Sunday, February 22, 2015

Karamah Hadir Majlis Ilmu dan Zikr



" Imam Muslim meriwayatkan dari sepotong Hadis Rasulullahi صلى الله عليه وسلم , Sesungguhnya Allah سبحانه وتعالى mempunyai Para Malaikat yang ditugaskan Khas untuk mencari Majlis Majlis Zikr dan apabila ada Majlis Zikr lalu mereka saling memanggil dan mereka datang untuk menikmati Majlis tersebut . Mereka Malaikat juga turut Berzikr demi zikr sehingga ke langit, selesai sahaja majlis Para Malaikat akan naik ke langit.

Allah سبحانه وتعالى bertanya kepada Malaikat Nya , daripada manakah Kamu Datang? Mereka jawab , Kami datang dari Majlis Zikr. Apakah Hamba Ku sedang buat di sana? Hamba Hamba Mu sedang Bertahlil kepada Engkau, Bertasbih kepada Engkau , dan Bertahmid kepada Engkau Wahai Allah. 
Pernah di tanya kepada Al Imam Hasan Al Basri apakah maksud orang yang berzikr di dalam Al Quran, maka jawab Al Imam, orang yang berzikr itu ialah halaqah halaqah ilmu dan majlis majlis ilmu yang didalam nya kita belajat yang mana Halal dan yang mana Haram.

Allah سبحانه وتعالى bertanya kepada Malaikat Nya , Apakah Perlindungan yang Hamba Ku minta? Yaa Allah, mereka minta perlindungan daripada Api Neraka. Adakah Mereka Sudah Melihat Neraka? Tidak Ya Allah. Kalau mereka sudah melihat Neraka,mesti mereka akan minta dengan sungguh sungguh Firman Allah.
Sudahkah mereka melihat Syurga? Tidak Ya Allahh. Kalau mereka sudah melihat Syurga nescaya mereka akan minta dengan sungguh sungguh.

Maka Allah Berfirman, Apakah Hamba Ku Mahukan? Jawab Malaikat , mereka mahukan Pengampunan Mu . Kemudian Allah سبحانه وتعالى berfirman, Aku menjadikan Malaikat sebagai Saksi bahawa Aku telah Ampunkan Semua Dosa yang Hadir dalam Majlis tersebut.
Kemudian ada sebahagian Malaikat berkata, YaAllah ada Hamba Mu itu selalu melalukan kesalahan, dan dia hadir ke majlis ini bukan atas niatnya untuk hadir tapi dia datang ada tujuan lain, bagaimana Ya Allah? Maka Allah Jawap, Dosa Dosa dia pun Aku Ampunkan.

Majlis Ilmu dan Zikr adalah antara Nikmat Syurga yang Allah telah letakkan di Dunia ini. Hadirlahh majlis Rasulullahh, di dalamnya ada kisah Para Nabi dan Rasul. di dalam nya ada Harta Mereka Nabi dan Rasul, di dalamnya ada Rahmah dan Barakah. "

- Al Habib Abdullah Abdul Qader Al Habsyi-

No comments:

Post a Comment