Monday, December 8, 2014

KENALI SIAPAKAH GOLONGON AHLU SUNNAH WAL JAMAAH??


"Baginda Rasulullah ﷺ menyebutkan di dalam hadis nanti di akhir zaman orang-orang yahudi berpecah kepada 71 golongan dan orang-orang nasrani berpecah kepada 72 golongan.Kemudian Nabi ﷺ mengingatkan nanti ummatku berpecah kepada 73 golongan.Semuanya masuk ke dalam neraka melainkan hanya 1 golongan sahaja.

Lalu Para Sahabat bertanya siapakah Ya Rasulullah golongan yang selamat itu?Maka Nabi ﷺ menyebutkan itulah Ahlu Sunnah Wal Jamaah.Di dalam riwayat yang lain Nabi ﷺ menyebutkan iaitu aku dan sahabatku berada di JalanNya".Sebab itu Para Ulama membahaskan siapakah dia golongan Ahlu Sunnah Wal Jamaah ini?

Maka Al-Imam Al-Sayyid Syeikh Murtadha Al-Zabidi menyebutkan di dalam kitabnya "Ithaf Sadat Al-Muttaqin bi Syarhi Asrar Ihya Ulumiddin".Beliau menyebutkan apa yang disebutkan oleh Para Alim Ulama.Apabila disebutkan Ahlu Sunnah Wal Jamaah ini merujuk kepada pengikut-pengikut Al-Imam Abu Hasan Al-Asyaari dan Al-Imam Abu Mansur Al-Maturidi.

Alhamdullilah kita di Malaysia secara umumnya kita mengaji aqidah Ahlu Sunnah Wal Jamaah mengikut 2 aliran ini(Al-Imam Abu Hasan Al-Asyaari dan Al-Imam Abu Mansur Al-Maturidi).Ini penting sebab apa?

Kalau aqidah kita salah walaupun feqh kita betul walaupun akhlak kita bagus.Kalau aqidah kita tidak benar ini akan menyebabkan amalan kita tidak sah di sisi Allah  سبحانه وتعالى.

Sebab itu Al-Imam Al-Ghazali menyebutkan tidak sah sesuatu ibadah itu melainkan kenal siapa yang dia ibadahkan.Allah  سبحانه وتعالى mesti kita kenal kerana itulah aqidah yang benar,feqh yang benar,tasawwuf yang benar.Semuanya datang daripada 2 sumber iaitu Al-Quran dan hadis Nabi ﷺ. 
 
 Panduan kita dalam aqidah,ibadah dan tasawwuf ini adalah Ulama sebab Ulama itu adalah pewaris Para Nabi.Sebab itu kita dalam kehidupan beraqidah,berfeqh,berakhlak hendaklah kita mengikut panduan Ulama.

Jangan hanya kita merujuk kepada INTERNET semata-mata ataupun BUKU semata-mata ataupun GOOGLE semata-mata.Silakan sahaja untuk bertanya kepada Tuan Haji Google dan Ustaz Yahoo.Tetapi talaqqi,ilmu yang benar/sahih itu diambil daripada Ulama yang benar(Berguru).

Al-Imam Al-Hafiz Abu Bakar Al-Baihaqi menyebutkan tidak diambil ilmu yang benar melainkan daripada Ahli Ulama yang benar.

#MutiaraKata[AL-FADHIL USTAZ MUHADIR HJ.JOLL AS-SENARIYY]

No comments:

Post a Comment