Tuesday, February 24, 2015

15 DOSA DI BAHAGIAN KEPALA DAN MUKA WANITA.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:

TAZKIRAH HARI INI UNTUK RENUNGAN BERSAMA.   
( Shah Alam, Selasa 24  Februari  2015)



Mohon maaf atas keterlambatannya.


Allah menciptakan kaum Hawa atau  wanita dengan 1001 macam serba serbi nya. Kelembutannya, kecantikannya dwn lain sebagai nya. Namun di sebalik itu semua. Wanita dapat mendatangkan dosa dan petaka kepada wanita itu sendiri atau kepada orang lain. 

Kepala dan wajah wanita jika tak dapat menjaga dengan baik kedua nikmat Allah SWT, ianya dapat mendatangkan dosa  dan maksiat atau fitnah kepada kaum laki-laki.

Pada tazkirah hari ini,  USM ingin menjelaskan sedikit tentang dosa wanita yang datangnya dari wajah dan kepala wanita tersebut,  di antaranya adalah:

1. Tidak berpakaian (menutup aurat) dengan sempurna.

Allah berfirman, dalam Surah.al-Ahzab 59 yang ertinya: "Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min:" Hendaklah mereka menjulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka ". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha pengampun lagi Maha penyayang".

Allah Ta'ala juga berfirman, dalam sufah an-Nur  ayat 24 yang artinya: 
"Katakanlah kepada wanita yang beriman:" Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. "

2. Menyambung rambut / memakai sanggul

Memakai sanggul untuk kelihatan cantik hukumnya haram dan di larang.

Dari Asma 'binti Abi Bakr, ada seorang perempuan yang menghadap Rasulullah shallallahu' alaihi wa sallam lalu berkata, "Telah kunikahkan anak gadisku setelah itu dia sakit sehingga semua rambut kepalanya gugur dan suaminya memintaku segera mempertemukannya dengan anak gadisku, apakah aku boleh menyambung rambut kepalanya . Rasulullah lantas melaknat perempuan yang menyambung rambut dan perempuan yang meminta agar rambutnya disambung "(HR. Bukhari dan Muslim).

3. Mewarna / menggilap rambut dengan warna hitam.

Diharamkan mewarnai rambut dengan warna hitam dengan tujuan untuk kelihatan muda. 

Dari Ibnu 'Abbas radhiyallahu' anhuma berkata, bahawa
Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: 
"Pada akhir zaman nanti akan muncul suatu kaum yang menggilap dengan warna hitam seperti tembolok merpati. Mereka itu tidak akan mencium bau syurga". (HR Abu Daud dan Nasai).

Dari Jabir radhiyallahu 'anhu, dia berkata, "Pada hari penaklukan Mekah, Abu Quhafah (ayah Abu Bakar) datang dalam keadaan kepala dan janggutnya telah memutih (seperti kapas, ertinya beliau telah beruban). Lalu Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Ubahlah uban ini dengan sesuatu, tetapi hindarilah warna hitam." (HR. Muslim).

4. Mencabut uban untuk kelihatan muda.

Mencabut uban untuk tujuan agar kelihatan muda adalah dilarang.
 
Diriwayatkan Dari 'Amr bin Syu'aib, dari ayahnya, dari datuknya berkata bahawa Rasulullah shallallahu' alaihi wa sallam bersabda, "Janganlah mencabut uban. Tidaklah seorang muslim yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, melainkan uban tersebut akan menjadi cahaya baginya pada hari kiamat nanti. " (HR Abu Daud Nasai).

5. Memakai bulu mata palsu.

Di larang  memasang bulu mata palsu kerana alasan bulu mata yang asli tidak lentik atau pendek. Sepatutnya seorang wanita muslimah menerima dengan penuh kerelaan sesuatu yang telah ditakdirkan Allah dan tidak perlu melakukan tipu daya atau memanipulasikan kecantikan, sehingga kelihatan kepada sesuatu yang tidak dimilikinya, seperti mempunyai pakaian yang tidak patut dipakai oleh seorang wanita muslimah ... "(Disampaikan oleh Syaikh Abdullah Bin Abdurrahman al-Jibrin. Sumber: Fatwa-Fatwa Terkini jilid 3, hal.80-81 cet, Darul Haq, Jakarta.)

6. Bersolek/berhias bukan untuk suami.

Allah SWT berfirman dalam surah al-Ahzab ayat 33, yang ertinya:

 "Dan janganlah kalian (para wanita) bertabarruj (keluar rumah dengan berhias dan bertingkah laku) seperti (kebiasaan) wanita-wanita Jahiliyah yang dahulu" .

7. Merenggangkan / mengikir gigi

Dilarang bagi Wanita yang mengukir gigi agar kelihatan lebih cantik. 

Diriwayatkan Dari Ibn Mas'ud radhiyallahu 'anhu, beliau mengatakan, Rasulullah shallallahu' alaihi wa sallam melarang orang mencukur kening, mengkikir gigi, menyambung rambut dan bertatu, kecuali kerana penyakit. (HR.Ahmad).

Dari ibn Mas'ud radhiyallahu 'anhu, beliau mengatakan, "Semoga Allah melaknat orang yang bertatu, yang minta ditato, yang mencabut kening, yang minta dikikis kening, yang merenggangkan gigi, untuk memperindah penampilan, yang mengubah ciptaan Allah. (HR. Bukhari).

8. Membuat atau minta dibuatkan tatoo.

Islam melarang Bagi wanita bertatoo atau minta di buatkan tatoo. Kerana hal itu akan mendatangkan laknat Allah SWT. Lihat keterangan yang ke-tujuh.

9. Memakai tudung yang tidak memenuhi syarat hijab.

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bahkan telah memperingatkan kita dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah:

"Ada dua golongan penghuni Neraka yang belum pernah aku lihat sebelumnya, iaitu suatu kaum yang membawa cambuk seperti ekor-ekor lembu betina yang mereka pakai untuk mencambuk manusia; wanita-wanita yang berpakaian (tetapi) telanjang, yang kalau berjalan2 berlenggak-lenggok menggoyang- goyangkan kepalanya lagi durhaka (tidak ta'at), kepalanya seperti punuk-punuk unta yang meliuk-liuk. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya, padahal bau wanginya itu sudah tercium dari jarak sekian dan sekian. "
(HR. Bukhari dan Ahmad).

10. Memakai rambut palsu.

Memakai rambut palsu hukumnya haram, kerana termasuk al-'wasl' iaitu menyambung rambut yang diharamkan. (Fatwa asy-Syaikh Ibnu Utsaimin rahimahullah). Seandainya tidak dianggap al-'wasl', maka rambut palsu itu menampakkan rambut si wanita lebih panjang daripada yang sebenarnya sehingga menyerupai al-'wasl'. Padahal wanita yang melakukannya dilaknat sebagaimana disebutkan oleh hadits: "Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan minta disambungkan rambutnya."  (Fatwa asy-Syaikh Ibnu Utsaimin rahimahullah).

Perbuatan al-'wasl' ini diharamkan, sama saja jika si wanita melakukannya dengan izin suami atau tidak, kerana perbuatan haram tidak berkaitan dengan izin dan redha.

11. Mencukur rambut menyerupai lelaki atau wanita kafir.

Potongan yang menyerupai potongan lelaki maka hukumnya haram dan dosa besar, sebab Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam melarang kaum wanita yang menyerupai kaum lelaki. Sebagaimana disebutkan dalam hadis, dari Ibn Abbas radliallahu 'anhuma, bahwa beliau berkata: 

"Rasulullah shallallahu' alaihi wa sallam melaknat kaum lelaki yang menyerupai wanita dan para wanita yang menyerupai lelaki." (HR. Bukhari).

Potongan yang menyerupai potongan seperti wanita kafir, maka hukumnya juga haram, kerana tidak boleh menyerupai orang-orang kafir. Sebagaimana disebutkan dalam hadis dari Ibn Umar radliallahu 'anhuma bahwa Nabi shallallahu' alaihi wa sallam bersabda:

"Siapa yang meniru-niru (kebiasaan) suatu kaum maka dia termasuk kaum tersebut"  (HR. Abu Daud).

12. Mencukur / mencabut bulu kening.

Melicinkan dan  mencukur serta mencabut bulu kening huiumnya adalah haram, kerana ia merubah ciptaan Allah SWT.  Lihat keterangan yang ke tujuh.

13. Memakai contact lens berwarna untuk berhias.

Dalam isu diatas Syaikh Muhammad shalih Al-Munajjid hafidzahullah berkata: "... kanta kenalan berwarna untuk perhiasan (untuk bergaya). Maka hukumnya sama dengan perhiasan, jika digunakan untuk berhias bagi suaminya maka tidak mengapa. Jika digunakan untuk yang lain maka hendaknya tidak menimbulkan fitnah. Dikehendaki juga tidak menimbulkan bahaya (misalnya iritasi dan alergi pada mata, pent) atau menimbulkan unsur penipuan dan kebohongan misalnya menampakkan pada laki-laki yang akan melamar. Dan juga tidak ada unsur mensia-siakan harta (israaf) kerana hal yang demikian dilarang oleh Allah SWT. "[Sumber: http://islamqa.info/ar/ref/926]

14. Pembedahan plastik untuk kecantikan.

Pembedahanplastik untuk tujuan mencantikkan adalah haram dan ditegah dalam Islam. Kerana ianya merubah ciptaan Allah SWT. 

Syeikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin ditanya, "Bagaimana hukum melaksanakan pembedahan kecantikan dan hukum mempelajari ilmu kecantikan?"

Jawapan beliau, "pembedahan kecantikan (plastik) ini ada dua jenis. Pertama, Pembedahan kecantikan untuk menghilangkan cacat akibat kemalangan atau yang lainnya. Pembedahan seperti ini boleh dilakukan, kerana Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam pernah memberikan keizinan kepada seorang lelaki yang terpotong hidungnya dalam peperangan untuk membuat hidung palsu dari emas. Kedua, pembedahan yang dilakukan bukan untuk menghilangkan cacat, namun hanya untuk menambah kecantikan (supaya bertambah cantik). Pembedahan ini hukumnya haram, tidak boleh dilakukan, kerana dalam sebuah hadis (disebutkan), 'Rasulullah melaknat orang yang menyambung rambut, orang yang minta disambung rambutnya, orang yang membuat tatu, dan orang yang minta dibuatkan tatu.' . (Fatawa Al-Mar'ah Al-Muslimah, hlm. 478-479). 

15. Memakai kawat gigi untuk kecantikan / tabarruj.

Syaikh Ibnu Utsaimin pernah ditanya, "Apa hukumnya memperbaiki gigi?" Syaikh menjawab, "Memperbaiki gigi ini dibahagikan kepada dua kategori:

Pertama: jika tujuannya supaya bertambah cantik atau indah, maka ini hukumnya haram. Nabi shalallahu 'alaihi wa sallam melaknat wanita yang menata giginya agar kelihatan lebih indah yang merubah ciptaan Allah. Padahal seorang wanita memerlukan hal yang demikian untuk estetika (keindahan), dengan demikian seorang lelaki lebih layak dilarang daripada wanita.

Kedua: jika seseorang memperbaikinya kerana ada kecacatan, tidak mengapa ia melakukannya. Sesetengah orang ada suatu kecacatan pada giginya, mungkin pada gigi serinya atau gigi yang lain. Cacat tersebut membuat orang merasa jijik untuk melihatnya. Keadaan yang demikian ini dibenarkan. Hal ini dikategorikan sebagai menghilangkan aib atau cacat bukan termasuk menambah kecantikan. Dalilnya, Nabi shalallahu 'alaihi wa sallam memerintahkan seorang lelaki yang hidungnya terpotong agar menggantikannya dengan hidung palsu dari emas, yang demikian ini termasuk menghilangkan cacat bukan bertujuan untuk mempercantik diri. 

Ya Allah jadikanlah kaum wanita dikalangan kami adalah wanita yang sholehah yang mengikut peraturan Syariat yang diperintahkan Islam kepada mereka. Jauhkan fitnah yang akan menjerumuskan mereka kedalam jurang api neraka-Mu Ya Allah.   Aamiinn Yaa Robbal 'Aalamiin !!!!!

Wallahu A'lam. 
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat. 
Wassalam USM. (Ustaz Sihabuddin Muhaemin).

Catatan:
ILMU ITU MILIK ALLAH SWT UNTUK DISEBARKAN. 
Sila KONGSIKAN Dengan Sesama SAUDARA  KITA. 

Kritik Dan Saran Yang Membina Sangat Dialu-alukan. 
Sila tlp/sms kami, USM (012-6653988). 
Atau layari laman facebook:
http://www.facebook.com:
USM - Sihabuddin Muhaemin.

TERIMA KASIH.  
(Shah Alam, Selasa 5 Jamadil Awal 1436 H).

Monday, February 23, 2015

Kelebihan Orang Yang Bangun Malam



" Berkata Para Ulama, Sesiapa yang bangun 30 minit sebelum subuh atau mereka yang menghidupkan malamnya,Maka Allah سبحانه وتعالى menghidupkan Hatinya di Akhirah kelak. walaupun kamu bangun itu sekadar sebut nama Allah atau Zikr yang pendek di atas katil kamu, Maka Allah سبحانه وتعالى akan menulis nama kamu sama dengan mereka yang bangun malam.
Allah Berfirman dalam Hadis Qudsi, Pada Waktu Tengah Malam itu Allah memanggil semua manusia, sesiapa yang perlu Hajat, Aku menunaikan Hajatnya, Sesiapa yang memohon Keampunan, Akan Aku ampunkan dosanya.

Sepertimana Saidina Bilal رضي الله عنه ketika bangun sebelum subuh, setelah Saidina Bilal selesai melakukan solat dua Rakaat , Beliau terus angkat kedua tangannya dan berdoa , Ana YaaAllahh, Ana YaAllah, Ana YaAllahh. Sehingga satu hari, ada seorang masuk masjid nampak Saidina Bilal dengan doanya Ana Ana Ana YaAllahh. Wahai Yaa Bilal, Doa apakah ini? saya tak pernah dengar doa seperti doa Bilal.

jawab Bilal, Bukankah Allah سبحانه وتعالى berfirman dalam Hadis Qudsi,  Sesiapa yang memohon keampunan akan Aku ampunkan dosanya. Jadi saya jawab Ana YaaAllah. Lagi Allah Berfirman dalam Hadis Qudsi, Sesiapa yang mohon sesuatu hajat, Aku tunaikan Hajatnya. Saya jawab Ana YaAllahh, saya ada hajat dunia akhirah, hajat zuriat soleh dan solehah, hajat anak berjaya dunia Akhirah. Allah juga Berfirman , Allah memanggil semua manusia, Sesiapa yang nak Ke'afiatan, Keampunan, Kaya dan sebagainya, Aku Tunaikan Semuanya. Saya jawab Ana YaAllahh, Ana YaAllah, Ana YaAllah. saya hanya teringat apa yang Allah Berfirman sahaja dan Allah Tau. Allah Tau segala isi hati kamu, mintalah kepada Allah Khususnya Sebelum Subuh "

-Murobbi Syeikh Abdullah Salim Al Jahaf-

MANFAATKAN MASA LAPANG KITA SUPAYA KITA TIDAK MELANGGAR PERINTAH ALLAH SEBALIKNYA KITA DAPAT MENGGUNAKAN MASA KITA UNTUK MENTAATI SEGALA PERINTAH ALLAH TAALA.



Bersyukurlah kerana kita menggunakan masa kita untuk duduk di dalam masjid menunaikan solat berjemaah,telinga kits mendengar perkara agama,mata kita melihat perkara agama orang-orang soleh,otak kita fikirkan perkara agama.

Bayangkan kalau ajal kita datang menjemput InshaAllah dengan yakin Allah akan memasukkan kita ke dalam Syurga kerana Islam yang kita dapat sekarang ini adalah Islam yang tulen menggunakan segala masa kta untuk beribadah kepada Allah.

Kerana ada orang mendapat Islam yang palsu.Nama sahaja Islam tapi isi tak ada Islam.Ada yang dapat Islam yang rojak bercampur habis perkara syirik dan tauhid semua dia sambut.Ada orang yang namanya Islam tapi mendapat Islam yang rosak yang tak ada isi yang mana Islam yang kutuk Para Sahabat,Islam yang tolak sunnah dan dia pakai Al-Quran sahaja.

Jadi dalam keadaan sekarang yang berbagai-bagai pendakwaan dan amalan yang wujud.Allah Taala memberikan kepada kita Islam yang asli yang mana menggunakan masa dengan sebaik-baiknya hadir ke masjid menunaikan solat berjemaah,menghadiri majlis ilmu.

Ada orang yang banyak harta,pakai kereta besar,rumah besar tetapi apa ertinya kerana dirinya tidak terpilih untuk hadir ke masjid menunaikan solat berjemaah.Solat berjemaah ini adalah suatu sunnah yang begitu besar.Sesuatu yang perlu kita syukuri apabila Allah memilih kita untuk berada di RumahNya untuk berjemaah.

Cuba kita perbaiki lagi supaya Islam yang kita dapat sekarang ini sampai kepada suatu tahap yang lebih tulen sepertimana Para Sahabat yang kita menghayati hidup mereka yang tidak melanggar perkara-perkara yang dilarang oleh Allah Taala.

Disebutkan asas agama itu ada 4 perkara:

1)Mesti jujur iaitu menghalakan segala-galanya kepada Allah,nak pergi kepada Allah,balik kepada Allah.

2)Sihatkan aqidah kita.Mesti jelas jangan kita silap dalam pegangan kita.

3)Tunaikan,sempurnakan janji kita iaitu kita buat apa yang diperintah oleh Allah.Jangan kita banyak cakap,persoalkan semua tapi kita buat sahaja.

4)Tinggalkan segala perkara yang yang dilarang oleh Allah Taala.Jangan cuba-cuba buat.

Sebab itu apa yang disebutkan oleh Ulama.Kalau kita nak sentiasa jadi orang yang sedar yang sentiasa boleh bertaubat,insaf,betul-betul takut yang mana kita tidak akan buat apa yang ditegah,dilarang oleh Allah.

Maka 3 pendekatan yang perlu kita lihat.

1)Kita kena tengok apa yang kita nak buat ini.Perbuatan ini "Adakah akan membuatkan kita rasa berbangga ataupun kita akan rasa kesal?".Kalau kita lihat semua perbuatan dosa,maksiat dan mungkar tidak akan memberikan rasa kebanggaan pada diri.

Mungkin kita rasa seronok sekejap.Akan tetapi suatu masa nanti kita akan rasa menyesal.Menyesal di dunia tak apa lagi tapi menyesal di akhirat habis.


2)Bila kita nak buat sesuatu.Kita lihat,fikir dahulu dalam-dalam "Apakah ada kemurkaan Allah di dalam perbuatan kita?".Kalau ibu bapa kita marah kita pun sudah pasti susah kita.Bayangkan inikan pula Allah murka kepada kita.

Kita fikir apabila nak buat sesuatu "Apakah akan mengundang kemurkaan Allah?Kalau itu akan berlaku maka jangan cuba-cuba buat."Ini semua akan membawa kita kuat untuk sentiasa bertaubat kepada Allah.

3)Kita tidak mampu untuk menahan dan menanggung azab seksaan Allah.Cuba bayangkan kalau panas di dunia pun kita dah tak tahan.Inikan pula kepanasan di akhirat kelak.Kalau kita rasa sakit kalau kena tumbuk dengan orang ketika di dunia ini.Bayangkan seksaan yang dibawa oleh Malaikat pada kita.

Kalau kita fikirkan sudah pasti kita tak mampu bertahan dalam keadaan azab seksa yanf begitu dahsyat.Kita buat dosa,langgar perintah Allah.Allah berikan kita nikmat itu ini tapi kita langsung tak menghargainya bersyukur.Sebaliknya kita langgar perintah-Nya.

Bila kita fikirkan semua ini.InshaAllah kita akan sentiasa sibukkan diri untuk meningkatkan amal ibadah kita kepada Allah Taala sampai kita berusaha mencari keredhaan Allah kerana keredhaan Allah itulah yang disebutkan sesuatu yang paling besar.

Tiada lagi perkara yang lebih besar daripada keredhaan Allah.Hari ini manusia lupa untuk mencapai keredhaan Allah.

Mudahan-mudahan kita dapat memanfaatkan masa lapang kita untuk sentiasa beribadah kepada Allah Taala.

#MutiaraKata[AL-FADHIL USTAZ FADZLI AHMAD AL-YAMANI]

#MuhasabahDiri
#PeringatanBuatDiriSendiri
#PeringatanBersama
#SalingIngatMengingatkan

Sunday, February 22, 2015

HADIRILAH MAJLIS-MAJLIS ILMU DAN DAMPINGILAH ORANG-ORANG YANG BOLEH MENGINGATKAN KITA KEPADA ALLAH TAALA KHUSUSNYA PARA ALIM ULAMA AGAR PERJALANAN KITA MENUJU KEPADA ALLAH TAALA SENTIASA TERBIMBING DAN LURUS MENUJU KEPADA-NYA



Kalau ditanya bagaimanakah seseorang itu ingin medekatkan diri kepada Allah سبحانه وتعالى
dan bagaimana agar kita dapat mencintai Rasulullah ﷺ?

Maka jawabnya carilah majlis-majlis yang mendatangkan keredhaan Allah  سبحانه وتعالى dan carilah majlis-majlis yang dapat menambahkan kecintaan kepada Baginda Nabi ﷺ.

Maka ini adalah perkara yang kita patut kehendaki yang perlu kita usahakan.Oleh itu,hendaklah kita merapatkan diri dengan Para Ulama.Janganlah kita berpisah daripada Ulama.Kita hendaklah mencari kebaikan yang terdapat dari Agama kita yakni Islam.

Apabila kita hendak menginginkan kebaikan perkara melibatkan duniawi.Maka kita sudah akan mencari orang yang dapat membaiki urusan duniawi kita.

Apabila kita ingin mencari kebaikan Agama kita untuk mendekatkan diri kepada Allah سبحانه وتعالى dan Rasulullah ﷺ.
Maka hendaklah kita mencari Para Ulama yang mana mereka adalah Pewaris Para Nabi.Tidak ada satu daerah pun melainkan di dalam daerah itu ditempatkan satu Ulama yang dapat menunjukkan jalan kepada Allah  سبحانه وتعالى
 
Ini adalah keberkatan yg turun oleh Allah سبحانه وتعالى yang diletakkan di satu daerah.Di antara Ulama ada yang dikenali malah ada juga di antara mereka yang tidak dikenali kerana ditutup oleh Allah سبحانه وتعالى.Maka hendaklah kita mencari Ulama kerana sesungguhnya jalan menuju ke Syurga ada di tangan mereka.

Seperti sabda Nabi SAW "Barangsiapa yg berjalan di suatu jalan untuk menuntut ilmu.Maka Allah  سبحانه وتعالى akan mudahkan baginya jalan menuju ke Syurga"

#MutiaraKata[AL-HABIB MAHDI ABU BAKAR AL-HAMID]

#MuhasabahDiri
#PeringatanBuatDiriSendiri
#PeringatanBersama
#SalingIngatMengingatkan

Karamah Hadir Majlis Ilmu dan Zikr



" Imam Muslim meriwayatkan dari sepotong Hadis Rasulullahi صلى الله عليه وسلم , Sesungguhnya Allah سبحانه وتعالى mempunyai Para Malaikat yang ditugaskan Khas untuk mencari Majlis Majlis Zikr dan apabila ada Majlis Zikr lalu mereka saling memanggil dan mereka datang untuk menikmati Majlis tersebut . Mereka Malaikat juga turut Berzikr demi zikr sehingga ke langit, selesai sahaja majlis Para Malaikat akan naik ke langit.

Allah سبحانه وتعالى bertanya kepada Malaikat Nya , daripada manakah Kamu Datang? Mereka jawab , Kami datang dari Majlis Zikr. Apakah Hamba Ku sedang buat di sana? Hamba Hamba Mu sedang Bertahlil kepada Engkau, Bertasbih kepada Engkau , dan Bertahmid kepada Engkau Wahai Allah. 
Pernah di tanya kepada Al Imam Hasan Al Basri apakah maksud orang yang berzikr di dalam Al Quran, maka jawab Al Imam, orang yang berzikr itu ialah halaqah halaqah ilmu dan majlis majlis ilmu yang didalam nya kita belajat yang mana Halal dan yang mana Haram.

Allah سبحانه وتعالى bertanya kepada Malaikat Nya , Apakah Perlindungan yang Hamba Ku minta? Yaa Allah, mereka minta perlindungan daripada Api Neraka. Adakah Mereka Sudah Melihat Neraka? Tidak Ya Allah. Kalau mereka sudah melihat Neraka,mesti mereka akan minta dengan sungguh sungguh Firman Allah.
Sudahkah mereka melihat Syurga? Tidak Ya Allahh. Kalau mereka sudah melihat Syurga nescaya mereka akan minta dengan sungguh sungguh.

Maka Allah Berfirman, Apakah Hamba Ku Mahukan? Jawab Malaikat , mereka mahukan Pengampunan Mu . Kemudian Allah سبحانه وتعالى berfirman, Aku menjadikan Malaikat sebagai Saksi bahawa Aku telah Ampunkan Semua Dosa yang Hadir dalam Majlis tersebut.
Kemudian ada sebahagian Malaikat berkata, YaAllah ada Hamba Mu itu selalu melalukan kesalahan, dan dia hadir ke majlis ini bukan atas niatnya untuk hadir tapi dia datang ada tujuan lain, bagaimana Ya Allah? Maka Allah Jawap, Dosa Dosa dia pun Aku Ampunkan.

Majlis Ilmu dan Zikr adalah antara Nikmat Syurga yang Allah telah letakkan di Dunia ini. Hadirlahh majlis Rasulullahh, di dalamnya ada kisah Para Nabi dan Rasul. di dalam nya ada Harta Mereka Nabi dan Rasul, di dalamnya ada Rahmah dan Barakah. "

- Al Habib Abdullah Abdul Qader Al Habsyi-

Saturday, February 21, 2015

LAGI PENCERAHAN BAB "TAHLIL". ...MOGA BERMANFAAT...


Tahlil???
Apa itu Tahlil???
Ber "La ilaha illaLlah" pastu makan??? Kenyang??? 
👳👳👳👳👳👳👳
Oh! itukah tanggapan aneh kita pada TAHLIL???

Bukankah dalam hal kematian, yg dilarang di dalam kitab ialah NIYAHAH & perbuatan beri MAKAN berTUJUAN NIYAHAH (RATAP JERIT2 KOYAK2 MELALAK2) ???

Bukankah memberi makan yg dilakukan dalam majlis TAHLIL kita itu memiliki dalil lain yg lebih tepat dengan waqi', sunnah dan masa ??? SEBAB TIADA MELALAK, KOYAK BAJU, HEMPAS-HEMPAS, PEKIK LOLONGG..


JADI..

🌹🌹🌹🌹🌹🌹

Apa yg ada pada TAHLIL?
Sampai ada org yg BENCI/MAKI/ALERGIC dgn TAHLIL?? 

Oooo...
Rasulullah tak pernah bertahlil, katanya..

Pendirian Ahli Sunnah ialah, semua yg NABI BUAT, PASTI SEMUANYA BAIK. TAPI, tidak semua perkara yg baik, MESTI DIBUAT OLEH NABI !!!

Terlalu banyak perkara yg baik, TIDAK DIAJAR OLEH NABI, TIDAK DISURUH OLEH NABI, tapi ia dipuji oleh Nabi, sahabat dan ulama salaf. HADISNYA BANYAK SEKALI !! Sahih sokmo...

Lalu....
Majlis TAHLIL!!!

Cuma berhimpun:
ada pertemuan..
ada zikir...
ada perhubungan..
ada mahabbah dan kasih sayang..
ada at'imutto'am (beri makan).....
ada khidmah..
ada kebajikan..
SEMUANYA ADALAH SUNNAH...

YANG PALING UTAMA:
berada dlm majlis ZIKRULLAH;
Pastinya akan turun SAKINAH, RAHMAH, BARAKAH...
turunnya Malaikah...
KERANA, ianya adalah RAUDHATUL JANNAH!!!

Apa yg diucap dlm MAJLIS TAHLIL???
➡Al Fatihah
➡Qul Huwallaah
➡Ayatul Kursiy
➡Aamanar Rasul
➡Selawat
➡Istighfar
➡Kalimah Tayyibah
➡Ya Allah Ya Allah

Tak syak lagi, AlFatihah punyai kelebihan tersendiri..
QulHu, 3 kali baca pahalanya 1 kali khatam Quran, kalu 1 kali khatam didarab 100 hadirin : 100 khatam ada..

Ayatul Kursiy, x perlu dicakapkan lg kelebihannya, juga dgn ayat2 terakhir surah AlBaqarah..

BETAPA MELIMPAH RUAHNYA PAHALA, RAHMAH, MAGHFIRAH, BARAKAH, SAKINAH dari Majlis Zikir ini..masya Allah Tabarakallaah!

Masalahnya!!! 
Sampai tak pahala itu jika kita khaskan majlis zikir itu kpd mana2 arwah???

Soalan ini amat2 Menafikan kemurahan Allah..
Menafikan rahmat Allah yg maha luas..
Menafikan kasih sayang Allah..
Menafikan anugerah Allah..
Bahkan lebih jelek, MENSABITKAN ALLAH ADA SIFAT KEKURANGAN, KEDEKUT, na'uzubillah min zaalik!

BAHKAN..
Menafikan AYAT DAN FIRMAN ALLAH;
ادعوني استجب لكم
"Pintalah kamu padaKu, nescaya Aku perkenankan bagi kamu"

Tugas kita cuma berdoa, Yang mengqabulkannya ialah Allah..

Andai kita I'tiqad dan bersangka BURUK dgn Allah, Allah tak akan sampaikan pahala itu kpd arwah, memang itulah yg kita dapat. Iya, pahala tak akan sampai, semuanya terhenti atas SANGKAAN BURUK kita itu...

Justeru, bacaan2 yg kita ucapkan secara berjamaah dlm MAJLIS ZIKIR itu kita serahkan kpa Allah..dgn iringan doa..Ya Allah Kau sampaikan bingkisan hadiah dari kami ini buat;
💖KekasihMu Rasul Kami..
🌺Buat Aali Bait Nabi yg kami cintai..
💐Buat Para Sahabah yg menjadi contoh bg kami..
🌼Buat Para Tabiin, Tabi' Tabiin yg mewariskan agama dari generasi awwalin...
🌸Buat Para Ulama dan Para Solihin ila yaumiddin...
🍄Buat yang dikhusukan pd perhimpunan ini...
🌷Khusus buat yg tiada yg diingati juga tidak diziarahi...

Apakah doa dan harapan kami Kau sia-siakan Duhai Allah..Ya Rahman Ya Rahiim???

KAMI MENDOAKAN UTK RASUL KAMI DAN SELURUH KAUM MUSLIMIN SAMADA YG MASIH HIDUP JUGA YG TELAH PERGI...

Kerana kami YAQIN...
Bahawa doa kami tak akan Dikau PERSIAKAN.

Jangan kerana kemalasan beribadah dan ketidakfahaman mendalam ttg dalil, maka MUDAH-MUDAH MENGKAFIRKAN, MENSYIRIKKAN DAN MEMBID'AHKAN orang lain. 

Teruskan amalan Bertahlil dan Majlis Zikir, moga perhimpunan kita itu menjadi saksi akan hubungan dan kasih sayang di antara kita..

Juga menjadi saksi atas SYAHADAH DAN KEIMANAN KITA..

Tuesday, February 17, 2015

PENYEMBUH BAGI ORANG YANG HATINYA SAKIT TETAPI INGIN BERUBAH MENJADI ORANG YANG SOLEH DAN ANTARA TANDA HATI SESEORANG ITU YANG SAKIT



Pada suatu hari datang seseorang berjumpa kepada seorang Para Sahabat Nabi ﷺ iaitu Saidina Abu Darda Radhiyallu'Anhu.
Lelaki itu berkata "Aku mahu menjadi orang yang soleh tetapi hatiku sakit.Wahai Imam berikan kepada aku penawar daripada Al-Quran,ubat buatan Nabi Muhammad ﷺ."

 Jawab Saidina Abu Darda "Wahai anakku,ini ubat untukmu.Lakukan solat jenazah,jenguk orang-orang yang sakit dan ziarahi kuburan.Ini akan menyembuhkan penyakitmu."Maka lelaki itu pun menuruti nasihat yang diberikan oleh Saidina Abu Darda.

Namun,kesemua itu tidak membawa sebarang perubahan kepada dirinya.Bahkan hatinya menjadi gelap dan keras membatu.Maka dia pun datang kembali dan mengadu kepada Saidina Abu Darda."Wahai Imam,aku sudah mengikuti semua nasihatmu tetapi hatiku tetap keras membatu.Aku tidak memperoleh apa pun daripada nasihatmu."

 Maka Saidina Abu Darda mengatakan "Duhai anakku.Engkau memang sudah solat jenazah seperti gerakan yang dilakukan para imm tetapi engkau belum menjalankannya secara benar.Semasa solat.Adakah engkau merenungkan "Akulah yang terbaring do keranda itu dan solat ini bagi menyolatkan aku?" Apakah engkau berkata kepada dirimu sendiri.

 "Akulah yang mereka telanjangi,akulah yang berpisah daripada harta dan pangkat,isteriku menjadi janda,anak-anakku menjadi yatim,mereka yang menguburkanku dalam bumi yang gelap,aku tidak mampu berbuat apa-apa,mereka yang mengkafaniku tanpa tali,di sini aku bersendirian dengan dosa-dosaku,sekarang dua Malaikat datang dan bertanya kepadaku,apa yang aku perlu lakukan bersendirian di rumah yang gelap ini?"

Maka orang itu pun berkata."Tidak,aku tidak merenungkan semua itu."Lalu Saidina Abu Darda menambah mengatakan."Engkau tidak mendapat apa-apa daripada solat jenazah yang engkau dirikan.Bahkan solat itu semakin menyuramkan hatimu.Sekarang pergilah dan solatlah lagi seraya merenungkan hal-hal yang aku sampaikan tadi."

Di antara tanda seseorang itu mempunyai hati yang sakit adalah

1)Cenderung berpaling daripada makanan rohani yang bermanfaat dan lebih suka memilih makanan yang membahayakan kewujudan dirinya di hadapan Allah.

2)Cenderung berpaling daripada ubat penawar yang bermanfaat bagi penyakit rohani berbahaya seperti hadir ke majlis ilmu,berzikir dan sebagainya.

3)Cenderung mengutamakan dunia dan menjadikan dunia sebagai tanah tumpah darahnya sehingga dia menjadi antara penduduk tetap dunia(Dunia diutamakan melebihi Akhirat)

4)Cenderung lalai daripada mengingati Allah sehingga dia merasa gelisah,takut miskin,takut mati dan mengalami "stress" yang berat.

5)Sukar untuk membezakan halal dan haram,baik dan batil,bermanfaat dan mudarat dan sebagainya.

Ketahuilah hati yang sakit,keras membatu dan mati ini sukar menerima kebenaran dan enggan taat kepada Allah dan Rasul-Nya.Di dalamnya tidak ada kehidupan,gersang,mengeras dan kemudiannya mati.Hati itu enggan mengenal Tuhannya,menyembah-Nya dan bertauhid kepada-Nya serta mentaati kepada apa yang dibawa oleh Baginda Rasulullah ﷺ.

Dia lebih cenderung mengikut pujukan hawa nafsu dan rayuan syaitan yang menyesatkan.Perlahan tetapi pasti ia akan menemui azab-Nya yang amat pedih kerana ingkar kepada Allah dan Rasul-Nya.

Setiap penyakit itu ada penawarnya.Dan bagi penyakit hati itu boleh kita ubati dengan selalu mendampingi Para Ulama,orang-orang soleh.Mendengar kata-kata nasihat daripada mereka,pasti akan menghidupkan hati kita yang sedang mati itu.Akan tetapi ianya perlulah secara istiqomah bukannya hanya sementara sahaja.

Untuk menjumpai semua itu maka perlulah kita istiqomah hadir di Rumah Allah,menghadiri majlis-majlis ilmu kerana di dalamnya itu terdapatnya Para Ulama dan orang-orang soleh yang mampu untuk mengubati penyakit hati kita.

Janganlah kita menjauhkan diri daripada Para Ulama.Ambillah ilmu daripada mereka kerana mereka memiliki khazanah yang paling bernilai sekali yakni ILMU.Yang mana ILMU itu adalah cahaya yang akan membantu kita untuk menuju kepada Allah Taala.

Lebih-lebih lagi kita hidup di akhir zaman.Di mana pelbagai fitnah berleluasa.Di mana akhir zaman ilmu diangkat dengan dimatikan Para Alim Ulama.Beruntung sekiranya kita sempat menadah ilmu daripada mereka dan agak malang sekali jika kita hanya mengenali mereka selepas kematian Para Ulama tanpa kita dapat mengambil manfaat daripada hidup mereka.

#MuhasabahDiri#
#PeringatanBuatDiriSendiri#
#PeringatanBersama#
#SalingIngatMengingatkan#

Monday, February 9, 2015

JANGAN SESEKALI KITA TINGGALKAN CAHAYA YANG DIBAWA OLEH BAGINDA RASULULLAH ﷺ


Ketika pada malam dan hari kelahiran Nabi ﷺ.Pelbagai peristiwa-peristiwa yang berlaku pada malam itu.Antara tanda-tanda kebesaran kelahiran Nabi ﷺ adalah.

Disebutkan oleh sebahagian Para Ulama mengatakan Nabi ﷺ dilahirkan sebelum fajar pada 12 RabiulAwwal hari isnin dan Baginda ﷺ juga wafat pada tanggal 12 RabiulAwwal pada hari isnin.

Disebutkan di dalam sebuah hadis sahih Bukhari yang diriwayatkan oleh Saidina Anas Bin Malik Radhiyallahu'Anhu.Beliau mengatakan bahawa "Tiada hari yang lebih terang yang kami alami di Madinah ini kecuali hari di mana Nabi ﷺ tiba kepada kami yakni pada peristiwa Hijrah.

Dan tidaklah ada hari yang lebih gelap yang kami alami di Madinah ini selain hari wafatnya Baginda Nabi ﷺ."Disebutkan pada hari wafatnya Nabi ﷺ maka gelaplah seluruh alam pada ketika itu.

Disebutkan di dalam hadis diriwayatkan oleh Imam Baihaqi,Imam Thabrani,Abu Nuim.Berkata Utsman Bin Abil Ash Radhiyallahu'Anhu."Sesungguhnya ibu aku telah menyaksikan Aminah Radhiyallahu'Anha melahirkan Nabi Muhammad ﷺ.

Maka berkatalah ibuku menceritakan apa yang berlaku ketika menyaksikan kelahiran Nabi ﷺ ketika beliau bersama Saidaitina Aminah.

Ketika malam itu aku(Ibu Utsman) melihat bilik Saidaitina Aminah berada dalam keadaan yang diselubungi dengan CAHAYA.Dan aku melihat ke langit seolah-olah bintang-bintang menghampiri kepada rumah ini.Maknanya untuk menunjukkan bukan sahaja CAHAYA berada di dalam rumah.Akan tetapi juga berhampiran kepada langit.

Maka ketika Saidaitina Aminah melahirkan Nabi ﷺ seolah-olah keluar daripada rahim Aminah itu CAHAYA.Dan CAHAYA itu telah menerangi bilik itu sehingga aku tidak dapat melihat apa-apa pun kecualilah CAHAYA

Diriwayatkan ketika ibu Nabi Muhammad ﷺ yakni Saidaitina Aminah Binti Wahab mengatakan "Ketika aku melahirkannya(Nabi Muhammad ﷺ) yang aku lihat keluar adalah CAHAYA.

CAHAYA itu amat terang menerangi sehingga ia dapat menerangi dan dapat melihat istana-istana Syam dan bayi yang keluar itu dalam keadaan bersih.Tiada kekotoran padanya.

Tidak sepertimana yang biasa yang ada pada bayi-bayi yang baru lahir yakni darah,tali pusat dan sebagainya.Nabi ﷺ dilahirkan dalam keadaan bersih sebersih-bersihnya dan Nabi ﷺ menggenggam jari-jari tangannya sambil jari telunjuk menunjukkan isyarat tauhid dan apabila Baginda ﷺ duduk seolah-olah dalam keadaan bersujud.

Disebutkan di dalam riwayat yang lainnya ketika Nabi ﷺ dilahirkan.Baginda ﷺ dalam keadaan sudah berkhatan.

Syeikh Feras mengatakan "Kalau kita melihat kembali kepada kisah-kisah yang disebutkan mengenai Nabi Muhammad ﷺ.
Disebutkan dalam kisah-kisah itu kebanyakan semuanya adalah mengenai NUR @ CAHAYA.

Keluar CAHAYA,datangnya CAHAYA,sebagai CAHAYA dan sebagainya.Jadi kenapa?

Maka Syeikh Feras Salou Ad-Dimasyqi mengatakan "Ini adalah Syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad ﷺ
sebenarnya adalah NUR @ CAHAYA bagi kita semua ini yang membawa CAHAYA kepada kita.

Dan barangsiapa yang meninggalkan salah satu daripada KEWAJIPAN,KEFARDHUAN yang ada di dalam syariat ini ataupun dia meninggalkan sesuatu perkara SUNNAH dalam syariat ini ataupun dia meninggalkan sesuatu perkara KEBAIKAN yang terdapat dalam syariat ini.

Maka sebenarnya dia telah meninggalkan CAHAYA yang dibawa oleh Nabi Muhamad ﷺ.

Maka janganlah kita menjadi orang-orang yang rugi yang mana tidak mahu mengambil CAHAYA yang dibawa oleh Baginda Rasulullah ﷺ dengan tidak menjaga daripada perkara-perkara yang fardhu dan tidak ingin melaksankan daripada perkara-perkara yang sunnah ataupun kita tidak ingin berbuat baik ataupun menyebarkan kebaikan,memberikan manfaat kepada orang lain.

#MutiaraKata[SYEIKH FERAS SALOU AD-DIMASYQI]

Friday, February 6, 2015

🌿 UTK AYAH Baru & Lama 🌿



⚽  1| Sebenarnya apabila kita mempunyai anak, ramai yang sudah mengaku menjadi AYAH, sebenarnya belum lagi, ibarat orang yang baru memiliki bola, dah mengaku jadi footballer.. Kena belajar bagaimana nak imbang bola itu.. 

🐣 2| AYAH itu sebenarnya gelaran untuk lelaki yang mahu mengasuh anak, bukan sekadar 'membuat' anak.. astagfirullah. Maaf ye macam kasar je.. kerana ramai lelaki begitu, tapi bukan semua. 

🌗 3| Seorang AYAH yang mahu terlibat mengasuh anak-anak bersama isterinya, sebenarnya separuh permasalahan keluarganya ini telah diatasi.. Tak caya tanyalah isteri-isteri.. 

💰 4| Sekiranya seorang AYAH yang tugasnya cuma menyedia dan memberi wang sahaja, ia telah menyamakan dirinya dengan mesin ATM. Didatangi anak ketika diperlukan sahaja.  Hu hu Muhasabah diriku.. 

💔 5| Hari ini memang telah hilangnya fungsi tarbiyah dari AYAH, banyak AYAH  tidak sedar bila anak lelakinya memasuki alam baligh.. dan anak perempuannya dah mula malu-malu.. Ruginya ayah.. 

💥 6| Jika ada anak yang durhaka, sebenarnya ia juga dari AYAH yang durhaka. Ini istilah  Sayyidina Umar Al Khattab..

🙇 7| Sekiranya seorang AYAH yang ingin didoakan oleh anaknya, berdoalah selalu dari sekarang untuk anaknya dan didiklah dengan agama..

👑 8| Sekiranya AYAH ingin dimuliakan oleh anaknya, usahalah memuliakan anaknya dengan ilmu agama.. 

🌏 9| Mengikut kajian, ramai ayah-ayah yang hampir kehilangan ciri-ciri AYAH yang sebenar. Kerana semua pengajar anak di masa kanak-kanak diisi oleh kaum ibu sahaja.

🏇 10| Padahal keberanian, survival dan ketegasan, harus diajarkan di usia kecil oleh ayah-ayah. Dimanakah AYAH sang pengajar utama?

💻 11| Dunia AYAH ketika ini bagi anak-anak hanyalah angan-angan mereka sahaja. Anak-anak mencari ayah mereka di surat khabar, tv dan komputer... 

👫 12| Banyak anak-anak sudah merasa yatim sebelum waktunya, sebab AYAH dirasakan tak hadir lagi dalam kehidupan mereka. Kerana amat sibuk dengan dunia ayah. 

📖 13| Ayuh wahai ayah-ayah semua, ambillah Semangat Al Quran mengenai pendidikan mengedepankan AYAH sebagai tokoh. Kita kenal Lukmanulhakim, Ibrahim, Ya'qub, Imron. Dalam Al Quran mereka adalah contoh AYAH yang perihatin.

👉👨 14| Ibnul Qoyyim dalam kitab Tuhfatul Maudud berkata: Jika terjadi kerusakan pada anak, penyebab utamanya adalah AYAH..

👨 15| Ingatlah! Seorang anak bernasab kepada AYAHnya bukan ibu. Nasab yang merujuk kepada anak menunjukkan kepada siapa Allah meminta dipertanggung jawapan kelak.

💎 16| Rasulullah yang mulia, sejak kecil ditinggal yatim oleh AYAHnya. Tapi nilai-nilai keAYAHan tak pernah hilang dan diperolehi dari  datok dan ayah saudaranya sendiri.. 

💜 17| Generasi sahabat menjadi generasi gemilang kerana AYAH terlibat dalam mengasuh anak bersama ibu-ibu mereka. Mereka digelari umat terbaik.

📚 18| Di dalam AlQuran ternyata terdapat 17 dialog pendidikan anak-anak. 14 diantaranya iaitu antara AYAH dan anak. Ternyata AYAH lebih banyak disebut di dalam alquran!

💞 19| Marilah semua wahai AYAH-ayah untuk melibatkan diri dalam pendidikan baik di rumah, sekolah dan dimasjid..

🌹 20| Ibu memang madrasah pertama seorang anak. Tetapi AYAHlah yang menjadi mudirnya. (Pengetuanya).

🐧 21| Ibarat burung yang punyai dua sayap. anak memerlukan kedua-duanya untuk terbang tinggi ke angkasa. Kedua sayap itu adalah AYAH dan ibunya. 

🌺 22| Ibu mengasah kepekaan rasa, AYAH memberi makna terhadap logik. Kedua-duanya diperlukan oleh anak

🍀 23| AYAH mengajarkan anak menjadi pemimpin yang tegas. Ibu membimbingnya menjadi pemimpin yg peduli. Tegas dan perihatin itu sikap utama.

🍀🌻 24| Jom wahai ayah-ayah pujuklah diri untuk berubah dan sebarkan perkongsian ini agar makin banyak AYAH-ayah yang perihatin dengan urusan pengasuhan dan membentuk generasi pejuang dunia akhirat. Allahuakbar..

MADAD,MADAD,MADAD,MADAD MADAD YA RASULULLAH..KASIH BAGINDA ﷺ KEPADA KITA SEMUA MERINDUI KITA SENTIASA.BAGAIMANA DENGAN KITA PADA HARI INI?(Muhasabah Diri Bersama)



Disebutkan di dalam hadis yang sangat panjang yang diriwayatkan oleh Imam At-Tarmizi bahawasanya disebutkan bagaimana Allah سبحانه وتعالى menyuruh Malaikat Jibril turun kepada Nabi Muhammad ﷺ dan suruh untuk memilih satu antara dua permintaan untuk diberikan bagi menghiburkan hati Nabi ﷺ yang sedang bersedih pada waktu itu pada beberapa hari.

Nabi kita kelihatan bersedih beberapa hari.Allah Taala mengetahui akan sesuatu cuma secara rasminya ikut prosedur Allah menyuruh Malaikat Jibril untuk berjumpa Nabi ﷺ.Bertanya kepada Rasulullah apa yang sedang difikirkan oleh Baginda ﷺ.

Nabi kita menjawab dengan terang."Wahai Jibril.Yang sedang saya fikirkan adalah sesuatu yang berat.Yang saya fikirkan tak lepas,tak dapat jalan penyelesaiannya.Apa itu? Kata Malaikat Jibril.

Nabi kita menjawab "Wahai Jibril.Aku kan merupakan Nabi dan Rasul yang terakhir.Ummatku juga merupakan Ummat yang terakhir.Ertinya aku bertanggungjawab tentang Ummatku mulai sekarang sampailah hari kiamat.

Kalau orang-orang yang aku didik.Kalau orang-orang yang aku olah yang aku ajar mereka seperti Abu Bakar,Umar,Uthman,Ali dan mereka yang lain-lainnya itu tak ada masalah.Tapi yang aku fikirkan sekarang adalah Ummatku yang 1000 tahun akan datang.

Bagaimana keadaan mereka?Bagaimana ibadah mereka?Kalau depan aku ini tak apalah sebab aku langsung boleh mendidik mereka.Akan tetapi Ummatku yang akan datang nanti bagaimanakah keadaan mereka?Itu yang aku fikirkan.

Maka Allah Taala menyuruh Malaikat Jibril untuk menyuruh Nabi kita memilih satu di antara dua permintaan.Apakah Rasulullah ﷺ mahu separuh daripada Ummatnya confirm masuk Syurga yakni 50% masuk Syurga ataupun Baginda ﷺ akan diberikan Syafa'atul Udzma nanti pada hari kiamat.

Akhirnya Nabi kita memilih Syafa'atul Udzma.Maknanya perhitungan Nabi ﷺ adalah Syafa'atul Udzma ini akan lebih daripada 50% masuk Syurga.Mungkin 70%,80% ataupun 90% akan masuk ke dalam Syurga dengan Syafa'atul Udzma yang akan diberikan di hari kiamat kelak.

Nabi ﷺ bersabda di dalam hadis yang sahih "Aku tunggu kamu semua di tepi telaga aku."

Telaga Kautsar ini lebih luas daripada lautan.2 000 batu lebih perjalanan luasnya telaga ini.Airnya lebih putih daripada susu.Baunya lebih harum daripada kasturi.Airnya lebih manis daripada madu.Cawan-cawannya sebilangan bintang-bintang yang berada di langit.

Sesiapa yang meminum satu teguk daripadanya maka tidak akan haus untuk selama-lamanya.Apa yang kita harapkan bukan hanya sekadar dapat meminum air daripda telaga kautsar ini tetapi apa yang kita inginkan yang kita hajatkan adalah kita dapat meminum air daripada telapak tangan Baginda Rasulullah ﷺ sendiri.

Nanti semua yang berada di sana akan dapat melihat Nabi ﷺ.Tetapi tidak semua akan dapat untuk berada dekat dengan Nabi ﷺ kerana ketika di dunia diri mereka tidak banyak untuk berselawat kepada Baginda Rasulullah ﷺ.

Rasulullah ﷺ bersabda di dalam hadis "Sesungguhnya nanti orang-orang yang akan dekat berada di sisi aku di hari kiamat nanti adalah mereka yakni orang-orang yang paling banyak berselawat kepada aku."

Akan tetapi diriwayatkan di dalam Hadis sahih Bukhari.Nanti akan ada beberapa kelompok manusia yang mana mereka nak minum daripada telaga al-kautsar.

Akan tetapi Malaikat tidak bagi.Dalam bahasa kita ini adalah peminum hantu yang mana mereka tak layak nak minum tapi dia nak minum juga.Dia cuba nak minum.Maka Malaikat sekat dia mengatakan "Kau tak boleh minum!!"

Maka perkara ini telah sampai ditelinga Nabi ﷺ.Nabi kita pun bertanya kepada Malaikat."Kenapa kau sekat Ummatku meminum daripada telaga aku?"Maka Malaikat pun mengatakan "Ya Rasulullah.Kau tengoklah failnya ini yakni buku catatan amalannya.Teruk!!"a

Nabi kita tetap nak bagi minun juga.Tetapi Malaikat tetap tidak izinkan.Maka Malaikat pun mengatakan "Engkau pernah bersabda Ya Rasulullah.Bukan termasuk daripada Ummatku orang-orang yang begini.Bukan termasuk Ummatku orang-orang yang begini.Yang mana banyak Rasulullah ﷺ bersabda di dalam hadis mengenai "Bukan termasuk daripada Ummatku"

Setelah Nabi kita telah diberitahu dengan jelas dan mantap oleh Malaikat hakikat mereka itu siapa."Tak sembahyang,berjudi,riba,memfitnah orang,memutuskan silaturahim,keluar daripada agama dan sebagainya.

Maka keluarlah daripada mulut Nabi ﷺ "Pergilah kalian jauh-jauh.Nabi kita marah.Mengatakan kepada Malaikat "Tak apa.Jangan bagi mereka minum."

Ada yang akan ditolak daripada meminum daripada telaga kautsar.Mula-mula Nabi ﷺ kita marah juga kenapa tidak diberikan untuk meminum daripada telaga Baginda ﷺ.

Akhirnya tidak dapat untuk meminum daripada telaga Nabi apatah lagi nak mendapatkan syafaat Baginda Nabi ﷺ.Oleh kerana itu janganlah kita melakukan sesuatu yang akan menyakiti hati Nabi Muhammad ﷺ ketika kita di dunia ini.

#MutiaraKata[AL-ALLAMAH TUAN GURU SYEIKH AHMAD FAHMI ZAMZAM AL-BANJARI AN-NADWI AL-MALIKI]




Pada hari kiamat bila kita di hadapan Allah.Segala kedudukan kita ketika di dunia ini tidak kiralah setinggi mana pum martabat kita,darjat kita di sisi manusia ini.Mempunyai harta-harta yang banyak sekali.

Nanti di mana hari semua orang akan lari daripada saudaranya.Baik ibu bapanya.Lari daripada isterinya dan daripada anak-anaknya.Untuk setiap jiwa pada hari itu terlalu banyak perkara yang menyibukkan dirinya.

Tidak memikirkan orang lain lagi.Dia hanya risau mengenai dirinya sendiri sahaja.Seorang sahaja yang boleh dan sanggup membantu Ummat pada hari itu iaitu Nabi kita Muhammad ﷺ.

Sebab itu Para Ulama mengatakan "Bergantunglah pada kadar hubungan kita bersama Nabi ﷺ semasa kita di dunia ini.Demikianlah juga Nabi ﷺ akan bersahabat dengan kita pada hari kiamat kelak."

Yakni sejauh mana kecintaan kita kepada Nabi Muhammad ﷺ.Melaksanakan segala apa yang ditinggalkan oleh Rasulullah ﷺ dan mengamalkan sunnah-sunnah Nabi ﷺ dalam kehidupan seharian dan jangan lupa untuk memperbanyakkan untuk berselawat kepada Nabi ﷺ.

#MutiaraKata[SYEIKH FERAS SALOU AD-DIMASYQI]



Diriwayatkan pada hari kiamat nanti ketika di Padang Marsyar kelak matahari itu seolah-olah berada hanya sejengkal daripada kepala kita.Bayangkan betapa panasnya.Sepanas-panas kita rasakan ketika berada di dunia ini maka kita akan rasaka lebih panas lagi di Marsyar nanti.

Begitulah azab yang Allah turunkan kepada orang-orang yang zalim yang melakukan dosa dan kemaksiatan dan orang-orang kafir.Yang mana sebahagian mereka itu dalam keadaan tenggelam.Sebahagian mereka itu sehingga mencecah ke hidung kerana keringat,peluh mereka membasahi memenuhi sehingga ada yang sampai ke dada.Bahkan ada sebahagian mereka nanti yang tak nampak langsung.

Begitu dahsyat Padang Marsyar yang telah Allah Taala janjikan kepada manusia.Pada hari itu dalam keadaan yang panas berpeluh sehingga manusia meminta untuk disegerakan untuk dihisab.

Semua orang akan mencari seteguk air untuk menghilangkan dahaga dan meneruskan perjalanan untuk mencari Nabi Adam Alaihissalam untuk meminta pertolongan dan syafaat daripada Nabi Adam.Akan tetapi ternyata apabila sampai kepada Nabi Adam.

Dan mengatakan "Wahai Nabi Adam.Kamu adalah datuk kami maka berikanlah kepada kami Syafaat.Maka Nabi Adan berkata "Aku pun tidak mampu untuk memberikan syafaat kepada kamu kerana aku pun ada masalah aku sendiri.Sendiri!!Sendiri!!

Maka manusia akan pergi kepada Nabi Nuh Alaihissalam tetapi ternyata memperoleh jawapan yang sama iaitu Sendiri!!Sendiri!!Sehinggalah pergi kepada Para Nabi yang lainnya jawapannya tetap sama "Sendiri!!Sendiri!!

Tiada yang lain,tiada yang mampu untuk menolong pada ketika itu kecuali Nabi kita Muhammad ﷺ.Yang man rahmat bagi orang mukmin dan juga rahmat bagi orang kafir.Datanglah mereka semua kepada Nabi ﷺ.

Nabi yang begitu agung,Nabi yang ketika di dunia mereka hina,mereka caci dan mereka lupakan untuk meraih kesenangan hidup di dunia semata-mata.Akan tetapi pada ketika itu semua orang datang kepada Nabi Muhammad ﷺ.

Alangkah indahnya akhlak Rasulullah ﷺ.Walaupun Ummatnya yang ketika di dunia sering kali lupa akan Baginda,tidak mengikut sunnah-sunnahnya dan sering melakukan dosa-dosa dan kemaksiatan.Nabi ﷺ tidak mengatakan tidak kepada semua.

Akan tetapi Baginda Rasulullah ﷺ mengatakan "Aku lah orang yang kalian cari.Aku lah yang akan memberikan syafaat kepada kalian semua.Maka tersungkurlah Baginda ﷺ bersujud kepada Allah dalam suatu tempoh yang agak panjang dan lama untuk bermunajat kepada Allah Taala supaya memohon kepada Allah akan keselamatan Ummatnya.

Maka Allahسبحانه وتعالى mengatakan "Angkatlah kepalamu wahai Muhammad.Angkatlah kepalamu wahai Muhammad.Mintalah apa sahaja nescaya akan Aku berikan.

Maka Nabi ﷺ mengangkat dahinya daripada tempat sujud dan meminta kepada Allah agar diberikan syafaat untuk Ummatnya,diangkatkan hisab,dicepatkan hisab agar manusia semua dihisab dengan langsung.

Betapa besarnya nilainya Rasulullah ﷺ di akhirat kelak.Akan tetapi ketika di dunia ini manusia sering lupa dan lalai untuk mengingati Rasulullah ﷺ dan tidak tahu menghargai.

Akhirnya syafaat telah diberikan kepada Baginda Nabi ﷺ.Hisab dimulakan.Orang yang masuk ke dalam Neraka maka akan dimasukkan ke dalam Neraka.Manakala yang masuk ke Syurga akan dimasukkan ke dalam Syurga.

Maka tinggallah Ummat Nabi Muhamad ﷺ yang masih mana di dalam diri mereka itu ada cinta kepada Nabi ﷺ.Yang mana mereka berselawat kepada Nabi ﷺ.Akan tetapi mereka tergelincir dengan perbuatan yang haram.Mereka tergelincir dengan perbuatan maksiat.

Maka Nabi ﷺ mengatakan "Wahai Jibril.Adakah Ummatku semua sudah masuk ke Syurga?"Maka Malaikat Jibril pun mengatakan "Ya Muhammad!"

Maka Nabi Muhammad ﷺ yang begitu mencintai Ummatnya ingin memastikan semua Ummatnya diberikan syafaat langsung kepada Ummat-Ummat yang masih di dalam Neraka.

Sebab itu Para Sahabat pernah bertanya kepada Baginda Rasulullah ﷺ mengatakan "Ya Rasulullah.Ummat mu yany telah dimasukkan ke dalam Neraka yang mana mereka sudah menjadi hitam.Bagaimanakah kamu akan mengetahuinya bahawasanya seseorang itu adalah merupakan Ummat mu Ya Rasulullah?"

Maka Rasulullah ﷺ mengatakan "Aku akan mengetahui daripada bekas-bekas wudhuk mereka."

Nabi ﷺ memberikan gambaran dan juga nasihat kepada kita agak sentiasa berwudhuk,menjaga wudhuk dan mendirikan solat agar nanti Rasulullah ﷺ akan mengetahui manakah Ummatnya yang akan diberikan syafaat.

#MutiaraKata[AL-MUSNID SYEIKH MUHAMMAD HUSNI GINTING AL-LANGKATI AL-AZHARI]

**Sebab itu marilah kita menasihati antara satu sama lainnya.Bagi yang tidak solat maka dirikan solat jagalah solat fardhu kita semua.Kalau boleh menjaganya dengan solat berjemaah dan ditambah dengan solat-solat sunnat yang lainnya setiap hari.

Kerana Para Ulama mengatakan Nabi ﷺ ketika masih hidup hanya beberapa kali sahaja tidak menunaikan solat fardhu secara berjemaah.Itu pun disebabkan oleh keuzuran seperti sakit dan dalam peperangan.

Dan selalulah untuk kita semua untuk selalu menghadirkan diri melazimi untuk berada di Rumah-Rumah Allah yakni Masjid kerana nanti di hari akhirat kelak.Salah satu golongan daripada 7 golongan yang akan mendapat naunganNya adalah mereka yang telah mengikat dirinya dengan Masjid.

Bagi yang tidak menutup aurat dan masih bergelumbang dalam kancah kemaksiatan maka marilah kita sama-sama berhijrah untuk menutup aurat dan bertaubat kepada Allah Taala kerana Rahmat dan Pengampunan Allah itu lebih besar daripada dosa-dosa dan kemaksiatan yang telah kita lakukan.Yakin dan percayalah.

Mari kita memperbanyakkan ibadah dikala usia kita masih muda ini.Diberikan,dikurniakan kesihatan tubuh badan yang sihat.Jangan tunggu masa kita dah tua dah tidak mempunyai kudrat baru kita menyesal nak beribadah,bermunajat kepada Allh Taala.

Kerana apa yang kita usahakan di usia muda ini maka hasilnya nanti InshaAllah akan kita perolehi ketika di usia tua kelak.Dapat mengaut keuntungan hasil ibadah ketika di usia muda.Oleh itu,marilah kita semua melakukan melaksanakan sebanyak mampu ibadah kita kepada Allah Taala.

Menghidupkan sunnah-sunnah Baginda Nabi dalam kehidupan kita kerana setiap sunnah yang kita hidupkan itu mempunyai cahayaNya dan jangan lupa untuk sesekali memperbanyakkan selawat serta salam kepada Nabi Muhammad ﷺ.Mudah-mudahan kita memperolehi Syafaatnya Baginda Nabi ﷺ dan dapat berada sedekat-dekatnya bersama Baginda Nabi ﷺ

Bayangkan jika di dunia lagi kita tidak mampu untuk mengajak,menasihati,membimbing orang-orang yang kita sayangi dan kasihi.Ahli keluarga kita,sahabat-sahabat kita.Bagaimana kelak di hari akhirat kelak nanti di saat semua manusia sibuk memikirkan perihal masing-masing tidak pasti amalan pahala yang manakah yang akan membantu diri mereka untuk masuk ke dalam syurgaNya Allah.

Sama-sama kita muhasabah diri.Nasihat-menasihati antara satu sama lain.

Amalan Harian Yang Perlu Dijaga Secara Istiqamah:



1. Solat Tahajud di waktu ¾ malam sekurang-kurangnya 2 rakaat & solat sunat wiitir sekurang-kurangnya 1 rakaat sebelum masuk waktu Subuh- Tahajjud merupakan jalan orang-orang yang soleh, amalan para Nabi dan Wali-wali Allah yang terdahulu. Jangan ditinggalkan.

2. Selepas Subuh, zikir 300 pagi {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}. Zikir sangat penting kerana semasa kedatangan DAJJAL hanya zikir sebagai sumber makanan dan minuman. Hanya orang yang benar-benar jaga zikir shj mempunyai sumber makanan dan minuman pada waktu itu. Selainnya akan mengikut DAJJAL untuk mendapat makanan dan minuman.

3. Kemudian bacalah surah Yasin- Allah janji segala hajatnya pada hari itu akan dipenuhi.

4. Kemudian selepas 26 min naik matahari, solat sunat Isyraq 4 rakaat- Allah janji akan menolong kamu menyempurnakan segala urusanmu pada hari itu.

5. Kemudian solat sunat Dhuha, boleh dilakukan bermula 20 minit selapas Isyraq (di antara jam 8-12 tghari). Nabi SAW bersabda: “Sesiapa mengerjakan solat Dhuha 2 rakaat, dia tidak tergolong di dalam golongan orang-orang yg lalai dan lupa.” Solat Dhuha juga memudahkan urusan dan memberkati rezeki.

6. Selepas solat Zohor, bacalah surah Ar-Rahman- Nabi SAW bersabda: “Segala sesuatu itu mempunyai mempelai, dan mempelai bagi Al-Quran adalah surah Ar-Rahman.” Surah Ar-Rahman menanam sifat syukur di dalam hati atas nikmat-nikmat Allah dan dengan amalan membaca Surah Ar-Rahman juga sangat baik untuk meningkatkan kecerdasan otak.

7. Selepas solat fardhu Asar, zikir 300 petang, {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}

8. Kemudian baca Surah An-Naba’ – Nabi SAW bersabda: “ Jika kamu tahu fadhilat dan besarnya pahala membaca surah An-Naba’, maka kamu akan berhenti daripada tugas-tugas kamu, lalu mempelajari surah tersebut dan mendekatkan diri kepada Allah dengan membacanya. Sesungguhnya Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka yang mengamalkan membacanya selain dosa syirik.”

9. Selepas solat Maghrib, solat sunat Auwabin-Allah janji akan memberi keampunan terhadap dosa-dosa melainkan dosa syirik kepadaNya.

10. Kemudian bacalah surah Al-Waqiah-Allah janji sesiapa yang istiqamah mengamalkannya pada setiap malam, kebuluran & kemiskinan tidak akan menemuinya.

11. Selepas Isya’ bacalah surah Al-Mulk-Allah janji akan memelihara daripada azab kubur. Nabi SAW tidak akan tidur selagi tidak membaca surah Al-Mulk dan surah As-Sajdah.

12. Setiap malam bacalah Ayatul Kursi dan “Amanar-Rasul” hingga habis. Sangat-sangat penting untuk melindung diri daripada pengaruh syaitan dan kejahatan

13. Sebelum tidur, solat sunat Taubat dan tidur beradab seperti mana Nabi SAW tunjuk ajar.

14. Setiap malam apabila hendak tidur, muhasabah diri, pohonlah keampunan drpd Allah diatas dosa-dosa dan bagi setiap amalan yang baik, nyatakan kesyukuranmu kepada Allah.

15. Sebelum tidur fikirkan dan renunglah (muqarabah) juga mengenai mati dan peristiwa-peristiwa selepas maut. Muqaraba adalah perlu untuk membentuk sifat Taqwa.

16. Setiap hari bacalah al-Quran (Tilawatul Quran) walaupun hanya satu ‘ain’. Latihan tilawah sangat memberi kesan kepada hati. Hati yang tidak ada al-Quran seumpama hati yang mati. Pembacaan Al-Quran janganlah ditinggalkan. Hak Al-Quran adalah perlu dikatamkan dua kali setiap tahun.

17. Setiap pagi Jumaat bacalah surah Al-Kahfi, kalau tak mampu habiskan seluruh surah, bacalah seberapa banyak yang boleh- Allah janji ‘cahaya’ di hari kiamat dan diampunkannya diantara dua Jumaat. Nabi SAW bersabda: ‘Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya drpd bawah kakinya hingga ke langit.’

18. Hendaklah hati & lidah sentiasa sibuk dengan berzikir didalam apa jua kegiatan sama ada berjalan, duduk atau bekerja. Berzikirlah ‘Lailahailallah’ sebagai amalan tetap dan berkekalan.

19. Puasa sunat Isnin & Khamis, juga puasa sunat pada hari-hari yang digalakkan dalam Islam. Untuk puasa-puasa sunat bg isteri, mintalah keizinan daripada suami-suami kamu.       
     
20. Cubalah sedaya-upaya berada dalam

KISAH RASULULLAH SAW DAN MALAIKAT PENGHITUNG TITISAN AIR HUJAN

| Kisah Benar WAJIB BACA !!!                                                                                                                                                                                                                                                                                                                         Diriwayatkan (Al-Mustadrah Syeikh An-Nuri, jilid 5:355, hadis ke 72) bahawa Rasulullah saw bersabda,                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        “Disaat aku tiba dilangit di malam Isra’ Miraj aku melihat satu malaikat memiliki1000 tangan, di setiap tangan ada 1000 jari.  Aku melihatnya menghitung jarinya satu persatu. Aku bertanya kepada Jibril as, pendampingku,                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        ‘Siapa gerangan malaikat itu, dan apa tugasnya?.’ Jibril berkata, Sesungguhnya dia adalah malaikat yang diberi tugas untuk menghitung titisan air hujan yang turun dari langit ke bumi.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        ’Rasulallah saw bertanya kepada malaikat tadi,‘Apakah kamu tahu berapa bilangan titisan air hujan yang turun dari langit ke bumi sejak diciptakan Adam as?.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        ’Malaikat itupun berkata,                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        ‘Wahai Rasulallah saw, demi yang telah mengutusmu dengan hak (kebenaran),sesungguhnya aku mengetahui semua jumlah titisan air hujan yang turun dari langit ke bumi dari mulai diciptakan Adam as sampai sekarang ini, begitu pula aku mengetahui jumlah titisan yang turun ke laut, ke darat, ke hutan rimba, ke gunung2, ke lembah2, ke sungai2, ke sawah2 dan ke tempat yang tidak diketahui manusia'                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        Mendengar huraian malaikat tadi, Rasuluallah saw sangat takjub dan bangga atas kecerdasannya dalam menghitung titisan air hujan.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        Kemudian malaikat tadi berkata kepada beliau,                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        ‘Wahai Rasulallah saw, walaupun aku memiliki 1,000 tangan dan sejuta jari dan diberikan kepandaian dan keulungan untuk menghitung titisan air hujan yang yang turun dari langit ke bumi, tapi aku memiliki kekurangan dan kelemahan.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        ’ Rasulallah saw pun bertanya,                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        ‘Apa kekurangan dan kelemahan kamu?.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        ’Malaikat itupun menjawab,                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        ‘Kekurangan dan kelemahanku, wahai Rasulullah, jika umatmu berkumpul di satu tempat, mereka menyebut namamu lalu berselawat atasmu, pada saat itu aku tidak mampu menghitung berapa banyaknya pahala yang diberikan Allah kepada mereka atas selawat yang mereka ucapkan atas dirimu."                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                 اللهم صل علي سيدنا محمد و علي ال محمد                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        Allahhuakhbar. Plz don't keep it, share the knowledge...

CIRI-CIRI KEKASIH-KEKASIH ALLAH WALI ALLAH DAN KEPENTINGAN ILMU TASAWWUF


Sesunguhnya karomah Para Wali itu merupakan sesuatu yang benar dan tidak boleh kita nafikan kerana orang yang dipilih oleh Allah sebagai WaliNya adalah merupakan orang yang sentiasa melakukan ketaatan kepada Allah dan merupakan orang yang sentiasa meninggalkan perkara-perkara maksiat dan kelazatan-kela zatan syahwat/hawa nafsu.

Ini adalah ciri-ciri Kekasih-Kekasih Allah ataupun Wali-Wali Allah سبحانه وتعالى.Mereka ini dikurniakan karomah adalah hasil ketaatan mereka kepada Allah.Hasil usaha mereka menjauhi maksiat dan kelazatan syahwat/hawa nafsu maka Allahسبحانه وتعالى mengurniakan kepada mereka karomah ini.

Pada suatu ketika Saidina Umar Al-Khattab Radhiyallahu'Anhu berada di Mesir.Pada suatu hari air Sungai Nil tidak mengalir.Ini merupakan suatu musibah kerana bagaimana untuk para petani untuk bercucuk tanam kerana tiada bekalan air disebabkan air Sungai Nil tidak mengalir.

Maka Saidina Umar pun menulis sesuatu perkataan di atas kertas.Kemudiannya dilemparkan kertas tersebut ke dalam air Sungai Nil.Maka dengan segera air Sungai Nil kembali mengalir seperti biasa.Ini adalah merupakan karomah Saidina Umar Al-Khattab Radhiyallahu'Anhu.

Begitu juga Saidina Umar Al-Khattab karomahnya adalah suaranya itu boleh sampai didengari kepada pendengar yakni orang yang berada sangat jauh.Pada suatu hari tentera-tentera Islam berada di suatu negara yang sangat jauh daripada Kota Madinah.

Apabila Saidina Umar naik ke atas mimbarnya untuk berkhutbah ketika di Kota Madinah maka tentera-tentera Islam yang berada di negara yang jauh daripada Madinah itu telah dikejar oleh tentera-tentera musuh.

Maka mereka yakni tentera-tentera Islam tersebut tidak tahu dimanakah harus mereka bersembunyi untuk menyelamatkan diri daripada dikejar dan ditangkap oleh tentera-tentera musuh.

Maka Saidina Umar Al-Khattab pun dapat merasakan akan permasalah yang dihadapi oleh tentera-tentera Islam itu.Dengan karomah yang diberikan oleh Allah سبحانه وتعالى.

Lalu Saidina Umar mengatakan "Wahai tentera-tentera semua bersembunyilah dekat bukit sebelah sana!!".Maka tentera-tentera yang berada jauh daripada Kota Madinah itu pun mendengar suara Saidina Umar Al-Khattab di Kota Madinah dengan karomah yang dikurniakan oleh Allah di sisiNya.

Jadi ini adalah kelebihan yang diberikan oleh Allah سبحانه وتعالى.Pada masa itu mana ada facebook,whatsapp,twitter dan sebagainya alat perhubungan untuk berhubung.Tetapi ianya adalah karomah daripada Allah سبحانه وتعالى

Kerana apa?Kerana ketaatan yang dilakukan,ketaatan menjauhi kemaksiatan dan menjauhi kelazatan-kelazatan syahwat/hawa nafsu yang berada di atas permukaan bumi Allah سبحانه وتعالى ini.

Maka tak mustahil jika kita melihat ada orang yang boleh berjalan di atas air,terbang di udara.Tetapi perkara yang paling utama yang perlu kita lihat adalah adakah perkara-perkara yang seperti ini yakni yang pelik bin ajaib(karomah) ini berlaku kepada siapa?

Terjadi kepada orang-orang yang taat kepada Allahسبحانه وتعالى ataupun tidak?Kalau dia merupakan seorang yang taat kepada Allah dan kita lihat dia berjalan di atas air dan sebagainya maka benarlah dia merupakan Wali Allah.

Akan tetapi kalau sebaliknya yakni orang-orang yang tak taat kepada Allah سبحانه وتعالى maka mereka itu adalah mungkin syaitan yang menyerupai manusia ataupun mereka yang mengamalkan ilmu-ilmu sihir yang sehingga mengelirukan kita.

Ilmu tasawwuf adalah merupakan ilmu yang terpenting dan ilmu yang sangat mulia lagi-lagi pada akhir zaman ini.Apa makna tasawwuf?Secara ringkasnya yang perlu kita ketahuilah adalah tasawwuf ini adalah mengosongkan hati selain daripada Allah سبحانه وتعالى.

Tidak ada apa-apa selain daripada Allah kerana selain sesuatu perkara yang selain Allah سبحانه وتعالى itu adalah sesuatu yang hina di sisi Allah  سبحانه وتعالى.Ilmu tasawwuf ini merupakan suatu kejayaan kita kepada Allah سبحانه وتعالى.

Semakin kita dekat dengan Allah maka kita akan semakin berjaya.Semakin kita dengan Allah maka kita akan semakin cemerlang.Jadi perkara ini telah pun terbukti kerana semakin kita dekat dengan Allah سبحانه وتعالى melalui jalan ibadah maka Allah akan mengurniakan kasih sayangNya.Akan menyayangi kita.

Bila Allah سبحانه وتعالى menyayangi kita,mengasihi kita,mencintai kita maka apa sahaja yang kita minta pasti akan diberikan oleh Allah  سبحانه وتعالى.

Perkara ini telah disebutkan di dalam suatu hadis qudsi yang mana 
Rasulullah ﷺ telah bersabda di dalam sebuah hadis qudsi.

Kata Allahسبحانه وتعالى "Tidak ada satu amalan yang paling Allah cintai yang mendekatkan diri seorang hamba kepada Allah berbanding daripada kefardhuan yang difardhukan kepada Allah سبحانه وتعالى. Dekat kepada Allah dengan perkara-perkara fardhu yang difardhukan oleh Allah kepada kamu.

Apabila kamu selesai menunaikan seluruh kefardhuan yang difardhukan dan kamu membuatnya dengan sebaik-baiknya.Setelah itu kamu melaksanakan sunnah-sunnah maka Allahسبحانه وتعالى akan cinta kepada kamu.

Dan tidaklah seorang hamba itu sentiasa melaksanakan daripada perkara-perkara yang sunnah sehingga Aku akan cinta kepadanya kata Allah.Sehingga Aku cinta kepadanya kata Allah.

Kalau sekiranya Aku cinta kepadanya maka Aku akan menjadi pendengarannya untuk mendengar dan mata yang digunakan untuk memandang dan tangan yang digunakan untuk bergerak dan juga kaki yang digunakan untuk melangkah.

Dan kalau dia meminta pasti Aku akan menunaikannya.Kalau dia minta lindung kepada Aku pasti Aku akan melindunginya.

#MutiaraKata[AL-HABIB DR.ABDDURRAHMAN TOHA BIN ABDUL QADER AL-HABSYI diterjemahkan oleh AL-FADHIL USTAZ HASSAN DARUL MASRI]