Friday, January 30, 2015

SUNNAH YANG SEMAKIN DILUPAKAN DAN SELALU DIAMBIL MUDAH OLEH UMMAT ISLAM PADA MASA INI[Musibah Diri]



Yang terjadi pada hari ini kita boleh melihat yang semakin dilupakan dan tidak diamalkan adalah sunnah siwak.Siwak ini sangat penting untuk diamalkan.Jangan melihat sunnah siwak ini sesuatu yang kecil.

Seperti kita tahu ketika mana di zamannya Rasulullah ﷺ.Ada sesuatu peperangan yang ditempuhi oleh Kaum Mukminin dan mereka telah kalah di dalam peperangan tersebut.Kerana apa?Kerana mereka ketika mana dalam peperangan tidak mengamalkan sunnah bersiwak.

Sehinggalah turun perintah yang menyuruh tentera Kaum Mukminan untuk bersiwak dan akhirnya di dalam peperangan yang berikutnya mereka telah memenangi peperangan menentang pihak musuh.

Bersiwak ini mengundang keredhaan Allah Taala dan banyak lagi kelebihannya.Nabi ﷺ mengatakan "Jika tidak menjadi kesusahan yang menimpa ke atas Ummatku nescaya aku wajibkan ke atas mereka bersiwak setiap kali solat."Dan di dalam riwayat yang lainnya disebutkan "Pada setiap kali berwudhuk." 

Tapi hari ini kalau kita tanya kita lihat berapa orang yang mengamalkan sunnah siwak ini?Berapa orang yang dalam poketnya ada siwak?Dan bersedia untuk digunakan untuk ambil air sembahyang?Untuk solat dan sebagainya?

Alangkah sedikitnya orang yang mengamalkam sunnah siwak ini sedangkan ianya adalah sunnah yang besar.Apa yang salahnya kalau kita beli banyak-banyak siwak ini dan kita hadiahkan kepada orang lain.

Itu hadiah yang terbaik untuk diberikan kepada seseorang kerana hadiah kepada orang beriman adalah siwak.

#MutiaraKata[AL-ALLAMAH AL-HABIB ABDURRAHMAN BIN ALI MASYUR BIN MUHAMMAD BIN SALIM BIN HAFIDZ]

Pada hari ini kita melihat ramai di dalam kalangan kita yang mengambil mudah ketika azan dilaungkan.Sehingga apabila azan berkumandang ramai yang seolah-olah tidak menghormati seruan daripada Allah dengan berjalan-jalan,bercakap-cakap antara satu sama lain dan sebagainya.

Disebutkan Para Salaf,Para Solehin dahulu mereka akan berhenti ketika mana mendengar azan dikumandangkan.Sekiranya ada sesuatu ditangan mereka maka akan dilepaskan dan ditinggalkan segala pekerjaan mereka untuk bersiap-siap menunaikan solat tepat pada waktunya(Awal waktu.) kerana di dalam hati  mereka mempunyai iman dan keyakinan yang mantap mendahulukan suruhan Allah untuk menunaikan solat dan meninggalkan urusan duniawi buat seketika.

Disebutkan Para Ulama barangsiapa yang bercakap ketika mana azan berkumandang maka boleh membuatkan seseorang itu mati dalam keadaan suul khatimah.Dan hendaklah kita berdiam diri untuk menghormati azan dan menjawab setiap apa yang dilaungkan Muazzim itu.

#MutiaraKata[AL-HABIB HUSSAIN BIN AHMAD BIN MUHAMMAD AL-HADDAR]

Hendaklah kita mengambil berat dengan memastikan setiap langkah kaki kita adalah mengikut sunnahnya Nabi ﷺ.

Apabila kita ingin melangkah masuk ke dalam tandas maka perlulah kita dahulukan kaki yang kirinya dan diikuti dengan kaki kanan.Dan apabila ingin keluar daripada tandas hendaklah mengutamakan kaki kanan terlebih dahulu dan diikuti dengan kaki yang kaki.

Begitu juga dengan ketika kita ingin melangkah masuk ke dalam Rumah Allah yakni Masjid.Jagalah langkah kaki kita dengan mengikut sunnah melangkah masuk dengan mengutamakan kaki kanan terlebih dahulu dan disusuli dengan kaki kiri.Dan keluar dengan melangkah kaki kiri terlebih dahulu dan diikuti dengan kaki kanan.

Kita semua tahu mengenai perkara ini tetapi kenapa kita tidak mengambil berat ketika melaksanakannya dan mengikutinya?

#MutiaraKata[TUAN GURU SYEIKH NURUDDIN MARBU AL-BANJARI AL-MAKKI]

Setiap sunnah yang kita lakukan di dalam kehidupan seharian kita baik ianya adalah sunnah yang kecil mahupun sunnah yang besar.Ketahuilah bahawasanya setiap sunnah itu mempunyai cahayanya sendiri.

Tidak akan sesekali rugi bagi orang-orang yakni mereka yang mengamalkan mempraktikkan sunnah-sunnah Nabi ﷺ di dalam kehidupannya.

Semakin banyak sunnah-sunnah yang kita amalkan maka semakin terang-meneranglah cahaya yang kita perolehi yang kita dapat di dalam diri kita.

Yang mana cahaya-cahaya ini akan membantu kita untuk menghidupkan hati kita yang mana ianya akan dapat mendekatkan lagi hubungan kita dengan Allah سبحانه وتعالى dan Baginda Rasulullah ﷺ.Menambah ketaatan dan amal soleh.

#MutiaraKata[AL-HABIB NAJMUDDIN OTHMAN AL-KHERED]

No comments:

Post a Comment