Tuesday, March 18, 2014

TAZKIRAH HARI INI (Selasa 16 Jdl. Awal 1435H)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

TAZKIRAH HARI INI (Selasa 16 Jdl. Awal 1435H)
Tahassus & Tajassus !

Tahassus (mengendap mencari rahsia dengan mata dan telinga) dan Tajassus (mengintip, mencungkil rahsia buruk seseorang), kedua-duanya ditegah oleh Islam.

Kita telah dididik untuk selalu sensitif dan empati dengan ikhwah. Berkongsi perihal peribadi dengan ikhwah lain kadang kala sangat berguna terutama bila berhadapan dengan masalah. Namun, setiap ukhuwah itu ada perkara-perkara peribadi yang tidak mahu diberitahu kepada orang lain. Janganlah kita selalu bertanya atau nak ambil tahu tentang peribadi ikhwah melainkan apa yang mahu dikongsi olehnya.

وَلَا تَحَسَّسُوا وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا تَحَاسَدُوا وَلَا تَدَابَرُوا وَلَا تَبَاغَضُوا وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا
“Jangan mencari-cari kesalahan (tajassus), mencuri pendengaran (tahassus), saling bermusuhan dan saling menjauhi. Jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara.”
(HR: Bukhari, Muslim)

PENCERAHAN :
Tajassus ada dua bahagian.
1. Si pengintip mengintip, tapi orang yang diintip tak tahu orang tu intip dia. Contoh, kamera yang tersembunyi.
2. Si pengintip mengintip dengan pengetahuan orang yang diintip, tapi orang yang diintip tak tahu apa sebab/tujuan. Contoh, CCTV yang dipasang merata tempat.

Rasulullah S.A.W bersabda :
"Sesiapa mengintip rumah suatu kaum tanpa izin mereka, maka halal buat mereka untuk menusuk mata pengintip itu." (HR: Bukhari & Muslim)

"Wahai orang-orang yang beriman dengan lisan, akan tetapi iman belum menyerap ke dalam hati, janganlah kalian menyakiti orang lain. Jangan mengintai cacat cela mereka, sesungguhnya sesiapa yang cacat celanya di intai oleh Allah, nescaya Allah akan buka pekungnya walaupun ditengah rumah sendiri."
(H.R Abu Daud)

Kita dilarang melakukan hal ini kerana ia menyakitkan empunya keaiban sedangkan dia berusaha menutup dan tidak melakukan secara terang-terangan. Kita juga dilarang berusaha mencari kesalahannya kerana kita disuruh menutup keaiban sebaik
mungkin. Tetapi, tajassus dibenarkan dalam beberapa perkara yang membawa atau memberi kebaikan : 

Contoh (1)
Pegawai penyiasat jenayah membuat pengintipan untuk mengetahui apa yang dilakukan oleh pihak penjenayah itu untuk membuat tangkapan. Tajassus dibuat untuk melindungi keselamatan awam dibolehkan.

Contoh (2)
Seorang isteri, berasa suaminya ada 'something wrong'. Ke tandas bawa handphone. Kat mana-mana, handphone memang tak lepas dari tangan. So, si isteri buat tajassus. Ini pun dibolehkan. Sebab nak menjaga rumahtangga mereka. Tapi jangan su'uz zan (buruk sangka) pula...

KESIMPULAN :
Kita dilarang menyiasat, mencuri dengar, tanya-tanya, selidik, teropong, cari kesalahan orang lain, belum lagi larangan cerita, hebah dan sampaikan. Setiap manusia mempunyai kehormatan diri tidak boleh dinodai dengan tahassus dan tajassus dengan mencari cacat-celanya sekalipun dia buat dosa. Khususnya dosa antara dia dengan Allah, kecuali sekiranya melibatkan kemaslahatan orang ramai.
Wallahu a'lam - Semoga tazkirah ini memberi munafaat kepada kita semua. 
(Mudir Ar Rasyid AlBaghdadi)

No comments:

Post a Comment