Friday, January 23, 2015

ORANG YANG PALING KEDEKUT SEKALI ADALAH ORANG-ORANG YANG MANA MEREKA YANG TAK NAK BERSELAWAT KEPADA NABI MUHAMMAD ﷺ MANAKALA ORANG YANG PALING LEMAH SEKALI ADALAH ORANG-ORANG YANG MANA MEREKA TAK NAK BERZIKIR DAN BERDOA KEPADA ALLAH سب

حانه وتعالى.
(Waktu Mustajab berdoa dan adab berdoa)
 
Baginda Nabi ﷺ mengatakan "Diantara masa mustajab berdoa adalah selepas kita melaksanakan solat 5 rakaat."

Dikisahkan ada salah seorang yang ketika beliau solat bersama Baginda Nabi ﷺ selepas memberikan salam lalu beliau bangun dan terus balik ke rumah.Maka Nabi ﷺ pun mengatakan kepada sahabat yang lainnya.

"Tengoklah lelaki ini.Tidakkah dia mempunyai hajat kepada Tuhannya sehingga dia meminta berdoa kepada Allah selepas solatnya.Ketahuilah bahawasanya doa selepas solat itu adalah mustajab."

Dan juga doa ketika kita dalam sujud yang mana Nabi ﷺ mengatakan "Paling hampirnya seseorang hamba itu kepada Allah adalah ketika dia dalam keadaan sujud."

Dan juga masa paling mustajab adalah ketika di tengah malam.Di mana Allah سبحانه وتعالى menyahut ketika itu "Adakah diantara hamba-hambaKu yang meminta pengampunan kepada Aku maka pasti Aku akan ampunkan dosa-dosanya.Adakah diantara hamba-hambaKu yang berdoa maka pasti Aku akan kabulkan.Dan adakah diantara hamba-hambaKu yang  mempunyai permintaan,permohonan maka Aku akan memberikan permintaan dan permohonannya."

Sebagaimana disebutkan bahawasanya orang-orang yang berdiri di malam hari untuk bermunajat kepada Allah سبحانه وتعالى pasti akan diterima doa-doanya oleh Allah dan tidak kembali daripada berdoa kepada Allah  سبحانه وتعالى pada saat itu dalam keadaan hampa sia-sia.

Dan adab ketika kita berdoa kepada Allahسبحانه وتعالى hendaklah kita mulakan dengan puji-pujian kepada Allah سبحانه وتعالى semampu kita puji.Selepas itu kita sambung dengan selawat kepada Nabi Muhammad ﷺ.Kemudian barulah kita berdoa meminta kepada Allah dan hendaklah kita tutup doa kita dengan bacaan selawat kepada Nabi Muhammad ﷺ dan pujian kepada Allah سبحانه وتعالى.

Kerana disebutkan bahawasanya doa seorang hamba itu tidak akan sampai kepada Allahسبحانه وتعالى hinggalah dibacakan selawat ke atas Baginda Nabi ﷺ maka barulah akan diangkat doanya dan diijabahkan.

Sepertimana disebutkan di dalam syair bahawasanya "Selawat ke atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad ﷺ pasti akan diterima oleh Allah dalam keadaan apa pun.Walaupun hatinya dalam keadaan macam mana pun.

Akan tetapi kalau ibadah yang lainnya ada dua kemungkinan iaitu diantara diterima oleh Allah ataupun ditolak oleh Allah سبحانه وتعالى.
 
#MutiaraKata[AL-HABIB HUSSEIN BIN AHMAD BIN MUHAMMAD AL-HADDAR diterjemahkan oleh AL-FADHIL USTAZ ALI ZAINAL ABIDIN MADRASAH AT-TAZKIYAH]
 
 
 **Malam Jumaat mari kita sama-sama memperbanyakkan berdoa dan berselawat kepada Nabi Muhammad ﷺ dan jangan lupa untuk bangun beribadah di tengah malamnya untuk bermunajat kepada Allah سبحانه وتعالى semoga segala hajat-hajat kita dikabulkan olehNya.

No comments:

Post a Comment