Thursday, January 15, 2015

SUNNAH NABI ﷺ MEMINTA KEPADA KITA UNTUK MEMPERBANYAKKAN PUASA.MINIMUM PALING KURANG SETIAP BULAN 3 KALI,MAXIMUM SEBULAN 15 KALI


Allahسبحانه وتعالى akan selalu menguji kita semua.Dan salah satu ujian daripada Allah سبحانه وتعالى adalah kelaparan.Sebab itu kita ini diminta dan diajar untuk berlapar.

Dalam sebulan kita kena berpuasa beberapa hari untuk melatih diri bahkan disebut di dalam sebuah hadis yang mahfumnya "Lebih afdal kalau kamu berpuasa di tengah musim panas yang terik kerana puasa pada waktu itu pahalanya begitu banyak."Sebab apa?Kerana kita akan diuji oleh kelaparan.

Kemuncak ujian kelaparan adalah munculnya dajjal.Tipu daya dajjal yang mana apabila keluarnya diutusnya dajjal maka sudah pasti makanan semua pokok-pokok tidak boleh dibuat makan,tak ada makanan langsung.Itu adalah fitnah yang besar sebab itu kita diajar untuk berpuasa.

Diceritakan daripada Saidina Amru Bin Al-Ash Radhiyallahu'Anhu yang mana beliau mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Abdullah.Yang mana apabila meningkat remaja maka dikahwinkan Saidina Abdullah.

Selepas sebulan berkahwin maka Saidina Amru Bin Al-Ash pergi menziarahi rumah anaknya tapi bukan bertanya anaknya yakni Saidina Abdullah tetapi bertanya kepada menantunya.

Ditanya Saidina Amru kepada menantunya."Macam mana dengan anak ayah Abdullah baguskah dia?Beri nafkah kepada kamu? layanan yang baik kepada kamu?"Kemudian menantunya menjawab "Wahai ayah.Anak kamu Abdullah ini terlalu baik.Siangnya puasa daripada awal kahwin sampi hari ini puasa tak berhenti.Malam tak pernah tidur bersama kerana beribadah sepanjang malam."

Maka Saidina Amru Bin Al-Ash apabila mendengarnya berasa risau kerana anaknya tidak boleh macam ini kerana tak sampai kepada matlamat berkahwin maka dia melaporkan,menceritakan kepada Rasulullah ﷺ.

Selepas diceritakan kepada Rasulullah ﷺ maka Rasulullah ﷺ memanggil Saidina Abdullah Ibn Amru Bin Al-Ash untuk bertanyakan betulkah dia melakukan semua itu.

Ditanya Rasulullah ﷺ "Wahai Abdullah.Betulkah kamu berpuasa siang hari setiap hari?".Maka jawab Saidina Abdullah "Betul Ya Rasulullah,saya berpuasa setiap hari."Lalu Rasulullah ﷺ mengatakan "Jangan kamu puasa setiap hari.Cukuplah sebulan 3 hari sahaja.Jangan lebih daripada itu."

Nabi ﷺ pula minta tahan jangan puasa.Kita ini puas suruh puasa tapi tak puasa-puasa langsung.Itu masalah terbalik.Tapi Rasulullah ﷺ mengatakan kepada Saidina Abdullah Ibn Amru Bin Al-Ash

"Jangan kamu puasa setiap hari.Puasa 3 kali cukuplah sebab apa?Sehari kamu berpuasa mewakili 10.Hari yang kedua mewakili 20 dn hari yang ketiga kamu berpuasa mewakili 30 seolah-olah kalau kamu berpuasa tiap-tiap bulan 3 hari sahaja maka kamu akan berpuasa umpama berpuasa sepanjang tahun."

Maka Saidina Abdullah yang merupakan seorang pemuda yang kuat dan bersemangat ini mengatakan "Ya Rasulullah tambah lagi."Maka Rasulullah ﷺ kata "Cukuplah.Kalau kamu nak tambah puasa juga.Kamu puasa dalam sebulan isnin dan khamis cukuplah.

Jawab Saidina Abdullah lagi " Ya Rasulullah tambah lagi.Saya nak beribadah ini."Kata Rasulullah ﷺ "Wahai Abdullah kamu berpuasalah selang sehari cukuplah."Diminta Saidina Abdullah lagi "Ya Rasulullah tambah lagi.saya nak berpuasa hari-hari."

Maka Rasulullah ﷺ mengatakan " Ini adalah syariatku.Kalau nak buat jangan melebihi syariatku.Nak baik macam mana sekalipun jangan sampai lebih daripada itu.Paling maximum puasa setiap bulan 15 kali tak boleh lebih daripada itu kerana badan kamu ada hak ke atas kamu,isteri kamu ada hak ke atas kamu."

Hebatnya sahabat Nabi ﷺ yang mujahadah yang tidak diuji apa-apa lagi tapi dia menguji dirinya sendiri.Berbeza dengan kita ini yang tak ada mujahadah.Bila susah baru nak mujahadah tapi kita nak uji diri kita sendiri dengan puasa yang paling kurang dalam sebulan kita ada puasa beberapa hari tak ada,kurang,susah nak jumpa orang yang beramal dan mujahadah dijalan Allah سبحانه وتعالى

Sebab itu bila kita ditimpa musibah kita terus rasa susah,kita terus rasa jauh bukannya bila kita ditimpa musibah berasa makin hampir dengan Allah سبحانه وتعالى tapi mulut kita mula mempertikaikan mengatakan berbagai sangkaan yang tidaj buruk kepada Allah سبحانه وتعالى."Kenapa tidak orang lain yang kena.Kenapa aku yang kena."

Kita ini tidak melatih diri kita untuk bermujahadah,bersusah-payah,berjalan menuju kepada Allah  سبحانه وتعالى yang akhirnya menyebabkan kita ini menjadi hamba insan yang lemah jati diri kita,rohani kita pun lemah.

#MutiaraKata[AL-FADHIL USTAZ HANIF HARON]

#MuhasabahDiri

No comments:

Post a Comment