Wednesday, January 27, 2016

NIAT-NIAT KITA. KETAHUILAH BAHAWASANYA YANG AKAN MENYELAMATKAN KITA ADALAH NIAT-NIAT KIT

SEBESAR-BESAR PERKARA YANG PERLU KITA SENTIASA JAGA DAN PERHATIKAN ADALAH NIAT-NIAT KITA. KETAHUILAH BAHAWASANYA YANG AKAN MENYELAMATKAN KITA ADALAH NIAT-NIAT KITA BUKANNYA AMAL KITA. JADI AMAT PENTING UNTUK KITA SENTIASA MEMPERBETULKAN NIAT KITA, ADJUST SELALU NIAT KITA DAN SELALULAH BERSIHKAN NIAT-NIAT KITA SEBELUM KITA NAK MELAKUKAN SESUATU AMALAN

PERINGATAN KHUSUSNYA BUAT DIRI PERIBADI SAYA SENDIRI DAN KEPADA SEMUA YANG MEMBACANYA. MARI KITA MUHASABAH DIRI, KITA HAYATI BETUL-BETUL DAN HADAM BETUL-BETUL DENGAN APA YANG DISAMPAIKAN OLEH GURU MULIA KITA INI. ALLAH!!! TAKUT SANGAT-SANGAT KALAU INI TERJADI KEPADA DIRI KITA.. SEMOGA ALLAH TA'ALA MENYELAMATKAN KITA SEMUA SENTIASA MEMBERIKAN TAUFIQ DAN HIDAYAH-NYA AGAR KITA SENTIASA DAPAT MELIBAT AIB-AIB DIRI KITA SENDIRI DAN SELALU DAPAT MEMBERSIHKAN HATI KITA SERTA MEMPERBETULKAN NIAT-NIAT KITA DI DALAM KITA MELAKUKAN SESUATU AMAL KERANA ALLAH TA'ALA

Selalulah kita perhatikan niat kita. Yang akan menyelamatkan kita adalah niat kita bukan amal kita. Amal bagi Allah  سبحانه  وتعالى adalah kecil tetapi kalau amal yang dilakukan dengan niat yang besar maka besar akan dipandang oleh Allah سبحانه  وتعالى.
    
Di antara kita ini ada kalanya yang sukakan dunia dan ada pula yang sukakan akhirat. Ada orang buat kerja akhirat tapi sebenarnya kerana dia sukakan dunia.Ada orang nampak macam buat kerja dunia tapi kerana dia niatkan sukakan akhirat.Terbalik amalnya.

Nabi ﷺ bersabda [ertinya] "Sesungguhnya setiap amal itu disertai niat. Dan sesungguhnya setiap orang dikurniakan balasan mengikut niatnya." MashaAllah!! Ini hadis dipakai dalam bab tasawuf dalam bab niat engkau ikhlas tak ikhlas ini dipakai dan dipakai di dalam kitab fiqih kita juga. Setiap amal mesti ada niat. NIAT ini apa? NIAT adalah PEMBEZA di antara ADAT dan IBADAT.

NIAT adalah pembeza martabat ibadat. Niat dalam bab tasawuf menjadi sebab DITERIMA atau DITOLAK engkau punya AMALAN. Jadi niat adalah pembeza antara adat dan ibadat. Apa itu? Maknanya sama macam bila engkau iktikaf di dalam masjid.Bila engkau tak pasang niat iktikaf dan kawan engkau niat iktikaf. Dia dapat pahala, engkau pula tak dapat pahala. Pasal apa? Dia niat iktikaf dan engkau tak niat iktikaf

Maka duduknya itu kerana iktikaf. Itu membezakan. Adatnya bukan duduk rehat-rehat nak hilangkan penat tetapi dia perlu ada niat maka membezakan di antara adat dan ibadatnya. Dan NIAT ini juga membezakan antara MARTABAT. Kita sembahyang 2 rakaat dan dia pun sembahyang 2 rakaat tetapi lain pahalanya. Dia sembahyang sunat, engkau pun sembahyang sunat. Lain pahalanya.

Sebab apa? Engkau sembahyang sunat ba'diyah isyak umpamanya tetapi dia bukan sembahyang sunat ba'diyah isyak tapi dia niatkan sembahyang 2 rakaat witir. Witir lagi besar daripada ba'diyah isyak. Sama rakaat tetapi NIAT itu MEMBEZAKAN antara MARTABAT IBADAT. Dikeranakan itu MENGETAHUI MARTABAT-MARTABAT IBADAT ini PENTING.

Kenapa? Engkau pasangkan niat apa itu yang engkau akan dapat. Itu yang akan jadi. Dan NIAT ini juga merupakan sama ada DITERIMA atau DITOLAK IBADAT. Dah sempurna ibadat. Umpamanya engkau dah niatkan "Sahaja aku iktikaf di dalam masjid masjid, sahaja aku sembahyang tahiyatul masjid." Itu pun boleh TERTOLAK tau. Niat ini disebutkan kalau dalam bahasa melayu kita "DEMI". Lantaran apa?

Memanglah kita sebut "nawaitu...." baik itu nak pergi haji ke mesti kita niat dulu, kita nak sembahyang ke mesti kita kena niat dulu, kita nak puasa ke mesti kita nak kena niat dulu. Itu membezakan ADAT dan IBADAT tetapi DEMI apa engkau buat Haji? DEMI apa engkau puasa? DEMI apa engkau datang masjid? Itulah yang menjadi PEMBEZA SAMA ADA AMAL ENGKAU DITERIMA ATAUPUN DITOLAK.

Kalau engkau pergi haji tetapi DEMINYA bukan sebab kerana Allah سبحانه  وتعالى,  DEMINYA bukan sebab engkau betul-betul nak pergi haji tetapi engkau pergi haji DEMINYA sebab lain. Umpamanya engkau  mengatakan "Banyak duit kalau tak pergi haji malu aku nanti." Apa yang engkau niatkan DEMINYA itu yang engkau akan dapat, tak lebih daripada itu. Umpamanya lagi engkau bersedekah nak bina masjid sekalipun. DEMINYA apa?

Kalau engkau nak DILIHAT orang lihat engkau ini seorang DERMAWAN. Itu bukan DEMINYA walaupun engkau bina 100 masjid sekalipun tetapi Allah سبحانه  وتعالى akan memberikan ganjaran kepada engkau DEMINYA untuk apa. Begitu jugalah amal-amal ibadat kita yang lainnya. Matlamatnya DEMI APA? Itu yang paling penting sekali.

Ini yang kita katakan DEMINYA sesuatu amalan walaupun engkau pasang nawaitu sekian, nawaitu sekian tetapi DEMINYA itu apa? Itu yang Nabi ﷺ sebut "Sesungguhnya amalan itu bergantung kepada niat. Dan setiap orang itu apa yang diniatkannya. Barangsiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasulnya maka hijrahnya kerana Allah dan Rasulnya. Dan sekiranya hijrahnya itu kerana dunia maka dia akan memperolehinya atau kerana hijrahnya kerana perempuan yang nak dikahwininya maka hijrahnya kerana perempuan yang nak dikahwininya bergantung kepada niatnya."

Itu yang kita katakan DEMINYA. Kemudian Nabi ﷺ bersabda lagi [ertinya] "Setiap manusia dibangkitkan di Hari Kiamat menurut niat masing-masing." Kalau kita kata "Ana keluar berjihad nanti ana akan dibangkitkan bersama dengan orang yang mati syahid ke? Ana selalu bersedekah, derma sekian banyak harta nanti ana akan dibangkitkan bersama dengan orang-orang dermawan ke? Begitulah jua dengan sekian banyak amal-amal yang kita kerjakan."

Tidak!!!! Tidak!!! Tidak!!! Niat engkau bagaimana itu yang engkau akan dibangkitkan bersama-sama dengan mereka nanti. Yang sama KATEGORINYA. Bagaimana NIAT kita begitulah kita akan dibangkitkan nanti bersama dengan orang-orang yang kita suka yang kita niatkan itu. Mendapatkan keadaan yang sama pada HARI KEBANGKITAN nanti.

Bila kita sebutkan tentang orang-orang yang akan dibangkitkan bersama-sama denga niat-niatnya itu. Habib Ahmad Bin Hasan Al-Attas menyebutkan bahawa "Kalau Allah MURKA kepada seseorang maka Allah akan BERIKAN kepadanya 3 PERKARA tapi dalam waktu yang sama Allah سبحانه  وتعالى akan MENAHAN 3 PERKARA daripadanya berdasarkan NIATNYA"

SERAM!!! Jangan katakan nak bersama dengan sesuatu golongan itu ketika di dunia ini lagi. Apatah lagi nanti nak bersama dengan golongan yang diberikan nikmat oleh Allah سبحانه  وتعالى di Mahsyar nanti semuanya itu adalah bergantung kepada NIAT dan KEIKHLASAN kita ini.

Kalau Allah سبحانه  وتعالى MURKA kepada seseorang itu maka 

1)Allah  سبحانه  وتعالى akan benarkan dia, berikan dia, izinkan dia untuk BERCAMPUR-GAUL DENGAN ALIM ULAMA TETAPI Allah سبحانه  وتعالى  HALANG dia daripada dia menjadi SALAH SEORANG daripada ALIM ULAMA. Katakan dia seorang Ustaz lah. Katakan dia seorang Syeikh lah. Katakan dia seorang Guru lah. Ataupun dia selalu bersama dengan Alim Ulama. Dia mengatakan "Habib Fulan, Syeikh Fulan, Maulana Fulan
itu sama-sama duduk dengan ana, sama-sama belajar dengan ana."

Macam sama kan? Sama satu majlis, sama dengan rupa, sama dengan pakaiannya, duduk satu majlis, duduk sama-sama satu sama lain tetapi Allah سبحانه  وتعالى HALANG ENGKAU daripada jadi SALAH SEORANG DARIPADA MEREKA. Kenapa? Kerana NIAT engkau tak macam NIAT mereka. IKHLAS engkau tak macam IKHLAS mereka. Engkau sangka engkau dah macam mereka tapi sebenarnya Allah سبحانه  وتعالى halang engkau daripada jadi macam mereka. Nauzubillah min zalik!!!

2)Allah سبحانه  وتعالى berikan dia, izinkan dia untuk melakukan AMAL BANYAK. Kita ini kadang-kadang nak buat pun payah tapi dia Allah berikan kemudahan sembahyang rajin, qiamuallai rajin, baca Al-Quran rajin MashaAllah!!! TETAPI Allah CABUT IKHLAS DARI HATINYA. Lepas dia buat aja dia UJUB, lepas dia buat sesuatu amalan sahaja dia UJUB. Allah!!Semua amalannya ROSAK.

Dia sangka "Aku dah witir tiap-tiap malam tak tinggal, aku dah sedekah hari-hari ini, aku dah banyak buat baik ini dan sebagainya." Sehingga akhirnya nanti dia akan hampar kosong semuanya berterbangan. Kenapa? Kerana NIAT engkau TAK SAMA dengan NIAT mereka yang BETUL-BETUL NIATNYA KERANA ALLAH DALAM MENGERJAKAN AMAL.

3)Allah!!! Yang ketiga ini kita takut. Allah سبحانه  وتعالى berikan dia HIKMAH. HIKMAH itu apa? HIKMAH itu BIJAK CAKAP. Kalau dia bercakap dengan orang PUNYALAH HALUS, PUNYALAH LEMBUT, PUNYALAH ADA SIRR yang dia cakap itu TETAPI Allah سبحانه  وتعالى HALANG dia MENDAPATKAN FADHILAT daripada HIKMAH yang ada dalam diri dia itu.

Orang kalau dengar cakap dia boleh jadi baik tetapi dia tak boleh jadi baik. Orang dengar cakap dia boleh tersentuh hatinya, boleh sampai menitiskan airmatanya tetapi dia sendiri tak tersentuh hatinya, tak menitis pun airmatanya. Nauzubillah min zalik!!! Ini kerana apa? Kerana NIATNYA TAK BERSIH. DIA CUBA NAK TIPU ALLAH maka ALLAH TIPU DIA.

Ini sebabnya NIAT INI SANGAT-SANGAT PENTING. Oleh kerana itu, disebutkan Allah  سبحانه  وتعالى SANGAT SUKA kepada seseorang itu bila NAK BUAT AMAL BAIK. Dia STOP dulu. Dia PERIKSA dulu. Kalau ADA MENDATANGKAN MANFAAT baru dia BUAT tetapi kalau TAK ADA memberikan MANFAAT kepada DIRINYA dan kepada ORANG LAIN maka dia tak akan buat.

Takutkan bila kita dengar? Macam-macam syaratnya kan? Jangan kita berhenti buat amal pula. Bukan!!! Bukan!! Apa yang kita buat sekarang teruskan sahaja. Engkau dermalah, bagus dermamu itu. Engkau buat baktilah, bagus baktimu itu. Cuma kita kena BETULKAN dan BERSIHKAN NIAT KITA SAHAJA. Kerja engkau bagus, kerja engkau ini baik orang dapat bermacam-macam manfaat daripada bakti engkau tahu tak? Kerja ini bagus, memang bagus CUMA engkau BETULKAN NIAT SAHAJA. TAK PAYAH ENGKAU HAIRAN PASAL MANUSIA, TAK PAYAH PUN ENGKAU SEBUT PASAL DUNIA, TAK PAYAH PUN ENGKAU SEBUT PASAL APA KECUALI PASAL ALLAH TA'ALA SAHAJA.

Itu sahaja. Selamatlah amal engkau. Tak payah fikir macam-macam apa orang fikir pasal engkau, tak payah engkau kisah pasal makhluk. Apa yang engkau kisah CUMALAH apa yang Allah Ta'ala akan fikir pasal engkau. Itu sahaja. Teruskan sahaja segala KEBAIKAN yang engkau kerjakan sekarang ini.

Cuma engkau PERBAIKI, BETULKAN DAN BERSIHKAN NIAT-NIAT ENGKAU SAHAJA. Tiada niat apa-apa pun kecuali SEMATA-MATA KERANA ALLAH TA'ALA. Engkau datang masjid, datang majlis ilmu, belajar, mengajar, bantu orang susah, buat perkara-perkara yang mendatangkan manfaat kepada Ummat. Semuanya buat kerana Allah Ta'ala.

Sabar ini bila buat sesuatu amalan. Sabar BEFORE, DURING dan AFTER. Sabar sebelum amal adalah engkau kena mujahadah lawan dengan engkau punya malas ini, hawa nafsu engkau ini. Engkau kena sabar nak lawannya. Sabar ketika beramal ini adalah bila engkau melakukan sesuatu amalan maka engkau buatlah sempurna-sempurnanya. Umpamanya engkau sembahyang. Bacalah surah betul-betul, jaga bacaan, jaga tamakninah betul-betul. Dan sabar selepasnya. Jangan engkau RIAK dan UJUB dengan amalan engkau itu.

Engkau BELAJARLAH cuba untuk IKHLASKAN semua amalan engkau itu. Jangan engkau berhenti beramal pula sebab engkau rasakan bila engkau buat bakti, buat baik ini engkau takut nanti engkau tak ikhlas pula. Tidak!!! Tidak!!! Bukan macam itu. Engkau nak dapatkan IKHLAS ini engkau kena BUAT AMAL TERUS, BUAT SECARA ISTIQOMAH.

Jangan engkau beramal bila engkau hendak saja, bila engkau tengah semangat nak beramal sahaja tetapi bila engkau mula datang malas terus engkau STOP, terus engkau TAK NAK BERAMAL.

Engkau kena teruskan AMAL ENGKAU itu sampailah nanti Allah Ta'ala sendiri yang akan datangkan KEIKHLASAN DALAM AMALAN ENGKAU ITU sehingga engkau dah tak hairan dah dengan pujian makhluk ke ataupun apa sahaja tetapi yang menjadi KEUTAMAAN engkau pada ketika itu hanyalah ALLAH SEMATA-MATA.

#MutiaraKata[SYEIKH ABU ZAKI BIN YUSUF AS-SANGGAFURI HAFIDZOHULLAH]

ITU YANG PENTINGNYA KITA SEMUA KENA ADA 2 SIFAT DALAM DIRI KITA MASING-MASING IAITU

1)KITA TAKUT KEPADA ALLAH TA'ALA

2)KITA BERHARAP KEPADA ALLAH TA'ALA

MUDAHAN-MUDAHAN KITA SEMUA DAPAT MENGAMBIL PENGAJARAN DAN MANFAAT DARIPADA APA YANG DISAMPAIKAN INI. SEMOGA ALLAH TA'ALA SENTIASA MEMANDANG KITA DENGAN PANDANGAN RAHMAT DAN KASIH SAYANGNYA, MEMBANTU KITA, MEMUDAHKAN KITA DAN MEREDHAI KITA DENGAN SETIAP APA YANG KITA KERJAKAN SELAMA INI. SEMOGA SEMUANYA DITERIMA OLEH ALLAH TA'ALA.

SEMOGA ALLAH TA'ALA MEMBERIKAN, MENITIPKAN KEIKHLASAN KEPADA HATI-HATI KITA SEMUA DI DALAM KITA MELAKUKAN SESUATU AMALAN HANYA SEMATA-MATA KERANA ALLAH TA'ALA DAN DIBETULKAN SEMUA NIAT-NIAT KITA KERANA ALLAH TA'ALA.

SEMOGA KITA MENJADI ORANG-ORANG YANG SUKA MENDENGAR KATA-KATA NASIHAT PARA ULAMA, MENDAPATKAN ILMU DARIPADA PARA ULAMA, DUDUK DI DALAM MAJLISNYA PARA ULAMA DAN MENGAMALKAN APA YANG KITA DENGARKAN YANG KITA PEROLEHI DARIPADA ILMU YANG DISAMPAIKAN

SETERUSNYA KITA MENYAMPAIKAN KEPADA YANG LAINNYA DENGAN HARAPAN MUDAH-MUDAHAN KITA MENJADI ORANG-ORANG YANG MENJADI ASBAB KEBAIKAN DAN TURUNNYA HIDAYAH DARIPADA ALLAH TA'ALA KEPADA MASYARAKAT SEKELILING KITA

#JomKitaMuhasabahDiri
#JomKitaLakukanAmalKebaikan
#JomKitaNiatkanKeranaAllah
#JomKitaBetulkanNiatKita
#JomTingkatkanKetaqwaanKita
#OrangYangMuliaDiSisiAllahAdalahMerekaYangPalingBertaqwa
#JomKitaBersihkanHatiKita
#JomKitaBerzikirDanBerselawat
#JomKitaBeristighfar
#JomKitaMengimarahkanRumahAllah
#JomKitaSolatBerjemaah
#JomKitaMenghadiriMajlisIlmu
#UbatBagiHatiAdalahIlmu
#JomKitaDekatkanDiriDenganParaUlamaDanSolihin
#MenatapWajahMerekaMemberikanKetenanganKepadaHatiKitaSemua
#SemogaAmalIbadahKitaDiterimaOlehAllah
#MaafAdaPenambahanPenguranganPerubahanDanKesilapanAyatDalamPenulisan
#SemogaMendatangkanManfaatKepadaSemuaYangMembacanya

No comments:

Post a Comment