Saturday, March 22, 2014

TAZKIRAH ZOHOR HARI INI: TTIGA ALAMAT CINTA ALLAH DAN RASUL

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
أصحاب استاذ حذري البنداني


Bukti cinta Allah dan Rasul :

Saudara-saudaraku sekalian, semalam kita merasa gembira melihat ribuan umat berkumpul di Dataran Masjid Putera dengan lantunan qasidah dan selawat. Kita begitu teruja melihat kaum muslimin berbagai lapisan umur dapat berkumpul begitu ramai untuk menyatakan cinta dan kasih mereka kepada Allah dan Rasulullah s.a.w.

Semoga setiap orang yang hadir dan mengikuti majlis cinta Allah dan Rasul itu mendapat rahmat dan kasih sayang Allah. Sudah semestinya setiap orang dari kita amat dambakan cinta Allah kerana apabila Allah s.w.t. cinta kepada kita maka seluruh makhluk di langit dan di bumi akan mencintai kita. Ini bertepatan dengan hadis  dari Abu Hurairah bahawa Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:

إِذَا أَحَبَّ اللَّهُ عَبْدًا نَادَى جِبْرِيلَ إِنِّي قَدْ أَحْبَبْتُ فُلَانًا فَأَحِبَّهُ قَالَ فَيُنَادِي فِي السَّمَاءِ ثُمَّ تَنْزِلُ لَهُ الْمَحَبَّةُ فِي أَهْلِ الْأَرْضِ

 “Jika Allah s.w.t. mencintai seseorang hamba, maka Jibril berseru, “Sesungguhnya Allah s.w.t. mencintai Fulan, maka cintailah dia!” Maka para penghuni langit mencintainya, kemudian dijadikan orang-orang yang menyambutnya di muka bumi.” [Riwayat Bukhari dan Muslim]

Allah juga berfirman :

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ سَيَجْعَلُ لَهُمُ الرَّحْمَنُ وُدًّا

“ Sesungguhnya orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, Allah Yang melimpah-limpah rahmatNya akan menanamkan bagi mereka Dalam hati orang ramai perasaan kasih sayang.” ( QS;Maryam ; 96 )

Begitulah besarnya cinta Allah. Namun bagaimana caranya untuk kita meraih cinta Allah.. cinta yang hakiki nan abadi..? terdapat tiga alamat besar tanda cinta seseorang kepada Allah iaitu :

1. Banyak mengingati pada yang dicintai, membicarakan dan menyebut namanya.

Apabila seseorang itu mencintai sesuatu atau seseorang, maka sudah tentu beliau kan sentiasa mengingatinya di 
hati atau
menyebutnya dengan lidah. Oleh yang demikian, Allah s.w.t. memerintahkan hamba-hamba-Nya agar sentiasa  mengingati-Nya dalam apa keadaan sekalipun sebagaiman yang difirmankan oleh Allah s.w.t.:

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).” [Al-Anfaal:45]

2. Tunduk pada perintah orang yang dicintainya dengan ketaatan yang tidak berbelah bahagi. Firman Allah :

“Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” [A’li Imran:31]

3. Mengutamakan Allah dan Rasul lebih dari keutamaan yang lain, Firman Allah :

قُلْ إِنْ كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّى يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ

24. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda Yang kamu usahakan, dan perniagaan Yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal Yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara Yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang Yang fasik (derhaka). ( QS: at-Taubah:24 )

Kesimpulan :

Cintakan Allah dan Rasulullah itu bukan hanya dengan lafaz semata-mata. Cinta itu hendaklah diterjemahkan dalam seluruh aspek kehidupan sehingga seorang yang benar-benar cintakan Allah dan Rasul menjadi 
insan taa
t dalam kehidupan bersyariat. Bahkan mereka tidak senang dengan setiap pelanggaran terhadap syariat yang telah diturunkan oleh kekasih yang mereka cintai iaitu Allah. Mereka juga tidak akan mengkhianati cinta mereka dengan mengabaikan hak kasih kekasih mereka iaitu Rasulullah s.a.w.

Semoga kita tergolong dikalangan mereka.. Ya Allah bimbinglah kami agar terus meraih cinta-MU.. aminn

No comments:

Post a Comment