Friday, January 29, 2016

TIADA LURUS IMAN SEORANG HAMBA SEHINGGA LURUS HATI

TIADA LURUS IMAN SEORANG HAMBA SEHINGGA LURUS HATINYA DAN TIADA LURUS HATINYA SEHINGGA LURUS LIDAHNYA

BERSYUKURLAH DENGAN NIKMAT LIDAH YANG DIBERIKAN INI DENGAN KITA MEMANFAATKANNYA UNTUK BERUSAHA MERAIH KASIH SAYANG DAN KEREDHAAN ALLAH TA'ALA DAN KITA PELIHARALAH AKAN IA SEBAIK-BAIKNYA AGAR IANYA TIDAK MENGUNDANG MURKA DAN LAKNAT ALLAH TA'ALA KEPADA DIRI

JANGAN BIASAKAN DIRI KITA UNTUK MENGUMPAT DAN MENCARI-CARI KEAIBAN ORANG LAIN DIKERANAKAN 
APA YANG KELUAR DARI LIDAHMU ITU ADALAH MENGGAMBARKAN APA YANG BERADA DI DALAM HATIMU

ITU MENANDAKAN HATI KITA INI GELAP, KERAS, BUSUK DAN MATI SEKIRANYA KITA SUKA MENGUMPAT DAN MENDENGAR PERKARA-PERKARA YANG TIDAK BERFAEDAH

6 PERKARA YANG DIHARUSKAN UNTUK KITA MENGUMPAT YANG TIDAK MENDATANGKAN DOSA KEPADA DIRI 

Di dalam Al-Quran Allah سبحانه  وتعالى berfirman [ertinya] "Wahai sekalian mereka yang beriman! Jauhkan oleh kamu akan banyak daripada sangka (iaitu sangka yang jahat) kerana bahawasanya setengah daripada sangkaan itu dosa. Dan jangan kamu mencari dan memeriksa aib manusia. Dan jangan mengumpat setengah kamu akan setengah. Adakah suka seorang kamu bahawa makan ia daging saudaranya pada ketika mati maka benci kamu akan dia dan takut oleh kamu akan Allah Ta'ala. Bahawasanya Allah Ta'ala itu sangat menerima taubat lagi sangat kasih sayang." [Al-Hujurat:12]

Nabi ﷺ bersabda [ertinya] "Jauhkan oleh kamu akan diri kamu dan jauhkan oleh kamu akan mengumpat kerana bahawasanya mengumpat itu lebih bersangatan daripada berzina."
Bersabda Nabi ﷺ lagi
"Bahawasanya seorang lelaki terkadang berzina ia dan taubat ia maka menerima Allah Ta'ala akan taubatnya. Dan bahawasanya yang mengumpat itu tiada di ampuni baginya hingga mengampuni baginya oleh orang yang diumpatnya."

Mengumpat ini adalah dosa besar. Ada di antara mengumpat yang lebih bahaya daripada bahaya yang lainnya. Mengumpat ini sendiri ada bermacam-macam kategori. Contohnya seperti mengumpat orang alim. Kita mengumpat saudara kita biasa-biasa, mengumpat kawan-kawan kita baik itu kawan sekolah dan sebagainya. Itu sahaja dah macam engkau makan dia tetapi kalau kita umpat orang alim bahayanya macam kita makan daging dia dan daging dia itu beracun. Sangat binasa!!!!!

Kalau kita dengar ada orang-orang suka umpat orang alim itu binasa. Kalau kita dengar orang-orang mengumpat orang alim buat majlis ini bida'ah, orang itu bida'ah binasa. Eh!! Tak ada pun binasa? Binasa nanti!! Bila engkau tak rasa binasa itulah binasa namanya. Bukan binasa itu besoknya mulut engkau tak boleh nak buka. Bukan binasa itu besoknya mata engkau terus tak nampak. Bukan!!! Tetapi BINASA itu adalah bila HATI engkau tak nampak engkau punya kesalahan. Itu binasa namanya.

Jadi mengumpat orang alim membawa kepada segala kebinasaan. Umpat orang yang engkau tak kenal, umpat orang engkau tak tahu macam mana engkau nak taubat? Engkau umpat fulan ini fulan itu tapi engkau tak jumpa dia minta maaf. Macam mana engkau nak taubat? Sebab engkau sendiri tak kenal dia. Ingat!!!! Dosa mengumpat ini Allah Ta'ala TAK AKAN AMPUNKAN ENGKAU selagi mana ORANG YANG ENGKAU UMPAT itu TAK AMPUNKAN ENGKAU.

Umpat orang yang engkau tak boleh nak jumpa. Misalnya macam engkau tengok dekat TELEVISYEN orang yang baca berita ke. Engkau kata apa macam dia punya cara baca ini. Macam-macam orang suka komen kan? Jadi engkau kena jumpa dia minta maaf dengan dia. Kalau tak ada. Macam mana engkau nak minta maaf?? Susah engkau nanti di Yaumul Akhir!!!!

Sama macam bila engkau pergi mana-mana tempat. Engkau nampak orang, engkau tengok orang dan engkau sendiri tak kenal pun siapa dia tapi macam-macam keluar dari mulut engkau itu. Engkau umpat dia itu, ini semua. Engkau kena jumpa minta maaf dengan dia. Payah kan?? Memang payah sebab itu siapa suruh engkau mengumpat orang.

Jangan engkau mengumpat orang yang tak kenali, jangan engkau mengumpat orang yang sudah meninggal dunia dan jangan engkau mengumpat orang satu negeri. Contohnya engkau cakap "Orang Indon memang begitu. Orang Bangla memang macam itu. Engkau umpat!! Macam-macam engkau katakan. Segala Indon dari awal Indon sampai akhir Indon akan tuntut dekat engkau pada Yaumul Akhir nanti. Engkau sebut Bangla dari segala awal Bangla sampai akhir Bangla tuntut dekat engkau nanti.

Macam mana engkau TAK JADI MUFLIS pada Yaumul Akhir nanti. Orang PAHALA BERGUNUNG-GUNUNG boleh jadi MUFLIS sebab HUTANG DOSA BERGUNUNG-GUNUNG sebab MENGUMPAT.

Kita kadang-kadang tak perasan sebab mulut kita main cakap sahaja. Jangan!!! Jangan!! Jadi jangan mengumpat orang yang engkau tak kenal bahkan orang yang engkau kenal sekalipun. Jangan mengumpat orang satu negeri. Jangan mengumpat orang satu kaum. Ingat itu!!!! Dosa semuanya itu.

Akan tetapi, ada juga umpat yang diharuskan yang tidak berdosa. Umpat yang tidak berdosa yang diharuskan terbahagi kepada 6 kategori iaitu:

1)Mengadu Mufti, minta fatwa daripada Mufti. Engkau minta hukum untuk engkau laksanakan sendiri. Sepertimana seorang Sahabat berjumpa Rasulullah ﷺ bertanya "Ya Rasulullah. Suami aku ini bakhil. Boleh ke aku ambil wang daripada poketnya untuk aku gunakan untuk kadar keperluanku?"

Dengan menyebutkan "Suami aku bakhil?". Umpatkan namanya itu? Tapi kenapa dia bilang macam itu? Sebab nak minta fatwa. Jadi Rasulullah ﷺ pun tak bilang "Mengumpat suami engkau". Tidak!!!! Tapi Rasulullah ﷺ mengatakan "Boleh ambil". Jadi bermakna di situ kalau engkau nak bertanya sesuatu kena buka pekung umpat tak boleh. Nak tak nak engkau kena sebut jua cela orang itu. Itu tak apa.


2)Mengadu Qodi. Dalam zaman kita sekarang macam report polis dan pihak berkuasalah. Engkau mengadu
kezaliman dan pengkhianatan yang berlaku dan sebagainya. Misalnya engkau nak bilang pada pegawai polis engkau nampak seseorang yang mencurigakan yang buat yang bukan-bukan. Yang ini engkau boleh sebutkan. Biar polis dan pihak yang berkenaan siasat untuk mengambil tindakan.

3)Minta tolong orang Islam untuk menyelamatkan orang yang lainnya. Meminta pertolongan untuk mengubah kemungkaran yang berlaku. Misalnya engkau nampak orang berjudi, orang minum arak, buat maksiat, berzina. Engkau kata "Budak ini. Kalau aku tegur nanti takut jadi gaduh nanti. Dia tak terima." Jadi engkau boleh mengadu kepada orang lain sebut kemungkaran yang dia lakukan sebut "begini, begini" untuk engkau nak orang itu tegur. Itu umpat namanya kan? Tapi harus kenapa? Sebab dengan niat engkau sebutkan begitu akan ada orang yang boleh tegurnya ambil tindakan.

4)Menyelamatkan Muslimin daripada cela, kejahatan seseorang seperti seorang yang nak minta kerja dekat tempat kita. Jadi kita boleh jumpa dan bertanya kepada bekas majikan orang itu macam mana karektor orang itu perangainya, akhlaknya, amanahnya dan sebagainya untuk kita nak tahu boleh tak kita terima dia ataupun tidak. Jadi kita jumpa bekas majikannya itu tanya kenapa dia berhenti kerja dan sebagainya.

Jadi diharuskan untuk sebut macam mana keadaan orang itu. Umpamanya bekas majikannya itu sebut dia berhenti kerja sebab dia panjang tangan, dia dulu ada masalah dengan staff lain, suka datang lambat dan sebagainya. Itu mengumpat kan? Tapi boleh engkau nak sebutkan. Demikian juga seseorang yang nak meminang ditanya tentang perempuan atau lelaki yang nak dikahwininya maka harus didedahkan keburukannya sekiranya ada.

Seperti di zaman Rasulullah ﷺ ada seorang wanita yang dipinang oleh 2 orang. Jadi dia tak tahu siapa yang dia nak pilih. Lalu dia tanya sama Rasulullah ﷺ "Ya Rasulullah. Aku dipinang oleh 2 orang fulan dan fulan tapi aku tak tahu yang mana satu aku nak pilih." Jadi Rasulullah ﷺ bilang "Yang pertama itu suka pukul bini dan yang kedua itu isterinya berkenaan dan tidak berkenan dengan engkau."

Umpat tak itu namanya? Umpat sebab sebut sifat cela tapi harus kerana keperluan. Jadi Rasulullah ﷺ kenalkan kepada wanita itu seorang yang ketiga untuk dia berkahwin. Jadi ini umpat yang diharuskan sebab nak selamatkan kecelaan seseorang.

5)Mengumpat seseorang, memperkenalkan seseorang yang memang sudah biasa, terkenal dengan gelaran, panggilan sedemikian. Misalnya dalam satu kampung ada 15 orang nama Ahmad. Ahmad Tinggi, Ahmad Pendek, Ahmad Hitam, Ahmad Putih, Ahmad Gemuk, Ahmad Kurus dan sebagainya. Yang ini kalau orang tak sebut gelarannya maka orang tak kenal siapa dia. Umpamanya Ahmad Botak. Sekiranya orang tak sebut gelarannya orang tak tahu siapa dia. Jadi sebutlah ini tak berdosa, diharuskan.

6)Mengumpat orang yang sengaja buat maksiat secara terang-terangan. Minum arak depan orang, main judi, berzina semuanya. Ini harus engkau umpat dia. Kenapa? Sebab dia buka pekung dirinya sendiri, buka keburukan dirinya sendiri secara terbuka tapi sekiranya dia buat secara sembunyi-sembunyi tak harus engkau umpat tentang dia.

Dan atas dasar yang ini. Engkau umpat orang kafir harus. Kita umpat orang kafir tak berdosa sebab orang kafir sebesar-besar dosanya apa? KUFUR kepada Allah Ta'ala. Engkau mengatakan agama dia sekian, agama dia sekian maka segala kecelaan yang lain dikira kecil. Engkau umpat tak salah cuma TAK DIGALAKKAN MENGUMPAT ORANG KAFIR kerana SEKIRANYA ENGKAU DAH TERBIASA UMPAT ORANG KAFIR NANTI LAMA-KELAMAAN ENGKAU AKAN MENGUMPAT ORANG ISLAM.

Kesemua 6 perkara yang kita disebutkan ini semuanya boleh engkau nak gunakan tapi tujuaannya ADALAH BAIK. Tak ada satu pun tujuaan untuk NAK MENGAIBKAN dan tak ada satu pun untuk tujuan KEPENTINGAN DIRI SENDIRI. Itu penting di situ. Tidak ada kepentingan sendiri, tidak ada kepentingan membuat orang benci si fulan, tidak ada kepentingan buka aib KECUALI nak BERIKAN KEBAIKAN.

Jangan engkau gunakan 6 DASAR ini untuk saling umpat dia, attack dia, jatuhkan dia, gulingkan dia. Tidak begitu!!! Itu adalah FITNAH namanya. Oleh kerana itu, peliharalah lidah engkau itu baik-baik. Jangan engkau berani nak mengumpat sesiapa pun dikeranakan semua itu akan dipertanggungjawabkan kembali kepada engkau yang akan membuatkan engkau MUFLIS di YAUMUL AKHIR nanti.

Di antara TANDA-TANDA KESEMPURNAAN ISLAM SESEORANG ITU adalah MENINGGALKAN PERKARA-PERKARA YANG TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN DIA. Jadi perkara yang tidak ada kena mengena ialah apabila BERCAKAP orang itu TAK DAPAT APA-APA MANFAAT, FAEDAH LANGSUNG. Tak dapat faedah baik kepada yang BERCAKAP dan yang MENDENGAR. Itu perkara yang tak ada faedah, tak ada kena mengena.

Sebab itu Ulama bilang "Lebih baik engkau duduk bersendirian daripada engkau duduk, bercampur dan bergaul dengan ramai orang dikeranakan duduk bersendirian itu dapat menyelamatkan dirimu daripada bercakap sesuatu yang tidak berfaedah dan ianya juga tidak memberikan mudarat kepada orang lain berbanding sekiranya engkau duduk, bercampur dengan ramai orang tetapi apa yang engkau CAKAPKAN ITU semuanya tak mendatangkan FAEDAH, PAHALA kepada diri engkau dan kepada orang lain bahkan banyak mendatangkan DOSA."

Sebab itu kita lihat Para Auliya dan orang-orang soleh ini. Mereka ini lebih suka untuk bersendirian "berkhalwat" dengan Tuhannya berbanding nak habiskan masanya duduk borak-borak macam kita ini sebab setiap masa mereka itu akan dimanfaatkan sepenuhnya dipenuhi, diisi dengan ingatannya kepada Allah Ta'ala berzikir kepada Allah, mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah Ta'ala. 

Sekiranya kita jumpa, tengok orang yang macam ini dalam majlis yang dia itu banyak diam, tak banyak cakap, tak tegur kita sangat. Jangan kita cakap dia sombong pula. Itu bukan sombong namanya kecuali sekiranya memang dia tengok kita dan dia tarik muka dengan kita, dia tak nak salam dengan kita. Itu barulah sombong tapi sekiranya dia senyum dekat kita cuma dia jarang nak cakap dengan kita itu bukan sombong namanya.

#MutiaraKata[SYEIKH ABU ZAKI BIN YUSUF AS-SANGGAFURI HAFIDZOHULLAH]

JIKA DAHULU ORANG MENGUMPAT INI DISEBARKAN DARI MULUT KE MULUT TETAPI BAHAYANYA ZAMAN KITA SEKARANG INI SEBAB SEMAKIN CANGGIH TEKNOLOGINYA MAKA SEMAKIN BANYAK CARA ORANG NAK MENGUMPAT DISEBARKAN MELALUI MEDIA SOSIAL SEPERTI FACEBOOK, GROUP WHATSAPP, TWITTER, INSTAGRAM DAN SEBAGAINYA

AJARKANLAH LIDAH DAN TANGAN INI UNTUK BIASA MEMBERIKAN MANFAAT DAN MENJADI UBAT PENAWAR KEPADA HATIMU DAN JUGA KEPADA HATI ORANG LAIN DIKERANAKAN SEKIRANYA TIDAK DIMANFAATKAN SEPENUHNYA MAKA DIKHUATIRI IANYA AKAN LEBIH BANYAK MENDATANGKAN MUDARAT DAN MENJADI RACUN YANG AKAN MEMATIKAN HATIMU DAN JUGA HATI ORANG LAIN

MARILAH KITA SEMUA BERSAMA SELALU MENYIBUKKAN AKAN DIRI KITA INI UNTUK KITA LEBIH BANYAK MELUANGKAN MASA KITA UNTUK MELIHAT KEAIBAN-KEAIBAN DAN KELEMAHAN-KELEMAHAN DIRI KITA BERBANDING KITA SIBUK MENGUMPAT ORANG DAN SELALU MENCARI-CARI BERITA SENSASI YANG SEHINGGA IANYA MENAMPAKKAN AKAN KEAIBAN ORANG LAIN WALAUPUN KITA KATA KITA HANYA MELIHATNYA SAHAJA, KITA DENGAR SAHAJA TAPI KITA JOIN SEKAKI JUGA, AMBIL TAHU JUGA MAKA DOSANYA PUN KITA SAMA-SAMA TANGGUNG DAN DAPATKAN JUGA FREE-FREE GITU


SELALULAH KITA INGAT INI JANGAN SESEKALI KITA SUKA MENCARI-CARI KESALAHAN ORANG LAIN DAN MEMBUKA AIB ORANG LAIN DI DUNIA INI DIKERANAKAN NANTI DI AKHIRAT KELAK ALLAH TA'ALA PASTI DAN PASTI AKAN MEMBUKA AIB-AIB KITA DI HADAPAN SEKALIAN MAKHLUK-NYA. ALANGKAH MALU DAN MENYESAL KITA PADA WAKTU ITU. JADI KITA TAK SUKA DAN TAK NAK AIB KITA DIBUKA OLEH ALLAH TA'ALA MAKA JANGANLAH KITA SUKA UNTUK NAK MEMBUKA AIB ORANG LAIN.

SEMOGA ALLAH TA'ALA MENGURNIAKAN KEPADA DIRI KITA FUTUH (PEMBUKAAN) UNTUK KITA MENGENAL ALLAH TA'ALA YANG MANA MUDAH-MUDAHAN DENGAN KERANA ITU KITA SEMAKIN RINDU KEPADA ALLAH TA'ALA DAN TAK SABAR-SABAR NAK KEMBALI BERTEMU DENGAN-NYA.

SEMOGA KITA MENJADI ORANG-ORANG YANG SUKA MENDENGAR KATA-KATA NASIHAT PARA ULAMA, MENDAPATKAN ILMU DARIPADA PARA ULAMA, DUDUK DI DALAM MAJLISNYA PARA ULAMA DAN MENGAMALKAN APA YANG KITA DENGARKAN YANG KITA PEROLEHI DARIPADA ILMU YANG DISAMPAIKAN

SETERUSNYA KITA MENYAMPAIKAN KEPADA YANG LAINNYA DENGAN HARAPAN MUDAH-MUDAHAN KITA MENJADI ORANG-ORANG YANG MENJADI ASBAB KEBAIKAN DAN TURUNNYA HIDAYAH DARIPADA ALLAH TA'ALA KEPADA MASYARAKAT SEKELILING KITA

#JomKitaMuhasabahDiri
#HariJumaatPenghuluSegalaHari
#JomJagaAdabDanAkhlakKita
#JanganSukaMengumpat
#JanganSukaCariAibOrangLain
#JomTingkatkanKetaqwaanKita
#OrangYangMuliaDiSisiAllahAdalahMerekaYangPalingBertaqwa
#JomKitaBersihkanHatiKita
#JomKitaBerzikirDanBerselawat
#JomKitaMengimarahkanRumahAllah
#JomKitaJagaSolatBerjemaah
#JomKitaMenghadiriMajlisIlmu
#UbatBagiHatiAdalahIlmu
#JomKitaDekatkanDiriDenganParaUlamaDanSolihin
#MaafAdaPenambahanPenguranganPerubahanDanKesilapanAyatDalamPenulisan
#JomKitaSalingIngatMengingatkan
#SemogaMendatangkanManfaatKepadaSemuaYangMembacanya

No comments:

Post a Comment