Sunday, March 23, 2014

RENUNG-RENUNGKAN


Semua yang ada di
dalam majlis ketika itu terkejut dengan
keberanian pemuda ini. Maka bermulalah
perdebatan di antara mereka. Bila mana
pemuda ini duduk duduk pada tempat yang
disediakan maka serentak dengan itu salah
seorang Atheis terus mengajukan soalan:
Soalan Pertama
Atheis: “Pada zaman bilakah Tuhan kamu
dilahirkan?”
Pemuda tersebut tersenyum lalu menjawab:
“Allah Taala tidaklah sesuatu yang dilahirkan.
Jika Dia dilahirkan sudah tentu Dia punya
bapa, Allah juga tidak melahirkan. Jika Dia
melahirkan maka sudah tentu Dia punya
anak.”
Soalan Kedua
Atheis: “Kalau begitu, bilakah pula Tuhan
kamu wujud?”
Pemuda itu seraya menjawab: “Allah Taala itu
wujud sebelum adanya zaman, sedangkan
zaman itu sendiri adalah ciptaanNya, mana
mungkin pencipta wujud selepas makhluk
ciptaanNya.”
Soalan Ketiga
Atheis: “Cuba kamu berikan kepada kami
sedikit gambaran tentang kewujudan Tuhan
kamu yang tiada permulaan ini. Bagaimana
mungkin sesuatu itu ada tanpa ada
permulaannya?”
Pemuda itu menjawab: “Kamu pandai
mengira?”
Kelompok Atheis itu menjawab: “Tentu sekali
kami pandai mengira.”
Pemuda itu meneruskan ucapannya:
“Bolehkah kamu beritahu aku apakah nombor
sebelum nombor empat (4)?”
Atheis: “Nombor 3″
Pemuda: “Nombor sebelum 3?”
Atheis: “Nombor 2″
Pemuda: “Nombor sebelum 2?”
Atheis: “Nombor 1″
Pemuda: “Nombor sebelum 1?”
Atheis: “Tiada”
Pemuda itu tersenyum lalu memberikan
penerangan: “Nah, kamu sendiri mengakui
bahawa nombor 1 sebelumnya tiada
mulanya. Nombor yang merupakan ciptaan
Allah ini sendiri kamu akui bahawa tiada
permulaan baginya. Apatah lagi pencipta
kepada nombor itu sendiri?”
Terpinga-pinga kelompok Atheis tersebut
dengan jawapan yang padat dan bernas
daripada pemuda itu. Ternyata mereka silap
perkiraan bila mana berhadapan dengan anak
muda ini. Pada mulanya mereka merasakan
bahawa anak muda ini mudah dikalahkan,
namun telahan mereka ternyata
menyeleweng. Mereka perlu lebih berhati-
hati.
Soalan Keempat
Atheis: “Tahniah anak muda di atas
jawapanmu sebentar tadi. Jangan sangka
kamu berada di dalam keadaan yang selesa.
Baik, tolong kamu terangkan kepada kami,
pada bahagian manakah Tuhan kamu
mengadap?”
Pemuda itu menjawab: “Jika aku bawa sebuah
pelita yang dicucuh dengan api ke sebuah
tempat yang gelap, pada arah manakah
cahaya pada api tersebut mengadap?”
Kelompok Atheis menjawab: “Cahaya itu
tentulah akan menerangi keseluruhan arah.”
Pemuda itu berkata: “Jika cahaya yang
diciptakanNya itu pun kamu semua tidak
mampu menerangkan pada arah manakah ia
mengadap, inikan pula Sang Pemilik Cahaya
langit dan bumi ini sendiri?”
Kesemua hadirin yang mendengar jawapan
daripada pemuda itu bersorak kegembiraan.
Kagum mereka dengan kepetahan anak muda
itu.
Soalan Kelima
Atheis: “Bolehkah kamu terangkan kepada
kami, bagaimana zat Tuhan kamu? Adakah
ianya keras seperti besi? Atau jenis yang
mengalir lembut seperti air? Atau ianya jenis
seperti debu dan asap?”
Pemuda itu sekali lagi tersenyum. Beliau
menarik nafas panjang lalu menghelanya
perlahan-lahan. Lucu sekali mendengar
persoalan kelompok Atheis ini. Orang ramai
tertunggu-tunggu penuh debaran apakah
jawapan yang akan diberikan oleh pemuda
itu.
Pemuda itu menjawab: “Kamu semua tentu
pernah duduk disebelah orang yang sakit
hampir mati bukan?”
Atheis menjawab: “Tentu sekali.”
Pemuda itu meneruskan: “Bila mana orang
sakit tadi mati, bolehkah kamu bercakap
dengannya?”
Atheis menjawab: “Bagaimana mungkin kami
bercakap dengan seseorang yang telah mati?”
Pemuda itu meneruskan: “Sebelum dia mati
kamu boleh bercakap-cakap dengannya,
namun selepas dia mati, terus jasadnya tidak
bergerak dan tidak boleh bercakap lagi. Apa
yang terjadi sebenarnya?”
Kelompok Atheis tertawa lalu memberikan
jawapan: “Adakah soalan seperti ini kamu
tanyakan kepada kami wahai anak muda?
Tentu sekali seseorang yang mati itu tidak
boleh bercakap dan bergerak . Ini kerana
rohnya telah terpisah daripada jasadnya.”
Pemuda itu tersenyum mendengar jawapan
mereka lalu berkata: “Baik, kamu mengatakan
bahawa rohnya telah terpisah daripada
jasadnya bukan? Bolehkah kamu sifatkan
kepada aku sekarang, bagaimanakah bentuk
roh tersebut. Adakah ianya keras seperti besi,
atau ianya mengalir lembut seperti air atau
ianya seperti asap dan debu yang
berterbangan?”
Tertunduk kesemua Atheis tersebut bila mana
mendengar persoalan pemuda bijak tersebut.
Ternyata olokan mereka sebentar tadi
kembali tertimpa ke atas mereka.
Kelompok Atheis menjawab dengan keadaan
penuh malu: “Maaf, tentu sekali kami tidak
dapat mengetahui bagaimana bentuknya.”
Pemuda itu lalu meneruskan bicaranya: “Jika
makhluknya seperti roh itu pun kamu tidak
mampu untuk menerangkannya kepada aku,
bagaimana mungkin kamu ingin menyuruh
aku menerangkan bagaimana bentuk Tuhan
Pemilik Roh serta sekalian alam ini?”
Soalan Keenam
Atheis: “Di manakah Tuhan kamu duduk
sekarang?”
Pemuda itu kembali bertanyakan soalan
kepada mereka: “Jika kamu membancuh susu,
tentu sekali kamu mengetahui bahawa di
dalam susu tersebut ada terdapat lemak
bukan? Bolehkah kamu terangkan kepada
saya, dimanakah tempatnya lemak tersebut
berada?”
Kelompok Atheis menjawab: “Kami tidak
dapat menerangkan kepadamu dengan tepat
kedudukan lemak di dalam susu tersebut. Ini
kerana lemak itu mengambil keseluruhan
bahagian susu tersebut.”
Pemuda itu seraya berkata: “Kamu sendiri
lemah di dalam memberikan jawapan
terhadap persoalan aku sebentar tadi. Jika
lemak di dalam susu pun tiada tempat yang
khusus baginya, masakan pula kamu ingin
mengatakan bahawa Tuhan Pemilik Arasy itu
ada tempat duduk khusus bagiNya? Sungguh
aku pelik dengan persoalan-persoalan kamu
ini.”
Soalan Ketujuh
Atheis: “Kami pelik bagaimana jika masuk ke
dalam syurga ada permulaannya (iaitu selepas
dihisab oleh Allah Taala [truncated by WhatsApp]
namun bila mana sudah berada di dalamnya
maka tiada lagi pengakhirannya (maksudnya
tiada kesudahannya dan akan selama-
lamanya di dalam syurga)?”
Pemuda itu tersenyum lagi lalu menjawab:
“Mengapa kamu pelik dengan perkara
tersebut. Cuba kamu lihat pada nombor.
Ianya bermula dengan nombor satu bukan?
Namun bolehkah kamu terangkan kepada aku
apakah nombor yang terakhir di dalam
senarai nombor?”
Terkelu kelompok Atheis ini untuk
memberikan jawapan. Tentu sekali nombor
tiada kesudahannya.
Pemuda itu tersenyum melihat kelompok
Atheis ini terkebil-kebil tidak mampu
memberikan jawapan.
Kemudian beliau menyambung bicaranya:
“Nah, kamu sendiri tidak mampu untuk
menerangkan kepadaku apakah nombor
terakhir bukan? Jawapannya sudah tersedia di
hadapan mata kepala kamu.”
Soalan Kelapan
Atheis: “Kami ingin bertanya lagi, bagaimana
mungkin seseorang di dalam syurga menurut
Nabi kamu tidak akan kencing dan berak.
Sedangkan mereka juga makan dan minum?
Ini adalah perkara yang tidak masuk akal.”
Pemuda itu tenang membetulkan
kedudukannya. Lalu beliau menjawab: “Aku
dan kamu sebelumnya pernah berada di
dalam perut ibu sebelum dilahirkan bukan?
Sembilan bulan di dalam perut ibu, kita juga
makan daripada hasil darah ibu kita.
Persoalanku, adakah kamu buang air kecil
dan besar di dalam perut ibumu? Sedangkan
kamu juga makan di dalamnya?”
Sekali lagi kelompok ini terdiam membisu
seribu bahasa. Padat sekali jawapan anak
muda ini.
Soalan Kesembilan
Ia soalan terakhir yang ditanyakan oleh
kelompok Atheis tersebut kepada pemuda itu
bila mana mereka telah mati kutu dan sudah
terlampau malu ialah berkenaan: “Jika kamu
terlalu bijak , apakah yang dilakukan oleh
Tuhanmu sekarang?”
Maka pemuda itu menjawab dengan tenang:
“Sebelum aku memberikan jawapan
kepadamu, eloklah kiranya kita bertukar
tempat. Ini kerana kamu berada pada tempat
yang tinggi sedang aku berada di bawah.
Jawapan hanya boleh diberikan bila mana aku
berada di atas mengambil alih tempatmu.”
Kelompok Athies itu lalu bersetuju dengan
cadangan pemuda tersebut, lalu mereka
bertukar tempat. Pemuda itu naik ke atas,
manakala sang Atheis turun ke bawah.
Bila mana pemuda itu sudah berada di atas,
terus beliau menjawab: “Kamu bertanya
sebentar tadi apakah yang Tuhanku lakukan
sekarang bukan? Jawapannya ialah, Tuhanku
sedang meninggikan yang Haq (dengan
menaikkan pemuda itu ke atas) dan
menurunkan yang Batil (dengan menurunkan
kelompok Atheis tersebut ke bawah).”
Akhirnya mereka mengakui bahawa tiada lagi
persoalan yang ingin ditanyakan malah
kesemuanya telah dipatahkan oleh pemuda
itu dengan penuh hikmah.
Walau sudah hampir ribuan tahun pemuda
itu meninggalkan kita, namun namanya
disebut orang seolah-olah beliau masih hidup
di sisi kita.
Al-Fatihah buat al-Imam al-A’dzam Abu
Hanifah Nu’man bin Thaabit r.a serta kepada
seluruh gurunya dan kesemua muslimin dan
muslimat sama ada yang masih hidup atau
yang telah wafat.
- Syeikh Nazrul Nasir Al-Azhari
By P[truncated by WhatsApp]

No comments:

Post a Comment