Wednesday, December 10, 2014

Kisah nakhoda kapal dan penumpang..


*Sebuah kapal yang dalam pelayaran berhenti di satu  pulau.Kemudian Nakhoda kapal berkenaan memberitahu kepada semua penumpang bahawa tujuan kapal berhenti adalah untuk semua penumpang mencari bekalan sebanyak mungkin kerana mungkin ini adalah persinggahan terakhir.Kerana selepas ini mereka akan meneruskan pelayaran yang jauh..Nakhoda memberitahu apabila cukup waktu yang diberikan mereka perlu segera naik ke dalam kapal..

*Nakhoda kapal melepaskan kumpulan yang pertama.Apabila mereka turun ke pulau berkenaan,mereka terpegun melihat kecantikan pulau dan penduduknya.Mereka hanya berseronok sehingga lupa untuk mengutip bekalan untuk dibawa balik sehingga dipanggil oleh nakhoda kapal tersebut.Apabila ditanya apa yang mereka ambil sbg bekalan,mereka menjawab tiada apa-apa..

*Dilepaskan pula kumpulan kedua.Keadaan mereka sama seperti kumpulan pertama,tetapi mujur ketika masa mencari bekalan hampir tamat,mereka baru teringat dan segera mengambil bekalan yang sempat mereka capai untuk dibawa balik.

*Akhir sekali dilepaskan kumpulan ketiga.Apabila turun sahaja ke pulau berkenaan,mereka mengambil bekalan sebanyak-banyak yang boleh sbg bekalan didalam pelayaran yang seterusnya.

*Kisah ini digambarkan oleh Imam Al Ghazali bahawa manusia terbahagi kepada 3golongan.
1)digambarkan kepada orang kafir yang hanya tahu berseronok dan berfoya foya didunia.Tidak terfikir oleh mereka tentang hari akhirat dan mereka langsung tiada bekalan untuk dibawa bertemu Allah..

2)Golongan yang kedua digambarkan oleh Imam Al Ghazali sbg umat Islam yang pada mulanya hanya berseronok dan mengejar dunia sahaja pada awalnya,tetapi mujur diakhir hayat mereka baru tersedar dan baru nak mengingat Allah.Mereka menyesal dan bertaubat kepada Allah.Golongan ini dikira bernasib baik ..

3)Golongan ini digambarkan kepada Tabiin dan Alim Ulama yang hidup mereka diabadikan hanya kepada Allah..sibuk mencari bekalan untuk bertemu Allah sehingga akhir hayat mereka.

Semoga kisah ini bermanfaat untuk kita semua..Walllahualam..

No comments:

Post a Comment