Thursday, January 29, 2015

KEPENTINGAN ILMU DAN TUJUAN MENUNTUT ILMU



Ilmu itu mempunyai marqam dan kedudukan yang besar di sisi Allah.Ilmu itu diperolehi dengan belajar dan barangsiapa Allah inginkan kebaikan kepadanya maka Allah akan berikan kefahaman ilmu agama kepadanya.Barangsiapa yang Allah tidak inginkan kebaikan kepadanya maka Allah tidak pilih seseorang itu untuk diberikan kefahaman di dalam ilmu agama.

Di dalam hadis Nabiﷺ
mengatakan "Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas semua orang beriman dan orang mukmin."Dan ilmu ini diambil daripada ahlinya yang memegang amanah ilmu itu daripada satu generasi ke satu generasi melalui rangkaian ilmu secara bersanad sehingga kepada Rasulullah ﷺ

Setiap manusia berhajat kepada ilmu tetapi ilmu yang membawa cahaya ke dalam hati manusia adalah sebenar-benarnya ilmu agama yang menghampirkan seseorang itu kepada Allahسبحانه وتعالى.Dengan ilmu yang seperti itu yang menyebabkan manusia takut kepada Allah merupakan cahaya dan kejahilan merupakan kegelapan.

Saidina Ali Bin Abi Thalib Radhiyallahu'Anhu mengatakan "Kejahilan itu ibarat seperti api dan yang akan memadamkan nyalaan api tersebut adalah ilmu.Ilmu yang dapat memadamkan kejahilan yang berada di dalam diri manusia.

Nabi ﷺ mengatakan intipati ilmu itu adalah yang mendatangkan perasaan takut kepada Allahسبحانه وتعالى.Dan ilmu itu bukanlah didapati dan digunakan untuk banyak berdebat,banyak berbahas,berselisih dan bergaduh antara satu sama yang lain.

Kerana ilmu itu adalah cahaya.Jikalau ilmu itu berada di dalam diri manusia.Bagaimana mungkin ia boleh membawa kepada kegelapan hati yakni bergaduh antara satu sama lain dan sebagainya.

Tujuan menuntut ilmu itu adalah pertamanya untuk menanamkan kebesaran,kehebatan,keagungan Allah Taala di dalam diri penuntut ilmu.Apa sahaja yang diagungkan dan dimuliakan oleh Allah Taala maka dia menagungkan perkara tersebut.

Dan perkara yang paling diagungkan oleh Allah سبحانه وتعالى adalah Nabi Muhammad ﷺ,Al-Quran,As-Sunnah dan juga syariat-syariat Allah yang lainnya.

Maka tersemai di dalam hati penuntut ilmu kerana takzim itu mempunyai kaitan yang rapat dengan ketaqwaan di dalam hati manusia.Sifat takzim perlu ada di dalam diri manusia.Seseorang akan mendapat kemuliaan daripada Allah apabila dia memuliakan apa sahaja yang dimuliakan oleh Allah سبحانه وتعالى.

Keduanya,Ilmu itu perlulah diiringi dengan adab dan akhlak.Pembawa ilmu yang sebenar adalah mereka yang membawa adab dan akhlak.Tanpa adab dan akhlak itu bukam pembawa ilmu yang sebenar.

Selain itu,Para Guru perlu mengambil perhatian dan penuntut ilmu juga perlu mengambip perhatian daripada penuntutan ilmu itu supaya hati dipenuhi dengan cinta kepada Allah dan Baginda Rasulullah.

Mereka yang beriman kepada Allah hati mereka akan menjadi tenang dengan berzikir kepada Allah سبحانه وتعالى.Apabila disebutkan nama Allah maka akan bergetar hati mereka kerana mencintai kepada Allah  سبحانه وتعالى dan perasaan takut kepada Allahسبحانه وتعالى.

Para penuntut ilmu itu hendaklah perkara yang paling utama paling besar sekali adalah meminta mengharapkam keredhaan Allah  سبحانه وتعالى.

Dinamakan ilmu itu adalah kita memperoleh perasaan takut kepada Allah سبحانه وتعالى yang mana menjadi cahaya bagi hati kita.
Ilmu yang bermanfaat itu adalah yang memberi manfaat kepada dunia dan akhirat.Barangsiapa yang bertambah ilmunya yakni ilmu yang benar yang mendekatkan diri seseorang hamba itu kepada Allah سبحانه وتعالى maka semakin bertambah taufiqNya yakni semakin bertambah ketaatannya kepada Allahسبحانه وتعالى untuk melakukan amal soleh dan ketaatan.

Peringatan bagi penuntut ilmu.Orang yang menuntut ilmu hendaklah ia mencatit apa yang dia perolehi dan amalkan kerana ilmu itu umpama kita nak menangkap ikan.Kalau nak tangkap ikan mesti kena ada jala maka ikatlah ikan itu dengan jala kamu yakni pen,kertas,tulis catit.

Maka kalau kamu ikat dia(ilmu) maka tak akan terlepas daripada ikatan.Tetapi kalau kamu tak ikat dia(ilmu) kamu biarkan terlepas begitu sahaja.Langsung tak tulis,langsung tak catit maka ia seakan-akan rusa yang dilepaskan rugi tak dapat makan rusa itu.

#MutiaraKata[AL-ALLAMAH AL-HABIB ABDURRAHMAN BIN ALI MASYUR BIN MUHAMMAD BIN SALIM BIN HAFIDZ diterjemahkan oleh AL-FADHIL USTAZ IQBAL ZAIN AL-JAUHARI dan AL-FADHIL USTAZ AHMAD SHADAN AL-HADRAMI]

No comments:

Post a Comment