bersabda Nabi ﷺ lagi
"Bahawasanya seorang lelaki terkadang berzina ia dan taubat ia maka menerima Allah Ta'ala akan taubatnya. Dan bahawasanya yang mengumpat itu tiada di ampuni baginya hingga mengampuni baginya oleh orang yang diumpatnya."

Mengumpat ini adalah dosa besar. Ada di antara mengumpat yang lebih bahaya daripada bahaya yang lainnya. Mengumpat ini sendiri ada bermacam-macam kategori. Contohnya seperti mengumpat orang alim. Kita mengumpat saudara kita biasa-biasa, mengumpat kawan-kawan kita baik itu kawan sekolah dan sebagainya. Itu sahaja dah macam engkau makan dia tetapi kalau kita umpat orang alim bahayanya macam kita makan daging dia dan daging dia itu beracun. Sangat binasa!!!!!

Kalau kita dengar ada orang-orang suka umpat orang alim itu binasa. Kalau kita dengar orang-orang mengumpat orang alim buat majlis ini bida'ah, orang itu bida'ah binasa. Eh!! Tak ada pun binasa? Binasa nanti!! Bila engkau tak rasa binasa itulah binasa namanya. Bukan binasa itu besoknya mulut engkau tak boleh nak buka. Bukan binasa itu besoknya mata engkau terus tak nampak. Bukan!!! Tetapi BINASA itu adalah bila HATI engkau tak nampak engkau punya kesalahan. Itu binasa namanya.

Jadi mengumpat orang alim membawa kepada segala kebinasaan. Umpat orang yang engkau tak kenal, umpat orang engkau tak tahu macam mana engkau nak taubat? Engkau umpat fulan ini fulan itu tapi engkau tak jumpa dia minta maaf. Macam mana engkau nak taubat? Sebab engkau sendiri tak kenal dia. Ingat!!!! Dosa mengumpat ini Allah Ta'ala TAK AKAN AMPUNKAN ENGKAU selagi mana ORANG YANG ENGKAU UMPAT itu TAK AMPUNKAN ENGKAU.

Umpat orang yang engkau tak boleh nak jumpa. Misalnya macam engkau tengok dekat TELEVISYEN orang yang baca berita ke. Engkau kata apa macam dia punya cara baca ini. Macam-macam orang suka komen kan? Jadi engkau kena jumpa dia minta maaf dengan dia. Kalau tak ada. Macam mana engkau nak minta maaf?? Susah engkau nanti di Yaumul Akhir!!!!

Sama macam bila engkau pergi mana-mana tempat. Engkau nampak orang, engkau tengok orang dan engkau sendiri tak kenal pun siapa dia tapi macam-macam keluar dari mulut engkau itu. Engkau umpat dia itu, ini semua. Engkau kena jumpa minta maaf dengan dia. Payah kan?? Memang payah sebab itu siapa suruh engkau mengumpat orang.

Jangan engkau mengumpat orang yang tak kenali, jangan engkau mengumpat orang yang sudah meninggal dunia dan jangan engkau mengumpat orang satu negeri. Contohnya engkau cakap "Orang Indon memang begitu. Orang Bangla memang macam itu. Engkau umpat!! Macam-macam engkau katakan. Segala Indon dari awal Indon sampai akhir Indon akan tuntut dekat engkau pada Yaumul Akhir nanti. Engkau sebut Bangla dari segala awal Bangla sampai akhir Bangla tuntut dekat engkau nanti.

Macam mana engkau TAK JADI MUFLIS pada Yaumul Akhir nanti. Orang PAHALA BERGUNUNG-GUNUNG boleh jadi MUFLIS sebab HUTANG DOSA BERGUNUNG-GUNUNG sebab MENGUMPAT.

Kita kadang-kadang tak perasan sebab mulut kita main cakap sahaja. Jangan!!! Jangan!! Jadi jangan mengumpat orang yang engkau tak kenal bahkan orang yang engkau kenal sekalipun. Jangan mengumpat orang satu negeri. Jangan mengumpat orang satu kaum. Ingat itu!!!! Dosa semuanya itu.

Akan tetapi, ada juga umpat yang diharuskan yang tidak berdosa. Umpat yang tidak berdosa yang diharuskan terbahagi kepada 6 kategori iaitu:

1)Mengadu Mufti, minta fatwa daripada Mufti. Engkau minta hukum untuk engkau laksanakan sendiri. Sepertimana seorang Sahabat berjumpa Rasulullah ﷺ bertanya "Ya Rasulullah. Suami aku ini bakhil. Boleh ke aku ambil wang daripada poketnya untuk aku gunakan untuk kadar keperluanku?"

Dengan menyebutkan "Suami aku bakhil?". Umpatkan namanya itu? Tapi kenapa dia bilang macam itu? Sebab nak minta fatwa. Jadi Rasulullah ﷺ pun tak bilang "Mengumpat suami engkau". Tidak!!!! Tapi Rasulullah ﷺ mengatakan "Boleh ambil". Jadi bermakna di situ kalau engkau nak bertanya sesuatu kena buka pekung umpat tak boleh. Nak tak nak engkau kena sebut jua cela orang itu. Itu tak apa.


2)Mengadu Qodi. Dalam zaman kita sekarang macam report polis dan pihak berkuasalah. Engkau mengadu
kezaliman dan pengkhianatan yang berlaku dan sebagainya. Misalnya engkau nak bilang pada pegawai polis engkau nampak seseorang yang mencurigakan yang buat yang bukan-bukan. Yang ini engkau boleh sebutkan. Biar polis dan pihak yang berkenaan siasat untuk mengambil tindakan.

3)Minta tolong orang Islam untuk menyelamatkan orang yang lainnya. Meminta pertolongan untuk mengubah kemungkaran yang berlaku. Misalnya engkau nampak orang berjudi, orang minum arak, buat maksiat, berzina. Engkau kata "Budak ini. Kalau aku tegur nanti takut jadi gaduh nanti. Dia tak terima." Jadi engkau boleh mengadu kepada orang lain sebut kemungkaran yang dia lakukan sebut "begini, begini" untuk engkau nak orang itu tegur. Itu umpat namanya kan? Tapi harus kenapa? Sebab dengan niat engkau sebutkan begitu akan ada orang yang boleh tegurnya ambil tindakan.

4)Menyelamatkan Muslimin daripada cela, kejahatan seseorang seperti seorang yang nak minta kerja dekat tempat kita. Jadi kita boleh jumpa dan bertanya kepada bekas majikan orang itu macam mana karektor orang itu perangainya, akhlaknya, amanahnya dan sebagainya untuk kita nak tahu boleh tak kita terima dia ataupun tidak. Jadi kita jumpa bekas majikannya itu tanya kenapa dia berhenti kerja dan sebagainya.

Jadi diharuskan untuk sebut macam mana keadaan orang itu. Umpamanya bekas majikannya itu sebut dia berhenti kerja sebab dia panjang tangan, dia dulu ada masalah dengan staff lain, suka datang lambat dan sebagainya. Itu mengumpat kan? Tapi boleh engkau nak sebutkan. Demikian juga seseorang yang nak meminang ditanya tentang perempuan atau lelaki yang nak dikahwininya maka harus didedahkan keburukannya sekiranya ada.

Seperti di zaman Rasulullah ﷺ ada seorang wanita yang dipinang oleh 2 orang. Jadi dia tak tahu siapa yang dia nak pilih. Lalu dia tanya sama Rasulullah ﷺ "Ya Rasulullah. Aku dipinang oleh 2 orang fulan dan fulan tapi aku tak tahu yang mana satu aku nak pilih." Jadi Rasulullah ﷺ bilang "Yang pertama itu suka pukul bini dan yang kedua itu isterinya berkenaan dan tidak berkenan dengan engkau."

Umpat tak itu namanya? Umpat sebab sebut sifat cela tapi harus kerana keperluan. Jadi Rasulullah ﷺ kenalkan kepada wanita itu seorang yang ketiga untuk dia berkahwin. Jadi ini umpat yang diharuskan sebab nak selamatkan kecelaan seseorang.

5)Mengumpat seseorang, memperkenalkan seseorang yang memang sudah biasa, terkenal dengan gelaran, panggilan sedemikian. Misalnya dalam satu kampung ada 15 orang nama Ahmad. Ahmad Tinggi, Ahmad Pendek, Ahmad Hitam, Ahmad Putih, Ahmad Gemuk, Ahmad Kurus dan sebagainya. Yang ini kalau orang tak sebut gelarannya maka orang tak kenal siapa dia. Umpamanya Ahmad Botak. Sekiranya orang tak sebut gelarannya orang tak tahu siapa dia. Jadi sebutlah ini tak berdosa, diharuskan.

6)Mengumpat orang yang sengaja buat maksiat secara terang-terangan. Minum arak depan orang, main judi, berzina semuanya. Ini harus engkau umpat dia. Kenapa? Sebab dia buka pekung dirinya sendiri, buka keburukan dirinya sendiri secara terbuka tapi sekiranya dia buat secara sembunyi-sembunyi tak harus engkau umpat tentang dia.

Dan atas dasar yang ini. Engkau umpat orang kafir harus. Kita umpat orang kafir tak berdosa sebab orang kafir sebesar-besar dosanya apa? KUFUR kepada Allah Ta'ala. Engkau mengatakan agama dia sekian, agama dia sekian maka segala kecelaan yang lain dikira kecil. Engkau umpat tak salah cuma TAK DIGALAKKAN MENGUMPAT ORANG KAFIR kerana SEKIRANYA ENGKAU DAH TERBIASA UMPAT ORANG KAFIR NANTI LAMA-KELAMAAN ENGKAU AKAN MENGUMPAT ORANG ISLAM.

Kesemua 6 perkara yang kita disebutkan ini semuanya boleh engkau nak gunakan tapi tujuaannya ADALAH BAIK. Tak ada satu pun tujuaan untuk NAK MENGAIBKAN dan tak ada satu pun untuk tujuan KEPENTINGAN DIRI SENDIRI. Itu penting di situ. Tidak ada kepentingan sendiri, tidak ada kepentingan membuat orang benci si fulan, tidak ada kepentingan buka aib KECUALI nak BERIKAN KEBAIKAN.

Jangan engkau gunakan 6 DASAR ini untuk saling umpat dia, attack dia, jatuhkan dia, gulingkan dia. Tidak begitu!!! Itu adalah FITNAH namanya. Oleh kerana itu, peliharalah lidah engkau itu baik-baik. Jangan engkau berani nak mengumpat sesiapa pun dikeranakan semua itu akan dipertanggungjawabkan kembali kepada engkau yang akan membuatkan engkau MUFLIS di YAUMUL AKHIR nanti.

Di antara TANDA-TANDA KESEMPURNAAN ISLAM SESEORANG ITU adalah MENINGGALKAN PERKARA-PERKARA YANG TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN DIA. Jadi perkara yang tidak ada kena mengena ialah apabila BERCAKAP orang itu TAK DAPAT APA-APA MANFAAT, FAEDAH LANGSUNG. Tak dapat faedah baik kepada yang BERCAKAP dan yang MENDENGAR. Itu perkara yang tak ada faedah, tak ada kena mengena.

Sebab itu Ulama bilang "Lebih baik engkau duduk bersendirian daripada engkau duduk, bercampur dan bergaul dengan ramai orang dikeranakan duduk bersendirian itu dapat menyelamatkan dirimu daripada bercakap sesuatu yang tidak berfaedah dan ianya juga tidak memberikan mudarat kepada orang lain berbanding sekiranya engkau duduk, bercampur dengan ramai orang tetapi apa yang engkau CAKAPKAN ITU semuanya tak mendatangkan FAEDAH, PAHALA kepada diri engkau dan kepada orang lain bahkan banyak mendatangkan DOSA."

Sebab itu kita lihat Para Auliya dan orang-orang soleh ini. Mereka ini lebih suka untuk bersendirian "berkhalwat" dengan Tuhannya berbanding nak habiskan masanya duduk borak-borak macam kita ini sebab setiap masa mereka itu akan dimanfaatkan sepenuhnya dipenuhi, diisi dengan ingatannya kepada Allah Ta'ala berzikir kepada Allah, mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah Ta'ala. 

Sekiranya kita jumpa, tengok orang yang macam ini dalam majlis yang dia itu banyak diam, tak banyak cakap, tak tegur kita sangat. Jangan kita cakap dia sombong pula. Itu bukan sombong namanya kecuali sekiranya memang dia tengok kita dan dia tarik muka dengan kita, dia tak nak salam dengan kita. Itu barulah sombong tapi sekiranya dia senyum dekat kita cuma dia jarang nak cakap dengan kita itu bukan sombong namanya.

#MutiaraKata[SYEIKH ABU ZAKI BIN YUSUF AS-SANGGAFURI HAFIDZOHULLAH]

JIKA DAHULU ORANG MENGUMPAT INI DISEBARKAN DARI MULUT KE MULUT TETAPI BAHAYANYA ZAMAN KITA SEKARANG INI SEBAB SEMAKIN CANGGIH TEKNOLOGINYA MAKA SEMAKIN BANYAK CARA ORANG NAK MENGUMPAT DISEBARKAN MELALUI MEDIA SOSIAL SEPERTI FACEBOOK, GROUP WHATSAPP, TWITTER, INSTAGRAM DAN SEBAGAINYA

AJARKANLAH LIDAH DAN TANGAN INI UNTUK BIASA MEMBERIKAN MANFAAT DAN MENJADI UBAT PENAWAR KEPADA HATIMU DAN JUGA KEPADA HATI ORANG LAIN DIKERANAKAN SEKIRANYA TIDAK DIMANFAATKAN SEPENUHNYA MAKA DIKHUATIRI IANYA AKAN LEBIH BANYAK MENDATANGKAN MUDARAT DAN MENJADI RACUN YANG AKAN MEMATIKAN HATIMU DAN JUGA HATI ORANG LAIN

MARILAH KITA SEMUA BERSAMA SELALU MENYIBUKKAN AKAN DIRI KITA INI UNTUK KITA LEBIH BANYAK MELUANGKAN MASA KITA UNTUK MELIHAT KEAIBAN-KEAIBAN DAN KELEMAHAN-KELEMAHAN DIRI KITA BERBANDING KITA SIBUK MENGUMPAT ORANG DAN SELALU MENCARI-CARI BERITA SENSASI YANG SEHINGGA IANYA MENAMPAKKAN AKAN KEAIBAN ORANG LAIN WALAUPUN KITA KATA KITA HANYA MELIHATNYA SAHAJA, KITA DENGAR SAHAJA TAPI KITA JOIN SEKAKI JUGA, AMBIL TAHU JUGA MAKA DOSANYA PUN KITA SAMA-SAMA TANGGUNG DAN DAPATKAN JUGA FREE-FREE GITU


SELALULAH KITA INGAT INI JANGAN SESEKALI KITA SUKA MENCARI-CARI KESALAHAN ORANG LAIN DAN MEMBUKA AIB ORANG LAIN DI DUNIA INI DIKERANAKAN NANTI DI AKHIRAT KELAK ALLAH TA'ALA PASTI DAN PASTI AKAN MEMBUKA AIB-AIB KITA DI HADAPAN SEKALIAN MAKHLUK-NYA. ALANGKAH MALU DAN MENYESAL KITA PADA WAKTU ITU. JADI KITA TAK SUKA DAN TAK NAK AIB KITA DIBUKA OLEH ALLAH TA'ALA MAKA JANGANLAH KITA SUKA UNTUK NAK MEMBUKA AIB ORANG LAIN.

SEMOGA ALLAH TA'ALA MENGURNIAKAN KEPADA DIRI KITA FUTUH (PEMBUKAAN) UNTUK KITA MENGENAL ALLAH TA'ALA YANG MANA MUDAH-MUDAHAN DENGAN KERANA ITU KITA SEMAKIN RINDU KEPADA ALLAH TA'ALA DAN TAK SABAR-SABAR NAK KEMBALI BERTEMU DENGAN-NYA.

SEMOGA KITA MENJADI ORANG-ORANG YANG SUKA MENDENGAR KATA-KATA NASIHAT PARA ULAMA, MENDAPATKAN ILMU DARIPADA PARA ULAMA, DUDUK DI DALAM MAJLISNYA PARA ULAMA DAN MENGAMALKAN APA YANG KITA DENGARKAN YANG KITA PEROLEHI DARIPADA ILMU YANG DISAMPAIKAN

SETERUSNYA KITA MENYAMPAIKAN KEPADA YANG LAINNYA DENGAN HARAPAN MUDAH-MUDAHAN KITA MENJADI ORANG-ORANG YANG MENJADI ASBAB KEBAIKAN DAN TURUNNYA HIDAYAH DARIPADA ALLAH TA'ALA KEPADA MASYARAKAT SEKELILING KITA

#JomKitaMuhasabahDiri
#HariJumaatPenghuluSegalaHari
#JomJagaAdabDanAkhlakKita
#JanganSukaMengumpat
#JanganSukaCariAibOrangLain
#JomTingkatkanKetaqwaanKita
#OrangYangMuliaDiSisiAllahAdalahMerekaYangPalingBertaqwa
#JomKitaBersihkanHatiKita
#JomKitaBerzikirDanBerselawat
#JomKitaMengimarahkanRumahAllah
#JomKitaJagaSolatBerjemaah
#JomKitaMenghadiriMajlisIlmu
#UbatBagiHatiAdalahIlmu
#JomKitaDekatkanDiriDenganParaUlamaDanSolihin
#MaafAdaPenambahanPenguranganPerubahanDanKesilapanAyatDalamPenulisan
#JomKitaSalingIngatMengingatkan
#SemogaMendatangkanManfaatKepadaSemuaYangMembacanya

JADUAL KEHIDUPAN HARIAN YANG DISUSUN USTAZ ISMAIL KAMUS

Sedikit perkongsian....

JADUAL KEHIDUPAN HARIAN YANG DISUSUN USTAZ ISMAIL KAMUS

1. bangun malam ( sekitar jam 3 pg)-mandi dan ambil wuduk
2. solat sunat wuduk.
3. solat sunat taubat.
4. solat sunat tahajjud (8 rakaat).
5. solat sunat hajat ( minta Allah makbulkan permintaan kita, bila2 masa kita minta).
6. solat sunat witir 3 rakaat.
7. istighfr 100x
8. tahlil 300x
9. لاَإِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَا نَكَ إِنِّيْ كُنتُ مِنَ الظَّا لِمِيْنَ. kali 40
10. tasbih 40x
11. solat sunat fajar.
12. solat subuh.
13. baca yaassin lepas subuh.
14. solat sunat dhuha 6 rakaat.
15. Solat Zohor.-solat sunat sebelum-solat sunat selepas
16.Solat Asar-solat sunat sebelum
17. Solat maghrib-solat sunat selepas
18. Solat Isya'-solat sunat sebelum-solat sunat selepas
19. Sebelum tidur baca :- al-quran- surah Al-mulk- surah sajjadah- surah al-waqiah
20.setiap hari mesti sedekah, walaupun sedikit.

“Didunia bukan tempat untuk berehat, tetapi tempat untuk beribadat."

Ustaz Ismail Kamus.

Ya Allah Ya Tuhanku...kurniakanlah juga kepada hambamu ini kenikmatan beribadat sebagaimana Engkau kurniakan kepada orang2 yang Engkau cintai.....

Thursday, January 28, 2016

SOAL HATI INI

SOAL HATI INI MEMANG SUSAH KITA NAK JAGA. APATAH LAGI DALAM BAB NAK BERAMAL. ALLAH!!! ITU YANG PALING MENCABAR SEKALI SEBAB KITA BILA NAK BERAMAL  SEBENARNYA TIDAKLAH SUSAH MANA PUN CUMA YANG SELALU DAN AKAN SELALU MENJADI MASALAH DAN UJIAN KEPADA DIRI KITA ADALAH MACAM MANA KITA INI NAK KEKALKAN KEIKHLASAN KITA DALAM BERAMAL SEMATA-MATA KERANA ALLAH TA'ALA

INI SEMUA MELIBATKAN KERJA HATI. BUKANNYA KERJA ZAHIR SEBAB  HATI KITA INI TAK PERNAH MENENTU BAHKAN YANG PALING MENAKUTKAN KITA ADALAH IANYA LAGI BANYAK YANG TAK SIHAT DARIPADA SIHAT SEBAB KITA SUSAH NAK JAGA HATI KITA, TAK TAHU MACAM MANA NAK JAGA HATI INI

KERANA ITULAH PENTINGNYA KITA BELAJAR ILMU TASAWWUF INI UNTUK KITA NAK MEMBERSIHKAN HATI KITA, MENGENAL PASTI, MELIHAT AKAN KELEMAHAN, KERENDAHAN DAN KEAIBAN DIRI KITA MASING-MASING BUKAN DI DEPAN MAKHLUK TETAPI DI DEPAN ALLAH TA'ALA

KITA MENGAKU SEMUA KEKURANGAN DIRI KITA, KITA MENGAKU SEGALA KELEMAHAN, DOSA DAN MAKSIAT YANG KITA LAKUKAN. BILA KITA SEDAR SEMUA ITU INSHALLAH KITA AKAN TENANG SEJAHTERA DAN AMAN

Siapa yang mengatakan belajar ilmu tasawwuf itu tidak penting, tidak wajib maka ketahuilah bahawasanya orang itu sebenarnya adalah orang yang jahil.

Saidina Umar Al-Khattab Radhiyallahu'Anhu menceritakan mengenai ketika beliau duduk di sisi Baginda Rasulullah ﷺ tiba-tiba muncul seorang lelaki yang putih pakaian yakni Malaikat Jibril عليه السلام  yang menyerupai seorang lelaki. Ketika Malaikat Jibril عليه السلام  datang berjumpa dengan Nabi ﷺ. 

Perkara pertama yang Malaikat Jibril tanya kepada Rasulullah ﷺ adalah apakah itu Islam? Kemudiannya yang kedua ditanya adalah Iman dan ketiga adalah mengenai apakah itu Ihsan.

Ulama mengatakan ini adalah rukun-rukun agama maka menuntut ilmu feqh, tauhid(aqidah), tasawwuf(ihsan/akhlak) serta mengamalkannya adalah fardhu ain bagi setiap orang yang beragama Islam.

Ilmu feqh itu adalah ianya menumpukan terhadap rukun Islam iaitu solat, puasa, zakat dan haji. Manakala ilmu tauhid ataupun disebutkan ilmu aqidah adalah diambil daripada rukum iman yang 6 iaitu Beriman Kepada Allah, Beriman Kepada Malaikat, Beriman Kepada Kitab, Beriman Kepada Rasul, Beriman Kepada Hari Kiamat dan Beriman Kepada Qada dan Qadar.

Ilmu tasawwuf/akhlak pula adalah ilmu yang mana ianya menumpukan kepada faedah, manfaat hukum hakam dan adab yang membawa manusia kepada melaksanakan rukun agama yang ketiga iaitu Ihsan.

Kalau ditanya mana datangnya nama tasawwuf ini maka jawapannya

1)Pertama adalah ianya adalah datang daripada panggilan suffiyyin yang kemudiannya diubah kepada sufi. Iaitu yang bermaksud lembut. Orang yang bertasawwuf ini hatinya lembut yang mana ia membimbing hatinya untuk kurang marah, bersabar, tidak hasad, tidak bersangka buruk pada orang lain dan mendidik melawan segala sifat-sifat mazmumah yang berada di dalam diri. 

2)Keduanya, masa itu orang Sufi ini  ketika itu memakai baju/pakaian yang diperbuat daripada kain bulu yang kasar yang mana ianya mendidik diri zuhud dengan dunia.

3)Dan ketiga adalah orang sufi adalah mereka yang selalu sembahyang di saf yang paling depan sekali sebab saf yang depan sekali fadhilatnya adalah besar. Mereka tak nak kehilangan untuk mendapatkan fadhilat yang besar ini sebab yang mereka harapkan hanyalah untuk mencapai redha Allah Ta'ala.

Apa faedahnya kalau kita ini belajar ilmu tasawuff ini? Faedah yang kita akan dapatkan bilamana kita mempelajari ilmu tasawwuf ini adalah ianya menyampaikan kepada mengosongkan hati daripada yang lain daripada Allah سبحانه وتعالى  dan menghiasinya dengan memandang kepada Tuhan sekalian alam.

Tasawwuf ini berasalnya daripada Al-Quran dan Al-Sunnah yang mana ianya membuang penyakit hati dan meletakkan pembersihan hati serta menginginkan petunjuk Allah سبحانه وتعالى. Saidatina Aisyah Radhiyallahu'Anhu menyebutkan "Akhlak Nabi ﷺ itu adalah akhlak Al-Quran."

Maka kenapa kita wajib belajar ilmu tasawwuf? Kita wajib belajar ilmu tasawwuf kerana pertama kita sekarang berada di akhir zaman. Zaman yang berleluasanya fitnah sana-sini. Zaman di mana ramainya Ummat tidak lagi menitikberatkan mengenai soal halal dan haram. Zaman di mana manusia tidak lagi ingin mendekatkan diri kepada Para Ulama. Keduanya kita lihat hari ini
berapa ramai orang yang berpuasa tetapi hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja dan berapa ramai orang yang berilmu sekarang tetapi dirinya tidak berakhlak, tidak beradab.

Ini semua datangnya daripada mana? Berpunca daripada apa? Tidak lain dan tidak bukan adalah ianya datang dari HATI kita ini. HATI yang tidak dijaga dan diberikan makanan rohani kepadanya sehingga akhirnya HATI menjadi SAKIT, HATI menjadi KERAS, HATI menjadi GELAP dan MATI. Oleh itu janganlah kita mengabaikan atau mengambil mudah mengenai ilmu tasawwuf ini kerana pentingnya akhlak melebihi segala-galanya.

Orang yang berilmu belum tentu lagi ianya mempunyai akhlak sepertimana yang diajarkan oleh Baginda Rasulullah  ﷺ. Akan tetapi orang yang mempunyai akhlak yang baik InshaAllah ianya sudah semestinya berilmu.

Maka ketahuilah maksud daripada ilmu tasawwuf itu adalah membersihkan segala anggota zahir daripada segala perbuatan yang keji supaya ada ia menyampaikan kepada membersihkan hati daripada segala sifat kecelaan. Dan dikehendaki dengan segala anggota yang zahir yakni 7 anggota iaitu:

1)Mata yang ia melihat dengannya

2)Telinga yng ia mendengar dengannya

3)Lidah yang ia dapat berkata-kata dengannya.

4)Perut yang ia dapat memasukkan sesuatu ke dalamnya.

5)Faraj/Kemaluan yang ia dapat menggunakannya untuk berjimak dan bersuka-suka dengan sekalian anak yang dapat dengan jimak itu.

6)Kedua-dua anggota tangan yang ia dapat gerakkan.

7)Kedua-dua anggota kaki yang ia dapat melangkahkan.

Maka dengan mempelajari ilmu tasuwwuf ini akan dapat mendidik kita untuk memelihara kesemua anggota badan kita yang mana ianya wajib di atas kita untuk memelihara dan mensyukuri nikmat yang Allah berikan kepada kita kerana nanti di hari kiamat tiap-tiap anggota bertutur bercakap ia dengan kejahatan yang keluar daripadanya.

#MutiaraKata[AL-HABIB NAJMUDDIN OTHMAN AL-KHERED HAFIDZOHULLAH, SYEIKH ROHIMUDDIN NAWAWI AL-BANTENI  HAFIDZOHULLAH & USTAZ MUHADIR HJ.JOLL AS-SENARRIY HAFIDZOHULLAH]

.............................................................


Kita bila belajar ilmu tasawwuf ini, baca kitab tasawwuf ini setengah orang hatinya bertengkar dengan Ustaz. Jangan!!! Jangan!! Ini adalah peringatan daripada Allah Ta'ala. Engkau iyakan sahaja tak perlu engkau banyak bicara, merungut dalam hati engkau kecuali semua itu hanya Allah Ta'ala juga yang dengarkan?

Bermakna hakikatnya engkau bertengkar dengan Allah tahu. Ini nasihat daripada Allah datang untuk mengingatkan engkau, memperindahkan akhlak engkau tetapi engkau bertengkar dengan Allah? Engkau berani bertengkar dengan Allah? Jangan!!! Jangan engkau bertengkar dengan Allah sebaliknya segala yang engkau dengar itu yang engkau baca itu maka engkau iyakan saja.

Iya Ya Allah memang aku melakukan dosa, Iya Ya Allah memang aku masih mengumpat, Iya Ya Allah memang aku suka berbantah-bantah, Iya Ya Allah memang aku takabbur, aku riak dan ujub, Iya Ya Allah memang mata aku liar, aku suka tengok maksiat, Iya Ya Allah memang aku suka dengar radio sehingga lalai daripada mengingati-Mu. Iya!! Iya!! Iya Ya Allah!!! Engkau mengaku, mengaku dan mengaku sahaja.

Dan apabila engkau dah mengiktiraf kerendahan diri engkau itu maka engkau serahkan sahajalah kepada Allah Ta'ala. Tidaklah engkau merendah diri kecuali Allah Ta'ala menaikkan akan dikau. Merendah ini NO.1 dengan Allah bukan dengan manusia. Maksud merendah diri dengan Allah adalah segala ilmu Allah
engkau junjung, segala teguran Allah engkau terima, segala maksiat kepada Allah engkau mengaku.

Jangan engkau bertengkar-bertengkar dalam hati ketika engkau belajar ilmu tasawwuf. Iyakan!! Iyakan!! Iyakan segala-galanya. Bukan dengan manusia tetapi dengan Allah Ta'ala sahaja engkau rendahkan diri. Memang hamba-Mu ini ada sifat sedemikian Ya Allah. Memang hamba-Mu ini lemah Ya Allah. Memang hamba-Mu ini selalu melakukan dosa dan maksiat Ya Allah. Bantulah hamba-Mu Ya Allah. Ampunkan dosa-dosa hamba-Mu Ya Allah.Rahmatilah hamba-Mu Ya Allah. Sayangilah hamba-Mu ini Ya Allah.

Begitulah engkau mengaku depan Allah Ta'ala. Bila engkau mengaku sakit depan doktor maka doktor kasi ubat. Engkau mengaku sakit depan Allah Ta'ala maka Allah kasi sembuh tetapi kalau engkau tak nak, engkau rasa engkau sihat ok pandai-pandailah engkau.

Engkau mengaku sahaja, engkau terima sahaja tak payah engkau argue dalam hati engkau. Terima sahaja. Belajar ilmu tasawwuf ini bukannya senang sebab belajar ini pun hati nak kena selalu betulkan hati, matikan hati daripada syahwat. Hati itu suka nafsu, hati itu suka dipuji, hati itu suka merasa aku dah ok, hati itu suka apabila beribadah dalam bab fadhilat amal engkau buat sekian dapat pahala sekian. Ana dah buat, ana dah buat.

Akan tetapi bila engkau belajar ilmu tasawwuf engkau rasa runsing sebab engkau mesti cela, engkau tak jaga mata, engkau tak jaga mulut. Macam-macam peringatan dan yang tak boleh nak buat. Siapa suka? Tak suka kan!! Tapi ubat mana yang tak pahit sebab semua itu adalah untuk kebaikan diri kita.

Sebab itulah kita bilang KEMUNCAK ILMU TASAWWUF ialah menjadi ARIFBILLAH. Mengenal kepada Allah Ta'ala. Dan tak dapat engkau kenal Allah Ta'ala kecuali engkau kenal diri engkau. Dan kita sekarang ini dalam peringkat nak mengenal diri kita. Engkau kenal diri engkau betul-betul "Engkau cela, engkau berdosa, engkau malas dan engkau macam-macam lagi." Barulah Allah bukakan pengenalan pada diri-Nya. Ini adalah proses untuk engkau mengenal Allah Ta'ala. Dan kalau proses ini sahaja engkau bantah, engkau tak nak mengenal diri engkau punya celaan maka macam mana Tuhan nak berikan pengenalan diri-Nya kepada engkau.

Setiap apa yang kita belajar ini untuk hasil FUTUH (Pembukaan) daripada Allah Ta'ala. Sampai ada setengah Wali-Wali dapat KASYAF. Ulama bilang "Sekecil-kecil punya FUTUH ialah kalau Tuhan bukakan kepada engkau
diri engkau akan KEAIBAN DIRI engkau." Jangan engkau nak minta jadi Wali minta kasyaf sebab engkau dapat tengok dosa orang tetapi engkau dapat tengok dosa engkau dulu itu paling penting.

Kita sebenarnya datang belajar ini sebab kita dalam proses nak mencapai kasyaf. Kasyaf apa? KASYAF ORANG AWAM. Kasyaf orang awam macam kita ialah apa? Engkau kenal cela dirimu sendiri. Engkau dapat kenal semua dosa engkau. Ini sebenarnya semuanya FUTUH (PEMBUKAAN). Apabila engkau merendahkan diri engkau, engkau kenal diri engkau, mengaku engkau salah sebenarnya itu bukan SATU KERENDAHAN tetapi itu FUTUH namanya PEMBUKAAN daripada Allah Ta'ala.

Engkau raikan, engkau sambut, engkau hiburkanlah engkau dapat rasa "Aku hina, aku jahil, aku dosa, aku memang ada buat salah." Engkau SYUKURLAH engkau dapat rasa itu. Jangan pula engkau bantah kata "Tak ada!! Tak ada!! Tak ada!! aku tak buat dosa, aku ok je, aku sihat je, aku tak buat begini, selama ini aku bukan begitu." Jangan!!! Sebab bila engkau DAPAT RASA BEGINI seorang-seorang itu FUTUH namanya. Itu PEMBUKAAN dari Allah Ta'ala. Itu KASYAF dari Allah Ta'ala awal peringkat CELA DIRI SENDIRI.

Ulama bilang "Kalau engkau bergaul dengan satu orang Alim tapi dia rasa dirinya OK. Dan kalau engkau bergaul pula dengan satu orang biasa sahaja tapi dia tahu CELA diri dia. Maka JAUH LEBIH BAIK engkau bergaul dengan orang biasa ini dia tahu cela diri dia BERBANDING engkau bergaul dengan orang Alim yang dia rasa dirinya ok."

Macam mana engkau nak bilang dia ALIM kalau dia TAK ADA ILMU yang BASIC ini iaitu ILMU CELA DIRI SENDIRI. Jadi sebetulnya engkau belajar ilmu tasawwuf, engkau baca dan engkau rasa bersalah, engkau rasa engkau jahat, engkau rasa engkau banyak silap. Itu FUTUH sebenarnya tau. Itu PERINGKAT AWAL BASIC MENGENAL ALLAH TA'ALA iaitu dengan engkau MENGENAL DIRI SENDIRI.

Mengenal diri sendiri itu apa? Mengenal Allah dengan KETINGGIAN-NYA dan mengenali diri sendiri dengan KERENDAHANNYA. Jadi bila Allah Ta'ala nak bukakan KETINGGIAN-NYA maka Allah Ta'ala akan bukakan dulu KERENDAHAN ENGKAU pada diri engkau. Engkau sambut baik, engkau mengaku, engkau perlu, engkau tunjuk engkau hendak maka Allah akan bukakan KETINGGIAN bagi pihak Allah Ta'ala.

#MutiaraKata[SYEIKH ABU ZAKI BIN YUSUF AS-SANGGAFURI HAFIDZOHULLAH]

MARILAH KITA SEMUA BERSAMA SELALU MENYIBUKKAN AKAN DIRI KITA INI UNTUK KITA LEBIH BANYAK MELUANGKAN MASA KITA UNTUK MELIHAT KEAIBAN-KEAIBAN DAN KELEMAHAN-KELEMAHAN DIRI KITA BERBANDING KITA SIBUK DAN SELALU MENCARI-CARI AKAN KEAIBAN ORANG LAIN. SELALULAH KITA INGAT INI.

JANGAN SESEKALI KITA SUKA MENCARI-CARI KESALAHAN ORANG LAIN DAN MEMBUKA AIB ORANG LAIN DI DUNIA INI DIKERANAKAN NANTI DI AKHIRAT KELAK ALLAH TA'ALA PASTI DAN PASTI AKAN MEMBUKA AIB-AIB KITA DI HADAPAN SEKALIAN MAKHLUK-NYA. ALANGKAH MALU DAN MENYESAL KITA PADA WAKTU ITU. JADI KITA TAK SUKA DAN TAK NAK AIB KITA DIBUKA OLEH ALLAH TA'ALA MAKA JANGANLAH KITA SUKA UNTUK NAK MEMBUKA AIB ORANG LAIN.

SEMOGA ALLAH TA'ALA MENGURNIAKAN KEPADA DIRI KITA FUTUH (PEMBUKAAN) UNTUK KITA MENGENAL ALLAH TA'ALA YANG MANA MUDAH-MUDAHAN DENGAN KERANA ITU KITA SEMAKIN RINDU KEPADA ALLAH TA'ALA DAN TAK SABAR-SABAR NAK KEMBALI BERTEMU DENGAN-NYA.

SEMOGA KITA MENJADI ORANG-ORANG YANG SUKA MENDENGAR KATA-KATA NASIHAT PARA ULAMA, MENDAPATKAN ILMU DARIPADA PARA ULAMA, DUDUK DI DALAM MAJLISNYA PARA ULAMA DAN MENGAMALKAN APA YANG KITA DENGARKAN YANG KITA PEROLEHI DARIPADA ILMU YANG DISAMPAIKAN

SETERUSNYA KITA MENYAMPAIKAN KEPADA YANG LAINNYA DENGAN HARAPAN MUDAH-MUDAHAN KITA MENJADI ORANG-ORANG YANG MENJADI ASBAB KEBAIKAN DAN TURUNNYA HIDAYAH DARIPADA ALLAH TA'ALA KEPADA MASYARAKAT SEKELILING KITA

#JomKitaMuhasabahDiri
#JomJagaAdabDanAkhlakKita
#TakPerluMencaciAtaupunMenghinaOrangLain
#JomTingkatkanKetaqwaanKita
#OrangYangMuliaDiSisiAllahAdalahMerekaYangPalingBertaqwa
#JomKitaBersihkanHatiKita
#JomKitaBerzikirDanBerselawat
#JomKitaMengimarahkanRumahAllah
#JomKitaJagaSolatBerjemaah
#JomKitaMenghadiriMajlisIlmu
#UbatBagiHatiAdalahIlmu
#JomKitaDekatkanDiriDenganParaUlamaDanSolihin
#MaafAdaPenambahanPenguranganPerubahanDanKesilapanAyatDalamPenulisan
#JomKitaSalingIngatMengingatkan
#SemogaMendatangkanManfaatKepadaSemuaYangMembacanya

Wednesday, January 27, 2016

SATU PANDUAN UNTUK KITA SEMUA SEBAGAI ORANG AWAM YANG KELIRU DAN BINGUNG

SATU PANDUAN UNTUK KITA SEMUA SEBAGAI ORANG AWAM YANG KELIRU DAN BINGUNG DENGAN PERMASALAH AGAMA YANG TERJADI PADA MASA INI YANG BANYAK TERJADI DI LUAR SANA. LEBIH-LEBIH LAGI DI DALAM MEDIA SOSIAL KHUSUSNYA YANG MANA BANYAK SANGAT YANG MENGELIRUKAN KITA SEBAGAI ORANG AWAM

UNTUK KITA BERHATI-HATI DAN MELIHAT SIAPAKAH GROUP YANG BENAR DAN YANG SALAH MAKA SERBA SEDIKIT KITA CHECK, AUDIT DIRI KITA, MUHASABAH DIRI KITA TELITI BETUL-BETUL, TANYA HATI DAN IMAN KITA YANG MANAKAH SATUKAH KITA BERADA SEKARANG INI

Macam mana kita nak tahu kita berada ditempat yang betul, pandangan yang betul dan sebagainya. Kita sebagai orang awam menjadi bingung apabila kita hadir di sesuatu majlis di sesuatu masjid. Ustaz-Ustaz kita pandangannya lain-lain mengatakan "Ini salah ini tak betul ada dalil ayat Al-Quran dan Hadis Nabi ﷺ." Ada pulanya kita hadir di majlis yang lain yang mengatakan "Ini boleh pula bahkan merupakan ibadah yang besar dan sebagainya."

Semuanya mengemukakan dalil-dalil, nas-nasnya. Kita yang orang awam ini menjadi bingung dan keliru tidak tahu. Kalau ustaz-ustaz, orang-orang yang alim. Mereka faham mereka tahu kalau apa yang engkau ketengahkan mereka boleh tunjuki kita yang mana yang betul yang mana yang salah. Akan tetapi kita sebagai orang awam manalah nak tahunya.

Satu panduan yang dianjurkan oleh Mufti Tarim Al-Allamah Al-Habib Ali Masyhur Bin Muhammad Bin Salim Bin Hafidz. Beliau mengatakan "Kalau engkau nak tahu kumpulanmu ini betul ataupun tidak. Pertama sekali engkau mesti berlapang dada dahulu. Bersedia untuk tengok salah ataupun tidak.

Sebab padahnya engkau kalau boleh nak mempertahankan tapi group engkau ini tak boleh mempertahankan engkau di depan mahkamah Allah سبحانه وتعالى. Dekat dunia bolehlah dia nak mempertahankan group dia. Dia dengan Syeikh dia. Dia dengan Habib dia. Dia dengan fulan dia tapi depan mahkamah Allah سبحانه وتعالى.

Kalau group itu tidak group yang benar maka tidak dapat membela kita depan Allah سبحانه وتعالى. Engkau jawab sendiri. Satu panduan kita nak tahu pengumpulan kita ini, mazhab kita ini, pandangan kita ini, group kita ini benar ataupun tidak. Kita rujuk satu ayat Al-Quran yang mudah iaitu Surah Al-Fatihah.

Dari Surah Al-Fatihah hari-hari kita minta pada Allah سبحانه وتعالى
"Ya Allah Tunjukkanlah aku(kami) jalan yang lurus." Agaknya Allah tak tunjukkan ke kepada kita jalan yang lurus? Pada ayat berikutnya sendiri Allah dah tunjukkan kepada kita jalan yang lurus "Iaitu Jalan yang lurus ini adalah mereka yang Allah kurniakan nikmat ke atas mereka."

Siapa mereka itu? Para Nabi, Para Siddiqin, Para Syuhada dan Para Solihin. Jadi jalan yang lurus ialah jalan Para Nabi, Para Siddiqin, Para Syuhada, Para Solihin. Selain daripada jalan ini bukan jalan yang lurus.

Apa kena mengena dengan kita? Memang ada kena mengena dengan kita. Engkau lihat dalam group engkau. Kita tengok "Ya Allah tunjukkan aku jalan yang lurus." tapi dalam group engkau ini ada yang mengatakan Para Sahabat Nabi ﷺ

Saidina Abu Bakar tak betul, Saidina Umar tak betul, Saidaitina Aisyah tak betul dan sebagainya. Kalau group engkau ini tidak berkenan dengan Para Sahabat Nabi ﷺ yang telah dijamin Syurga mereka bersama Nabi ﷺ tetapi dia berani kutuk dan mencerca.

Bermakna group engkau tidak sehaluan dengan Para Siddiqin. Bermakna tidaklah group engkau ini berada dalam "Sirratal Mustaqim (jalan yang lurus)". Maka engkau tinggalkanlah group engkau ini.

Kalau group kita pula berani menyebut tak payah mengikut Imam Syafie tak payah ikut Imam Maliki, Imam Hanbali, Imam Abu Hanifah. Jadi ini group tidak ngam dengan Solihin. Ini semua pemimpin-pemimpin Para Salihin

Kalau engkau berani mencerca ini semua Imam Al-Ghazali semua. Kalau group engkau tidak berkenan dengan Imam-Imam ini sedangkan mereka ini Solihin bermakna group engkau tidak dalam konsep Al-Fatihah "Sirratal Mustaqim (Jalan yang lurus).

Kalau group engkau pula tidak berkenan pada Wali-Wali Allah. Siapa percaya Wali-Wali ini syirik, tak betul. Tidaklah group engkau ini sehaluan dengan Syuhada kerana Para Auliya dan Ulama ini maqamnya lebih tinggi daripada Para Syuhada.

Kalau group engkau pula tidak minat dengan Ahlul Bait Nabi ﷺ. Mengatakan jangan ikut Habib-Habib ini maka group engkau tidak bersetuju dengan Anbiya Wal Mursalin. Siapa Habaib ini? Mereka adalah zuriat Nabi ﷺ. Keturunan Nabi Muhammad ﷺ.

Kalau group engkau ada mengatakan ini semua maka group engkau ini tidaklah berada di "Jalan yang lurus".

Satu perkara lagi kita nak tahu kumpulan kita ini betul ataupun tak betul. Walaupun berdalil sekalipun ada ayat Al-Quran dan Hadis Nabi ﷺ dan group yang satu lagi ini pula dengan ayat Al-Quran dan Hadis Nabi ﷺ.

Satu tanda yang perlu kita kesan dan kita hati-hati. Kita tengok AKHLAK siapa yang lebih mulia. Nabi ﷺ bersabda "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kesempurnaan AKHLAK."

Mencerca itu bukan menunjukkan akhlak yang baik. Apatah lagi menuduh. Apatah lagi menyalahkan lagi dan mengatakan sudah terkeluar daripada Agama Islam.

Mencerca Agama apa-apa pun, Bangsa apa-apa pun sepakat mengatakan mencerca itu bukan AKHLAK yang baik. Ini menjelaskan yang mana suka mencerca ini bukanlah kumpulan yang betul kerana tidak mengikut AKHLAK Nabi ﷺ.

Jadi kita dah tahu maka jangan kita terikut dengan kata-kata ataupun ajakkan orang lain apatah lagi yang suka mencerca, mengutuk, menghina dan sebagainya. Itu bukan AKHLAK kita. Walaupun kita diserang, dihina dan dikatakan pelbagai-bagai tuduhan dan tohmahan maka jangan kita melawan balik dengan AKHLAK yang tidak baik.

Kita mengalah, tidak melawan bukan tandanya kita ini kalah. Kita ini tidak kuat tetapi sekiranya kita pun berdebat sama dengan mereka maka ia secara tak langsung menyatakan yang kita setuju, membenarkan dengan AKHLAK mereka.

Kita tahu kita benar. Kita tahu kita ada sandaran. Kita tahu siapa ikutan kita. Kita tahu nas-nas dan dalil-dalil kita. Cukuplah memandai Allah  سبحانه وتعالى dipihak kita. Tak perlu kita mengorbankan AKHLAK kita untuk mempertahankan dengan melawan kembali dengan CERCAAN dan HINAAN yang serupa dengan mereka. Tak payah!!! Tak payah!!! Kita dah pun dipertahankan.

#MutiaraKata[SYEIKH ABU ZAKI BIN YUSUF AS-SANGGAFURI HAFIDZOHULLAH]

SEMOGA ALLAH TA'ALA MENYELAMATKAN DAN SENTIASA MENJAGA AQIDAH DIRI KITA, AQIDAH AHLI KELUARGA KITA, AQIDAH ANAK-ANAK DAN ISTERI KITA, AQIDAH KELUARGA KERABAT KITA, AQIDAH SAHABAT-SAHABAT KITA DAN SEMUA UMMAT ISLAM MENGIKUT AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

SEMOGA KITA MENJADI ORANG-ORANG YANG SUKA MENDENGAR KATA-KATA NASIHAT PARA ULAMA, MENDAPATKAN ILMU DARIPADA PARA ULAMA, DUDUK DI DALAM MAJLISNYA PARA ULAMA DAN MENGAMALKAN APA YANG KITA DENGARKAN YANG KITA PEROLEHI DARIPADA ILMU YANG DISAMPAIKAN

SETERUSNYA KITA MENYAMPAIKAN KEPADA YANG LAINNYA DENGAN HARAPAN MUDAH-MUDAHAN KITA MENJADI ORANG-ORANG YANG MENJADI ASBAB KEBAIKAN DAN TURUNNYA HIDAYAH DARIPADA ALLAH TA'ALA KEPADA MASYARAKAT SEKELILING KITA

#JomKitaMuhasabahDiri
#SelalulahIngatPesananDanNasihatParaGuruGuruKitaSemua
#JomJagaAdabDanAkhlakKita
#TakPerluMencaciAtaupunMenghinaOrangLain
#JomTingkatkanKetaqwaanKita
#OrangYangMuliaDiSisiAllahAdalahMerekaYangPalingBertaqwa
#JomKitaBersihkanHatiKita
#JomKitaBerzikirDanBerselawat
#JomKitaMengimarahkanRumahAllah
#JomKitaJagaSolatBerjemaah
#JomKitaMenghadiriMajlisIlmu
#UbatBagiHatiAdalahIlmu
#JomKitaDekatkanDiriDenganParaUlamaDanSolihin
#MaafAdaPenambahanPenguranganPerubahanDanKesilapanAyatDalamPenulisan
#JomKitaSalingIngatMengingatkan
#SemogaMendatangkanManfaatKepadaSemuaYangMembacanya

NIAT-NIAT KITA. KETAHUILAH BAHAWASANYA YANG AKAN MENYELAMATKAN KITA ADALAH NIAT-NIAT KIT

SEBESAR-BESAR PERKARA YANG PERLU KITA SENTIASA JAGA DAN PERHATIKAN ADALAH NIAT-NIAT KITA. KETAHUILAH BAHAWASANYA YANG AKAN MENYELAMATKAN KITA ADALAH NIAT-NIAT KITA BUKANNYA AMAL KITA. JADI AMAT PENTING UNTUK KITA SENTIASA MEMPERBETULKAN NIAT KITA, ADJUST SELALU NIAT KITA DAN SELALULAH BERSIHKAN NIAT-NIAT KITA SEBELUM KITA NAK MELAKUKAN SESUATU AMALAN

PERINGATAN KHUSUSNYA BUAT DIRI PERIBADI SAYA SENDIRI DAN KEPADA SEMUA YANG MEMBACANYA. MARI KITA MUHASABAH DIRI, KITA HAYATI BETUL-BETUL DAN HADAM BETUL-BETUL DENGAN APA YANG DISAMPAIKAN OLEH GURU MULIA KITA INI. ALLAH!!! TAKUT SANGAT-SANGAT KALAU INI TERJADI KEPADA DIRI KITA.. SEMOGA ALLAH TA'ALA MENYELAMATKAN KITA SEMUA SENTIASA MEMBERIKAN TAUFIQ DAN HIDAYAH-NYA AGAR KITA SENTIASA DAPAT MELIBAT AIB-AIB DIRI KITA SENDIRI DAN SELALU DAPAT MEMBERSIHKAN HATI KITA SERTA MEMPERBETULKAN NIAT-NIAT KITA DI DALAM KITA MELAKUKAN SESUATU AMAL KERANA ALLAH TA'ALA

Selalulah kita perhatikan niat kita. Yang akan menyelamatkan kita adalah niat kita bukan amal kita. Amal bagi Allah  سبحانه  وتعالى adalah kecil tetapi kalau amal yang dilakukan dengan niat yang besar maka besar akan dipandang oleh Allah سبحانه  وتعالى.
    
Di antara kita ini ada kalanya yang sukakan dunia dan ada pula yang sukakan akhirat. Ada orang buat kerja akhirat tapi sebenarnya kerana dia sukakan dunia.Ada orang nampak macam buat kerja dunia tapi kerana dia niatkan sukakan akhirat.Terbalik amalnya.

Nabi ﷺ bersabda [ertinya] "Sesungguhnya setiap amal itu disertai niat. Dan sesungguhnya setiap orang dikurniakan balasan mengikut niatnya." MashaAllah!! Ini hadis dipakai dalam bab tasawuf dalam bab niat engkau ikhlas tak ikhlas ini dipakai dan dipakai di dalam kitab fiqih kita juga. Setiap amal mesti ada niat. NIAT ini apa? NIAT adalah PEMBEZA di antara ADAT dan IBADAT.

NIAT adalah pembeza martabat ibadat. Niat dalam bab tasawuf menjadi sebab DITERIMA atau DITOLAK engkau punya AMALAN. Jadi niat adalah pembeza antara adat dan ibadat. Apa itu? Maknanya sama macam bila engkau iktikaf di dalam masjid.Bila engkau tak pasang niat iktikaf dan kawan engkau niat iktikaf. Dia dapat pahala, engkau pula tak dapat pahala. Pasal apa? Dia niat iktikaf dan engkau tak niat iktikaf

Maka duduknya itu kerana iktikaf. Itu membezakan. Adatnya bukan duduk rehat-rehat nak hilangkan penat tetapi dia perlu ada niat maka membezakan di antara adat dan ibadatnya. Dan NIAT ini juga membezakan antara MARTABAT. Kita sembahyang 2 rakaat dan dia pun sembahyang 2 rakaat tetapi lain pahalanya. Dia sembahyang sunat, engkau pun sembahyang sunat. Lain pahalanya.

Sebab apa? Engkau sembahyang sunat ba'diyah isyak umpamanya tetapi dia bukan sembahyang sunat ba'diyah isyak tapi dia niatkan sembahyang 2 rakaat witir. Witir lagi besar daripada ba'diyah isyak. Sama rakaat tetapi NIAT itu MEMBEZAKAN antara MARTABAT IBADAT. Dikeranakan itu MENGETAHUI MARTABAT-MARTABAT IBADAT ini PENTING.

Kenapa? Engkau pasangkan niat apa itu yang engkau akan dapat. Itu yang akan jadi. Dan NIAT ini juga merupakan sama ada DITERIMA atau DITOLAK IBADAT. Dah sempurna ibadat. Umpamanya engkau dah niatkan "Sahaja aku iktikaf di dalam masjid masjid, sahaja aku sembahyang tahiyatul masjid." Itu pun boleh TERTOLAK tau. Niat ini disebutkan kalau dalam bahasa melayu kita "DEMI". Lantaran apa?

Memanglah kita sebut "nawaitu...." baik itu nak pergi haji ke mesti kita niat dulu, kita nak sembahyang ke mesti kita kena niat dulu, kita nak puasa ke mesti kita nak kena niat dulu. Itu membezakan ADAT dan IBADAT tetapi DEMI apa engkau buat Haji? DEMI apa engkau puasa? DEMI apa engkau datang masjid? Itulah yang menjadi PEMBEZA SAMA ADA AMAL ENGKAU DITERIMA ATAUPUN DITOLAK.

Kalau engkau pergi haji tetapi DEMINYA bukan sebab kerana Allah سبحانه  وتعالى,  DEMINYA bukan sebab engkau betul-betul nak pergi haji tetapi engkau pergi haji DEMINYA sebab lain. Umpamanya engkau  mengatakan "Banyak duit kalau tak pergi haji malu aku nanti." Apa yang engkau niatkan DEMINYA itu yang engkau akan dapat, tak lebih daripada itu. Umpamanya lagi engkau bersedekah nak bina masjid sekalipun. DEMINYA apa?

Kalau engkau nak DILIHAT orang lihat engkau ini seorang DERMAWAN. Itu bukan DEMINYA walaupun engkau bina 100 masjid sekalipun tetapi Allah سبحانه  وتعالى akan memberikan ganjaran kepada engkau DEMINYA untuk apa. Begitu jugalah amal-amal ibadat kita yang lainnya. Matlamatnya DEMI APA? Itu yang paling penting sekali.

Ini yang kita katakan DEMINYA sesuatu amalan walaupun engkau pasang nawaitu sekian, nawaitu sekian tetapi DEMINYA itu apa? Itu yang Nabi ﷺ sebut "Sesungguhnya amalan itu bergantung kepada niat. Dan setiap orang itu apa yang diniatkannya. Barangsiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasulnya maka hijrahnya kerana Allah dan Rasulnya. Dan sekiranya hijrahnya itu kerana dunia maka dia akan memperolehinya atau kerana hijrahnya kerana perempuan yang nak dikahwininya maka hijrahnya kerana perempuan yang nak dikahwininya bergantung kepada niatnya."

Itu yang kita katakan DEMINYA. Kemudian Nabi ﷺ bersabda lagi [ertinya] "Setiap manusia dibangkitkan di Hari Kiamat menurut niat masing-masing." Kalau kita kata "Ana keluar berjihad nanti ana akan dibangkitkan bersama dengan orang yang mati syahid ke? Ana selalu bersedekah, derma sekian banyak harta nanti ana akan dibangkitkan bersama dengan orang-orang dermawan ke? Begitulah jua dengan sekian banyak amal-amal yang kita kerjakan."

Tidak!!!! Tidak!!! Tidak!!! Niat engkau bagaimana itu yang engkau akan dibangkitkan bersama-sama dengan mereka nanti. Yang sama KATEGORINYA. Bagaimana NIAT kita begitulah kita akan dibangkitkan nanti bersama dengan orang-orang yang kita suka yang kita niatkan itu. Mendapatkan keadaan yang sama pada HARI KEBANGKITAN nanti.

Bila kita sebutkan tentang orang-orang yang akan dibangkitkan bersama-sama denga niat-niatnya itu. Habib Ahmad Bin Hasan Al-Attas menyebutkan bahawa "Kalau Allah MURKA kepada seseorang maka Allah akan BERIKAN kepadanya 3 PERKARA tapi dalam waktu yang sama Allah سبحانه  وتعالى akan MENAHAN 3 PERKARA daripadanya berdasarkan NIATNYA"

SERAM!!! Jangan katakan nak bersama dengan sesuatu golongan itu ketika di dunia ini lagi. Apatah lagi nanti nak bersama dengan golongan yang diberikan nikmat oleh Allah سبحانه  وتعالى di Mahsyar nanti semuanya itu adalah bergantung kepada NIAT dan KEIKHLASAN kita ini.

Kalau Allah سبحانه  وتعالى MURKA kepada seseorang itu maka 

1)Allah  سبحانه  وتعالى akan benarkan dia, berikan dia, izinkan dia untuk BERCAMPUR-GAUL DENGAN ALIM ULAMA TETAPI Allah سبحانه  وتعالى  HALANG dia daripada dia menjadi SALAH SEORANG daripada ALIM ULAMA. Katakan dia seorang Ustaz lah. Katakan dia seorang Syeikh lah. Katakan dia seorang Guru lah. Ataupun dia selalu bersama dengan Alim Ulama. Dia mengatakan "Habib Fulan, Syeikh Fulan, Maulana Fulan
itu sama-sama duduk dengan ana, sama-sama belajar dengan ana."

Macam sama kan? Sama satu majlis, sama dengan rupa, sama dengan pakaiannya, duduk satu majlis, duduk sama-sama satu sama lain tetapi Allah سبحانه  وتعالى HALANG ENGKAU daripada jadi SALAH SEORANG DARIPADA MEREKA. Kenapa? Kerana NIAT engkau tak macam NIAT mereka. IKHLAS engkau tak macam IKHLAS mereka. Engkau sangka engkau dah macam mereka tapi sebenarnya Allah سبحانه  وتعالى halang engkau daripada jadi macam mereka. Nauzubillah min zalik!!!

2)Allah سبحانه  وتعالى berikan dia, izinkan dia untuk melakukan AMAL BANYAK. Kita ini kadang-kadang nak buat pun payah tapi dia Allah berikan kemudahan sembahyang rajin, qiamuallai rajin, baca Al-Quran rajin MashaAllah!!! TETAPI Allah CABUT IKHLAS DARI HATINYA. Lepas dia buat aja dia UJUB, lepas dia buat sesuatu amalan sahaja dia UJUB. Allah!!Semua amalannya ROSAK.

Dia sangka "Aku dah witir tiap-tiap malam tak tinggal, aku dah sedekah hari-hari ini, aku dah banyak buat baik ini dan sebagainya." Sehingga akhirnya nanti dia akan hampar kosong semuanya berterbangan. Kenapa? Kerana NIAT engkau TAK SAMA dengan NIAT mereka yang BETUL-BETUL NIATNYA KERANA ALLAH DALAM MENGERJAKAN AMAL.

3)Allah!!! Yang ketiga ini kita takut. Allah سبحانه  وتعالى berikan dia HIKMAH. HIKMAH itu apa? HIKMAH itu BIJAK CAKAP. Kalau dia bercakap dengan orang PUNYALAH HALUS, PUNYALAH LEMBUT, PUNYALAH ADA SIRR yang dia cakap itu TETAPI Allah سبحانه  وتعالى HALANG dia MENDAPATKAN FADHILAT daripada HIKMAH yang ada dalam diri dia itu.

Orang kalau dengar cakap dia boleh jadi baik tetapi dia tak boleh jadi baik. Orang dengar cakap dia boleh tersentuh hatinya, boleh sampai menitiskan airmatanya tetapi dia sendiri tak tersentuh hatinya, tak menitis pun airmatanya. Nauzubillah min zalik!!! Ini kerana apa? Kerana NIATNYA TAK BERSIH. DIA CUBA NAK TIPU ALLAH maka ALLAH TIPU DIA.

Ini sebabnya NIAT INI SANGAT-SANGAT PENTING. Oleh kerana itu, disebutkan Allah  سبحانه  وتعالى SANGAT SUKA kepada seseorang itu bila NAK BUAT AMAL BAIK. Dia STOP dulu. Dia PERIKSA dulu. Kalau ADA MENDATANGKAN MANFAAT baru dia BUAT tetapi kalau TAK ADA memberikan MANFAAT kepada DIRINYA dan kepada ORANG LAIN maka dia tak akan buat.

Takutkan bila kita dengar? Macam-macam syaratnya kan? Jangan kita berhenti buat amal pula. Bukan!!! Bukan!! Apa yang kita buat sekarang teruskan sahaja. Engkau dermalah, bagus dermamu itu. Engkau buat baktilah, bagus baktimu itu. Cuma kita kena BETULKAN dan BERSIHKAN NIAT KITA SAHAJA. Kerja engkau bagus, kerja engkau ini baik orang dapat bermacam-macam manfaat daripada bakti engkau tahu tak? Kerja ini bagus, memang bagus CUMA engkau BETULKAN NIAT SAHAJA. TAK PAYAH ENGKAU HAIRAN PASAL MANUSIA, TAK PAYAH PUN ENGKAU SEBUT PASAL DUNIA, TAK PAYAH PUN ENGKAU SEBUT PASAL APA KECUALI PASAL ALLAH TA'ALA SAHAJA.

Itu sahaja. Selamatlah amal engkau. Tak payah fikir macam-macam apa orang fikir pasal engkau, tak payah engkau kisah pasal makhluk. Apa yang engkau kisah CUMALAH apa yang Allah Ta'ala akan fikir pasal engkau. Itu sahaja. Teruskan sahaja segala KEBAIKAN yang engkau kerjakan sekarang ini.

Cuma engkau PERBAIKI, BETULKAN DAN BERSIHKAN NIAT-NIAT ENGKAU SAHAJA. Tiada niat apa-apa pun kecuali SEMATA-MATA KERANA ALLAH TA'ALA. Engkau datang masjid, datang majlis ilmu, belajar, mengajar, bantu orang susah, buat perkara-perkara yang mendatangkan manfaat kepada Ummat. Semuanya buat kerana Allah Ta'ala.

Sabar ini bila buat sesuatu amalan. Sabar BEFORE, DURING dan AFTER. Sabar sebelum amal adalah engkau kena mujahadah lawan dengan engkau punya malas ini, hawa nafsu engkau ini. Engkau kena sabar nak lawannya. Sabar ketika beramal ini adalah bila engkau melakukan sesuatu amalan maka engkau buatlah sempurna-sempurnanya. Umpamanya engkau sembahyang. Bacalah surah betul-betul, jaga bacaan, jaga tamakninah betul-betul. Dan sabar selepasnya. Jangan engkau RIAK dan UJUB dengan amalan engkau itu.

Engkau BELAJARLAH cuba untuk IKHLASKAN semua amalan engkau itu. Jangan engkau berhenti beramal pula sebab engkau rasakan bila engkau buat bakti, buat baik ini engkau takut nanti engkau tak ikhlas pula. Tidak!!! Tidak!!! Bukan macam itu. Engkau nak dapatkan IKHLAS ini engkau kena BUAT AMAL TERUS, BUAT SECARA ISTIQOMAH.

Jangan engkau beramal bila engkau hendak saja, bila engkau tengah semangat nak beramal sahaja tetapi bila engkau mula datang malas terus engkau STOP, terus engkau TAK NAK BERAMAL.

Engkau kena teruskan AMAL ENGKAU itu sampailah nanti Allah Ta'ala sendiri yang akan datangkan KEIKHLASAN DALAM AMALAN ENGKAU ITU sehingga engkau dah tak hairan dah dengan pujian makhluk ke ataupun apa sahaja tetapi yang menjadi KEUTAMAAN engkau pada ketika itu hanyalah ALLAH SEMATA-MATA.

#MutiaraKata[SYEIKH ABU ZAKI BIN YUSUF AS-SANGGAFURI HAFIDZOHULLAH]

ITU YANG PENTINGNYA KITA SEMUA KENA ADA 2 SIFAT DALAM DIRI KITA MASING-MASING IAITU

1)KITA TAKUT KEPADA ALLAH TA'ALA

2)KITA BERHARAP KEPADA ALLAH TA'ALA

MUDAHAN-MUDAHAN KITA SEMUA DAPAT MENGAMBIL PENGAJARAN DAN MANFAAT DARIPADA APA YANG DISAMPAIKAN INI. SEMOGA ALLAH TA'ALA SENTIASA MEMANDANG KITA DENGAN PANDANGAN RAHMAT DAN KASIH SAYANGNYA, MEMBANTU KITA, MEMUDAHKAN KITA DAN MEREDHAI KITA DENGAN SETIAP APA YANG KITA KERJAKAN SELAMA INI. SEMOGA SEMUANYA DITERIMA OLEH ALLAH TA'ALA.

SEMOGA ALLAH TA'ALA MEMBERIKAN, MENITIPKAN KEIKHLASAN KEPADA HATI-HATI KITA SEMUA DI DALAM KITA MELAKUKAN SESUATU AMALAN HANYA SEMATA-MATA KERANA ALLAH TA'ALA DAN DIBETULKAN SEMUA NIAT-NIAT KITA KERANA ALLAH TA'ALA.

SEMOGA KITA MENJADI ORANG-ORANG YANG SUKA MENDENGAR KATA-KATA NASIHAT PARA ULAMA, MENDAPATKAN ILMU DARIPADA PARA ULAMA, DUDUK DI DALAM MAJLISNYA PARA ULAMA DAN MENGAMALKAN APA YANG KITA DENGARKAN YANG KITA PEROLEHI DARIPADA ILMU YANG DISAMPAIKAN

SETERUSNYA KITA MENYAMPAIKAN KEPADA YANG LAINNYA DENGAN HARAPAN MUDAH-MUDAHAN KITA MENJADI ORANG-ORANG YANG MENJADI ASBAB KEBAIKAN DAN TURUNNYA HIDAYAH DARIPADA ALLAH TA'ALA KEPADA MASYARAKAT SEKELILING KITA

#JomKitaMuhasabahDiri
#JomKitaLakukanAmalKebaikan
#JomKitaNiatkanKeranaAllah
#JomKitaBetulkanNiatKita
#JomTingkatkanKetaqwaanKita
#OrangYangMuliaDiSisiAllahAdalahMerekaYangPalingBertaqwa
#JomKitaBersihkanHatiKita
#JomKitaBerzikirDanBerselawat
#JomKitaBeristighfar
#JomKitaMengimarahkanRumahAllah
#JomKitaSolatBerjemaah
#JomKitaMenghadiriMajlisIlmu
#UbatBagiHatiAdalahIlmu
#JomKitaDekatkanDiriDenganParaUlamaDanSolihin
#MenatapWajahMerekaMemberikanKetenanganKepadaHatiKitaSemua
#SemogaAmalIbadahKitaDiterimaOlehAllah
#MaafAdaPenambahanPenguranganPerubahanDanKesilapanAyatDalamPenulisan
#SemogaMendatangkanManfaatKepadaSemuaYangMembacanya

Tuesday, January 26, 2016

Rusa yang baik jadi mangsa lidah...

Seekor Rusa yang BAIK mati hanya gara2 sebuah kata2...

1. Sepulang dari sawah, Rusa terus terbaring di kandang dengan wajah penat dan nafas yang berat.
Rusa berkata pada Anjing yg kebetulan datang : "kawan, saya sangat penat.... besok nak rehat sehari suntuk."

2. Anjing bejumpa Kucing di sudut tembok : "Tadi saya berjumpa Rusa, katanya besok dia ingin berehat dulu. saya rasa sudah sepatutnya, sebab bos bagi kerja yang terlalu berat kpd Rusa."

3. Kucing kemudian bercerita kepada Kambing : "Rusa komplain bos bagi kerja terlalu banyak dan berat, jadi besok dia tidak mahu kerja."

4. Kambing berjumpa Ayam : "Khabarnya Rusa tidak seronok bekerja dgn bos ... mungkin ada bos lain yang lebih baik."

5. Ayam bercerita kepada Monyet : "Rusa tak akan kerja untuk bos lagi dan ingin mencari kerja di tempat bos yang lain."

6. Ketika makan malam, Monyet berjumpa bos  : "Bos, tolong ajar si Rusa tu, akhir-akhir ini dia telah berubah. Dia ingin meninggalkan bos untuk bekerja dgn bos lain."

7. Mendengar ucapan Monyet, bos terus bunuh Rusa kerana dilihat telah mengkhianatinya...

Itu sebabnya adakala sesuatu ucapan itu sebaiknya berhenti hanya sampai ditelinga kita shj. Hendaklah difikirkan baik2 tentang risiko, manfaat dan akibatnya sekiranya ucapan itu diteruskan.

Moga bermanfaat..

Thursday, January 21, 2016

Peringatan...

DEKATKANLAH DIRI KITA DENGAN PARA ULAMA DAN SELALULAH KITA MENDAMPINGI MEREKA MERAPATKAN LUTUT-LUTUT KITA BERTALAQQI MENGAMBIL ILMU DARIPADA MEREKA, MENGHADIRI MAJLIS-MAJLIS ILMU AGAR HATI KITA KEMBALI BERCAHAYA DAN HIDUP. MUDAH-MUDAHAN DENGAN BERKAT KITA SELALU BERSAMA DENGAN PARA ULAMA DAN SELALU BERADA DI MAJLIS-MAJLIS ILMU MAKA KITA MENDAPATKAN KEBAHAGIAAN, KESELAMATAN DI DUNIA, DI ALAM BARZAKH DAN DI AKHIRAT KELAK

Di dalam hadis Rasul ﷺ mengatakan " Akan datang suatu zaman atas Ummatku. Mereka akan berlari akan pergi menjauhkan diri daripada Para Ulama dan daripada Para Fuqaha maka Allah  سبحانه  وتعالى akan menurunkan 3 bala."

Hari ini ada ramai orang yang tak mahu berkumpul bersama Para Ulama dan Para Fuqaha yang merupakan ahli fiqh yang mengatakan soal halal dan haram. Dia tak mahu kenapa? Kerana dia takut seolah-olah dia akan terbatas dalam melakukan kegiatannya. Apatah lagi kita berada di akhir zaman.

Zaman sistem riba yang berkembang. Mereka mengatakan dengan sistem riba akan berkembang harta mereka tapi Allah سبحانه  وتعالى
mengatakan "Kalau anda mahu berkembang harta anda bukan dengan riba tapi dengan sedekah." Ini akan berterusan sampailah nanti zamanya Imam Mahdi yang kita tunggu-tunggu di akhir zaman yang akan membawa keadilan kepada semua Ummat Manusia.

Yang kita takutkan adalah hari ini ramai orang jauh dari Para Ulama. Kalau orang sudah jauh dari Para Ulama, jauh dari majlis ta'lim, majlis ilmu maka kata Rasulullah ﷺ,Allah سبحانه  وتعالى akan berikan 3 bala kepadanya iaitu

1)Allah سبحانه  وتعالى  akan mengambil keberkahan dari rezeki. Dia punya wang, dia punya gaji, dia punya harta tapi dia banyak tidak berkah urusannya. Dia tak akan rasa cukup dengan apa yang dia ada. Dapat gaji dia kena bayar ini kena bayar itu sampai akhirnya dia merasakan tak cukup-cukup dengan apa yang dia miliki. Itu tandanya Allah sudah menarik keberkahan rezekinya.

2)Allah سبحانه  وتعالى akan kirim kepada mereka Pemimpin-Pemimpin yang zalim. Ini kalau orang jauh dari Ulama. Pemimpin yang adil dia akan selalu datang kepada Para Ulama minta nasihat minta pandangan mengenai masalah Ummah.

Sepertimana Saidina Umar Al-Khattab Radhiyallahu'Anhu yang sampai ada yang mengatakan "Dia tidak pernah tidur di malam hari dan tidak pernah tidur siang hari selama pemerintahannya." Maka orang bertanya kepada Saidina Umar Al-Khattab Radhiyallahu'Anhu " Wahai Amirul Mukminin Saidina Umar. Kenapa engkau tidak pernah tidur di malam hari dan tidak pernah tidur di siang hari?"

Lalu Saidina Umar Al-Khattab Radhiyallahu'Anu mengatakan "Kalau aku tidur di malam maka aku takut aku tidak menjalankan kewajibanku sebagai seorang hamba. Dan kalau aku tidur di siang hari, aku takut aku akan melepaskan tanggungjawabku sebagai seorang pemimpin."

Dan yang ketiga yang paling menakutkan kalau kita jauh dari Para Ulama dan jauh daripada majlis-majlis ilmu maka kata Rasulullah ﷺ di dalam hadis tersebut. Allah akan berikan musibah yang ketiga iaitu

3)Mati dalam keadaan Su'ul Khotimah. Mati dalam keadaan yang tidak baik. Kita takut ini kerana mati yang tak baik ini menandakan iman kita sudah rosak. Di dalam hadis yang lain Nabi ﷺ mengatakan "Seseorang itu akan dimatikan sebagaimana hidupnya." Kalau kita ini suka hadir majlis pengajian ilmu seperti ini InshaAllah kita akan dimatikan dalam keadaan yang baik Husnul Khotimah dan akan dibangkitkan sebagaimana dia meninggal dunia.

#MutiaraKata[AL-HABIB AGIL BIN ABDUL QODIR BARAQBAH HAFIDZOHULLAH]


Selalulah kita ini duduk bersama dengan Para Ulama kerana Para Ulama itu diumpamakan seperti HUJAN yang MENYIRAM kepada HATI-HATI yang GERSANG yang sedang KEMARAU yang sedang KERING maka Para Ulama itu akan MENCURAHKAN ILMU dan HIKMAHNYA kepada kita.

Sepertimana yang disebutkan oleh Luqman Al-Hakim kepada anaknya. "Wahai anakku!! DUDUKLAH KAMU dengan PARA ULAMA dan RAPATKAN  KEDUA LUTUTMU bersama dengan mereka dikeranakan Allah سبحانه  وتعالى akan MENGHIDUPKAN HATI seseorang itu dengan CURAHAN CAHAYA ILMU daripada Para Ulama sebagaimana Allah سبحانه  وتعالى MENGHIDUPKAN BUMI ini dengan CURAHAN TITISAN AIR HUJAN."

#MutiaraKata[AL-HABIB NAJMUDDIN OTHMAN AL-KHERED HAFIDZOHULLAH]

SEMOGA KITA DIPILIH OLEH ALLAH TA'ALA UNTUK SENTIASA MENDAPATKAN JEMPUTAN DARIPADA ALLAH TA'ALA UNTUK KITA INI SENTIASA DIPILIH MENGIMARAHKAN AKAN RUMAH ALLAH DENGAN KITA DAPAT SOLAT FARDHU 5 WAKTU SECARA BERJEMAAH BERSAMA TAKBIRATUL IHRAM DI BELAKANG IMAM DAN JUGA KITA DAPAT MENGHADIRI MAJLIS-MAJLIS ILMU. DUDUK BERSAMA PARA ULAMA DAN ORANG-ORANG YANG DEKAT KEPADA ALLAH TA'ALA

YANG MUDAH-MUDAHAN KITA INI MENJADI, DIPILIH OLEH ALLAH DI ANTARA MEREKA GOLONGAN YANG AKAN MENDAPATKAN NAUNGAN DI HARI YANG TIADA NAUNGAN MELAINKAN NAUNGAN ALLAH TA'ALA

SEMOGA KITA MENJADI ORANG-ORANG SUKA MENGHADIRI MAJLIS-MAJLIS ILMU, YANG SUKA MENCARI KETENANGAN, YANG SENTIASA INGIN BERTAUBAT DAN KEMBALI KEPADA ALLAH TA'ALA DAN TERUS MELAKUKAN AMAL KEBAIKAN, YANG SUKA BERBUAT BAIK, YANG SUKA MENDENGAR KATA-KATA NASIHAT PARA ULAMA, MENDAPATKAN ILMU DARIPADA PARA ULAMA, DUDUK DI DALAM MAJLISNYA PARA ULAMA DAN MENGAMALKAN APA YANG KITA DENGARKAN YANG KITA PEROLEHI DARIPADA ILMU YANG DISAMPAIKAN

SETERUSNYA KITA MENYAMPAIKAN KEPADA YANG LAINNYA DENGAN HARAPAN MUDAH-MUDAHAN KITA MENJADI ORANG-ORANG YANG MENJADI ASBAB KEBAIKAN DAN TURUNNYA HIDAYAH DARIPADA ALLAH TA'ALA KEPADA MASYARAKAT SEKELILING KITA.

#JomKitaMuhasabahDiri
#JomKitaBertaubatKepadaAllah
#JomKitaBerusahaMeningkatkanKetaqwaanKitaKepadaAllah
#JomKitaZahirkanRasaCintaKitaKepadaBagindaRasulullahDenganKitaMengamalkanMenjunjungSunnahBaginda
#JomKitaBerzikirDanBerselawat
#JomKitaMengimarahkanRumahAllah
#JomKitaSolatBerjemaah
#JomKitaMenghadiriMajlisIlmu
#MendekatkanDiriKepadaParaUlamaDanSolihin
#DudukBersamaParaUlamaDanOrangOrangSoleh
#MengambilIlmuSecaraBersanadBertalaqqiMendapatkanIlmuYangBarokahYangBermanfaat
#MembersihkanHatiYangBerpenyakit
#MaafAdaPenambahanPenguranganPerubahanDanKesilapanAyatDalamPenulisan
#SalingIngatMengingatkan
#SemogaMendatangkanManfaatBuatDiriSayaDanSemuaYangMembacanya

Kenapa sukar bangun Tahajud?


Ibrahim bin Adham pernah didatangi oleh seseorang untuk meminta nasehat agar ia bisa mengerjakan shalat malam (tahajud). 

Beliau kemudian berkata kepadanya, “Janganlah engkau bermaksiat kepada Allah Azza Wajala di siang hari, niscaya Allah akan membangunkanmu untuk bermunajat di hadapan-Nya malam hari. Sebab munajatmu di hadapan-Nya di malam hari merupakan kemuliaan yang paling besar, sedangkan orang yang bermaksiat tidak berhak mendapatkan kemuliaan itu.“

Sementara Fudhail bin Iyadh berkata, “Jika engkau tidak mampu menunaikan shalat malam dan puasa di siang hari, maka ketahuilah bahwa engkau sebenarnya sedang dalam keadaan terhalang, karena dosa-dosamu begitu banyak.”

Seseorang datang kepada Imam Ghazali untuk menanyakan kepada Beliau mengenai sesuatu yang menyebabkannya tidak bisa bangun malam untuk mengerjakan shalat. 

Beliau menjawab, “Dosa-dosamu telah membelenggumu.“

Al-Hasan berkata, “Tidaklah seseorang meninggalkan shalat malam kecuali karena dosa yang dilakukannya. Oleh karena itu, periksalah diri kalian setiap malam ketika matahari terbenam, kemudian bertaubatlah kepada Robb kalian, agar kalian bisa mengerjakan shalat malam.”

Dalam kesempatan lain, beliau menjelaskan, “Di antara pertanda seseorang itu tenggelam dalam dosa adalah bahwa dadanya tidak pernah lapang untuk bisa mengerjakan puasa di siang hari dan mengerjakan shalat sunnah di malam hari.“

Sufyan Ats-Tsauri berkata, “Aku pernah terhalang (tidak bisa bangun) untuk mengerjakan shalat malam selama lima bulan disebabkan satu dosa yang telah aku lakukan.” 

Ditanyakanlah kepada beliau, “Dosa apakah itu? “

Beliau menjawab, “Aku melihat seorang laki-laki yang menangis, lalu aku katakan di dalam hatiku bahwa itu dilakukannya sebagai bentuk kepura-puraan saja.“

Abdullah bin Mas’ud pernah ditanya oleh seseorang, “Kami tidak bisa bangun malam untuk mengerjakan shalat”. 

Ia pun menjawab, “Dosa-dosamu telah membelenggumu.“

Demikian juga memakan barang yang haram akan menghalangi pelaksanaan shalat malam. 

Salah seorang dari kalangan Ulama mengatakan, “Betapa sering sesuap makanan itu menghalangi pelaksanaan shalat malam. Betapa sering pandangan itu menghalangi seseorang dari membaca satu surat dari Al-Qur’an.”

Sungguh seorang hamba itu akan menyantap satu makanan atau melakukan sesuatu perbuatan yang menyebabkannya tidak bisa mengerjakan shalat malam selama satu tahun.

Demikian juga, kecintaan kepada dunia (hubbud dunya) bisa menghalangi seseorang untuk melaksanakan shalat malam.

Abu Thalib Al-Makki berkata, “Yang bisa menghalangi seorang hamba dari melakukan shalat malam, atau yang menjadikannya lalai dalam waktu sekian lama, ada tiga hal. Yaitu, menyantap makanan yang syubhat, terus-menerus melakukan perbuatan dosa dan dominasi pikiran keduniaan di hati.“

Wednesday, January 20, 2016

Carilah 8 Sya'afat Ketika Di Dunia Supaya Dapat Membantu Kita Di Hari Akhirat.

ILMU-SHARE

🔹Setiap manusia akan bertemu ALLAH SWT seorang demi seorang di Padang Mahsyar (Hari Akhirat) nanti untuk diperiksa segala amalan baik dan buruknya.  Ketika ini tidak ada siapa boleh menolongnya melainkan hasil usahanya sendiri semasa hidup di dunia. SYAFA'AT akan dapat menolongnya adalah juga hasil daripada amal soleh semasa di dunia dahulu.

🔹SYAFA'AT ini sangat penting untuk membantunya kerana pahala yang dibawanya belum tentu cukup untuk menyelamatkan dirinya daripada azab yang besar di Hari Akhirat nanti. 

LAPAN Jenis Syafaat Di Padang Mahsyar kelak ialah :
 
1⃣ Al-Qurān.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Bacalah Al Quran, sesungguhnya pada Hari Qiamat nanti Al Qurān akan datang sebagai pembawa Syafa'at kepada yang membacanya" (Hadith Riwayat Muslim)
 
2⃣ Puasa.
 
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Puasa dan Al-Qurān akan memberi Syafa'at kepada seseorang hamba pada Hari Qiamat." (Hadith Riwayat Imam Ahmad)
 
3⃣ Malaikat.
 
Firman ALLAH SWT maksudnya : "ALLAH Mengetahui segala sesuatu yang di hadapan mereka (Malaikat) dan yang di belakang mereka, dan mereka tiada memberi Syafa'at melainkan kepada orang yang diredhai ALLAH." (Surah Al-Anbiya ayat 28)
 
4⃣ Nabi Muhammad SAW.(Sya'afat yang paling utama)
 
4.1. Syafa’at Nabi SAW diperuntukkan bagi kaumnya yg tidak mempersekutukan ALLAH SWT (Syirik)
Nabi SAW bersabda maksudnya, “Sesungguhnya Syafa’atku diperuntukkan bagi umatku yang sama sekali tidak berbuat syirik kepada ALLAH SWT." (Hadith Riwayat Ahmad)
Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Orang yang paling berbahagia dengan (mendapatkan) Syafa'atku pada Hari Qiamat adalah orang yang mengucapkan (Kalimat) Laa Ilaaha IllaLLAHu (Tidak ada sesembahan yang benar kecuali ALLAH) dengan Ikhlas dari hati atau jiwanya."(Hadith Riwayat Bukhari).
 
4. 2. Syafa'at Nabi SAW diperuntukkan bagi pelaku dosa besar di kalangan umatnya. 
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Syafa’atku adalah bagi pelaku-pelaku dosa besar (kabair) dari kalangan umatku.” (Hadith Riwayat Tirmizi)
(Pelaku dosa besar menghadapi risiko jika mengharapkan Syafa'at ini kerana kebiasaannya pelaku dosa besar belum sempat bertaubat sehingga akhir hayat akan di masukkan ke dalam neraka terlebih dahulu)
 
4. 3. Syafa’at Nabi SAW bagi orang yang meninggalkan perbuatan berbantahan (debat) dan dusta serta orang yang selalu memperbaiki Akhlak.
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Aku adalah sebagai penjamin yang memberi jaminan bagi seseorang yang memperoleh sebuah rumah di halaman Syurga iaitu bagi orang yang meninggalkan perbuatan berbantahan sekalipun berbantahan itu benar, dan juga sebuah rumah di pertengahan Syurga bagi orang yang meninggalkan perbuatan dusta sekalipun dengan tujuan bergurau senda, dan juga sebuah rumah di puncak Syurga bagi orang yang memperbaiki Akhlak dan berbudi mulia.”(Hadith Riwayat Abu Daud).
 
4. 4. Syafa'at Nabi SAW diperuntukkan bagi umatnya yang banyak berSelawat kepadanya.
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Orang yang lebih berhak mendapat Syafa’atku pada Hari Qiamat ialah orang yang lebih banyak Selawatnya kepadaku.” (Hadith Riwayat Ibn Mas’ud r.a)
 
Sabda Baginda lagi : “Barangsiapa berSelawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barangsiapa berSelawat kepadaku dari jauh, maka Selawat itu diserahkan oleh seorang Malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan dunia dan Akhiratnya dan aku sebagai saksi dan pembela baginya.” (Hadith Riwayat Al Baihaqi dan Al Khatib).
 
5⃣ Para Syuhada.
 
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Orang yang mati syahid itu dapat memberikan syafaat kepada 70 orang di kalangan keluarganya." (Hadith Riwayat Abu Darda)
 
6⃣ Ulama.
 
Dari Utsman bin Affan RA, ia berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Di Hari Qiamat, yang memberi syafaat tiga golongan, iaitu para Nabi, kemudian Ulama, kemudian Syuhada” (Hadith Riwayat. Ibnu Majah)
 
7⃣ Para Hafiz Al-Quran.
 
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Barangsiapa membaca Al Qurān dan mengamalkannya, menghalalkannya yang halal dan mengharamkan yang haram maka ALLAH Memasukkannya ke dalam Syurga dan dia boleh memberi Syafaat 10 orang keluarganya yang sudah pasti masuk neraka." (Hadith Riwayat At-Tirmidzi)
 
8⃣ Syafaat-syafaat kecil.
 
8.1. Solehiin ialah orang yang soleh, iaitu orang yang taat pada ALLAH, Nabi Muhammad SAW, Agamanya, ibu bapanya, gurunya dan hormati jirannya dan masyarakat sekitar.  Termasuk sahabat yang soleh boleh memberi syafaat kepada sahabatnya yang lain.  Ulama' Salaf ada memberi pesanan :"Carilah banyak sahabat, kerana sesungguhnya tiap-tiap Mukmin itu mempunyai syafaat.  Maka semoga engkau dapat masuk ke dalam Syafaat sahabatmu. Orang-orang beriman dan beramal soleh dapat memberi Syafaat (pertolongan) kepada sahabat-sahabatnya dan membawa masuk kedalam Syurga.  Dikatakan juga , apabila ALLAH SWT. Mengampunkan dosa seseorang, maka orang tersebut akan dapat memberi Syafaat kepada sahabat-sahabatnya."
 
8.2. Shadiqin ialah orang yang jujur dan benar bagi setiap perkara dalam urusan hidupnya sama ada perniagaan, pemerintahan dan lain-lain lagi.
 
8.3. Anak yang meninggal dunia sebelum ditaklifkan hanya memberi syafaat kepada ibu bapanya.  Nabi SAW bersabda maksudnya, “Anak-anak kecilmu – pada riwayat yang lain- anak-anak kecil mereka – (menjadi) kunang-kunang di dalam Syurga, seorang di antara mereka menemui ayahnya, memegangi bajunya tidak berhenti sampai ALLAH memasukkan dia dan ayahnya ke dalam Syurga.”  (Perawi: Imam Ahmad, Bukhari di dalam Al Adabul MUfrad, Imam Muslim di dalam Shahihnya dari Abu Hurairah.)

💟 Mudah2an kita memperolehi segenap Bantuan agar menjadi Mukmin yg akan mendapat Syafa'at-syafa'at tersebut, dan dimasukkan ke Syurga ALLAH tanpa hisab,
Aameen ALLAHumma Aameen ~

Tuesday, January 19, 2016

You'll love this story...


Once upon a time in a faraway land, there lived a chinese wise man and his disciple. One day in their travels, they saw a hut in the distance. As they approached they realized that it was occupied in spite of its extremely poor appearance.

In that desolate place where there were no crops and no trees, a man lived with his wife, three young children and a thin, tired cow.
Since they were hungry and thirsty, the wise man and his disciple stopped for a few hours and were well received.

At one point, the wise man asked :
"This is a very poor place, far away from anything. How do you survive ?"

“You see that cow? That’s what keeps us going,” said the head of the family. “She gives us milk, some of it we drink and some were make into cheese. When there is extra, we go into the city and exchange the milk and cheese for other types of food. That’s how we survive.....”

The wise man thanked them for their hospitality and left.

When he reached the first bend in the road, he said to his disciple :
“Go back, get the cow, take her to the cliff in front of us, and push her off.”
The disciple could not believe what he was hearing.
“I cannot do that, master ! How can you be so ungrateful ? The cow is all they have. If I throw it on the cliff, they’ll have no way to survive. Without the cow, they’ll all die !”
The wise man, an elderly Chinese man, took a deep breath and repeated the order: “Go ahead. Push the cow off the cliff....”

Though outraged at what he was being asked to do, the student was resigned to obey his master.

He returned to the hut and quietly led the animal to the edge of the cliff and pushed. The cow fell down the cliff and died.

As the years passed by, remorse for what he had done never left the disciple.

One spring day, the guilt became too much to bear. He left the wise man and returned to that little shack. He wanted to find out what had happened to that family, to help them out, apologize, or somehow make amends.....

Upon rounding a turn in the road, he could not believe what his eyes were showing him. In place of the poor shack there was a beautiful house with trees all around, a swimming pool, cars in the garage, a satellite dish, and on and on.
Three good-looking teenagers and their parents were celebrating their first million dollars.

The heart of the disciple froze. What could have happened to the family? Without a doubt, they must have been starving to death and forced to sell their land and leave.....

At that moment, the student thought they must all be begging on the street corners of some city. He approached the house and asked a man that was passing by about the whereabouts of the family that had lived there several years before.

“You’re looking at it,” said the man, pointing to the people gathered around the barbecue.
Unable to believe what he was hearing, the disciple walked through the gate and took a few steps closer to the pool where he recognized the man from several
years before. Now he was strong and confident, the woman was happy, and the children were now nice-looking teenagers.

He was dumbfounded, and went over to the man and asked :
“What happened? I was here with my teacher a few years ago and this was a miserable place.
There was nothing. What did you do to improve your lives in such a short time ?”

The man looked at the disciple, and replied with a smile :
“We had a cow that kept us alive. She was all we had. But one day she fell down the cliff and died. To SURVIVE, we had to START Doing other things, DEVELOP SKILLS we didn’t even know we had.....

And so, because we were FORCED to COME UP with New Ways of doing things, we are now much better off than before......”

M O R A L :
Sometimes our Dependency on something Small and Limited is the BIGGEST OBSTACLE to our GROWTH.
Perhaps the best thing that could happen to you is to PUSH your “COW ” DOWN the Cliff.
Once you FREE yourself of the thought “it’s little BUT IT’S SUFFICIENT ” — then your LIFE will really CHANGE......

Is there a cow ( a Person ,a Mental Block or Mindset ) in your life that is Keeping you Miserable? 

THROW it OFF the CLIFF !

BELIEVE IN YOURSELF.....

Friday, January 8, 2016

Bolehkah wanita menghantar jenazah ke kubur?

Panjang tapi baca lah... setiap wanita patut ambil tahu...
Sedikit Perkongsian ilmu utk muslimat khasnya & kita semua amnya...

■Soalan:
Bolehkah wanita menghantar jenazah ke kubur?

🌿Nota: Rakaman ini dibuat di kelas Dhuha Muslimat bersama Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid di Masjid Darul Ehsan, Tmn Tun Abdul Razak, Ampang. Habib membahaskan tafsir ayat surah Al-Baqarah ayat 234-237. Ayat 234 ada kaitan dgn soalan yg ditanyakan, dan disebabkan byk berlaku kesilapan dlm hal ini akhir zaman ini. 

■Jawapan:
TIDAK BOLEH, !!
khususnya bagi isteri yg suaminya yg meninggal, kerana iddahnya telah bermula, dan isteri tidak blh keluar meninggalkan rumah suami kecuali darurat. 

↔Darurat ini bukan mengikut persepsi kita, tapi mengikut apa yg ditetapkan oleh syarak. Antara sebab yg dibenarkan utk meninggalkan rumah suami adalah jika keselamatannya terancam. Sebab2 seperti ingin menziarahi kubur, atau menghadiri majlis ilmu tidaklah termasuk sebab yg darurat.

↪Ibadah mesti mengikut cara yg diatur oleh Allah, bukannya mengikut hawa nafsu. Jadi, kalau ingin suami yg meninggal mendpt redha Allah Ta'ala, isteri tidak boleh keluar drpd rumah suaminya selama 4 bulan 10 hari. Yg beri suami dan yg tak izinkan keluar ialah Allah SWT, jadi kita kena patuhi arahan Allah dan bukan dgr apa masyarakat kata.

■Ambil iktibar drpd kisah Ummu Salamah yg pd asalnya ingin menunjukkan cara ratapan luar biasa ketika suaminya meninggal. Tetapi setelah dilarang oleh Nabi SAW, dia akur dan menurut apa yg diajar Rasulullah ﷺ, dan akhirnya diganjar Allah dgn dia akhirnya diperisterikan oleh lelaki terbaik, iaitu baginda RasuluLlah ﷺ sendiri. Iktibarnya – bilamana mendahulukan Allah, pasti ada ganjaran tak kira sama ada akan diberikan ketika di dunia ataupun disimpan utk akhirat.

■Isteri tidak perlu merasa bersalah dgn anggapan masyarakat yg mungkin mengatakan –“Isterinya tak hantar suaminya ke kuburlah.” Dan isteri juga tak perlu rasa bersalah dan membuat helah seperti isteri ikut tapi duduk dlm kereta saja, atau duduk jauh sikit drpd tmpt dikebumikan. Perasaan bersalah itu perlu diambil kira berdasarkan hukum Allah, dan bukan hukum budaya masyarakat. Jgn takut apa org cakap. 

■Pada zaman RasuluLlah ﷺ sudah ada golongan wanita yg nak ikut ke kubur, lalu Nabi ﷺ bertanya kpd mereka, “Kamu nak pergi kubur, adakah kamu pikul jenazah itu? Jawab mereka, “Tidak.” Baginda RasuluLlah ﷺ bertanya lagi, “Adakah kamu akan masuk ke dlm kubur utk menguburkan jenazah?” Jawab mereka, “Tidak.” Lalu Rasulullah ﷺ berkata, “Kamu balik kamu dpt ganjaran, lebih baik drpd kamu ikut dan kamu dapat dosa.”

↔Ini bukan menunjukkan yg agama ini tiada perasaan kpd kaum wanita. Hari ini org akan mengatakan seorg isteri tak penuhi hak suami jika isteri tak hantar jenazah ke kubur. Lama-kelamaan org akan kata tak penuhi hak suami jika tak semua ahli keluarga hadir di kubur. Generasi akan datang pula akan kata tak penuhi hak suami jika tak masuk dlm kubur. Perubahan demi perubahan akan berlaku jika ianya dicipta mengikut akal fikiran manusia atau budaya tempatan yg sumbernya tak tetap. Tapi jika ikut hukum Allah, ia sama saja tak kira di mana berada – Malaysia, Indonesia atau Yaman dll.

■Jika ada yg kata, “Eh awak tak penuhi hak suami awaklah. 
Jawab padanya, “Eh, ALlah yg suruh saya tak ikut.” Oleh itu, pastikan apa yg kita buat itu adalah sesuai mengikut apa yg ALlah Ta'ala suruh.

■Jika ikut cakap org kita dpt dosa, tapi ikut cakap Nabi ﷺ, yg tak pernah bercakap kecuali ianya wahyu drpd ALlah Ta'ala, kita akan dpt pahala. Maka, rugi jika seseorg itu ikut cakap org ! 
Di akhirat nanti bukan kwn itu yg akan membela kita di hadapan ALlah, bahkan dia akan menjauh drpd kita. 

■Jika isteri ingin melihat suami buat kali terakhir atau ingin solatkan, bawa jenazah pulang ke rumah seblm dikebumikan. Siapa kata jenazah tak boleh dibawa pulang ke rumah jika telah dimandi (dan disolatkan) di masjid?

■Jika ingin solatkan, baca Quran atau apa saja – buat di rumah agar isteri tak perlu keluar. Kalau boleh mandikan di rumah lebih baik, tapi kalau tak boleh, bawa ke masjid, dan kemudian bawa balik ke rumah. Nak buat tahlil di masjid boleh, tapi isteri buat di rumah saja.

■Isteri tak boleh keluar menunggu suami dimandikan di masjid atau seumpamanya, kerana iddah bermula setelah suami meninggal. 

■Perempuan, kalau nak pergi ke kubur, pergi pada hari selain drpd hari pengkembumian. Kecuali, jika satu Kg. itu tiada lelaki, semuanya perempuan. Maka, dlm hal ini – perempuan yg bawa jenazah, yg gali kubur, yg kebumikan, yg uruskan semuanya.

■Perempuan bukan dilarang pergi ke kubur, tapi risau berlaku perkara yg tidak sesuai dgn syarak jika ikut bersama lelaki yg menguruskan jenazah. 
Kita pun lihat sendiri byk berlaku, perempuan ahli keluarga duduk di hadapan kubur, dan sekelilingnya semuanya lelaki. Batasan antara lelaki dan perempuan tak lagi diperhatikan. Tambahan pula kalau perempuannya tidak menjaga cara berpakaian yg sopan dan menurut syarak.

■Biarkan org lelaki siap menguruskan. Esok pagi2, baru anak dan ahli keluarga pergi utk bacakan Yasin ke… dan akan dpt baca dlm keadaan tenang dan tak bercampur dgn lelaki.

■Ambil iktibar drpd kisah anak perempuan Nabi Syuaib, yg ketika ingin mengambil air drpd perigi. Walaupun memerlukan, mereka tidak beratur bersama lelaki, tetapi mereka tunggu jauh drpd perigi sehingga lelaki selesai, baru mereka akan ambil air. Sama juga kalau nak ziarah kubur, tunggu org lelaki selesai dulu, pergi keesokan harinya.

■Terdpt byk perbahasan ulama dlm kes isteri yg kematian suami dan perlu keluar bekerja, kerana memang sukar mendapatkan cuti selama 4 bulan 10 hari. Dlm keadaan darurat, seseorg dibenarkan melakukan sesuatu yg haram sekalipun. Dlm hal ini, kalau isteri bekerja, perlu dilihat adakah pekerjaan itu keperluan darurat atau tidak. Kalau dgn dia tidak bekerja, tapi keperluan asasnya dpt dipenuhi, maka itu bukan darurat yg membolehkan dia utk keluar bekerja. Tapi, kalau dgn dia tak bekerja, dia tak blh makan, atau anak2nya tiada yg menanggung, atau keluarga suaminya tidak mampu menanggungnya, walhasil, dia ada sebab yg menyebabkan dia tidak boleh berhenti kerja, tapi sebab dan daruratnya itu perlu diambil kira oleh syarak dan bukan oleh diri sendiri. Jadi, dlm hal ini, dia boleh keluar bekerja tetapi tetap tidak blh meninggalkan tuntutan lain seperti berhias, dan melakukan hanya yg diperlukan sahaja dan keluar dari rumah pergi kerja, dan kemudian pulang ke rumah, dan tidak pula singgah di tmpt2 yg tak berkaitan. Kalau nak pergi kedai, cuma utk keperluan beli makanan dan minuman sahaja.

Wallahu'alam.

Thursday, January 7, 2016

Kelebihan amalan surah Yasin

Kita sering kali membaca Surah Yaasin..tetapi pernahkah kita memahami setiap baris ayat tersebut..

Sekadar Perkongsian Bersama..
Surah Yaasin 

Pengertian Setiap Ayat :
Ayat 1 - 9 - Untuk keselamatan diri
Ayat 9 - Orang jahat tak nampak kita terutama orang kafir.
Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.
Ayat 13 - 35 - Mengisahkan orang-orang yang mati syahid. 
Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah memberi hidayah kepada anak.
Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri daripada difitnah dan kejahatan mulut.
Ayat 29 - Untuk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah atau aniaya kita. 
Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tersebut.
Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).
Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.
Caranya - Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t, kita umat Muhammad s.a.w, kita orang Islam dll.
Ayat 33 - 35 - Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.
Ayat 36 - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. 
Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh.
Caranya : Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.
Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri... Hati yang kering akan hidup semula.
Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.
Ayat 39 - Mengisahkan ilmu falak.
Ayat 40 - Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.
Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal, elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.
Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - dibaca untuk menjauhkan fitnah dalam hidup.
Ayat 45 - 48 - Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.
Ayat 49 - Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
Tiupan pertama - Datang dengan tiba-tiba
Tiupan ke-dua - Hancur
Tiupan ke-tiga - Semua orang dihidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar.
Ayat 50 - Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.
Ayat 58 - Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3 kali.
Ayat 76 - Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan. 
Ayat 76 - Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tersebut.
Ayat 78 - 79 - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada ayat yang bermaksud : "dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?" (Ayat 78 dan 79) - Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah.
Ayat 79 - "Katakanlah, yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."
Ayat 82 - Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu, bacalah 100 kali. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari.

Perlu Baca Dengan Penuh Keyakinan