Friday, February 6, 2015

CIRI-CIRI KEKASIH-KEKASIH ALLAH WALI ALLAH DAN KEPENTINGAN ILMU TASAWWUF


Sesunguhnya karomah Para Wali itu merupakan sesuatu yang benar dan tidak boleh kita nafikan kerana orang yang dipilih oleh Allah sebagai WaliNya adalah merupakan orang yang sentiasa melakukan ketaatan kepada Allah dan merupakan orang yang sentiasa meninggalkan perkara-perkara maksiat dan kelazatan-kela zatan syahwat/hawa nafsu.

Ini adalah ciri-ciri Kekasih-Kekasih Allah ataupun Wali-Wali Allah سبحانه وتعالى.Mereka ini dikurniakan karomah adalah hasil ketaatan mereka kepada Allah.Hasil usaha mereka menjauhi maksiat dan kelazatan syahwat/hawa nafsu maka Allahسبحانه وتعالى mengurniakan kepada mereka karomah ini.

Pada suatu ketika Saidina Umar Al-Khattab Radhiyallahu'Anhu berada di Mesir.Pada suatu hari air Sungai Nil tidak mengalir.Ini merupakan suatu musibah kerana bagaimana untuk para petani untuk bercucuk tanam kerana tiada bekalan air disebabkan air Sungai Nil tidak mengalir.

Maka Saidina Umar pun menulis sesuatu perkataan di atas kertas.Kemudiannya dilemparkan kertas tersebut ke dalam air Sungai Nil.Maka dengan segera air Sungai Nil kembali mengalir seperti biasa.Ini adalah merupakan karomah Saidina Umar Al-Khattab Radhiyallahu'Anhu.

Begitu juga Saidina Umar Al-Khattab karomahnya adalah suaranya itu boleh sampai didengari kepada pendengar yakni orang yang berada sangat jauh.Pada suatu hari tentera-tentera Islam berada di suatu negara yang sangat jauh daripada Kota Madinah.

Apabila Saidina Umar naik ke atas mimbarnya untuk berkhutbah ketika di Kota Madinah maka tentera-tentera Islam yang berada di negara yang jauh daripada Madinah itu telah dikejar oleh tentera-tentera musuh.

Maka mereka yakni tentera-tentera Islam tersebut tidak tahu dimanakah harus mereka bersembunyi untuk menyelamatkan diri daripada dikejar dan ditangkap oleh tentera-tentera musuh.

Maka Saidina Umar Al-Khattab pun dapat merasakan akan permasalah yang dihadapi oleh tentera-tentera Islam itu.Dengan karomah yang diberikan oleh Allah سبحانه وتعالى.

Lalu Saidina Umar mengatakan "Wahai tentera-tentera semua bersembunyilah dekat bukit sebelah sana!!".Maka tentera-tentera yang berada jauh daripada Kota Madinah itu pun mendengar suara Saidina Umar Al-Khattab di Kota Madinah dengan karomah yang dikurniakan oleh Allah di sisiNya.

Jadi ini adalah kelebihan yang diberikan oleh Allah سبحانه وتعالى.Pada masa itu mana ada facebook,whatsapp,twitter dan sebagainya alat perhubungan untuk berhubung.Tetapi ianya adalah karomah daripada Allah سبحانه وتعالى

Kerana apa?Kerana ketaatan yang dilakukan,ketaatan menjauhi kemaksiatan dan menjauhi kelazatan-kelazatan syahwat/hawa nafsu yang berada di atas permukaan bumi Allah سبحانه وتعالى ini.

Maka tak mustahil jika kita melihat ada orang yang boleh berjalan di atas air,terbang di udara.Tetapi perkara yang paling utama yang perlu kita lihat adalah adakah perkara-perkara yang seperti ini yakni yang pelik bin ajaib(karomah) ini berlaku kepada siapa?

Terjadi kepada orang-orang yang taat kepada Allahسبحانه وتعالى ataupun tidak?Kalau dia merupakan seorang yang taat kepada Allah dan kita lihat dia berjalan di atas air dan sebagainya maka benarlah dia merupakan Wali Allah.

Akan tetapi kalau sebaliknya yakni orang-orang yang tak taat kepada Allah سبحانه وتعالى maka mereka itu adalah mungkin syaitan yang menyerupai manusia ataupun mereka yang mengamalkan ilmu-ilmu sihir yang sehingga mengelirukan kita.

Ilmu tasawwuf adalah merupakan ilmu yang terpenting dan ilmu yang sangat mulia lagi-lagi pada akhir zaman ini.Apa makna tasawwuf?Secara ringkasnya yang perlu kita ketahuilah adalah tasawwuf ini adalah mengosongkan hati selain daripada Allah سبحانه وتعالى.

Tidak ada apa-apa selain daripada Allah kerana selain sesuatu perkara yang selain Allah سبحانه وتعالى itu adalah sesuatu yang hina di sisi Allah  سبحانه وتعالى.Ilmu tasawwuf ini merupakan suatu kejayaan kita kepada Allah سبحانه وتعالى.

Semakin kita dekat dengan Allah maka kita akan semakin berjaya.Semakin kita dengan Allah maka kita akan semakin cemerlang.Jadi perkara ini telah pun terbukti kerana semakin kita dekat dengan Allah سبحانه وتعالى melalui jalan ibadah maka Allah akan mengurniakan kasih sayangNya.Akan menyayangi kita.

Bila Allah سبحانه وتعالى menyayangi kita,mengasihi kita,mencintai kita maka apa sahaja yang kita minta pasti akan diberikan oleh Allah  سبحانه وتعالى.

Perkara ini telah disebutkan di dalam suatu hadis qudsi yang mana 
Rasulullah ﷺ telah bersabda di dalam sebuah hadis qudsi.

Kata Allahسبحانه وتعالى "Tidak ada satu amalan yang paling Allah cintai yang mendekatkan diri seorang hamba kepada Allah berbanding daripada kefardhuan yang difardhukan kepada Allah سبحانه وتعالى. Dekat kepada Allah dengan perkara-perkara fardhu yang difardhukan oleh Allah kepada kamu.

Apabila kamu selesai menunaikan seluruh kefardhuan yang difardhukan dan kamu membuatnya dengan sebaik-baiknya.Setelah itu kamu melaksanakan sunnah-sunnah maka Allahسبحانه وتعالى akan cinta kepada kamu.

Dan tidaklah seorang hamba itu sentiasa melaksanakan daripada perkara-perkara yang sunnah sehingga Aku akan cinta kepadanya kata Allah.Sehingga Aku cinta kepadanya kata Allah.

Kalau sekiranya Aku cinta kepadanya maka Aku akan menjadi pendengarannya untuk mendengar dan mata yang digunakan untuk memandang dan tangan yang digunakan untuk bergerak dan juga kaki yang digunakan untuk melangkah.

Dan kalau dia meminta pasti Aku akan menunaikannya.Kalau dia minta lindung kepada Aku pasti Aku akan melindunginya.

#MutiaraKata[AL-HABIB DR.ABDDURRAHMAN TOHA BIN ABDUL QADER AL-HABSYI diterjemahkan oleh AL-FADHIL USTAZ HASSAN DARUL MASRI]

No comments:

Post a Comment