Thursday, December 18, 2014

Ganjaran berilmu...

Telah berkata Al-Fakih Abu Laits As-Samarqandi di dalam kitab Tanbihul Ghafilin :

"Barangsiapa datang kepada orang alim lalu hadir dalam majlisnya serta tidak mampu mengingati atau menghafal pelajaran tersebut maka baginya 7 macam kemuliaan":

📌1- Dia akan mendapat kemuliaan orang-orang yang belajar agama.

📌2- Selama dia duduk di dalam majlis tersebut, dia akan tertahan daripada berbuat dosa dan kesalahan.

📌3- Apabila dia keluar daripada rumahnya turun rahamat ke atasnya.

📌4- Apabila duduk dia di sisi orang alim tersebut maka turun rahmat ke atas penuntut-penuntut ilmu, maka menimpa dia juga dengan berkat majlis tersebut.

📌5- Selama dia mendengar ilmu tersebut nescaya dituliskan baginya kebajikan.

📌6- Malaikat menaung ke atas mereka dengan sayap-sayapnya kerana redha dengan majlis tersebut padahal dia ada di dalamnya.

📌7- Tiap-tiap kali kakinya melangkah dikifaratkan segala dosa-dosanya dan dinaikkan beberapa darjat dan ditambah segala kebajikan.
Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment