Tuesday, December 30, 2014

- HADIS TERUNGGUL

 -
Daripada Saidina Khalid bin Al-Walid RA berkata:
“Telah datang seorang Arab Badwi kepada Rasulullah SAW dan dia menyatakan tujuannya:
Wahai Rasulullah...!
Kedatanganku untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku didunia dan akhirat.”
Rasulullah berkata kepadanya:
“Tanyalah apa yang engkau kehendaki.”
Arab Badwi itu berkata:
Aku mahu menjadi orang alim.
Baginda menjawab:
"Takutlah kepada Allah SWT"
Dia bertanya lagi:
“Aku mahu menjadi orang paling kaya.”
Rasulullah menjawab:
“Jadilah orang yang yakin pada diri.”
Bertanya lagi Arab Badwi itu:
“Aku mahu menjadi orang yang adil.”
Lalu dijawab oleh Rasulullah:
“Kasihanilah manusia lain seperti engkau kasih pada diri.”
Dia bertanya:
“Aku mahu menjadi orang paling baik.”
Baginda menjawab:
“Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat.” 
Dia bertanya lagi:
“Aku mahu menjadi orang istimewa di sisi Allah.”
Dan dijawab oleh Rasulullah:
“Banyakkan zikrullah.”
Arab Badwi itu bertanya:
“Aku mahu sempurnakan imanku.”
Baginda menjawab:
“Perelokkan akhlakmu.”
Dia bertanya lagi:
“Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsin (baik). “
Baginda menjawab:
Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya dan jika engkau tidak berasa begitu, sekurang-kurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau.”
Arab Badwi bertanya lagi:
“Aku mahu termasuk dalam golongan yang taat,”
Lalu dijawab baginda:
“Tunaikan segala kewajipan yang difardukan.”
Dia bertanya lagi:
“ Aku mahu berjumpa Allah dalam keadaan bersih daripada dosa.”
Rasulullah menjawab:
“Bersihkan dirimu daripada najis dosa.”
Dia terus bertanya:
“Aku mahu dihimpun pada hari kiamat di bawah cahaya.”
Baginda menjawab:
“Jangan menzalimi seseorang.”
Dia bertanya lagi:
“Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari kiamat.”
Baginda berkata:
“Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain.”
Dia bertanya:
Aku mahu dihapuskan segala dosaku.”
Baginda menjawab:
“Banyakkan beristighfar.”
Dia berkata:
“Bagaimana pula aku mahu menjadi semulia-mulia manusia,”
Lalu baginda menjawab:
“Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain.”
Dia bertanya:
“Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia.”
Baginda menjawab:
“ Sentiasa menyerah diri (tawakal) kepada Allah.”
Dia bertanya lagi:
“Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah.”
Baginda menjawab:
“Sentiasa berada dalam keadaan bersih (daripada hadas).”
Dia bertanya:
“Aku mahu termasuk dalam golongan yang dikasihi Allah dan rasul-Nya.”
Baginda menjawab:
“Cintailah segala yang disukai Allah dan Rasul-Nya.”
Dia bertanya:
“ Aku mahu diselamatkan daripada kemungkaran Allah pada hari kiamat.”
Baginda menjawab:
“Jangan marah kepada orang lain.”
Dia bertanya lagi kepada Rasulullah:
“Aku mahu diterima segala permohonanku.”
Baginda menjawab:
“Jauhilah makanan haram.”
Dia bertanya:
“ Aku mahu Allah menutupkan segala keaibanku pada hari kiamat.”
Baginda pun menjawab:
“Tutuplah keburukan orang lain.”
Dia bertanya:
“Siapa yang terselamat daripada dosa?”
Rasulullah menjawab:
“Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, mereka yang tunduk pada kehendak-Nya dan mereka yang ditimpa kesakitan.”
Dia terus bertanya:
“Apakah sebesar-besar kebaikan disisi Allah?” 
Baginda menjawab:
“Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala).”
Dia bertanya lagi:
“ Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?”
Baginda menjawab:
“Buruk akhlak dan sedikit ketaatan.”
Dia bertanya:
“Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat?”
Baginda menjawab:
“Sedekah dalam keadaan sembunyi (tidak diketahui) dan menghubungkan kasih sayang.”
Dia bertanya lagi:
“Apa yang akan memadamkan api neraka pada hari kiamat?”
Baginda menjawab:
“Sabar didunia dengan bala dan musibah.”
Dan telah berkata Imam Mustaghfirin: “Aku tidak pernah menemui hadis sebegini lengkap merangkumi kesempurnaan agama dan kehidupan selain hadis ini.”
Maka tugas anda sekelian yang seterusnya adalah berkongsi Hadis Nabi SAW ini dengan orang lain, moga ianya memberikan manfaat kepada semua. Insyallah..
Syukran Jazilan.

Monday, December 29, 2014

nilah di antara tulisan terbaik Syekh Ali Thanthawi Mesir Rahimahullah:

I
Pada saat engkau mati, janganlah kau bersedih. Jangan pedulikan jasadmu yang sudah mulai layu, karena kaum muslimin akan mengurus jasadmu. Mereka akan melucuti pakaianmu, memandikanmu dan mengkafanimu lalu membawamu ke tempatmu yang baru, kuburan.

Akan banyak orang yang mengantarkan jenazahmu bahkan mereka akan meninggalkan pekerjaannya untuk ikut menguburkanmu. Dan mungkin banyak yang sudah tidak lagi memikirkan nasihatmu pada suatu hari.....
 
Barang barangmu akan dikemas; kunci kuncimu, kitab, koper, sepatu dan pakaianmu. Jika keluargamu setuju barang2 itu akan disedekahkan agar bermnfaat untukmu.

Yakinlah; dunia dan alam semesta tidak akan bersedih dg kepergianmu. Ekonomi akan tetap berlangsung!  Posisi pekerjaanmu akan diisi orang lain. Hartamu menjadi harta halal bagi ahli warismu. Sedangkan kamu yg akan dihisab dan diperhitungkan untuk yang kecil dan yang besar dari hartamu!

Kesedihan atasmu ada 3;
Orang yg mengenalmu sekilas akan mengatakan, kasihan. Kawan2mu  akan bersedih beberapa jam atau beberapa hari lalu mereka kembali seperti sediakala dan tertawa tawa! Di rumah ada kesedihan yg mendalam! Keluargamu akan bersedih seminggu dua minggu, sebulan dua bulan, dan mungkin hingga setahun?? Selanjutnya mereka meletakkanmu dalam arsip kenangan!

Demikianlah "Kisahmu telah berakhir di tengah2 manusia". Dan kisahmu yang sesungguhnya baru dimulai, Akhirat!! Telah musnah kemuliaan, harta, kesehatan, dan anak. Telah engkau tinggalkan rumah, istana dan istri tercinta. Kini hidup yg sesungguhnya telah dimulai.

Pertanyaannya adalah:
Apa persiapanmu untuk kuburmu dan Akhiratmu??
Hakikat ini memerlukan perenungan.

Usahakan dengan sungguh2;
Menjalankan kewajiban kewajiban, hal-hal yg disunnahkan, sedekah rahasia, merahasiakan amal shalih, shalat malam, Semoga saja engkau selamat.

Andai engkau mengingatkan manusia dengan tulisan ini insyaAllah pengaruhnya akan engkau temui dalam timbangan kebaikanmu pada hari Kiamat. "Berilah peringatan, karena peringatan itu bermanfaat bagi orang orang mukmin"

Wednesday, December 24, 2014

Penawar Sakit

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا اشتكى منا إنسان مسحه بيمينه ثم قال اِذْهَبِ البَأْسَ رَبَّ النَّاسِ وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لاَ شِفَاءً إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَماً

Ertinya : Nabi s.a.w ketika didatangi aduan (sakit) oleh seseorang, nabi akan menyapunya dengan tangan kanan baginda sambil membaca " Jauhkanlah dia dari kesakitan, wahai Tuhan sekalian manusia, sembuhkanlah dia, dan engkaulah maha penyembuh yang tidak akan datang kesembuhan kecuali datang dariMu, kesembuhan dari jenis yang tidak akan kembali penyakitnya"( Riwayat Muslim)

 

كان النبي صلى الله عليه وسلم يعوذ الحسن والحسين ويقول : إن أباكما كان يعوذ بها إسماعيل وإٍسحاق أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطاَنٍ وَهَامَّةٍ وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّة (رواه البخاري)

Ertinya : Nabi s.a.w ketika sedang meminta perlindungan untuk Al-Hasan dan Al-Husain berkata : Sesungguhnya kedua-dua ibu bapamu meminta perlindungan dengan (bacaan) yang dibuat oleh Nabi Ismail dan Ishak iaitu : "Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna, daripada setiap Syaitan dan mahkluk berbisa dan dari setiap pandangan mata dengki & hasad yang berniat jahat" ( Riwayat Al-Bukhari)

 

أن جبرائيل أتى النبي صلى الله عليه وسلم فقال يا محمد اشتكيت ؟ قال نعم , قال : بِسْمِ اللهِ أُرْقِيْكَ مِنْ كُلِّ شَيْئٍ يُؤْذِيْكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ أَوْعَيْنٍ أَوْ حَاسِدٍ , اللهُ يُشْفِيْكَ بِسْمِ اللهِ أُرْقِيْكَ

Ertinya : Telah datang Jibrail kepada nabi sa.w dan berkata : Wahai Muhammad, adakah kamu mengadu kerana sakit? . Jawab Nabi " Ya". Jibrail membalas " Bacalah "Dengan nama Allah yang mengubatimu, dari segala perkara yang menyakitimu, dan juga dari kejahatan setiap jiwa,mata dan hasad. Allah akan menyembuhkanya dan dengan namaNya engkau disembuhkan" 


Baca tujuh kali dengan tangan diletak di tempat sakit , kemudian baca Bismillah tiga kali dan terus baca doa:

أنه شكا إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم وجعا يجده في جسده منذ أسلم فقال له رسول الله صلى الله عليه وسلم ضع يدك على الذي تألم من جسدك وقل باسم الله ثلاثا , وقل سبع مرات : أَعُوذُ بِاللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ 

 

Ertinya : Seorang sahabat datang mengadu kepada Nabi berkenaan kesakaitan yang terdapat ditubuhnya sejak dari ia masuk Islam, lalu nabi mengajarkan berkata : " Letakkan tanganmu ditempat yang kamu merasai sakit itu dan bacalah Bismillah tiga kali dan kemudian bacalah tujuh kali : " Aku berlindung dengan kuasa Allah dari segala kejahatan  yang telah menimpaku dan yang aku ingin hindari. (Riwayat Muslim)

Amalan apabila terjaga waktu malam

"Amalan zikir Rasulullah sallallahu 'alaihiwasallam ketika terbangun pada waktu malam"

💫♡☆روى البخاري " أن الرسول صلى الله عليه وسلم كان
 إذا تعار[بتشديد الراء ؛ استيقظ] من الليل قال : 
Adalah Rasulullah sallallahu 'alaihiwasallam jika terjaga pada malam hari,maka beliau akn membaca:
💫♡☆لا إله الا الله الواحد القهار 
رب السماوات والارض وما بينهما العزيز الغفار☆♡💫
Berkata ulama Ahlissunnah wàljamaah (bkn ularmak wahabi / syiah):
♡☆فائدة :
قال العلماء :"من قال هذا ولو مرة اذا استيقظ في الليل قد يغفر الله  له جميع ذنوبه حتى الكبائر" 
Sesiapa yg membacanya walau sekali, ketika terbangun pd waktu malam, Allah mengampunkan dosanya sehingga dosa2 yg besar.

Perlu diingatkn,Hanya mrk yg dipilih olh Allah sahaja yg dpt terjaga pd mlm hari serta mengungkapkan perkataan yg sangat mulia tersebut.

 بَابُ مَا يَقُولُ إِذَا تَعَارَّ مِنْ فِرَاشِهِ

   رَوَى الْبُخَارِيُّ فِي صَحِيحِهِ وَأَبُو دَاوُدَ وَالتِّرْمِذِيُّ وَابْنُ مَاجَه فِي السُّنَنِ وَالْبَيْهَقِيُّ فِي الدَّعَوَاتِ وَغَيْرُهُمْ عَنْ عُبَادَةَ بنِ الصَّامِتِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:

Diriwayatkn olh Bukhary dlm sohihnya,Abu Dawud,Tirmizi,Ibn Majah dlm sunan,Al Baihaqy dlm Da'awat dll Daripada 'Ubadah bin Shomit Radiallahu 'anhu dri Nabi Sallallahu 'alaihiwasallam berkata: Apabila seseorg terbangun pd waktu malam maka 

ucapkanlah: 

لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىءٍ قَدِيرٌ، وَالْحَمْدُ للهِ، وَسُبْحَانَ اللهِ، وَلاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ، وَاللهُ أَكْبَرُ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ،

Kemudian ucapkanlah: 
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِيُ
ُ"Ya Allah! Ampunkan lah daku"

Jangan ikut perangai Wahabi mujassimah/Yahudi/syiah/ HT/liberal n Plural/ISIS dll pulak bila mrk terjaga dri tidur terus mengkhayalkn dgn khayalan kufur bhawa Tuhan duduk/silo lendik atas arasy,membidahkn amalan umat islam serta mengatur dan melaksanakn jenayaha2 yg lain keatas kita ahlissunnah waljamaah Asyairah/Maturidiyyah.

Akidah islam: "Allah Exists Without a Place".

FB: Alwi Al-Bakaniyy / Ustaz Haji Ahmad Hafiz.
Pusat Pengajian & Pendidikan Islam Ar-Rifaie Shah Alam.

Monday, December 22, 2014

Beautiful Duaas from the Quran !!!

▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓
❤For pious children:

رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ
رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ💙
Rabbi habli milladunka zurriyatan tayyibatan innaka sameeud dua.
Rabbi laa tazarni fardan wa anta khair al wariseen
▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓
💛For the one who is afraid :
رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّاب��ُ
Rabbana laa tuzigh qulubana ba'da iz hadaytana wa hablana milladunka rahmah innaka antal wahhab
▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓
🌷do you want shahada?say this Duaa:
رَبَّنَا آمَنَّا بِمَا أَنْزَلْتَ وَاتَّبَعْنَا الرَّسُولَ فَاكْتُبْنَا مَعَ الشَّاهِدِينَ 🍁 
Rabbana aamanna bima anzalta wa ittaba'nar rasula faktubna ma'ash shahideen
▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓
😓☝ overwhelmed by life's problems? Say this Duaa:
حَسْبِيَ اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ 🍃
Hasbiyallahu laa ilaha illa hua alayhi tawakkaltu wa hua rabbul arshil azeem
▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓
🌸 If you want yourself and your children to be regular in their salaat:
رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ 🍀
Rabbijalni muqeem as salaata wa man zurriyati rabbana wa taqabbal dua
▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓  
💓If you want your spouse and children to be Khair for you :
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا 🌺
Rabbana hablana min azwajina wa zurriyatina qurrata a'yunin wa ja'alna lil muttaqeena imama
▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓ 
💝 A blessed home:
رَبِّ أَنْزِلْنِي مُنْزَلًا مُبَارَكًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْمُنْزِلِين��َ
Rabbi anzalni munzalan mubarakan wa Anta khair al muzileen
▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓
😰👌 Keep the shaitaan away from you:
رَبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ وَأَعُوذُ بِكَ رَبِّ أَنْ يَحْضُرُونِ 💚
Rabbi a'uzubika min hamazaatish shayateeni wa a'uzubika rabbi an yahdurun
▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓
💢Afraid of the torment of the hell fire:
رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامًا 💦
Rabbanasrif anna azaaba jahannama inna azaabaha kaana gharama
▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓
🌻If you are afraid Allah may not accept your good deeds:
رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ 🍂
Rabbana takabbal minna innaka antas sameeul aleem
▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓
😔👆if you are sad, complain to none other than Allah:
إنما أَشْكُو بَثِّي وَحُزْنِي إِلَى اللَّه 🍃
Innama ashku bassi wa huzni ilalaah
▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓
☺☝send it to others and multiply your ajar  !!! In sha Allah

Sunday, December 21, 2014

PENTINGNYA SESEORANG ITU MEMILIKI AKHLAK YANG BAIK,LUHUR DAN TERPUJI KERANA APA YANG ADA DI DALAM HATI KITA ITULAH YANG MENCERMINKAN DIRI KITA YANG SEBENARNYA.



Setiap gelas memercikkan apa yang ada di dalamnya.Apabila isinya air putih maka air putih lah yang akan keluar.Kalau isinya kopi maka kopilah yang keluar.Tetapi kalau isinya kotoran maka yang keluar adalah kotoran.

Yang keluar daripada gelas tersebut ditujukan kepada sesiapa pun bergantung kepada isinya.Orang baik,orang jahat masing-masing menerima daripada gelas tersebut apa yang ada dalam isinya.Kalau kebaikan maka semua akan merasai kebaikan.Kalau kotoran semuanya rasa kotoran.

Lantas di hati kita apa yang ada?Kalau di hati kita di sini ada kebaikan.Apa pun provokasi yang kita terima yang keluar daripada diri kita hanyalah kebaikan.Namun kalu isinya kotoran apa pun yang keluar dari kita adalah kotoran.

Melihat orang membuat baik kepada kita.Kalau fikirannya kotor maka pasti dia akan mengatakan Ya dia buat begitu kerana ingin dipuji dan sebagainya dengan prasangka buruk kita.

Suatu hari Saidina Hassan Bin Ali Bin Ali Thalib masuk ke dalam masjid antara jumaat.Khatib sedang berkhutbah maka beliau masuk ke dalam masjid berdiri berdekatan tiang dan kemudiannya menunaikan solat sunat.Setelah solat beliau duduk maka khatib yang sedang berkhubah mencaci maki dengan mengatakan mengenai ayahnya Hassan begini,ibunya Hassan begini(mengata perkara yang tidak baik).

Saidian Hassan yang ketika itu bersama anaknya hanya diam sahaja maka anaknya tidak dapat menahan kesabaran lalu dibilang "Abah!Engkau tak dengar apa dia cakapkan?Maka Saidina Hassan mengatakan "Naam saya dengar apa yang dikatakan.

Berkata anaknya "Kalau abah dengar omongannya maka jawablah kalau omongannya itu adalah tidak benar."Maka Saidina Hassan berkata kepada anaknya."Wahai anakku!Dia mencaci engkau mahu membalas mahu saya mencaci dia juga?Kapan keluarga Baginda Nabi,ayahmu,moyangmu sebagai tukang mencaci?Tidak ada!!

Saya Hassan yang keluar dari saya semuanya hal-hal yang indah.Semuanya yang keluar daripada lidah saya semuanya hal yang baik.Ayah saya pun demikian,ibu saya pun demikian,kekek saya pun demikian pun.Kapan kamu kata menurutmu ayahmu,ibumu,kekekmu sebagai tukang mencaci orang lain?Tiada!!!



Al-Imam Ali Zaenal Abidin tatkala ketika beliau dicaci maki maka dia buat-buat tak dengar.Hanya diam sahaja sehingga orang yang mencacinya itu tukang caci itu mengatakan yang aku cacikan itu adalah engkau!!

Maka Al-Imam Ali Zaenal Abidin menjawab engkau menunjuk aku dengan cacianmu dan aku memaafkan segala cacianmu dan aku tidak menganggap cacianmu.


Dikisahkan ada satu orang yang mencaci Ulama yang besar.Ketika Ulama itu sedang berjalan untuk menuju ke kampungnya maka orang itu mengatakan perkara-perkara yang tidak baik terhadapnya memaki dan mencacinya sepanjang perjalanannya.

Begitu sudah dekat dengan kampungnya.Maka Ulama ini berhenti seketika dan mengatakan"Ya fulan kalau masih ada lagi cacianmu yang ingin engkau keluarkan semua maka cepat sebab sebentar lagi kita akan masuk ke kampung saya yang mana ada teman-teman saya orang bodoh yang tidak bisa bersabar dengan ucapanmu,cacianmu dikhuatiri mereka akan marah dan akan memukul engkau.

Saya tak mahu itu terjadi maka kalau engkau masih ada yang ingin dikeluarkan maka saya akan duduk di sini sehingga selesai.Jadi bila masuk ke kampung nanti selesai semuanya.Jangan ketika masuk kampung,mereka akan menyerang engkau disebabkan kata-katamu.

#MutiaraKata[AL-HABIB JINDAN BIN NOVEL BIN SALIM BIN JINDAN]

Saturday, December 20, 2014

Du'a buat ibu dan ayah Ku

BismillahirRahmanirRahim

Alhamdulillaa hi Robbil 'aalameen wassolaa tuwassa laa mu'alaa asy rofil ambiyaa iwal mursaleen wa 'alaa aa lihii wasoh bihii ajma'een

Allaahumma Ya Allah 
Ya Rohmaan Ya Roheem.....

Ya Zal Jalaali wal ikroom

Ya Ghofuurur Roheem.....

Ya Allah Ya Tuhan kami........

Dengan keberkatan & kemuliaan penghulu segala hari ini.......

Ampunkanlah dosa2 kami yang masih tersisa walau sebesar mana sekalipun......

 Ya Allah Ya Tuhan kami......

 Ampunkanlah juga seorang wanita yg engkau kurniakan dlm hidup kami.....

dia itulah hamba Mu, insan kerdil yang telah mengandungkan kami didlm perutnya yg mulia selama 9 bulan 10 hari..........

dia itulah wanita itu yang bergelar ibu kami..........

Ampunkan dosa2 dan kesalahan2 ibu kami yg telah melahirkan kami dgn kesakitan, darah dan juga air matanya..........

Ya Allah Ya Tuhan kami.......

Ampunkanlah ibu kami yg telah menyusukan kami ketika kami lapar dan dahaga, ketika kami masih bayi.......

Ampunkanlah ibu kami yg memeluk kami ketika kami ketakutan......Ya Allah.....

Ya Allah Ya Tuhan kami...... ampunkanlah ibu yg tidak boleh tidur malam kerana mendodoikan kami........

Ya Allah.....ampunkan ibu kami yg selalu menyuapkan kami dgn tangannya yg mulia itu........

Ampunkanlah ibu kami yg menutup aurat kami ketika terdedahnya aib kami.......

Ampunkanlah ibu kami yg mengangkat kami ketika jatuh bertatih ketika kami masih kecil.......

Ampunkanlah ibu yg memakaikan kasut dan membasuh najis kami tanpa sepatah kata 'menjijikkan' lpun.......

Hari ini baru kami benar mengerti Ya Allah.....setelah Engkau jadikan kami sebagai seorang ibu.....setelah Engkau jadikan kami sebagai seorang suami yang Engkau perlihatkan didepan mata kami sudah payah isteri kami menjalankan tanggung jawabnya sebagai isteri yg solehah dan juga sebagai ibu yang solehah.......

Mudah2han pengertian ini belum terlewat lagi utk kami  
Ya Allah utk kami perbetulkan kesilapan dan kealpaan kami selama ini Ya Allah...... 

Ya Allah Ya Rohmaan 
Ya Roheem Ya Arhamar Roohimeen.......

Muliakanlah ibu kami dan golongkanlah ibu kami di kalangan hamba2 Mu yang soolehah.


Ya Allah Ya Rohman 
Ya Roheem.......

Ampunkanlah seorang lelaki yg bergelar ayah. Dialah yg menyambut kami ketika kami dilahirkan......

dialah yg mendukung kami dan mengazankan kami lalu dia mengajar kami kalimah Lailahaillallah Muhammad Rasulullah berulang2kali ketika kami diazankan.......

Ya Allah, ayah kami tersenyum dgn linangan air matanya......

Ya Allah kerana tangisannya jatuh terlebih dahulu sebelum tangisan ibu......

Ketika ibu menderita melahirkan kami.......

dia lah yg berdoa memohon kemudahan kepada Mu Ya Allah......Dgn doanya :
"Ya Allah Ya Tuhanku yg menguasai jiwaku, jika perlu dikorbankan nyawaku, maka ambil lah nyawaku dan selamatkanlah isteri dan anak2ku....."

Inilah jasa seorang ayah yg kami tidak tahu Ya Allah....

air matanya yg dirahsiakan.... kesetiaannya yg disembunyi kan....
yg hanya ditunjuk wajahnya yg tegas Ya Allah..... 
Namun dihatinya bersemi sebuah taman yang indah....

Jika kami diberi peluang lagi Ya Allah.....maka berikanlah kpd kami kesempatan utk pulang menemui ayah kami utk kami memohon keredhaan dan kemaafannya. 
Ya Allah.....kami ingin mencium tangannya yg keras kerana berpenat lelah membanting tulang mencari rezeki utk kami Ya Allah.....

Mengusap kakinya yg banyak berjasa utk kami Ya Allah.....

Memeluk tubuh nya yg pernah menggendongkan kami Ya Allah.......

Mengusap dahi kepalanya yg selalu difikirkan apa yg terbaik utk kami Ya Allah..... 

Hari ini baru kami mengerti...  
Hari ini baru kami sedar Ya Allah.....

Setelah Engkau jadikan kami seorang ayah...... 

Mudah2han pengertian itu belum terlewat lagi utk kami Ya Allah.....utk kami perbetulkan kesilapan, kelalaian serta kealpaan kami Ya Allah Ya Arhamar Roohimeen.....  

Anak2 kami Ya Allah, 

Jadikanlah mereka anak2 yg soleh dan solehah, musleh dan muslehah.......

Elokkanlah mereka dgn ketaatan dan aqidah yg benar juga dgn syariat yg diterima Mu Ya Allah....agar di'amalkan semua titah perintah Mu juga dijauhi segala larangan Mu......

Mereka berakhlak dgn akhlak yg mulia demi menjaga maruah agama, keluarga,  bangsa dan negara tercinta.

Ya Allah.....sudikanlah mereka utk memandikan kami di saat kami tidak mampu lagi menggosok tubuh badan kami sendiri......

 Ya Allah....sudikanlah mereka memakaikan pakaian kpd kami diketika kami sudah tidak mampu memakai pakaian kami sendiri........sudikanlah mereka utk menjadi imam dalam solat jenazah kami.....

 Ya Allah....sudikanlah mereka turun ke liang lahad utk mengebumikan kami Ya Allah.......

Membaringkan jenazah kami dgn penuh sopan dan lemah lembut sepertimana dahulu kami meletakkan mereka di dalam buaian...... 

Itu anak2 kami Ya Allah......merekalah buah hati kami Ya Allah...... Kami jaga mereka dgn penuh kasih sayang Ya Allah........

Ampunkanlah dosa anak2 kami Ya Allah.....

dan bantulah urusan mereka kearah menolong agama Mu Ya Allah......

Aamiin aamiinya 
Ya Rabbal 'Aalameen.....

Thursday, December 18, 2014

💐 HAKIKAT KEHAMBAAN

🌸Kata kata hikmah Imam asy-Syafi'i🌸

 

1. "Sifat yang paling nyata dalam diri manusia adalah kelemahan. Sesiapa yang menyaksikan kelemahan dalam dirinya, ia akan memperoleh istiqamah bersama Allah swt." (Riwayat al-Buwaiti)

2. "Sesiapa yang dikalahkan oleh syahwat cinta dunia, ia pasti menjadi hamba ahli ahli dunia. Barang siapa yang berasa qanaah (cukup), hilanglah kehinaan daripada dirinya." (Riwayat Abu Abd ar-Rahman as-Sulami)

3. "Kebaikan dunia dan Akhirat terletak pada lima perkara : jiwa yang berasa kaya, tidak menyakiti orang lain, pekerjaan yang halal, pakaian takwa dan percaya pada Allah dalam setiap keadaan." (Riwayat ar-Rabi' bin Sulaiman)

4. "Simpanan yang paling bermanfaat ialah takwa. Manakala simpanan yang paling bahaya ialah permusuhan."
(Riwayat ar-Rabi' bin Sulaiman)

💐 HATI DAN HIKMAH 

1. "Barang siapa yang ingin Allah buka dan terangi hatinya, maka tinggalkanlah ucapan ucapan yang tidak berguna, tinggalkanlah dosa, jauhi maksiat dan hendaklah ia memiliki ibadah tersembunyi antara dirinya dengan Allah SWT. Siapa yang melakukan itu, Allah akan membukakan baginya ilmu yang menyibukkannya daripada perkara perkara lain. Dan sesungguhnya mengingati kematian ialah perkara yang paling menyibukkan." (Riwayat Harmalah bin Yahya)

2. "Sesiapa yang ingin agar Allah buka hatinya dan memberinya hikmah, maka hendaklah ia berkhalwat (menyendiri), sedikitkan makan, meninggalkan berkawan dengan orang-orang jahil dan membenci ahli ilmu yang tidak bersederhana dan beradab." (Riwayat Muhammad bin Musabbih) 

3. "Tidak ada yang mengenali riak selain orang yang ikhlas." (Riwayat ar-Rabi' bin Sulaiman)

4. "Jiwa manusia dibentuk dalam kecelaan. Ia suka mendekati orang yang menjauhi daripadanya dan suka menjauh daripada orang yang mendekatinya."
(Riwayat ar-Rabi' bin Sulaiman) 

5. "Orang yang paling tinggi darjatnya ialah orang yang tidak berasa tinggi. Orang yang paling mulia ialah orang yang tidak berasa mulia." (Riwayat ar-Rabi' bin Sulaiman)

💐 ILMU PENGETAHUAN

1. "Menuntut ilmu lebih baik daripada solat sunat." Beliau juga berkata, "Barang siapa yang menginginkan dunia, maka kuasailah ilmu. Dan barang siapa yang menginginkan Akhirat, maka kuasailah ilmu." (Riwayat an-Nabawi)

2. "Ilmu terbahagi kepada dua bahagian : Ilmu agama dan ilmu fiqh. Ilmu agama ialah fiqh, dan ilmu dunia ialah perubatan. Selain kedua duanya daripada syair dan lain lain, maka hanyalah aib semata."
(Riwayat ar-Rabi'i bin Sulaiman)

3. "Janganlah engkau tinggal di satu negeri yang di dalamnya tiada seorang yang alim yang mengajarkan agamamu dan seorang doktor yang memberitahu keadaan tubuhmu." (Riwayat Muhammad bin Harun bin Mansur)

4. "Setiap kali aku bejumpa dengan ahli hadis, seolah olah aku sedang melihat sahabat Nabi SAW." (Riwayat Ibnu Abdil Hakam)

💐 BERSAMA MANUSIA

1. Asy-Syafi'i melarang kami membicarakan orang lain. Beliau berkata, "Seorang muslim ialah saksi Allah untuk Muslim yang lain." (Riwayat al-Muzani)

Maknanya sebagai saksi, seseorang tidak boleh sembarangan menilai orang lain sebab tersalah dalam persaksian sangat buruk akibatnya. Oleh itu, lebih selamat untuk diam dan tidak membicarakan hal orang lain.

2. "Setiap orang pasti ada yang membenci dan mencintainya. Jika seperti itu, maka hendaklah kita jadi orang orang yang taat kepada Allah." (Riwayat al-Muzani)

3. "Wahai Abu Musa, sekuat apa pun usahamu agar semua manusia menyukaimu, engkau tidak akan mampu melakukannya. Oleh itu, ikhlaskanlah amal dan niatmu hanya kepada Allah."
(Pesanan Imam asy-Syafi'i kepada muridnya, Yunus bin Abdil A'la)

4. "Barang siapa yang menginginkan husnul khatimah, maka usahalah untuk selalu berbaik sangka kepada manusia."
(Riwayat Ayub bin Sulaiman)

5. "Siapa yang menceritakan keburukan orang lain kepadamu, ia akan menceritakan keburukanmu kepada orang lain. Siapa yang membawa berita orang lain kepadamu, ia akan membawa beritamu kepada orang lain. Siapa yang berlebihan dalam memujimu jika engkau menggembirakannya, ia akan berlebihan dalam mencelamu jika engkau memarahinya." (Riwayat al-Buwaiti) 

💐 SAHABAT. 

1."Terlalu terbuka dalam pergaulan akan mengundang kawan kawan yang buruk. Terlalu tertutup dalam pergaulan akan mengundang permusuhan. Maka hendaklah engkau selalu berada antara sikap terbuka dan tertutup." (Riwayat Ali bin Ismail)

2. "Orang yang zalim kepada dirinya sendiri adalah yang merendahkan diri kepada orang yang tidak menghormatinya, yang inginkan cinta orang yang tak bermanfaat baginya dan yang menerima pujian daripada orang yang tidak mengenalinya." (Riwayat al-Muzani)

3. "Sesiapa yang jujur dalam mencintai saudaranya, maka ia akan selalu menerima alasannya, menutupi kekurangannya dan memaafkan kesalahannya." (Riwayat ar-Rabi' bin Sulaiman)

4. "Tanda sahabat sejati adalah ia menjadi sahabat kepada setiap orang yang bersahabat dengan sahabatnya."
(Riwayat Ibnu Ufair)

Wallahu a'lam: Semoga bermunafa'at kepada semua.. Salam rindu dari A.U.R.A yang kini transit sebentar..

Ganjaran berilmu...

Telah berkata Al-Fakih Abu Laits As-Samarqandi di dalam kitab Tanbihul Ghafilin :

"Barangsiapa datang kepada orang alim lalu hadir dalam majlisnya serta tidak mampu mengingati atau menghafal pelajaran tersebut maka baginya 7 macam kemuliaan":

📌1- Dia akan mendapat kemuliaan orang-orang yang belajar agama.

📌2- Selama dia duduk di dalam majlis tersebut, dia akan tertahan daripada berbuat dosa dan kesalahan.

📌3- Apabila dia keluar daripada rumahnya turun rahamat ke atasnya.

📌4- Apabila duduk dia di sisi orang alim tersebut maka turun rahmat ke atas penuntut-penuntut ilmu, maka menimpa dia juga dengan berkat majlis tersebut.

📌5- Selama dia mendengar ilmu tersebut nescaya dituliskan baginya kebajikan.

📌6- Malaikat menaung ke atas mereka dengan sayap-sayapnya kerana redha dengan majlis tersebut padahal dia ada di dalamnya.

📌7- Tiap-tiap kali kakinya melangkah dikifaratkan segala dosa-dosanya dan dinaikkan beberapa darjat dan ditambah segala kebajikan.
Wallahua'lam

Wednesday, December 17, 2014

AMALAN RABU AKHIR SHOFAR.


Diriwayatkan dari para ulama dan awliya' bahwa pada setiap tahun, ALLOH SWT menurunkan 320.000 macam bala' bencana ke bumi dan semua itu pertama kali terjadi pada hari Rabu terakhir di bulan Shafar.untuk keselamatan kita dan keluarga kita,inilah macam² amalan dan bacaannya:

#MEMBACA DOA:

بسم الله الرحمن الرحيم. 
وَصَلَّى اللهُ تَعَالَى عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن. 
أَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ شَرِّ هَذَا الزَّمَانِ وَأَهْلِهِ، وَأَعُوْذُ بِجَلاَلِكَ وَجَلاَلِ وَجْهِكَ، وَكَمَالِ جَلاَلِ قُدْسِكَ أَنْ تُجِيْرَنَي وَوَالِدَيَّ وَأَوْلاَدِي وَأَهْلِي وَأَحْبَابِي، وَمَا تُحِيْطُهُ شَفَقَةُ قَلْبِي مِنْ شَرِّ هَذِهِ السَّنَةِ، وَقِنِي شَرَّ مَا قَضَيْتَ فِيْهَا، وَاصْرِفْ عَنِّي شَرَّ شَهْرِ صَفَر، يَا كَرِيْمَ النَّظَر، وَاخْتِمْ لِي فِي هَذَا الشَّهْرِ وَالدَّهْرِ بِالسَّلاَمَةِ وَالْعَافِيَةِ وَالسَّعَادَةِ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَأَوْلاَدِي وَلِأَهْلِي وَمَا تَحُوْطُهُ شَفَقَةُ قَلْبِي وَجَمِيْعِ الْمُسْلِمِيْن، 
وَصَلَّى اللهُ تَعَالَى عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِه وَسَلَّم

# SHOLAT 4 RAKAAT
Setiap rakaatnya membaca setelah al fatihah : 
-Surat al kautsar (17x) 
-Surat al Ikhlas (5x) 
-Surat al Falaq (1x)
-Surat an Nas  (1x) 
Setelah salam membaca doa: 

(اللهم) يَا شَدِيْدَ الْقُوَى، وَيَا شَدِيْدَ الْمِحَالِ يَا عَزِيْزُ ذَلَّتْ لِعِزّتِكَ جََمِيْعُ خَلْقِكَ، اِكْفِنِي عَنْ جَمِيْعِ خَلْقِكَ، يَا مُحْسِنُ يَا مُجَمِّلُ، يا مُتَفَضِّلُ يَا مُنْعِمُ يَا مُكْرِمُ، يَا مَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْن
(اللهم) بِسِرِّ الْحَسَنِ وَأَخِيْهِ، وَجَدِّهِ وَاَبِيْهِ، وَأُمِّهِ وَبَنِيْهِ، اِكْفِنِي شَرَّ هَذَا الْيَوْمِ وَمَا يَنْزِلُ فِيْهِ يَا كَافِي  "فَسَيَكْفِيْكَهُمُ اللهُ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْم" وَحَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْم 
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى ألــــــه وصحبه وسلم

# MEMBACA SURAH YASIN
Menbaca surat yasin,tatkala sampai ayat
سَلامٌ قَوْلاً مِنْ رَبٍّ رَحِيْم
Diulangi sebanyak 313x..setelah baca akhir ayat surat yasin, membaca:

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صِلاةً تُنْجِيْنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ اْلأَهْوَالِ وَاْلآَفَاتِ, وَتَقْضِي لَنَا بِهَا جَمِيْعَ الْحَاجَاتِ, وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ السَّيِّئَاتِ, وَتَرْفَعُنَا بِهَا عَنْدَكَ أَعْلَى الدَّرَجَاتِ, وَتُبَلِّغُنَا بِهَا أَقْصَى الْغَايَاتِ مِنْ جَمِيْعِ الْخَيْرَاتِ, فِي الْحَيَاةِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ, وَعَلَى آلِه ِوَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ 
اللهُمَّ اصْرِفْ عَنَّا شَرَّ مَا يَنْزِلُ مِنَ السَّمَاءِ وَ مَا يَخْرُجُ مِنَ اْلأَرْضِ،إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءً قَدِيْر، 
وصلَّى الله على سيدِنا محمّدٍ وعلى ألـِـــــه وصحْبِه وسلَّم

# MENULIS AYAT ALQURAN
menulis ayat² ini di bejana (piring dll) dg spidol kecil (klir),kemudian di hapus dgn air ,lalu di minum 
-سلام قولا من رب رحيم 
-سلام على نوح فى العالمين 
-سلام على إبراهيم 
-سلام على موسى و هارون 
-سلام على إل ياسين 
-سلام عليكم طبتم فادخلوها خالدين 
-من كل أمر سلام هي حتى مطلع الفجر

(Dikutip dari kitab KANZUNNAJAH WASSURUR)

NB:
*Laksanakanlah amalan² diatas semampu mungkin dan biasanya dilakukan pada waktu isyraq atau dhuha hari rabu akhir shofar

SEMOGA BERMANFAAT. AMIN...

WALLAHU'ALAM

Sunday, December 14, 2014

KASIHNYA ALLAH سبحانه وتعالى KEPADA ORANG-ORANG YANG BERILMU HATTA KEPADA ORANG YANG MEMPUNYAI KASIH KEPADA ORANG-ORANG BERILMU



Disebutkan di dalam sebuah hadis "Seorang lelaki di hari Kiamat akan dihisab.Dan setelah penghisabannya di neraca mizan mendapati keburukkannya lebih berat daripada kebaikannya.Dosanya lebih berat daripada pahala-pahalanya maka Malaikat ingin menghumbankannya ke dalam api neraka jahanam.

Akan tetapi Allahسبحانه وتعالى mengatakan nanti dulu.Cuba perhatikan di dalam buku catatannya.Jika di dalam dunia dulu dia pernah duduk bersama dengan orang-orang berilmu.Maka apabila dilihat buku catatannya didapati dia tidak pernah berada di dalam mana-mana majlis ilmu,dia tidak pernah bersama dengan ahli-ahli ilmu.

Maka kemudian Allah memerintahkan Malaikat untuk melihat di dalam buku catatannya jika dia pernah makan bersama orang-orang berilmu maka apabila diperiksa jawapannya masih lagi negatif dia tidak pernah duduk makan bersama dengan orang-orang yang berilmu.

Kemudian Allah mengatakan cuba lihat jika dia pernah berjalan bersama dengan orang yang berilmu maka ternyata dia juga tidak pernah berjalan bersama dengan orang yang berilmu,dia ini jauh daripada majlis ilmu,jauh dengan orang-orang berilmu,tidak pernah bergaul dan berdamping dengan orang yang berilmu.

Kemudian hadis yang lanjut menyatakan Allah menyuruh Malaikat lihat jika namanya sama dengan mana-mana nama orang yang berilmu yang pernah wujud di dunia ini.Maka setelah dilihat juga didapati namanya tidak ada sama dengan orang-orang yang berilmu di dunia ini.

Kemudian Malaikat ingin menghumbannya ke dalam neraka jahanam maka Allah سبحانه وتعالى mengatakan nanti dulu.Sesungguhnya Aku lebih mengenali orang ini lebih daripada kamu kenali.

Sesungguhnya lelaki ini pernah mengasihi seorang lelaki yang mencintai kepada ahli ilmu(Walaupun tidak direct terus kepada ahli ilmu itu).Ketika di dunia yang mana ahli maksiat ini kenal kepada si fulan yang sentiasa hadir di dalam majlis-majlis ilmu,sentiasa berdamping dengan ahli ilmu dan pernah kasih kepadanya.

Maka Allah سبحانه وتعالى mengatakan dengan keberkatan dan kemuliaan ilmu itu akan Aku ampunkan dosanya dan memerintahkan Malaikat memasukkannya ke dalam syurga."

#MutiaraKata[AL-FADHIL USTAZ IQBAL ZAIN AL-JAUHARI]


Dari Saidina Abu Bakar Radhiyallahu'Anhu Rasulullah ﷺ "Jadikanlah dirimu orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pelajaran agama atau pun orang yang mencintai [Tiga Golongan Tersebut] yakni mencintai orang yang berilmu,mencintai orang yang menuntut ilmu dan mencintai orang yang selalu nenghadiri pelajaran agama.

Dan janganlah kamu menjadi dari golongan yang kelima yang sebabnya kamu akan binasa yakni cinta kepada orang berilmu pun tidak,berilmu pun tidak,belajar ilmu pun tidak,mendengar pun tidak,kasih kepada ilmu pun tidak.

Malah,golongan ini memusuhi salah satu atau keempat-empat golongan di atas yang akibatnya nanti akan menyebabkan dirinya tidak dapat membezakan yang mana yang haq dan yang mana yang bathil seterusnya akan semakin jauh daripada Allah سبحانه وتعالى


***Mudah-mudahan سبحانه وتعالى memilih kita semua menjadi tetamuNya dan menjadikan diri kita dalam kalangan orang-orang yang berilmu ataupun orang yang mencintai ilmu dan ingin menimpa ilmu.Mengambil manfaat daripada ilmu yang diperolehi dan beramal dengan ilmu tersebut.Seterusnya dapat menyebarkan ilmu yang bermanfaat kepada orang-orang yang lainnya dan secara tak langsung mendekatkan diri kita kepada Allah  سبحانه وتعالى dan kenal kepada Allahسبحانه وتعالى agar setiap amal ibadah yang kita usahakan/kerjakan akan terasa KENIKMATAN dan KELAZATANNYA dan moga-moga kita dikurniakan adab dan akhlak yang baik sepertimana adab dan akhlak yang diajarkan oleh Baginda Rasulullah ﷺ.******

Friday, December 12, 2014

Pandangan Mata

"Duduklah di dalam majlis yang baik-baik di mana di dalamnya kita boleh melihat  dan bersama-sama dengan orang-orang yang soleh.

Ulama mengatakan pandangan mata orang-orang soleh apabila dia memandang kita ia akan menjadi suatu kesan yang positif di dalam diri kita sehingga yang jahat akan berubah menjadi yang baik.

Daripada yang buruk akan berubah menjadi cantik dan orang yang jahil akan berubah menjadi orang yang berilmu InshaAllah."

#MutiaraKata[AL-FADHIL USTAZ IQBAL ZAIN AL-JAUHARI]

Bilamana kita menyebut nama orang yang soleh maka rahmat turun mencurah-curah.Orang yang soleh ini kalau kita duduk dengan dia sahaja walaupun kita tidak mendengar percakapannya hanya melihat wajahnya duduk sekali bersamanya itu pun akan mendapat manfaat.

Belum lagi kita mendengar kata-katanya.Apabila kita mendengar percakapannya akan memberi manfaat pada hati kita.Kalau kita tak duduk dengan dia dan tak dengar percakapannya maka kita menziarahi perkuburannya ianya akan memberi manfaat pada kita.Bahkan kalau kita tak dapat ziarah dengan hanya mendengar kisah kehidupan orang-orang yang soleh itu pun akan mendatangkan manfaat.

Berkata Imam Sufyan Ats-Tsauri ketika mana menyebut nama orang yang soleh itu pun sudah mendatangkan manfaat.MashaAllah kerana apa?Sebab mereka itu orang-orang yang dekat dan rapat dengan Allahسبحانه وتعالى.Sebaliknya apabila kita duduk bersama dan menyebut nama orang-orang yang jauh dengan Allah  سبحانه وتعالى maka itu pun akan memberi kesan kepada hati kita.

Kata Imam Abdullah Alwi Al-Haddad mencintai orang-orang soleh ini adalah sa'adah yakni kebahagiaan dunia dan akhirat.

#MutiaraKata[AL-FADHIL USTAZ ASHRAF OSMAN]

Awal darjat kesolehah itu adalah apabila kamu mencintai orang-orang yang soleh.Orang yang tidak cinta kepada orang yang soleh maka ianya bukan daripada kalangn orang yang soleh.

Apabila seseorang ingin menjadi soleh.Ianya perlulah mencintai orang yang soleh dan cinta kepada Para Sahabat Baginda Nabi ﷺ dan Ahlul Bait Baginda Nabi ﷺ merupakan satu sifat yang soleh.

Apabila seseorang itu mencintai orang-orang yang soleh,Para Sahabat Baginda Nabi ﷺ dan Ahlul Bait Baginda Nabi ﷺ ia akan menjadi penyebab untuk dirinya menjadi orang yang soleh.

Tanda kedua orang yang soleh adalah bilamana kamu sentiasa menyebut,berdoa kepada kedua ibu bapa kamu.Kalau mereka sudah meninggal dunia maka pohonlah keampunan kepada mereka.Sekiranya mereka masih lagi hidup maka berdoalah untuk kebaikan mereka.

Kalau kamu rajin berdoa kepada kedua ibu bapa kamu maka kamu merupakan orang yang soleh.Apakah buktinya?

Nabi ﷺ menyebutkan di dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim.Daripada Abu Hurairah Radhiyallahu'Anhu katanya Nabi ﷺ bersabda "Apabila anak Adam(manusia) meninggal dunia maka terputuslah semua(pahala) amal perbuatannya kecuali 3 macam perbuatan iaitu

1)Sedekah Jariah
2)Ilmu yang bermanfaat
3)Anak soleh yang mendoakan ibu bapanya.

Tidak akan berdoa seseorang anak itu baik lelaki mahupun perempuan kepada kedua ibu bapanya melainkan ianya adalah merupakan anak yang soleh.

#MutiaraKata[AL-HABIB MUSA KADZIM JA'AFAR MUHAMMAD AS-SEGGAF]

12/12/2014 Sirus Salikin

12/12/2014 Sirus Salikin 
Akhlak Sayyidina Rasulullah s.a.w
Jilid 2 @ Madrasah Taufiqiah
l. Ahli Bait x boleh terima zakat, sedekah
2.Sayyidina Rasulullah s.a.w meraikan semua peringkat masyarakat
3.Sayyidina Rasulullah s.a.w 'marah' kerana Agama (kerana kebenaran) 
bukan kerana urusan peribadi Baginda
4.Sayyidina Rasulullah s.a.w berlaku Adil kpd semua
5.Sayyidina Rasulullah s.a.w 'mengikat' batu di perut Baginda kerana 
menahan Iapar (menahan rasa Sakit)
6.Sayyidina Rasulullah s.a.w tidak berpilih-pilih dari Makanan 
yg dihidangkan kpd Baginda (qanaah-berpada apa yg ada/dapat)
7.Sayyidina Rasulullah s.a.w makan menggunakan 'saprah' di atas Iantai
Dan Bagind makan dgn tidak bersandar  & tidak menggunakan
 'dulang yg berkaki'
 8.Sayyidina Rasulullah s.a.w tidak pernah makan hingga kenyang: 
Kami jamaah para Anbiya' & Rasul tidak lah Kami makan 
melainkan kalau kami lapar 
Dan bila Kami makan tidak pernah kami kenyang.
9. "Paling dekat Masalah nafsu adalah Makan"
Setiap hari kurangkan makan.
Siapa dpt kawal nafsu perut (tlh dpt menyelesaikan 
setengah mujahadah pd jln Agama)
Pesan Al-Fadhil Syeikh:
"Amalkan Sunnah dgn orang yg memahami Sunnah"
Wallahualam.

Thursday, December 11, 2014

Pandangan Mata

"Duduklah di dalam majlis yang baik-baik di mana di dalamnya kita boleh melihat  dan bersama-sama dengan orang-orang yang soleh.

Ulama mengatakan pandangan mata orang-orang soleh apabila dia memandang kita ia akan menjadi suatu kesan yang positif di dalam diri kita sehingga yang jahat akan berubah menjadi yang baik.

Daripada yang buruk akan berubah menjadi cantik dan orang yang jahil akan berubah menjadi orang yang berilmu InshaAllah."

#MutiaraKata[AL-FADHIL USTAZ IQBAL ZAIN AL-JAUHARI]

Bilamana kita menyebut nama orang yang soleh maka rahmat turun mencurah-curah.Orang yang soleh ini kalau kita duduk dengan dia sahaja walaupun kita tidak mendengar percakapannya hanya melihat wajahnya duduk sekali bersamanya itu pun akan mendapat manfaat.

Belum lagi kita mendengar kata-katanya.Apabila kita mendengar percakapannya akan memberi manfaat pada hati kita.Kalau kita tak duduk dengan dia dan tak dengar percakapannya maka kita menziarahi perkuburannya ianya akan memberi manfaat pada kita.Bahkan kalau kita tak dapat ziarah dengan hanya mendengar kisah kehidupan orang-orang yang soleh itu pun akan mendatangkan manfaat.

Berkata Imam Sufyan Ats-Tsauri ketika mana menyebut nama orang yang soleh itu pun sudah mendatangkan manfaat.MashaAllah kerana apa?Sebab mereka itu orang-orang yang dekat dan rapat dengan Allahسبحانه وتعالى.Sebaliknya apabila kita duduk bersama dan menyebut nama orang-orang yang jauh dengan Allah  سبحانه وتعالى maka itu pun akan memberi kesan kepada hati kita.

Kata Imam Abdullah Alwi Al-Haddad mencintai orang-orang soleh ini adalah sa'adah yakni kebahagiaan dunia dan akhirat.

#MutiaraKata[AL-FADHIL USTAZ ASHRAF OSMAN]

Awal darjat kesolehah itu adalah apabila kamu mencintai orang-orang yang soleh.Orang yang tidak cinta kepada orang yang soleh maka ianya bukan daripada kalangn orang yang soleh.

Apabila seseorang ingin menjadi soleh.Ianya perlulah mencintai orang yang soleh dan cinta kepada Para Sahabat Baginda Nabi ﷺ dan Ahlul Bait Baginda Nabi ﷺ merupakan satu sifat yang soleh.

Apabila seseorang itu mencintai orang-orang yang soleh,Para Sahabat Baginda Nabi ﷺ dan Ahlul Bait Baginda Nabi ﷺ ia akan menjadi penyebab untuk dirinya menjadi orang yang soleh.

Tanda kedua orang yang soleh adalah bilamana kamu sentiasa menyebut,berdoa kepada kedua ibu bapa kamu.Kalau mereka sudah meninggal dunia maka pohonlah keampunan kepada mereka.Sekiranya mereka masih lagi hidup maka berdoalah untuk kebaikan mereka.

Kalau kamu rajin berdoa kepada kedua ibu bapa kamu maka kamu merupakan orang yang soleh.Apakah buktinya?

Nabi ﷺ menyebutkan di dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim.Daripada Abu Hurairah Radhiyallahu'Anhu katanya Nabi ﷺ bersabda "Apabila anak Adam(manusia) meninggal dunia maka terputuslah semua(pahala) amal perbuatannya kecuali 3 macam perbuatan iaitu

1)Sedekah Jariah
2)Ilmu yang bermanfaat
3)Anak soleh yang mendoakan ibu bapanya.

Tidak akan berdoa seseorang anak itu baik lelaki mahupun perempuan kepada kedua ibu bapanya melainkan ianya adalah merupakan anak yang soleh.

#MutiaraKata[AL-HABIB MUSA KADZIM JA'AFAR MUHAMMAD AS-SEGGAF]

Wednesday, December 10, 2014

KELEBIHAN SOLAT SUBUH DAN SUNATNYA



فتاﺓ ﻣﺘﺰﻭﺟﺔ ﻣﻨﺬ ﻓﺘﺮﺓ ﻗﻠﻴﻠﺔ ﻭﻛﺎﻧﺖ ﺗﺤﺚّ ﺯﻭﺟﻬﺎ ﻭﺗﻮﻗﻈﻪ ﻋﻠﻰ ﺻﻼﺓ ﺍﻟﻔﺠﺮ ﻭﻓﻲ ﻳﻮﻡٍ ﻣﻦ ﺍﻷﻳّﺎﻡ ﺃﻳﻘﻈﺘﻪ ﻓﺘﺄﺧّﺮ ﻗﻠﻴﻼً ﺣﺘﻰ ﻓﺎﺗﺘﻪُ ﺍﻟﺠﻤﺎﻋﺔ ﺍﻷﻭﻟﻰ ﻭﺻﻠّﻰ ﻣﻊ ﺍﻟﺠﻤﺎﻋﺔ ﺍﻟﺜﺎﻧﻴﺔ،

Seorang wanita muda yang baru berkahwin sentiasa menggalakkan dan mengejutkan suaminya untuk solat subuh berjemaah. Pada suatu hari, si isteri terlewat mengejutkan suaminya sehingga si suami terlepas untuk solat subuh berjemaah bersama jemaah yang pertama dan terpaksa berjemaah dengan jemaah yang kedua.

ﻓﻠﻤّﺎ ﺍﻧﺘﻬﻰ ﻣﻦ ﺻﻼﺗﻪ ﺟﺎﺀ ﺇﻟﻴﻪ ﺍﻹﻣﺎﻡ ﻭﻗﺎﻝ ﻟﻪ: ﺃﻧﺖ ﺯﻭﺝ ﻓﻼﻧﺔ  ؟ ﻓﺼُﺪِﻡ ﺍﻟﺮﺟﻞ ﻭﻗﺎﻝ ﻟﻪ : ﻭﻣﺎ ﺃﺩﺭﺍﻙ ﺑﺎﺳﻢ ﺯﻭﺟﺘﻲ ﻓﻘﺎﻝ ﺍﻹﻣﺎﻡ : ﻭﺍﻟﻠﻪ ﻟﻘﺪ ﺭﺃﻳﺖ ﺍﻟﻴﻮﻡ ﻓﻲ ﻣﻨﺎﻣﻲ ﻛﻞّ ﺃﻫﻞ ﺻﻼﺓ ﺍﻟﻔﺠﺮ ﻓﻲ ﺍﻟﺠﻤﺎﻋﺔ ﺍﻷﻭﻟﻰ ﻓﻲ ﺍﻟﺠﻨّﺔ ﻭﻣﻌﻨﺎ ﺍﻣﺮﺃﺓ ﻭﺍﺣﺪﺓ!

ﻓﺴﺄﻟﺖُ ﻋﻨﻬﺎ ﻓﻘﺎﻟﻮﺍ ﻟﻲ: ﻓﻼﻧﺔ ﺯﻭﺟﺔ ﻓﻼﻥ , ﻓﺮﺟﻊ ﺍﻟﺮﺟﻞ إﻟﻰ ﺑﻴﺘﻪ ﻟﻴﺒﺸِّﺮ ﺯﻭﺟﺘﻪ ﻓﻠﻤّﺎ ﺩﺧﻞ ﺍﻟﺒﻴﺖ ﺭﺃﻯ ﺯﻭﺟﺘﻪ ﺳﺎﺟﺪﺓ ﻭﻗﺪ ﻓﺎﺿﺖ ﺭﻭﺣﻬﺎ ﺇﻟﻰ بارئها.

Setelah selesai solat, imam masjid datang kepadanya serta bertanya: Anda suami kepada si fulan? Si suami terkejut dan bertanya: Bagaimana tuan imam boleh mengetahui nama isteri saya? Tuan imam menjawab: Demi Allah! Sesungguhnya pada hari ini, di dalam mimpi saya dapat melihat semua ahli jemaah pertama (solat subuh) berada di dalam syurga dan turut bersama kami seorang perempuan! Lalu saya bertanya tentangnya. Ahli jemaah memberitahu saya bahawa dia adalah isteri si fulan.

Setelah itu si suami pulang ke rumah untuk memberitahu berita gembira ini kepada isterinya. Apabila si suami memasuki rumahnya, dia mendapati isterinya telah kembali kepada penciptanya dalam keadaan sujud kepada Allah SWT.

يعتقد النائم عن صلاة الفجر أنه سيأخذ القدر الكافي من الراحة وماعلم المسكين بقدر راحة تلك القلوب التي فازت بالوقوف لدقائق بين يدي علام الغيوب.

Mungkin orang yang tidur daripada bangun solat subuh beranggapan dia telah rehat yang cukup. Tetapi si malang ini tidak mengetahui betapa rehatnya hati-hati yang berjaya bangun berdiri untuk beberapa minit bagi mengadap Allah Tuhan Yang Maha Mengetahui perkara yang ghaib.

إذا كنت تنام متى ماشئت ، وتقوم متى ما شئت دون أي مراعاة للصلاة في وقتها فستبقى والله في دائرة الأحزان ، مادامت الصلاة ليست في دائرة اهتمامك. والله إنها الراحة والخير في الدنيا والآخرة .

Sekiranya anda tidur semahunya dan bangun semahunya tanpa mengambil peduli waktu solat, demi Allah anda akan sentiasa dalam keadaan resah selagi mana solat tidak menjadi keutamaan anda. Demi Allah! Sesungguhnya solat adalah merupakan sebenar-benar rehat dan kebaikan di dunia dan akhirat.

{رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء} 
سورة ابراهيم "

"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku" 
(Surah Ibrahim: 40)

((لن تجد أحنّ من اللَّه عليك.. فوالله لو يعلم الساجد ما يغشاه من الرحمة بسجوده لمارفع رأسه.))

"Anda tidak akan dapati orang yang lebih mengasihi ke atas anda melainkan Allah.. Demi Allah, jika orang yang bersujud mengetahui betapa banyaknya rahmat meliputi ke atasnya dengan sebab sujudnya itu nescaya dia tidak akan sekali-kali mengangkat kepalanya" 
(Ibn al-Qayyim)

اهل الفجر فئة موفقة، وجوههم مسفرة ، وجباههم مشرقة ، وأوقاتهم مباركة ، فإن كنت منهم فاحمد الله على فضله ، وإن لم تكن منهم فادعو الله أن يجعلك منهم .

Orang yang memelihara solat subuh adalah kumpulan yang bertuah, wajah mereka berseri-seri, dahi mereka bersinar, waktu mereka diberkati. Sekiranya anda termasuk dari kalangan mereka maka bertahmidlah kepada Allah atas kurniaan-Nya ini. Sekiranya tidak, maka mohonlah agar Allah menjadikan anda daripada golongan mereka ini.

ما أجمل ( الفجر ) 
( فريضته ) : تجعلك في ذمة الله 
و( سنته ) : خير من الدنيا ومافيها
و( قرآنه ) : مشهود

(وَقُرْآنَ الْفَجْرِ إِنَّ قُرْآنَ الْفَجْرِ كَانَ مَشْهُودًا )

Betapa indahnya solat Subuh:

Solat fardhunya - menjadikan anda di dalam jagaan Allah (Riwayat Muslim no 657)

Solat sunatnya - lebih baik daripada dunia dan segala isinya (Riwayat Muslim no 725)

Bacaan Quran di dalamnya - disaksikan oleh Allah

"...dan (dirikanlah) sembahyang subuh sesungguhnya sembahyang subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya)" (Sur

Hampiri diri ke masjid

INGATLAH NANTI DI AKHIRAT.SALAH SATU DARIPADA 7 GOLONGAN YANG AKAN MENDAPAT NAUNGAN ALLAH PADA HARI YANG TIADA NAUNGAN MELAINKAN NAUNGAN-NYA.Antaranya adalah:

1)Insan yang hatinya yang terpaut dengan masjid.

Apabila kita datang ke masjid kita merupakan tetamu Allahسبحانه وتعالى.Kita akan mendapat ganjaran yang istimewa daripada Tuan Rumah diakhirat kelak

Sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah,Nabi ﷺ bersabda" Barangsiapa yang pergi ke masjid di pagi hari atau petang hari maka Allah sediakan hidangan-hidangan di dalam syurga setiap kali dia datang ke masjid sama ada pagi ataupun petang

Dan satu hidangan di dalam Syurga selama 3000 tahun.Dan barangsiapa yang meninggal di dalam masjid nescaya ia akan masuk Syurga tanpa hisab,tanpa soal,tanpa azab kerana ia mati di dalam rumah Allah  سبحانه وتعالى.

Kalau kita merasai apabila kita berada di dalam masjid hampirnya Allah dengan kita nescaya kita tidak akan berasa ingin keluar daripada masjid.Kalau kita mengetahui hakikat kelebihan masjid nescaya kita tidak akan berani melangkah keluar daripada masjid.

Oleh yang demikian  di Kota Tareem yang kecil terdapat lebih kurang 400 buah masjid di mana Para Ulama dan Wali Alla suka membina masjid dan suka beriktikaf di dalamnya.Jarak sesuatu masjid diantara masjid yang lain hampir dan hanya berbeza satu jalan sahaja kerana mereka suka beriktikaf dekat dengan rumah mereka.

Setiap langkah dan setiap saat kita berada di dalam masjid akan dimasukkan ke dalam hati kita rasa tenang dan hampir kepada Allah 
dan hendaklah seseorang yang berada di dalam masjid menyakini bahawasanya apabila berada di dalam masjid ia akan mengundang Rahmat Allah yang turun menimpanya.

#MutiaraKata[AL-HABIB MUSA KADZIM JA'AFAR MUHAMMAD AS-SEGGAF]

Kisah nakhoda kapal dan penumpang..


*Sebuah kapal yang dalam pelayaran berhenti di satu  pulau.Kemudian Nakhoda kapal berkenaan memberitahu kepada semua penumpang bahawa tujuan kapal berhenti adalah untuk semua penumpang mencari bekalan sebanyak mungkin kerana mungkin ini adalah persinggahan terakhir.Kerana selepas ini mereka akan meneruskan pelayaran yang jauh..Nakhoda memberitahu apabila cukup waktu yang diberikan mereka perlu segera naik ke dalam kapal..

*Nakhoda kapal melepaskan kumpulan yang pertama.Apabila mereka turun ke pulau berkenaan,mereka terpegun melihat kecantikan pulau dan penduduknya.Mereka hanya berseronok sehingga lupa untuk mengutip bekalan untuk dibawa balik sehingga dipanggil oleh nakhoda kapal tersebut.Apabila ditanya apa yang mereka ambil sbg bekalan,mereka menjawab tiada apa-apa..

*Dilepaskan pula kumpulan kedua.Keadaan mereka sama seperti kumpulan pertama,tetapi mujur ketika masa mencari bekalan hampir tamat,mereka baru teringat dan segera mengambil bekalan yang sempat mereka capai untuk dibawa balik.

*Akhir sekali dilepaskan kumpulan ketiga.Apabila turun sahaja ke pulau berkenaan,mereka mengambil bekalan sebanyak-banyak yang boleh sbg bekalan didalam pelayaran yang seterusnya.

*Kisah ini digambarkan oleh Imam Al Ghazali bahawa manusia terbahagi kepada 3golongan.
1)digambarkan kepada orang kafir yang hanya tahu berseronok dan berfoya foya didunia.Tidak terfikir oleh mereka tentang hari akhirat dan mereka langsung tiada bekalan untuk dibawa bertemu Allah..

2)Golongan yang kedua digambarkan oleh Imam Al Ghazali sbg umat Islam yang pada mulanya hanya berseronok dan mengejar dunia sahaja pada awalnya,tetapi mujur diakhir hayat mereka baru tersedar dan baru nak mengingat Allah.Mereka menyesal dan bertaubat kepada Allah.Golongan ini dikira bernasib baik ..

3)Golongan ini digambarkan kepada Tabiin dan Alim Ulama yang hidup mereka diabadikan hanya kepada Allah..sibuk mencari bekalan untuk bertemu Allah sehingga akhir hayat mereka.

Semoga kisah ini bermanfaat untuk kita semua..Walllahualam..

Monday, December 8, 2014

Pesanan Habib

"Tidak seseorang itu dia memperlekehkan daripada solat berjemaah dan merasa kecil daripada berjemaah itu.Sama ada dia itu adalah orang yang bodoh yang mana terserlah kebodohannya ataupun munafik yang menyerlahkan kemunafikkannya.

Oleh kerana itu hendaklah kita sentiasa melaksanakan solat berjemaah.Barangsiapa yang mana dianya solat berjemaah dan tidak meninggalkan daripada takbiratul ihram dibelakang imam selama 40 HARI maka akan diberikan kepadanya DUA PERKARA iaitu

1)Pembebasan daripada Api Neraka
2)Pembebasan daripada sifat kemunafikkan.

Tapi semua ibadah itu hendaklah diiringi dengan baik pergaulan kita sesama makhluk.Secara ringkasnya kita kena faham.Sesungguhnya Allah tidak akan terima ibadah kita sekiranya kita tidak berbuat baik kepada hamba-hambaNya.

Ibadah yang diiringi dengan sifat takabbur tidak ada faedahnya,tidak diterima oleh Allah.Ibadah yang ada pada seseorang itu yang memperkecilkan kepada seseorang muslim yang lain maka tidak ada nilai.

Ini dibuktikan dengan sabda Nabi ﷺ yang mengatakan 3 orang yang mana solatnya itu tidak akan lepasi daripada kepalanya walaupun sejengkal iaitu

1)Orang yang mana adalah orang yang dibenci di dalam kaumnya.
2)Perempuan yang tidur sedangkan suaminya itu marah dan murka kepadanya.
3)Dua orang yang bersaudara yang saling bermusuhan.

Mereka itu solat tapi tiada faedah solatnya.Kalau solat itu yang merupakan asas di dalam agama tidak diterima maka tidak ada gunanya dengan ibadah yang lainnya seperti puasa,zakat dan sebagainya.

#MutiaraKata[AL-HABIB ALI ABU BAKR IBNI SYEIKH ABU BAKR SALIM diterjemahkan oleh AL-HABIB NAJMUDDIN OTHMAN AL-KHERED]

KENALI SIAPAKAH GOLONGON AHLU SUNNAH WAL JAMAAH??


"Baginda Rasulullah ﷺ menyebutkan di dalam hadis nanti di akhir zaman orang-orang yahudi berpecah kepada 71 golongan dan orang-orang nasrani berpecah kepada 72 golongan.Kemudian Nabi ﷺ mengingatkan nanti ummatku berpecah kepada 73 golongan.Semuanya masuk ke dalam neraka melainkan hanya 1 golongan sahaja.

Lalu Para Sahabat bertanya siapakah Ya Rasulullah golongan yang selamat itu?Maka Nabi ﷺ menyebutkan itulah Ahlu Sunnah Wal Jamaah.Di dalam riwayat yang lain Nabi ﷺ menyebutkan iaitu aku dan sahabatku berada di JalanNya".Sebab itu Para Ulama membahaskan siapakah dia golongan Ahlu Sunnah Wal Jamaah ini?

Maka Al-Imam Al-Sayyid Syeikh Murtadha Al-Zabidi menyebutkan di dalam kitabnya "Ithaf Sadat Al-Muttaqin bi Syarhi Asrar Ihya Ulumiddin".Beliau menyebutkan apa yang disebutkan oleh Para Alim Ulama.Apabila disebutkan Ahlu Sunnah Wal Jamaah ini merujuk kepada pengikut-pengikut Al-Imam Abu Hasan Al-Asyaari dan Al-Imam Abu Mansur Al-Maturidi.

Alhamdullilah kita di Malaysia secara umumnya kita mengaji aqidah Ahlu Sunnah Wal Jamaah mengikut 2 aliran ini(Al-Imam Abu Hasan Al-Asyaari dan Al-Imam Abu Mansur Al-Maturidi).Ini penting sebab apa?

Kalau aqidah kita salah walaupun feqh kita betul walaupun akhlak kita bagus.Kalau aqidah kita tidak benar ini akan menyebabkan amalan kita tidak sah di sisi Allah  سبحانه وتعالى.

Sebab itu Al-Imam Al-Ghazali menyebutkan tidak sah sesuatu ibadah itu melainkan kenal siapa yang dia ibadahkan.Allah  سبحانه وتعالى mesti kita kenal kerana itulah aqidah yang benar,feqh yang benar,tasawwuf yang benar.Semuanya datang daripada 2 sumber iaitu Al-Quran dan hadis Nabi ﷺ. 
 
 Panduan kita dalam aqidah,ibadah dan tasawwuf ini adalah Ulama sebab Ulama itu adalah pewaris Para Nabi.Sebab itu kita dalam kehidupan beraqidah,berfeqh,berakhlak hendaklah kita mengikut panduan Ulama.

Jangan hanya kita merujuk kepada INTERNET semata-mata ataupun BUKU semata-mata ataupun GOOGLE semata-mata.Silakan sahaja untuk bertanya kepada Tuan Haji Google dan Ustaz Yahoo.Tetapi talaqqi,ilmu yang benar/sahih itu diambil daripada Ulama yang benar(Berguru).

Al-Imam Al-Hafiz Abu Bakar Al-Baihaqi menyebutkan tidak diambil ilmu yang benar melainkan daripada Ahli Ulama yang benar.

#MutiaraKata[AL-FADHIL USTAZ MUHADIR HJ.JOLL AS-SENARIYY]

Friday, December 5, 2014




Wednesday, December 3, 2014

Kita ikut salafi yang sebenar nya

1) imam hanafi lahir:80 hijrah

2) imam maliki lahir: 93 hijrah

3) imam syafie lahir:150 hijrah

4) imam hanbali lahir:164 hijrah

5) imam asy'ari lahir: 240 hijrah

Mereka ini semua ulama Salafus Soleh atau dikenali dengan nama ulama SALAF...Apa itu salaf?

Salaf ialah nama "zaman" iaitu merujuk kepada golongan ulama yang hidup antara kurun zaman kerasulan Nabi Muhammad hingga 300 HIJRAH.

1) golongan generasi pertama dari 300 tahun hijrah tu disebut "Sahabat Nabi" kerana mereka pernah bertemu Nabi

2) golongan generasi kedua pula disebut "Tabi'in" iaitu golongan yang pernah bertemu Sahabat nabi tapi tak pernah bertemu Nabi

3) golongan generasi ketiga disebut sebagai "Tabi' tabi'in" iaitu golongan yang tak pernah bertemu nabi dan sahabat tapi bertemu dengan tabi'in.

Jadi Imam Abu hanifah(pengasas mazhab hanafi) merupakan murid Sahabat nabi maka beliau seorang TABI'IN.Imam Malik,Imam Syafie,Imam Hanbali,Imam Asy'ari pula berguru dengan tabi'in maka mereka adalah golongan TABI' TABI'IN.

Jadi kesemua imam-imam yang mulia ini merupakan golongan SALAF YANG SEBENAR dan pengikut mazhab mereka lah yang paling layak digelar sebagai "Salafi" kerana "salafi" bermaksud "pengikut golongan SALAF".

Jadi beruntung lah kita di Malaysia yang masih berpegang kepada mazhab Syafie yang merupakan mazhab SALAF yang SEBENAR dan tidak lari dari kefahaman NABI DAN SAHABAT...

Rujukan Wahhabi pulak:

1) Ibnu taimiyyah lahir: 661 Hijrah (lahir 361 tahun selepas berakhirnya zaman SALAF)

2) Albani lahir: 1333 Hijrah (mati tahun 1420 hijrah atau 1999 Masihi,lahir 1033 tahun selepas berakhirnya zaman SALAF)

3) Muhammad abd wahhab(pengasas gerakan Wahhabi): 1115 Hijrah(lahir 815 tahun selepas berakhirnya zaman SALAF)

4) Bin baz lahir: 1330 Hijrah (mati tahun 1420 hijrah atau 1999 Masihi,sama dengan albani,lahir 1030 tahun selepas berakhirnya zaman SALAF)

5) Ustaimin lahir: 1928 Masihi(mati tahun 2001,lebih kurang 12 tahun lepas dia mati,lahir entah berapa ribu tahun selepas zaman SALAF.

Mereka ini semua hidup di AKHIR ZAMAN kecuali ibnu taimiyyah yang hidup di pertengahan zaman antara zaman salaf dan zaman dajjal(akhir zaman)...                   


tak de sorang pun imam rujukan mereka yang mereka taksub buta hidup di zaman SALAF....

Mereka ini semua TERAMAT LAH JAUH DARI ZAMAN SALAF tapi SANGAT-SANGAT ANEH apabila puak-puak Wahhabi menggelarkan diri sebagai "Salafi" (pengikut golongan Salaf).

Sedangkan rujukan mereka 

semuanya mer
upakan manusia-manusia yang hidup di AKHIR ZAMAN?Jadi kamu faham tak permainan mereka? 

fikir2kanlah&renung2kanlah
sebarkan kepada saudara2 kita yg lain ASWJ.

Thursday, November 20, 2014

Umur yang Di berkati

"Disebutkan di dalam hadis perpecahan ummat Nabi Muhammad ﷺ yang terbahagi kepada 73 golongan/kelompok.Semuanya itu akan masuk neraka kecuali satu.Sahabat bertanya "Siapakah golongan yang selamat itu Ya Rasulullah."Nabi kita menjawab."Golongan yang selamat nanti di hari kiamat itu adalah berpegang teguh dengan cara kehidupanku dan juga para sahabat-sahabatku.Sebagaimana aku dan jug para sahabat-sahabatku.

Jadi perlu didahulu peluang umur dan kesempatan yang Allah bagikan kepada kita ianya sekali dalam seumur hidup.Yang pada waktu kalau kita sudah salah memilih jalan maka kita tidak ada peluang kedua,ketiga dan keempat.

Sebabnya bagaimanapun putaran daripada waktu dan peredaran daripada roda(dunia) ini tidak pernah mundur kebelakang.Dari hari ke hari kita semakin tua semakin dewasa.Kalau dahulu masih anak-anak sekarang sudah dewasa.

Kalau dahulu janggut masih hitam sekarang sudah mulai putih,uban sudah bertaburan di sana sini.Pandangan sudah mulai kabur,gigi sudah banyak yang gugur,cara berjalan juga kadang-kadang maju mundur.

Itu membuktikan yang kita sudah dekat dengan kubur.Jadi kalau begitu sangat mustahak dengan kita mengambil masa,mengambil waktu,mengambil peluang untuk kita mengkaji dan juga untuk kita mempelajari akan jangan sampai kita salah pilih jalan.

Jangan sampai kalau waktu kita menyesal yang pada saat itu penyesalan sudah tidak ada maknannya.Sudah tidak ada ertinya.



Kalau rugi masih ada cara tertentu.Mungkin kita punya peluang yang banyak,bagaimana untuk bisnes yang selanjutnya dengan modal yang berikutnya,dengan usaha yang akan datang.Dengan itu kita akan dapat keuntungan yang lebih banyak.

Tapi kalau kesalahan kita bukan dalam masalah keuntungan,bukan dalam masalah bisnes,bukan dalam masalah hidup.Ketika kesalahan kita dalam memahami dalam menganuti ideologi-ideologi hidup atau akidah atau prinsip hidup.

Ini kalau waktu kita tersalah yang pada saat manusia itu akan sedarkan nanti dengan kematian.Peluang untuk kembali ke dunia itu tidak akan ada.

Maka untuk kita memastikan sebagaimana akhlakku,akidahku,pemikiranku,pengorbananku,perjuanganku,ubudiahku,pengabdianku,cara kehidupan daripada Baginda dapat kita kesan dan dapat kita pelajari.

Tidak ada satu pun yang lepas daripada tatapan Para Sahabat dan tidak ada satu pun yang lepas daripada pengamatan dan catatan daripada salafus soleh secara Nabi kita diangkat sebagai Nabi dan Rasul sampai Nabi kita wafat.

Apa yang kita nak tanyakan pasal hal ehwal Baginda Nabi,akhlak beliau,pergaulan beliau,pakaian beliau,cara makan beliau dan bermacam-macam lagi.Itu semuanya tercatit dan tercatat secara terperinci tidak ada satu pun yang terluput dan yang lemah daripada tatapan Para Sahabat.Mungkin hanya sebahagian kecil.

Dalam segala aspek kehidupan dan dalam segala akhlak kenabian dan kerasulan ternyata sau per sau dibawah tatapan dan pengamatan Para Sahabat.



Jadi makanya dengan kita secara pasti Islam yang sampai kepada kita,ideologi yany sampai kepada kita,akidah yang sampai kepada kita,fahaman yang sampai kepada kita.Itu bukan pengamatan daripada 3,4,5,6 orang manusia tetapi ini pengamatan yang tidak terhitung ramainya.

Maka jangan sesiapa yang komen tentang sahabat Nabi,sesiapa yang salah menyalahkan tentang sahabat,seseorang yang berpandang negatif kepada mereka.Justeru,dia yang akan binasa.

Kenapa?Sebab Allah Sang Pencipta Manusia Pencipta Makhluk dan Semesta Alam telaj menyatakan dan menjelaskan tentang kedudukan Para Sahabat Baginda Nabi kita itu seperti apa.

Allah telah redha dengan mereka dan mereka juga telah redha dengan Allah ﷻ dan mereka juga telah mendapat jaminan syurga daripada Allah  ﷻ dan juga Rasulullah ﷺ.

Kata Tuan Guru Syeikh kalau nak bahas mengenai hadis ini mengambil terlalu banyak masa kerana dilihat daripada pelbagai sudut lagi.Tetapi kesimpulan yang dapat dibuat adalah kalau kita nak selamat termasuk dalam golongan yang tidak dimasukkan ke dalam neraka adalah tetap berpegang teguh dengan ASWJ.

Ikut apa yang Rasulullah ﷺ ajarkan dan tinggalkan dan disambung dengan Para sahabat sehingga ke hari ini yang mana ianya tidak akan sesekali putus dengan rantaian sanad ilmu yang telah dibawa oleh Para Ulama kita InshaAllah kita akan selamat dunia dan akhirat hendaknya.

Jangan sesekali terpengaruh dengan ideologi-ideologi,fahaman-fahaman yang kafir mengkafirkan orang lain,menyebarkan fitnah sana sini tanpa menyelidik mengetahui hujung pangkal sesuatu itu.Adakah benar ataupun tidak.Mengatakan ini tak boleh itu tak boleh,membidaahkan sesuatu amalan kebaikan sehingga berlakunya perpecahan sesama ummat Islam sendiri.

Ingatlah yang hak itu hak dan yang batil itu batil.Jangan sesekali memandang negatif akan apa yang ada di dalam Islam termasuk kedudukan Para Sahabat Baginda Nabi ﷺ.
 
#MutiaraKata[TUAN GURU SYEIKH NURUDDIN MARBU AL-BANJARI AL-MAKKI]

Monday, November 17, 2014

Berzikir lah

Allah  سبحانه وتعالى  akan mengangkat darjat mereka yakni orang-orang yang berzikir kepada Allah dalam keadaan asyik dan penuh kecintaan kepadaNya.

Rasulullah ﷺ mengatakan sekiranya kamu sentiasa sibuk berzikir nescaya Para Malaikat akan berjabat tangan dengan kamu ketika kamu berjalan dan ketika kamu tidur.

Dalam hadis yang lain Rasulullah ﷺ menyebutkan perumpamaan antara orang yang berzikir dengan orang yang tidak berzikir itu umpama orang yang hidup dengan orang yang mati.

Orang yang sentiasa membasahkan lidahnya,memanfaatkan waktunya untuk mengingati Allah dengan zikirullah maka sudah pasti hatinya akan hidup memperolehi ketenangan,kenikmatan kepada Allah سبحانه وتعالى.Manakala orang-orang yang lalai tidak membasahkan nikmat kurniaan lidahnya itu untuk berzikir mengingati Allah maka hatinya akan menjadi mati,keras sepertimana orang yang tidak mempunyai nyawa.

Salman Al-Farisi Radhiyallahu'Anhu mengatakan apabila seseorang hamba mengingati Allah  سبحانه وتعالى dalam keadaan senang,kelapangan,kemewahan.

Kemudian apabila dia mengalami penderitaan dan kesusahan maka Para Malaikat akan berkata kepada Allah bahawasanya suara hambaMu yang daif dalam kesusahan itu biasa didengar lalu mereka memohon bantuan daripada Allah  سبحانه وتعالى 
untuknya.

Akan tetapi,sekiranya seseorang itu lalai dan tidak mengingati Allah maka Para Malaikat akan berkata kepada Allah  سبحانه وتعالى bahawa kami tidak biasa mendengar suara itu.

Dan ingatlah syurga itu mempunyai 8 pintu.Salah satu daripada pintu itu adalah khas bagi orang-orang berzikir kepada Allah  سبحانه وتعالى.

Friday, October 31, 2014

Pesanan Baginda

"Baginda Rasulullah ﷺ sentiasa mengajarkan kepada ummatnya agar supaya setiap hari membaca 3 kali
"Radhitu billahi rabba wabil islami deena wabi muhammadin nabiyyaw wa rasulaa"Saya redha Allah sebagai Tuhan.Islam sebagai Ugama dan Nabi Muhammad ﷺ sebagai Nabi dan RasulNya Utusan Allah سبحانه وتعالى

Baginda Nabi ﷺ menyebutkan 3 perkara yang perlu sentiasa kita ingati Allah sebagai Tuhan,Islam sebagai Ugama dan Nabi Muhammad ﷺ sebagai utusan yang dihantar dan diutuskan oleh Allah سبحانه وتعالى kepada kita.

Adalah perkara yang  ditetapkan oleh Allah menjadi hak utama kepada Allah adalah mengabdikan diri kepada Allah dan tidak menyekutukan Allah dengan sesiapa pun juga.Ini adalah orang yang mensyukuri nikmat bertuhankan Allah سبحانه وتعالى.Mengabdikan diri kepada Allah redha kepada Allah.Berserah diri kepada Allah redha kepada Allah.Menerima ketentuan qada dan qadar Allah redha kepada Allah سبحانه وتعالى.

Dan yang kedua yang mempunyai hak kepada kita yang wajib untuk kita bersyukur adalah nikmat Islam yang diberikan oleh Allah سبحانه وتعالى kepada kita.Barangsiapa yang menuntut dan mencari agama selain daripada Islam maka tidak akan diterima oleh Allah dan dia di hari akhirat termasuk daripada orang-orang yang rugi.

Allah akan berikan dunia kepada sesiapa yang Allah suka dan kepada sesiapa yang Allah tak suka.Allah tidak memberikan AGAMA kecuali kepada seseorang yang disukai oleh Allah سبحانه وتعالى.

Baginda Rasulullah menyebutkan nikmat agama adalah nikmat yang terbesar diberikan oleh Allah kepada seorang hamba yang mana kita diperintahkan setiap hari pagi dan petang untuk mengatakan SAYA REDHA ISLAM SEBAGAI UGAMA agar supaya mengingatkan kepada diri sendiri akan nikmat yang besar itu disebabkan agama ini adalah satu-satunya agama yang dipilih oleh Allah سبحانه وتعالى untuk diredhai oleh Allah.
 
 Dan Allah menghiasi agama ini dengan sifat pemurah dan juga akhlak dan budi pekerti yang baik.Maka Baginda Rasulullah ﷺ bersabda "Hiasilah agama kamu ini dengan dua perkara iaitu yang pertama pemurah dan yang kedua budi pekerti yang luhur" yang kita tidak dapat mengetahui tanpa kita mendapatkan,mencontohi kepada Nabi Muhammad ﷺ

Disebabkan yang dipilih oleh Allah untuk dijadikan tauladan adalah beliau(Baginda Rasulullah).Sungguh terdapat pada peribadi Rasulullah tauladan yang baik.Kata Allah سبحانه وتعالى dan redha Nabi Muhammad sebagai Nabi dan Rasul utusan Allah سبحانه وتعالى.

3 perkara ini yang mesti kita jaga iaitu.

1)Allah سبحانه وتعالى sebagai Tuhan.

2)Islam sebagai Ugama

3)Nabi Muhammad ﷺ sebagai Nabi dan Rasul yang diutus oleh Allah سبحانه وتعالى.

#MutiaraKata[AL-HABIB ALI ZAENAL ABIDIN BIN ABU BAKAR AL-HAMID]
maaf send lagi sekali sb yg mula2 td ada termiss point penting***Maaf sgt3
"Baginda Rasulullah ﷺ sentiasa mengajarkan kepada ummatnya agar supaya setiap hari membaca 3 kali
"Radhitu billahi rabba wabil islami deena wabi muhammadin nabiyyaw wa rasulaa"Saya redha Allah sebagai Tuhan.Islam sebagai Ugama dan Nabi Muhammad ﷺ sebagai Nabi dan RasulNya Utusan Allah سبحانه وتعالى

Maka dikatakan barangsiapa yang mengucapkannya 3 kali pagi dan 3 kali petang maka dia berhak untuk diredhai oleh Allah سبحانه وتعالى.

Baginda Nabi ﷺ menyebutkan 3 perkara yang perlu sentiasa kita ingati Allah sebagai Tuhan,Islam sebagai Ugama dan Nabi Muhammad ﷺ sebagai utusan yang dihantar dan diutuskan oleh Allah سبحانه وتعالى kepada kita.

Adalah perkara yang  ditetapkan oleh Allah menjadi hak utama kepada Allah adalah mengabdikan diri kepada Allah dan tidak menyekutukan Allah dengan sesiapa pun juga.Ini adalah orang yang mensyukuri nikmat bertuhankan Allah سبحانه وتعالى.Mengabdikan diri kepada Allah redha kepada Allah.Berserah diri kepada Allah redha kepada Allah.Menerima ketentuan qada dan qadar Allah redha kepada Allah سبحانه وتعالى.

Dan yang kedua yang mempunyai hak kepada kita yang wajib untuk kita bersyukur adalah nikmat Islam yang diberikan oleh Allah سبحانه وتعالى kepada kita.Barangsiapa yang menuntut dan mencari agama selain daripada Islam maka tidak akan diterima oleh Allah dan dia di hari akhirat termasuk daripada orang-orang yang rugi.

Allah akan berikan dunia kepada sesiapa yang Allah suka dan kepada sesiapa yang Allah tak suka.Allah tidak memberikan AGAMA kecuali kepada seseorang yang disukai oleh Allah سبحانه وتعالى.

Baginda Rasulullah menyebutkan nikmat agama adalah nikmat yang terbesar diberikan oleh Allah kepada seorang hamba yang mana kita diperintahkan setiap hari pagi dan petang untuk mengatakan SAYA REDHA ISLAM SEBAGAI UGAMA agar supaya mengingatkan kepada diri sendiri akan nikmat yang besar itu disebabkan agama ini adalah satu-satunya agama yang dipilih oleh Allah سبحانه وتعالى untuk diredhai oleh Allah.

Dan Allah menghiasi agama ini dengan sifat pemurah dan juga akhlak dan budi pekerti yang baik.Maka Baginda Rasulullah ﷺ bersabda "Hiasilah agama kamu ini dengan dua perkara iaitu yang pertama pemurah dan yang kedua budi pekerti yang luhur" yang kita tidak dapat mengetahui tanpa kita mendapatkan,mencontohi kepada Nabi Muhammad ﷺ

Disebabkan yang dipilih oleh Allah untuk dijadikan tauladan adalah beliau(Baginda Rasulullah).Sungguh terdapat pada peribadi Rasulullah tauladan yang baik.Kata Allah سبحانه وتعالى dan redha Nabi Muhammad sebagai Nabi dan Rasul utusan Allah سبحانه وتعالى.

3 perkara ini yang mesti kita jaga iaitu.

1)Allah سبحانه وتعالى sebagai Tuhan.

2)Islam sebagai Ugama

3)Nabi Muhammad ﷺ sebagai Nabi dan Rasul yang diutus oleh Allah سبحانه وتعالى.

#MutiaraKata[AL-HABIB ALI ZAENAL ABIDIN BIN ABU BAKAR AL-HAMID]
maaf send lagi sekali sb yg mula2 td ada termiss point penting***Maaf sgt3

Wednesday, September 17, 2014

Teguran membina

Dari wall Ust Tuan Ibrahim Tuan Man

Wahai anakku,
Sebelum menegur, tanyalah diri apakah niat menegur engkau. Jika niatnya adalah untuk menjaga ego sendiri, batalkan niat menegur tersebut. Jika niatmu adalah untuk menghukum pihak yang tidak bersetuju dengan kamu, batalkanlah niat menegur itu. Jika niatmu adalah untuk memalukan orang, lagilah perlu dibatalkan niat kamu. Jikalau niatmu adalah untuk menunjukkan sendiri lebih pandai, batalkan niatmu. Jikalau niatmu untuk merendahkan pihak lawan, batalkanlah juga niatmu. Jikalau niatmu untuk lawan, untuk menunjukkan kebodohan, batalkan niatmu. Jikalau engkau tidak pasti kebenaran dalam teguran yang engkau niatkan itu, tangguhkan dulu teguran kamu.

Wahai anakku,
Bukan tidak boleh membuat teguran. Tapi buatlah teguran yang bersifat membina. Buatlah teguran yang bersifat mendidik dan menginsafkan. Buatlah teguran yang memberi harapan. Buatlah teguran selepas mendapat kebenaran dan perspektif yang betul. Sesungguhnya buatlah teguran demi tanggungjawabmu kepada Allah dan bukannya kerana manusia dan maruahmu.

Wahai anakku,
Jagalah maruah pihak yang hendak ditegur. Tegurlah pada isu yang ada di tangan. Jangan sesekali engkau cuba membangkitkan perkara yang lepas-lepas kerana ia akan merosakkan teguran yang diniatkan baik oleh engkau.

Wahai anakku,
Semasa membuat teguran, ingatlah manusia ini tidaklah sempurna walaupun sempurna ciptaan Allah. Ingatlah manusia depanmu itu pernah juga berbuat baik dan berkata-kata yang baik. Buatlah teguran tanpa buruk sangka pada manusia di depanmu. Buangkan segala buruk sangka pada manusia di depanmu. Tunjukkan belas kasihan-mu. Tunjukkan sifat penyayangmu. Tutupilah egomu. Dan jagalah kata-katamu dan ayat-ayatmu.

Wahai anakku,
Jangan pula engkau ingat hanya kau yang layak menegur orang dan orang yang ditegurmu itu mesti akur dan terima teguranmu. Jangan engkau ingat mereka akan membisu menerima segala teguran kamu tanpa dijawab. Jangan engkau ingat engkau sahaja betul dalam teguranmu. Bersedialah berlawan dengan hujah. Jika engkau kasardalam bahasa teguranmu, bersedialah menerima balik kekasaran yang serupa atau lebih buruk.

Wahai anakku,
Menegur itu mudah. Menerima teguran itu payah. Engkau memahami perkara itu di dalam jiwa tapi akibat bisikan syaitan dan egomu kamu sering terlupa yang menerima teguranmu itu juga seorang manusia ciptaan Allah. 

Bisikan syaitan menyebabkanmu merasakan diri lebih tinggi ketika menegur. Egomu menyebabkan kamu terasa diserang tanpa sebab ketika ditegur sebelum menilai teguran yang diterima samada benar mahupun palsu. 

Wahai anakku, 
Beradablah ketika menegur. Dan bersabarlah ketika ditegur kerana engkau akan saling memainkan watak ini dalam hidup kamu. Pentingkan membimbing dan memberi harapan daripada mencari salah dan menghukum dalam teguranmu. Dan pentingkan kebenaran dan nilai bersyukur ketika ditegur kerana ada yang sanggup memberi pandangan untuk membaiki diri.

Senyum.

Thursday, August 14, 2014

Ujian and Cubaan

Hadith hadith Terpilih Ujian dan Cubaan:-

1. Besarnya pahala sesuai dengan besarnya ujian dan cubaan. Sesungguhnya Allah 'Azza wajalla bila menyenangi suatu kaum Allah menguji mereka. Barangsiapa bersabar maka baginya manfaat kesabarannya dan barangsiapa murka maka baginya murka Allah. (HR. Tirmidzi)

2. Tiada seorang muslim tertusuk duri atau yang lebih dari itu, kecuali Allah mencatat baginya kebaikan dan menghapus darinya dosa. (HR. Bukhari)

3. Sa'ad bin Abi Waqqash berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah Saw, "Ya Rasulullah, siapakah orang yang paling berat ujian dan cubaannya?" Nabi Saw menjawab, "Para nabi kemudian yang meniru (menyerupai) mereka dan yang meniru (menyerupai) mereka. Seseorang diuji menurut kadar agamanya. Kalau agamanya tipis (lemah) dia diuji sesuai dengan itu (ringan) dan bila imannya kuat dia diuji sesuai itu (keras). Seorang diuji terus-menerus sehingga dia berjalan di muka bumi bersih dari dosa-dosa. (HR. Bukhari)

4. Barangsiapa dikehendaki Allah kebaikan baginya maka dia diuji (dicuba dengan suatu musibah). (HR. Bukhari)

5. Seorang hamba memiliki suatu darjat di syurga. Ketika dia tidak dapat mencapainya dengan amal-amal kebaikannya maka Allah menguji dan mencubanya agar dia mencapai darjat itu. (HR. Ath-Thabrani)

6. Apabila Allah menyenangi hambaNya maka dia diuji agar Allah mendengar permohonannya (kerendahan dirinya). (HR. Al-Baihaqi)

7. Apabila Aku menguji hambaKu dengan membutakan kedua matanya dan dia bersabar maka Aku ganti kedua matanya dengan syurga. (HR. Ahmad)

8. Tiada seorang mukmin ditimpa rasa sakit, kelelahan (kepayahan), diserang penyakit atau kesedihan (kesusahan) sampai pun duri yang menusuk (tubuhnya) kecuali dengan itu Allah menghapus dosa-dosanya. (HR. Bukhari)

9. Seorang mukmin meskipun dia masuk ke dalam lubang biawak, Allah akan menentukan baginya orang yang mengganggunya. (HR. Al Bazzaar)

10. Tidak semestinya seorang muslim menghina dirinya. Para sahabat bertanya, "Bagaimana menghina dirinya itu, ya Rasulullah?" Nabi Saw menjawab, "Melibatkan diri dalam ujian dan cubaan yang dia tak tahan penderitaannya." (HR. Ahmad dan Tirmidzi)

11. Bukanlah dari (golongan) kami orang yang menampar-nampar pipinya dan merobek-robek bajunya apalagi berdoa dengan doa-doa jahiliyah. (HR. Bukhari)

Penjelasan:
Dilakukan pada saat kematian anggota keluarga pada zaman jahiliyah.

12. Allah menguji hambaNya dengan menimpakan musibah sebagaimana seorang menguji kemurnian emas dengan api (pembakaran). Ada yang ke luar emas murni. Itulah yang dilindungi Allah dari keragu-raguan. Ada juga yang kurang dari itu (mutunya) dan itulah yang selalu ragu. Ada yang ke luar seperti emas hitam dan itu yang memang ditimpa fitnah (musibah). (HR. Ath-Thabrani)

13. Salah seorang dari mereka lebih senang mengalami ujian dan cubaan daripada seorang dari kamu (senang) menerima pemberian. (HR. Abu Ya'la)

14. Sesungguhnya Allah Azza Wajalla menguji hambanya dalam rezeki yang diberikan Allah kepadanya. Kalau dia redha dengan bahagian yang diterimanya maka Allah akan memberkahinya dan meluaskan pemberianNya. Kalau dia tidak redha dengan pemberianNya maka Allah tidak akan memberinya berkah. (HR. Ahmad)

17. Barangsiapa ditimpa musibah dalam hartanya atau pada dirinya lalu dirahsiakannya dan tidak dikeluhkannya kepada siapapun maka menjadi hak atas Allah untuk mengampuninya. (HR. Ath-Thabrani)

15. Bencana yang paling berat ialah bila kamu memerlukan apa yang ada di tangan orang lain dan kamu ditolak (pemberiannya). (HR. Ad-Dailami)

16. Barangsiapa diuji lalu bersabar, diberi lalu bersyukur, dizalimi lalu memaafkan dan menzalimi lalu beristighfar maka bagi mereka keselamatan dan mereka tergolong orang-orang yang memperoleh hidayah. (HR. Al-Baihaqi)

Semoga bermunafaat. 

Kepada yg bermunafaat sila Cuit..

Thursday, July 17, 2014

Beautiful Do'a in English

Beautiful do'a in ENGLISH , it's good to save it in your phone for frequent recitation... 

Oh Almighty Allah there is no one worthy of worship than you, 

Oh Almighty Allah you are the one, you are the only, you are lord of the world's, you are lord of the angels, you are the sovereign, you are the sustainer, you are the merciful, you are the protector, you are the provider, you are the forgiver of sins and you are the accepter of duas.

Oh Allah, I thank you for this day. I thank you for my being able to see and to hear this morning. I'm blessed because you are a Forgiving Allah and an understanding Allah. You have done so much for me and You keep on blessing me. Forgive me this day for everything I have done, said or
thought that was not pleasing to you... I ask now for Your forgiveness.  

Please keep me safe from all danger and harm. Help me to start the new day with a new attitude and plenty of gratitude.

Let me make the best of each and every day to clear my mind so that I can hear from You. Please broaden my mind that I can accept all things.

Let me not whine and whimper over things I have no control over.
Continue to use me to do what You will, Oh Allah continue to bless me that I may be a blessing to others. Keep me Strong that I may help the weak... Keep me uplifted that I may have words of encouragement for
others.
I make dua for those that are lost and can't find their way.
I make dua for those that are misjudged and misunderstood.
I make dua for those that don't believe.
But Almighty Allah I thank You that I believe.
I believe that Allah (Swt) changes people and Allah (Swt) changes things.
I make dua for all my sisters and brothers.
And for each and every family member in their households.
I make dua for peace, love and joy in their homes that they are out of debt and all their needs are met.
Give me and my family, health, wealth, happiness, peace and prosperity into our lives.

I make dua that every eye that reads this and every ear that hears this, knows there is no problem, circumstance, or situation greater than our Rabb. 
Ya Kareem, Every battle is in Your hands for You to fight.
Almighty Allah, open the doors of jannah and lock the doors for jahannam 

'Ya khaliq don't take my soul away until you are happy with me. 
Ya Kabeer, give me a death of a shaheed. Ya Wadood, grant me death whilst I'm in sajdah. 
Ya Malikul Mulk, let the last words of my life be the Shahadah. 
Ya Hameed, If I die in my sleep let My heart beat the dhikr of Allah. Oh Allah, the guider of the lost soul forgive the entire Ummah!
Ya Allah Forgive my Parents, my Family, my Friends. 
Ya Rahman, please accept our Ramadhan
Ya Raheem, please accept our fasting
Ya Rasheed, please accept our ibadah
Ya Qayuum, please accept our Quran
Almighty Allah, please bless our whole family with your grace to see Ramadhan next year.
I make dua that these words be received into the hearts of every eye that sees it, and every ear that hears it. 
Ameen.

Beautiful Doa

Forwarding a beautiful du'a we can all make 4 our brothers n sisters as well as ourselves: 

At times like this, the weak heart asks, "For how long, O Allah?!" And the knowledgeable heart can only answer with what Allah has told us in the Quran, "Did you think that you would enter Jannah, while the trials of those before you have not reached you? They were afflicted with suffering and hardship, and were shaken to the core, so much so that even the prophet and those who believed with him cried out, 'Where is the help of Allah?!' Verily, realize that the help of Allah is ever-close." [2"214]. 

O Allah! We do not understand Your wisdom in this prolonged suffering of our Palestinian brothers and sisters, but we trust You and believe in You and know that Your promise is true. And so we say only that which pleases You, even as our hearts are weary with grief. 

O Allah! You are the Lord of the weak and oppressed. You might delay the execution of justice, but You never cancel and avert it. And when You take charge of the tyrants and oppressors, then surely You deal with them in the manner of an all-powerful, mighty, unconquerable God - for you are al-Aziz, al-Qawiy, al-Jabbar. O Allah! We ask you with every name that You have, and with every attribute that is Yours, to send Your Anger and Retribution on those accursed tyrants whose arrogant hearts have been sealed from guidance and mercy - those who themselves were tortured and persecuted by others, yet instead of learning compassion, have now become torturers and persecutors themselves. 

O Allah! You are the al-Rahman, the al-Raheem! Have mercy and compassion and pity on the people of Gaza, who have suffered for two generations under the tyranny of a Pharonic apartheid regime. Send upon our brothers and sisters Your peace and blessings, and fortify them with faith and perseverance, and accept their martyrs, and console their grieved ones. 

O Allah! You do not place a burden on any soul more than it can bear. We ask for your forgiveness for our own inability to do more than dua and some meager donations. Do not call us to task for what we cannot do, and forgive us for what we could have done but did not do, for you are the al-Ghafoor, al-Ra'oof, al-Tawwab.

Ameen ya Rabb al-Alameen!
Ya ALLAH, for whatever we do in life, please Guide us! 
امين يا رب العٰلمين

Thursday, July 3, 2014

Panas nya API neraka

TAZKIRAH PAGI...

KETIKA NABI ADAM AS. DITURUNKAN KE BUMI, BELIAU TIDAK LAGI MEMPEROLEH MAKANAN SECARA MUDAH SEPERTI DI SYURGA. BELIAU HARUS BEKERJA KERAS UNTUK MEMPEROLEH BUAH-BUAHAN ATAU DAGING UNTUK DIMAKAN.

KETIKA BELIAU MEMPEROLEH BINATANG BURUAN DAN MENYEMBELIHNYA, TERNYATA TIDAK BISA LANGSUNG DIMAKAN BEGITU SAJA KARENA MASIH MENTAH DAN TENTUNYA TIDAK ENAK. KARENA ITU BELIAU BERDOA KEPADA ALLAH AGAR DITURUNKAN API UNTUK MEMASAK. MAKA ALLAH SWT. MENGUTUS MALAIKAT JIBRIL MEMINTA SEDIKIT API KEPADA MALAIKAT MALIK DI NERAKA UNTUK KEPERLUAN NABI ADAM TERSEBUT.

MALAIKAT MALIK BERKATA: “WAHAI JIBRIL, BERAPA BANYAK ENGKAU MENGINGINKAN API?”

MALAIKAT JIBRIL BERKATA: “AKU MENGINGINKAN API NERAKA ITU SEUKURAN BUAH KURMA.”

MALAIKAT MALIK BERKATA: “JIKA AKU MEMBERIKAN API NERAKA ITU SEUKURAN BUAH KURMA, MAKA TUJUH LANGIT DAN SELURUH BUMI AKAN HANCUR MELELEH KARENA PANASNYA!”

MALAIKAT JIBRIL BERKATA: “KALAU BEGITU BERIKAN SAJA KEPADAKU SEPARUH BUAH KURMA SAJA.”

MALAIKAT MALIK BERKATA LAGI: “JIKA AKU MEMBERIKAN SEPERTI APA YANG ENGKAU INGINKAN, MAKA LANGIT TIDAK AKAN MENURUNKAN AIR HUJAN SETITIS PUN, DAN SEMUA AIR DI BUMI AKAN MENGERING SEHINGGA TIDAK ADA SATUPUN TUMBUHAN YANG HIDUP!”

MALAIKAT JIBRIL JADI KEBINGUNGAN, SEBANYAK APA API NERAKA YANG AMAN UNTUK KEHIDUPAN DI BUMI? KARENA ITU IA BERDOA: “YA ALLAH, SEBANYAK APA API NERAKA YANG HARUS AKU AMBIL UNTUK KEPERLUAN ADAM DI BUMI?”

ALLAH SWT. BERFIRMAN: “AMBILKAN API DARI NERAKA SEBESAR ZARAH (SATUAN TERKECIL, ATOM).”

MAKA MALAIKAT JIBRIL MEMINTA API NERAKA KEPADA MALAIKAT MALIK SEBESAR ZARAH DAN MEMBAWANYA KE BUMI. TETAPI SETIBANYA DI BUMI, JIBRIL MERASAKAN API YANG SEBESAR ZARAH ITU MASIH TERLALU PANAS, MAKA BELIAU MENCELUPKAN (MEMBASUHNYA) SEBANYAK TUJUH PULUH KALI KE DALAM TUJUH PULUH SUNGAI YANG BERBEZA. BARU SETELAH ITU BELIAU MEMBAWANYA KEPADA NABI ADAM DAN MELETAKKANNYA DI ATAS GUNUNG YANG TINGGI.

TETAPI BEGITU API TERSEBUT DILETAKKAN, GUNUNG TERSEBUT HANCUR BERANTAKAN. TANAH, BATUAN, BESI DAN SEMUA SAJA YANG ADA DI SEKITAR API ITU MENJADI BARA YANG SANGAT PANAS, DAN MENGELUARKAN ASAP. BAHKAN API YANG SEBESAR ZARAH ITU TERUS MASUK MENEMBUSI BUMI, DAN HAL ITU MEMBUAT MALAIKAT JIBRIL KHAWATIR. KARENA ITU IA SEGERA MENGAMBIL API TERSEBUT DAN MEMBAWANYA KEMBALI KE NERAKA.

BARA TERBAKAR YANG DITINGGALKAN ITULAH YANG SAMPAI SEKARANG INI MENJADI SUMBER API DUNIA, TERMASUK YANG MENJADI MAGMA-MAGMA DI SEMUA GUNUNG BERAPI DI BUMI INI. TIDAK BISA DIBAYANGKAN BAGAIMANA PANASNYA API NERAKA TERSEBUT. KALAU BARA API DUNIA ITU UMUMNYA BERWARNA MERAH, MAKA BARA API NERAKA ITU BERWARNA HITAM KELAM, SEPERTI HITAMNYA GELAP MALAM.

NABI SAW. PERNAH MENANYAKAN TENTANG KEADAAN API NERAKA ITU, MAKA MALAIKAT JIBRIL BERKATA: “SESUNGGUHNYA ALLAH SWT. MENCIPTAKAN NERAKA, LALU MENYALAKAN API NERAKA ITU SELAMA SERIBU TAHUN SEHINGGA (BARANYA) BERWARNA MERAH. KEMUDIAN (ALLAH) MENYALAKANNYA (MENAMBAH PANASNYA) SELAMA SERIBU TAHUN LAGI SEHINGGA (BARANYA) BERWARNA PUTIH, DAN (DIA) MENYALAKANNYA (MENAMBAH PANASNYA) SELAMA SERIBU TAHUN LAGI SEHINGGA (BARANYA) BERWARNA HITAM. MAKA NERAKA ITU HITAM KELAM SEPERTI HITAMNYA MALAM YANG SANGAT GELAP PEKAT, TIDAK PERNAH TENANG KOBARAN APINYA DAN TIDAK PERNAH PADAM (BERKURANG) BARA APINYA.”

SUMBER : DISADUR DARI KISAH AL-HABIB UBAIDILLAH BIN IDRUS AL-HABSYI SURABAYA (ALUMNUS RIBATH DARUL MUSTHAFA YAMAN)

SAMPAIKANLAH KPD ORG LAIN, MAKA INI AKAN MENJADI SEDEKAH JARIYAH PADA SETIAP ORG YG ANDA KIRIMKAN PESANAN INI. DAN APABILA KEMUDIAN DIA MENGAMALKANNYA, MAKA KAMU JUGA AKAN IKUT MENDAPAT PAHALANYA SAMPAI HARI KIAMAT...

ANDA SEBARKAN PADA SEMUA KENALAN ANDA. RASULULLAH SAW BERSABDA, "SESIAPA YG MENYAMPAIKAN 1 (SATU) ILMU SAJA DAN ADA ORG YG MENGAMALKAN, MAKA W/PUN YG MENYAMPAIKAN SUDAH TIADA (MENINGGAL DUNIA), DIA AKAN TETAP MEMPEROLEH PAHALA.

PLZ DON'T KEEP IT IN UR INBOX, SHARE THE KNOWLEDGE, ..

Wassalam

Wednesday, July 2, 2014

Doa-doa Untuk Memusnahkan Sel-Sel Kanser

Dpd kawan msjd subang jaya:

Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :
1 - Istighfar 10x. 
2 - Salawat Nabi 10x. 
3 - Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

1 - Surah Al Maidah (Ayat 82-91). 
2 - Surah Al Araf (Ayat 70-81). 
3 - Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28). 
4 - Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50). 
5 - Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227). 
6 - Surah Az Zummar (Ayat 42-52). 
7 - Surah Ghafir (Ayat 67-77). 
8 - Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).

Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya
Seperti d minta oleh Tn Hj Ismail sg ling. Mudah
Mudah2 an ia nya memberi syifaq kpd yg sakit. Allahumma Amin