Wednesday, December 10, 2014

Hampiri diri ke masjid

INGATLAH NANTI DI AKHIRAT.SALAH SATU DARIPADA 7 GOLONGAN YANG AKAN MENDAPAT NAUNGAN ALLAH PADA HARI YANG TIADA NAUNGAN MELAINKAN NAUNGAN-NYA.Antaranya adalah:

1)Insan yang hatinya yang terpaut dengan masjid.

Apabila kita datang ke masjid kita merupakan tetamu Allahسبحانه وتعالى.Kita akan mendapat ganjaran yang istimewa daripada Tuan Rumah diakhirat kelak

Sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah,Nabi ﷺ bersabda" Barangsiapa yang pergi ke masjid di pagi hari atau petang hari maka Allah sediakan hidangan-hidangan di dalam syurga setiap kali dia datang ke masjid sama ada pagi ataupun petang

Dan satu hidangan di dalam Syurga selama 3000 tahun.Dan barangsiapa yang meninggal di dalam masjid nescaya ia akan masuk Syurga tanpa hisab,tanpa soal,tanpa azab kerana ia mati di dalam rumah Allah  سبحانه وتعالى.

Kalau kita merasai apabila kita berada di dalam masjid hampirnya Allah dengan kita nescaya kita tidak akan berasa ingin keluar daripada masjid.Kalau kita mengetahui hakikat kelebihan masjid nescaya kita tidak akan berani melangkah keluar daripada masjid.

Oleh yang demikian  di Kota Tareem yang kecil terdapat lebih kurang 400 buah masjid di mana Para Ulama dan Wali Alla suka membina masjid dan suka beriktikaf di dalamnya.Jarak sesuatu masjid diantara masjid yang lain hampir dan hanya berbeza satu jalan sahaja kerana mereka suka beriktikaf dekat dengan rumah mereka.

Setiap langkah dan setiap saat kita berada di dalam masjid akan dimasukkan ke dalam hati kita rasa tenang dan hampir kepada Allah 
dan hendaklah seseorang yang berada di dalam masjid menyakini bahawasanya apabila berada di dalam masjid ia akan mengundang Rahmat Allah yang turun menimpanya.

#MutiaraKata[AL-HABIB MUSA KADZIM JA'AFAR MUHAMMAD AS-SEGGAF]

No comments:

Post a Comment