Monday, March 10, 2014

Musibah Itu Membuat Kita Tersenyum...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

TAZKIRAH HARI INI (THI) - 8 Jdl. Awal 1435H
Musibah Itu Membuat Kita Tersenyum...

Ketika Allah Ta’ala menguji para hamba-Nya, ternyata di balik cubaan, ujian, musibah yang ditimpakan kepada seorang hamba ternyata terdapat hikmah yang luar biasa. Oleh sebab inilah, seharusnya orang yang sedang diuji oleh Allah Ta’ala dengan kehilangan orang yang disayang seperti dalam kemalangan kapal terbang yang terhempas harus membuatkan mereka tersenyum dan bersyukur. Ternyata mendapatkan ujian dari Allah Ta’ala itu indah dan nikmat.

1) Mendapat Selawat Allah Ta’ala, Rahmat dan Petunjuk-Nya (Hidayah) bagi yang sabar ketika mendapatkan ujian.

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الأَمْوَالِ وَالأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ أُولَئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ فَلا جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَطَّوَّفَ بِهِمَا وَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَإِنَّ اللَّهَ شَاكِرٌ عَلِيمٌ

“Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar”. (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, "Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji`un". Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.” (QS. Al-Baqarah: 155-158)

Dari ayat di atas dijelaskan bahawa orang yang sabar ketika mendapatkan ujian maka dia akan mendapatkan tiga keutamaan sekaligus, Selawat Allah Ta’ala, Rahmat dan Petunjuk-Nya. Dan perlu diperhatikan, bahawa Allah Ta’ala tidak pernah mengumpulkan tiga keutamaan sekaligus dalam satu ayat, kecuali di dalam ayat ini.

2) Sebesar ujian sebesar itu pula pahala yang disediakan Allah Ta’ala dan...

3) Orang yang diuji Allah adalah bukti cinta Allah kepada orang tersebut.

عن أنس رضي الله عنه, عَنِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ «إِنَّ عِظَمَ الْجَزَاءِ مَعَ عِظَمِ الْبَلاَءِ وَإِنَّ اللَّهَ إِذَا أَحَبَّ قَوْمًا ابْتَلاَهُمْ فَمَنْ رَضِىَ فَلَهُ الرِّضَا وَمَنْ سَخِطَ فَلَهُ السَّخَطُ 

“Anas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya besarnya pahala sesuai dengan besarnya ujian dan jika Allah mencintai suatu kaum Dia akan menguji mereka, siapa yang redha maka baginya keredhaan (Allah) dan siapa yang murka maka baginya kemurkaan (Allah)."(HR: Tirmidzi)

4) Musibah menghapuskan dosa dan kesalahan.
“Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: “Ujian selalu bersama dengan orang beriman lelaki dan perempuan, baik di dalam diri, anak dan hartanya, sampai dia bertemu dengan Allah dalam keadaan tidak mempunyai satu kesalahanpun.” (HR: Tirmidzi)

5) Seorang yang mendapatkan cubaan bererti diinginkan kebaikan oleh Allah Ta’ala.

عن أَبَي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - «مَنْ يُرِدِ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُصِبْ مِنْهُ

“Abu Hurairah r
5) Seorang yang mendapatkan cubaan bererti diinginkan kebaikan oleh Allah Ta’ala.

عن أَبَي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - «مَنْ يُرِدِ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُصِبْ مِنْهُ

“Abu Hurairah r.a berkata: “Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa yang diinginkan Allah kebaikan maka Allah akan mengujinya.”

KESIMPULAN :
Demikianlah sebagian hikmah yang disediakan bagi orang yang dirundung musibah, cubaan dan ujian. Semoga ahli keluarga atau waris kepada mangsa nahas kemalangan kapal terbang yang sedang mendapat musibah ini, mampu sedikit tersenyum setelah membaca tazkirah ini.
Wallahu a'lam - Doakan semoga kita semua juga mampu menjadikan ujian hidup ini satu Rahmat dari Allah utk kita semua. Aamiin.

No comments:

Post a Comment