Thursday, January 28, 2016

SOAL HATI INI

SOAL HATI INI MEMANG SUSAH KITA NAK JAGA. APATAH LAGI DALAM BAB NAK BERAMAL. ALLAH!!! ITU YANG PALING MENCABAR SEKALI SEBAB KITA BILA NAK BERAMAL  SEBENARNYA TIDAKLAH SUSAH MANA PUN CUMA YANG SELALU DAN AKAN SELALU MENJADI MASALAH DAN UJIAN KEPADA DIRI KITA ADALAH MACAM MANA KITA INI NAK KEKALKAN KEIKHLASAN KITA DALAM BERAMAL SEMATA-MATA KERANA ALLAH TA'ALA

INI SEMUA MELIBATKAN KERJA HATI. BUKANNYA KERJA ZAHIR SEBAB  HATI KITA INI TAK PERNAH MENENTU BAHKAN YANG PALING MENAKUTKAN KITA ADALAH IANYA LAGI BANYAK YANG TAK SIHAT DARIPADA SIHAT SEBAB KITA SUSAH NAK JAGA HATI KITA, TAK TAHU MACAM MANA NAK JAGA HATI INI

KERANA ITULAH PENTINGNYA KITA BELAJAR ILMU TASAWWUF INI UNTUK KITA NAK MEMBERSIHKAN HATI KITA, MENGENAL PASTI, MELIHAT AKAN KELEMAHAN, KERENDAHAN DAN KEAIBAN DIRI KITA MASING-MASING BUKAN DI DEPAN MAKHLUK TETAPI DI DEPAN ALLAH TA'ALA

KITA MENGAKU SEMUA KEKURANGAN DIRI KITA, KITA MENGAKU SEGALA KELEMAHAN, DOSA DAN MAKSIAT YANG KITA LAKUKAN. BILA KITA SEDAR SEMUA ITU INSHALLAH KITA AKAN TENANG SEJAHTERA DAN AMAN

Siapa yang mengatakan belajar ilmu tasawwuf itu tidak penting, tidak wajib maka ketahuilah bahawasanya orang itu sebenarnya adalah orang yang jahil.

Saidina Umar Al-Khattab Radhiyallahu'Anhu menceritakan mengenai ketika beliau duduk di sisi Baginda Rasulullah ﷺ tiba-tiba muncul seorang lelaki yang putih pakaian yakni Malaikat Jibril عليه السلام  yang menyerupai seorang lelaki. Ketika Malaikat Jibril عليه السلام  datang berjumpa dengan Nabi ﷺ. 

Perkara pertama yang Malaikat Jibril tanya kepada Rasulullah ﷺ adalah apakah itu Islam? Kemudiannya yang kedua ditanya adalah Iman dan ketiga adalah mengenai apakah itu Ihsan.

Ulama mengatakan ini adalah rukun-rukun agama maka menuntut ilmu feqh, tauhid(aqidah), tasawwuf(ihsan/akhlak) serta mengamalkannya adalah fardhu ain bagi setiap orang yang beragama Islam.

Ilmu feqh itu adalah ianya menumpukan terhadap rukun Islam iaitu solat, puasa, zakat dan haji. Manakala ilmu tauhid ataupun disebutkan ilmu aqidah adalah diambil daripada rukum iman yang 6 iaitu Beriman Kepada Allah, Beriman Kepada Malaikat, Beriman Kepada Kitab, Beriman Kepada Rasul, Beriman Kepada Hari Kiamat dan Beriman Kepada Qada dan Qadar.

Ilmu tasawwuf/akhlak pula adalah ilmu yang mana ianya menumpukan kepada faedah, manfaat hukum hakam dan adab yang membawa manusia kepada melaksanakan rukun agama yang ketiga iaitu Ihsan.

Kalau ditanya mana datangnya nama tasawwuf ini maka jawapannya

1)Pertama adalah ianya adalah datang daripada panggilan suffiyyin yang kemudiannya diubah kepada sufi. Iaitu yang bermaksud lembut. Orang yang bertasawwuf ini hatinya lembut yang mana ia membimbing hatinya untuk kurang marah, bersabar, tidak hasad, tidak bersangka buruk pada orang lain dan mendidik melawan segala sifat-sifat mazmumah yang berada di dalam diri. 

2)Keduanya, masa itu orang Sufi ini  ketika itu memakai baju/pakaian yang diperbuat daripada kain bulu yang kasar yang mana ianya mendidik diri zuhud dengan dunia.

3)Dan ketiga adalah orang sufi adalah mereka yang selalu sembahyang di saf yang paling depan sekali sebab saf yang depan sekali fadhilatnya adalah besar. Mereka tak nak kehilangan untuk mendapatkan fadhilat yang besar ini sebab yang mereka harapkan hanyalah untuk mencapai redha Allah Ta'ala.

Apa faedahnya kalau kita ini belajar ilmu tasawuff ini? Faedah yang kita akan dapatkan bilamana kita mempelajari ilmu tasawwuf ini adalah ianya menyampaikan kepada mengosongkan hati daripada yang lain daripada Allah سبحانه وتعالى  dan menghiasinya dengan memandang kepada Tuhan sekalian alam.

Tasawwuf ini berasalnya daripada Al-Quran dan Al-Sunnah yang mana ianya membuang penyakit hati dan meletakkan pembersihan hati serta menginginkan petunjuk Allah سبحانه وتعالى. Saidatina Aisyah Radhiyallahu'Anhu menyebutkan "Akhlak Nabi ﷺ itu adalah akhlak Al-Quran."

Maka kenapa kita wajib belajar ilmu tasawwuf? Kita wajib belajar ilmu tasawwuf kerana pertama kita sekarang berada di akhir zaman. Zaman yang berleluasanya fitnah sana-sini. Zaman di mana ramainya Ummat tidak lagi menitikberatkan mengenai soal halal dan haram. Zaman di mana manusia tidak lagi ingin mendekatkan diri kepada Para Ulama. Keduanya kita lihat hari ini
berapa ramai orang yang berpuasa tetapi hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja dan berapa ramai orang yang berilmu sekarang tetapi dirinya tidak berakhlak, tidak beradab.

Ini semua datangnya daripada mana? Berpunca daripada apa? Tidak lain dan tidak bukan adalah ianya datang dari HATI kita ini. HATI yang tidak dijaga dan diberikan makanan rohani kepadanya sehingga akhirnya HATI menjadi SAKIT, HATI menjadi KERAS, HATI menjadi GELAP dan MATI. Oleh itu janganlah kita mengabaikan atau mengambil mudah mengenai ilmu tasawwuf ini kerana pentingnya akhlak melebihi segala-galanya.

Orang yang berilmu belum tentu lagi ianya mempunyai akhlak sepertimana yang diajarkan oleh Baginda Rasulullah  ﷺ. Akan tetapi orang yang mempunyai akhlak yang baik InshaAllah ianya sudah semestinya berilmu.

Maka ketahuilah maksud daripada ilmu tasawwuf itu adalah membersihkan segala anggota zahir daripada segala perbuatan yang keji supaya ada ia menyampaikan kepada membersihkan hati daripada segala sifat kecelaan. Dan dikehendaki dengan segala anggota yang zahir yakni 7 anggota iaitu:

1)Mata yang ia melihat dengannya

2)Telinga yng ia mendengar dengannya

3)Lidah yang ia dapat berkata-kata dengannya.

4)Perut yang ia dapat memasukkan sesuatu ke dalamnya.

5)Faraj/Kemaluan yang ia dapat menggunakannya untuk berjimak dan bersuka-suka dengan sekalian anak yang dapat dengan jimak itu.

6)Kedua-dua anggota tangan yang ia dapat gerakkan.

7)Kedua-dua anggota kaki yang ia dapat melangkahkan.

Maka dengan mempelajari ilmu tasuwwuf ini akan dapat mendidik kita untuk memelihara kesemua anggota badan kita yang mana ianya wajib di atas kita untuk memelihara dan mensyukuri nikmat yang Allah berikan kepada kita kerana nanti di hari kiamat tiap-tiap anggota bertutur bercakap ia dengan kejahatan yang keluar daripadanya.

#MutiaraKata[AL-HABIB NAJMUDDIN OTHMAN AL-KHERED HAFIDZOHULLAH, SYEIKH ROHIMUDDIN NAWAWI AL-BANTENI  HAFIDZOHULLAH & USTAZ MUHADIR HJ.JOLL AS-SENARRIY HAFIDZOHULLAH]

.............................................................


Kita bila belajar ilmu tasawwuf ini, baca kitab tasawwuf ini setengah orang hatinya bertengkar dengan Ustaz. Jangan!!! Jangan!! Ini adalah peringatan daripada Allah Ta'ala. Engkau iyakan sahaja tak perlu engkau banyak bicara, merungut dalam hati engkau kecuali semua itu hanya Allah Ta'ala juga yang dengarkan?

Bermakna hakikatnya engkau bertengkar dengan Allah tahu. Ini nasihat daripada Allah datang untuk mengingatkan engkau, memperindahkan akhlak engkau tetapi engkau bertengkar dengan Allah? Engkau berani bertengkar dengan Allah? Jangan!!! Jangan engkau bertengkar dengan Allah sebaliknya segala yang engkau dengar itu yang engkau baca itu maka engkau iyakan saja.

Iya Ya Allah memang aku melakukan dosa, Iya Ya Allah memang aku masih mengumpat, Iya Ya Allah memang aku suka berbantah-bantah, Iya Ya Allah memang aku takabbur, aku riak dan ujub, Iya Ya Allah memang mata aku liar, aku suka tengok maksiat, Iya Ya Allah memang aku suka dengar radio sehingga lalai daripada mengingati-Mu. Iya!! Iya!! Iya Ya Allah!!! Engkau mengaku, mengaku dan mengaku sahaja.

Dan apabila engkau dah mengiktiraf kerendahan diri engkau itu maka engkau serahkan sahajalah kepada Allah Ta'ala. Tidaklah engkau merendah diri kecuali Allah Ta'ala menaikkan akan dikau. Merendah ini NO.1 dengan Allah bukan dengan manusia. Maksud merendah diri dengan Allah adalah segala ilmu Allah
engkau junjung, segala teguran Allah engkau terima, segala maksiat kepada Allah engkau mengaku.

Jangan engkau bertengkar-bertengkar dalam hati ketika engkau belajar ilmu tasawwuf. Iyakan!! Iyakan!! Iyakan segala-galanya. Bukan dengan manusia tetapi dengan Allah Ta'ala sahaja engkau rendahkan diri. Memang hamba-Mu ini ada sifat sedemikian Ya Allah. Memang hamba-Mu ini lemah Ya Allah. Memang hamba-Mu ini selalu melakukan dosa dan maksiat Ya Allah. Bantulah hamba-Mu Ya Allah. Ampunkan dosa-dosa hamba-Mu Ya Allah.Rahmatilah hamba-Mu Ya Allah. Sayangilah hamba-Mu ini Ya Allah.

Begitulah engkau mengaku depan Allah Ta'ala. Bila engkau mengaku sakit depan doktor maka doktor kasi ubat. Engkau mengaku sakit depan Allah Ta'ala maka Allah kasi sembuh tetapi kalau engkau tak nak, engkau rasa engkau sihat ok pandai-pandailah engkau.

Engkau mengaku sahaja, engkau terima sahaja tak payah engkau argue dalam hati engkau. Terima sahaja. Belajar ilmu tasawwuf ini bukannya senang sebab belajar ini pun hati nak kena selalu betulkan hati, matikan hati daripada syahwat. Hati itu suka nafsu, hati itu suka dipuji, hati itu suka merasa aku dah ok, hati itu suka apabila beribadah dalam bab fadhilat amal engkau buat sekian dapat pahala sekian. Ana dah buat, ana dah buat.

Akan tetapi bila engkau belajar ilmu tasawwuf engkau rasa runsing sebab engkau mesti cela, engkau tak jaga mata, engkau tak jaga mulut. Macam-macam peringatan dan yang tak boleh nak buat. Siapa suka? Tak suka kan!! Tapi ubat mana yang tak pahit sebab semua itu adalah untuk kebaikan diri kita.

Sebab itulah kita bilang KEMUNCAK ILMU TASAWWUF ialah menjadi ARIFBILLAH. Mengenal kepada Allah Ta'ala. Dan tak dapat engkau kenal Allah Ta'ala kecuali engkau kenal diri engkau. Dan kita sekarang ini dalam peringkat nak mengenal diri kita. Engkau kenal diri engkau betul-betul "Engkau cela, engkau berdosa, engkau malas dan engkau macam-macam lagi." Barulah Allah bukakan pengenalan pada diri-Nya. Ini adalah proses untuk engkau mengenal Allah Ta'ala. Dan kalau proses ini sahaja engkau bantah, engkau tak nak mengenal diri engkau punya celaan maka macam mana Tuhan nak berikan pengenalan diri-Nya kepada engkau.

Setiap apa yang kita belajar ini untuk hasil FUTUH (Pembukaan) daripada Allah Ta'ala. Sampai ada setengah Wali-Wali dapat KASYAF. Ulama bilang "Sekecil-kecil punya FUTUH ialah kalau Tuhan bukakan kepada engkau
diri engkau akan KEAIBAN DIRI engkau." Jangan engkau nak minta jadi Wali minta kasyaf sebab engkau dapat tengok dosa orang tetapi engkau dapat tengok dosa engkau dulu itu paling penting.

Kita sebenarnya datang belajar ini sebab kita dalam proses nak mencapai kasyaf. Kasyaf apa? KASYAF ORANG AWAM. Kasyaf orang awam macam kita ialah apa? Engkau kenal cela dirimu sendiri. Engkau dapat kenal semua dosa engkau. Ini sebenarnya semuanya FUTUH (PEMBUKAAN). Apabila engkau merendahkan diri engkau, engkau kenal diri engkau, mengaku engkau salah sebenarnya itu bukan SATU KERENDAHAN tetapi itu FUTUH namanya PEMBUKAAN daripada Allah Ta'ala.

Engkau raikan, engkau sambut, engkau hiburkanlah engkau dapat rasa "Aku hina, aku jahil, aku dosa, aku memang ada buat salah." Engkau SYUKURLAH engkau dapat rasa itu. Jangan pula engkau bantah kata "Tak ada!! Tak ada!! Tak ada!! aku tak buat dosa, aku ok je, aku sihat je, aku tak buat begini, selama ini aku bukan begitu." Jangan!!! Sebab bila engkau DAPAT RASA BEGINI seorang-seorang itu FUTUH namanya. Itu PEMBUKAAN dari Allah Ta'ala. Itu KASYAF dari Allah Ta'ala awal peringkat CELA DIRI SENDIRI.

Ulama bilang "Kalau engkau bergaul dengan satu orang Alim tapi dia rasa dirinya OK. Dan kalau engkau bergaul pula dengan satu orang biasa sahaja tapi dia tahu CELA diri dia. Maka JAUH LEBIH BAIK engkau bergaul dengan orang biasa ini dia tahu cela diri dia BERBANDING engkau bergaul dengan orang Alim yang dia rasa dirinya ok."

Macam mana engkau nak bilang dia ALIM kalau dia TAK ADA ILMU yang BASIC ini iaitu ILMU CELA DIRI SENDIRI. Jadi sebetulnya engkau belajar ilmu tasawwuf, engkau baca dan engkau rasa bersalah, engkau rasa engkau jahat, engkau rasa engkau banyak silap. Itu FUTUH sebenarnya tau. Itu PERINGKAT AWAL BASIC MENGENAL ALLAH TA'ALA iaitu dengan engkau MENGENAL DIRI SENDIRI.

Mengenal diri sendiri itu apa? Mengenal Allah dengan KETINGGIAN-NYA dan mengenali diri sendiri dengan KERENDAHANNYA. Jadi bila Allah Ta'ala nak bukakan KETINGGIAN-NYA maka Allah Ta'ala akan bukakan dulu KERENDAHAN ENGKAU pada diri engkau. Engkau sambut baik, engkau mengaku, engkau perlu, engkau tunjuk engkau hendak maka Allah akan bukakan KETINGGIAN bagi pihak Allah Ta'ala.

#MutiaraKata[SYEIKH ABU ZAKI BIN YUSUF AS-SANGGAFURI HAFIDZOHULLAH]

MARILAH KITA SEMUA BERSAMA SELALU MENYIBUKKAN AKAN DIRI KITA INI UNTUK KITA LEBIH BANYAK MELUANGKAN MASA KITA UNTUK MELIHAT KEAIBAN-KEAIBAN DAN KELEMAHAN-KELEMAHAN DIRI KITA BERBANDING KITA SIBUK DAN SELALU MENCARI-CARI AKAN KEAIBAN ORANG LAIN. SELALULAH KITA INGAT INI.

JANGAN SESEKALI KITA SUKA MENCARI-CARI KESALAHAN ORANG LAIN DAN MEMBUKA AIB ORANG LAIN DI DUNIA INI DIKERANAKAN NANTI DI AKHIRAT KELAK ALLAH TA'ALA PASTI DAN PASTI AKAN MEMBUKA AIB-AIB KITA DI HADAPAN SEKALIAN MAKHLUK-NYA. ALANGKAH MALU DAN MENYESAL KITA PADA WAKTU ITU. JADI KITA TAK SUKA DAN TAK NAK AIB KITA DIBUKA OLEH ALLAH TA'ALA MAKA JANGANLAH KITA SUKA UNTUK NAK MEMBUKA AIB ORANG LAIN.

SEMOGA ALLAH TA'ALA MENGURNIAKAN KEPADA DIRI KITA FUTUH (PEMBUKAAN) UNTUK KITA MENGENAL ALLAH TA'ALA YANG MANA MUDAH-MUDAHAN DENGAN KERANA ITU KITA SEMAKIN RINDU KEPADA ALLAH TA'ALA DAN TAK SABAR-SABAR NAK KEMBALI BERTEMU DENGAN-NYA.

SEMOGA KITA MENJADI ORANG-ORANG YANG SUKA MENDENGAR KATA-KATA NASIHAT PARA ULAMA, MENDAPATKAN ILMU DARIPADA PARA ULAMA, DUDUK DI DALAM MAJLISNYA PARA ULAMA DAN MENGAMALKAN APA YANG KITA DENGARKAN YANG KITA PEROLEHI DARIPADA ILMU YANG DISAMPAIKAN

SETERUSNYA KITA MENYAMPAIKAN KEPADA YANG LAINNYA DENGAN HARAPAN MUDAH-MUDAHAN KITA MENJADI ORANG-ORANG YANG MENJADI ASBAB KEBAIKAN DAN TURUNNYA HIDAYAH DARIPADA ALLAH TA'ALA KEPADA MASYARAKAT SEKELILING KITA

#JomKitaMuhasabahDiri
#JomJagaAdabDanAkhlakKita
#TakPerluMencaciAtaupunMenghinaOrangLain
#JomTingkatkanKetaqwaanKita
#OrangYangMuliaDiSisiAllahAdalahMerekaYangPalingBertaqwa
#JomKitaBersihkanHatiKita
#JomKitaBerzikirDanBerselawat
#JomKitaMengimarahkanRumahAllah
#JomKitaJagaSolatBerjemaah
#JomKitaMenghadiriMajlisIlmu
#UbatBagiHatiAdalahIlmu
#JomKitaDekatkanDiriDenganParaUlamaDanSolihin
#MaafAdaPenambahanPenguranganPerubahanDanKesilapanAyatDalamPenulisan
#JomKitaSalingIngatMengingatkan
#SemogaMendatangkanManfaatKepadaSemuaYangMembacanya

No comments:

Post a Comment