Saturday, January 31, 2015

SOLAT SUNAT SUBUH DUA RAKAAT GANJARANNYA LEBIH BAIK DARI DUNIA DAN SEISINYA



Daripada Saidaitina Aisyah Radhiyallahu'Anha mengatakan Nabi ﷺ bersabda "Dua rakaat sunnah fajar yakni sebelum subuh itu adalah lebih baik nilainya daripada dunia dan apa sahaja yang ada di dalamnya yakni dunai dan seisinya.

SOLAT ISYAKBERJEMAAH GANJARANNYA PAHALA MENGHIDUPKAN SEPARUH MALAM DAN SOLAT SUBUH BERJEMAAH GANJARANNYA PAHALA MENGHIDUPKAN SEPENUH MALAM

Saidina Uthman Bin Affan Radhiyallahu'Anhu mengatakan saya mendengar Nabi ﷺ bersabda "Barangsiapa yang mengerjakan solat isyak dengan berjemaah maka seolah-olah ia mendirikan solat separuh malam dan barangsiapa yang mengerjakan solat subuh dengan berjemaah maka seolah-olah ia mendirikan solat semalam suntuk yakni sepanjang malam.

BERZIKIR SELEPAS SUBUH BERJEMAAH SEHINGGA TERBIT MATAHARI GANJARANNYA IBARAT HAJI DAN UMRAH SEMPURNA 3X

Saidina Anas Bin Malik Radhiyallahu'Anhu mengatakan bahawasanya Nabi ﷺ pernah bersabda "Barangsiapa yang solat subuh secara berjemaah.Kemudian dia duduk mengingati Allah sehingga terbit matahari.Lalu dia mengerjakan solat sebanyak dua rakaat maka dia akan mendapat pahala seperti pahala haji dan umrah sempurna,sempurna,sempurna.

Allah..Rugi sangat-sangat kalau kita tak nak ambil peluang untuk mendirikan solat secara berjemaah lagi-lagi waktu subuh dan isyak kerana terlalu banyak faedah yang boleh kita perolehi.

Kawan-kawan yang ada dalam group ini jomlah kita sama-sama untuk istiqomah untuk mendirikan solat secara berjemaah terutamanya sekali menjaga solat fardhu subuh secara berjemaah.

Berkata Al-Habib Najmuddin Othman Al-Khered "Manfaatkan usia muda kita ini untuk memperbanyakkan ibadah kepada Allah agar di masa tua kita nanti kita boleh untuk mengaut keuntungan daripada apa yang kita kerjakan di usia muda ini.

Sebab apa?Sebab bila dah makin berumur makin dah berusia jadi badan kita pun makin lama makin tak kuat nak tahan beribadah lama-lama belum tentu kita mampu lagi.Sebab itu kita kena manfaatkan segala waktu yang kita ada untuk beribadah kepada Allah lagi-lagi ketika kita masih dikurniakan kesihatan yang sihat ini agar nanti kemudian hari kita tidak rasa menyesal.

#PeringatanBuatDiriSendiri #PeringatanBersama

No comments:

Post a Comment