Thursday, January 15, 2015

PENYIHIR TERULUNG ADALAH DAJJAL YANG AKAN MUNCUL DI AKHIR ZAMAN.KAUM WANITA PERLU MENGUATKAN IMAN TERUTAMANYA



Ilmu sihir ini adalah perkara yang hanya mendatangkan mudarat/keburukan,tidak mendatangkan manfaatkan bahkan boleh menyebabkan kekufuran kepada Allah سبحانه وتعالى.

Penyihir terulung adalah dajjal yang akan muncul di akhir zaman.Dia akan berkata"Wahai langit turunlah hujan.Akan berkata dajjal kepada orang yang dah mati."Wahai orang yang dah mati bangkitlah kamu maka bangkit."Dajjal akan mengatakan kepada orang yang beriman kepadanya."Kalau kamu beriman kepada aku akan aku masukkan kamu ke dalam syurga.Ditunjukkan syurga.

Orang yang beriman kepada Allah  سبحانه وتعالى kalau tidak beriman kepada aku maka aku akan masulkan kamu ke dalam neraka.Ditunjukkan neraka.Nampak!!Orang boleh nampak syurga dan neraka yang ditunjukkan oleh dajjal.Tapi syurganya dajjal itu sebenarnya adalah nerakanya dajjal.

Kata Baginda Rasulullah ﷺ bersabda."Apa yang ditunjukkan oleh dajjal kau tentang nerakanya dajjal itu ketahuilah bahawasanya di dalamnya adalah NIKMAT.Apa yang ditunjukkan syurga oleh dajjal ketahuilah di dalamnya adalah AZAB.

Orang yang nampak nerakanya dajjal nampak macam AZAB dan yang mana nampak syurganya dajjal nampak macam NIKMAT tapi Nabi ﷺ bagitahu yang AZAB itu adalah SYURGA dan NIKMAT itu adalah NERAKA.

Maka Nabi ﷺ menunjukkan hakikat dan realiti disebalik apa yang dinampak oleh orang yang melihat syurganya dajjal dan nerakanya dajjal yang mana itu adalah sebahagian ilmu sihir yang ditunjukkan oleh dajjal.

Hanya Allah Yang Maha Menghidupkan dan Allah Yang Maha Mematikan tak ada sesiapa pun yang manpu menghidupkan ataupun mematikan sesiapa kecuali Allah  سبحانه وتعالى.



Macam mana dajjal boleh menghidupkan orang mati?Semuanya adalah dengan izin Allahسبحانه وتعالى

Orang yang imannya lemah.Kata dajjal nanti kalau kamu tak percaya aku adalah tuhan akan aku bangkitkan orang tua kamu dan bagitahu kepada kamu macam mana dia punya nikmat.

Maka akan dibangkitkan orang tuanya dan diberitahu kepada anaknya.Kamu berimanlah dengan orang ini yakni dajjal.Padahal yang dibangkitkan itu bukanlah orang tuanya yang sebenar tapi jin yang menyerupai mak bapaknya.Tertipu juga.

#MutiaraKata[AL-HABIB ALI ZAENAL ABIDIN ABU BAKAR AL-HAMID]

Sebab itu Rasulullah ﷺ berpesan kepada kita nanti apabila keluarnya dajjal maka ikatlah isteri kamu,anak-anak perempuan kamu dan adik beradik perempuan kamu kerana apa?Kerana nanti yang akan mengikut dajjal kebanyakkannya adalah daripada golongan wanita yang lemah imannya yang mana pada saat dajjal keluar nanti tiada makanan dan minunan maka dajjal akan menawarkan pelbagai nikmat kepada orang-orang yang lemah imannya dan mengikut kepada dajjal.

Sebaliknya orang-orang yang beriman kepada Allah سبحانه وتعالى makanan dan minuman mereka adalah makanannya Para Malaikat iaitu ZIKIRULLAH.

Maka ajarkanlah diri kita untuk berlapar dan membasahkan lidah kita ini dengan ZIKIRULLAH.

Esok hari khamis boleh kita semua sama-sama niatkan untuk berpuasa sunat khamis.

No comments:

Post a Comment