Monday, February 9, 2015

JANGAN SESEKALI KITA TINGGALKAN CAHAYA YANG DIBAWA OLEH BAGINDA RASULULLAH ﷺ


Ketika pada malam dan hari kelahiran Nabi ﷺ.Pelbagai peristiwa-peristiwa yang berlaku pada malam itu.Antara tanda-tanda kebesaran kelahiran Nabi ﷺ adalah.

Disebutkan oleh sebahagian Para Ulama mengatakan Nabi ﷺ dilahirkan sebelum fajar pada 12 RabiulAwwal hari isnin dan Baginda ﷺ juga wafat pada tanggal 12 RabiulAwwal pada hari isnin.

Disebutkan di dalam sebuah hadis sahih Bukhari yang diriwayatkan oleh Saidina Anas Bin Malik Radhiyallahu'Anhu.Beliau mengatakan bahawa "Tiada hari yang lebih terang yang kami alami di Madinah ini kecuali hari di mana Nabi ﷺ tiba kepada kami yakni pada peristiwa Hijrah.

Dan tidaklah ada hari yang lebih gelap yang kami alami di Madinah ini selain hari wafatnya Baginda Nabi ﷺ."Disebutkan pada hari wafatnya Nabi ﷺ maka gelaplah seluruh alam pada ketika itu.

Disebutkan di dalam hadis diriwayatkan oleh Imam Baihaqi,Imam Thabrani,Abu Nuim.Berkata Utsman Bin Abil Ash Radhiyallahu'Anhu."Sesungguhnya ibu aku telah menyaksikan Aminah Radhiyallahu'Anha melahirkan Nabi Muhammad ﷺ.

Maka berkatalah ibuku menceritakan apa yang berlaku ketika menyaksikan kelahiran Nabi ﷺ ketika beliau bersama Saidaitina Aminah.

Ketika malam itu aku(Ibu Utsman) melihat bilik Saidaitina Aminah berada dalam keadaan yang diselubungi dengan CAHAYA.Dan aku melihat ke langit seolah-olah bintang-bintang menghampiri kepada rumah ini.Maknanya untuk menunjukkan bukan sahaja CAHAYA berada di dalam rumah.Akan tetapi juga berhampiran kepada langit.

Maka ketika Saidaitina Aminah melahirkan Nabi ﷺ seolah-olah keluar daripada rahim Aminah itu CAHAYA.Dan CAHAYA itu telah menerangi bilik itu sehingga aku tidak dapat melihat apa-apa pun kecualilah CAHAYA

Diriwayatkan ketika ibu Nabi Muhammad ﷺ yakni Saidaitina Aminah Binti Wahab mengatakan "Ketika aku melahirkannya(Nabi Muhammad ﷺ) yang aku lihat keluar adalah CAHAYA.

CAHAYA itu amat terang menerangi sehingga ia dapat menerangi dan dapat melihat istana-istana Syam dan bayi yang keluar itu dalam keadaan bersih.Tiada kekotoran padanya.

Tidak sepertimana yang biasa yang ada pada bayi-bayi yang baru lahir yakni darah,tali pusat dan sebagainya.Nabi ﷺ dilahirkan dalam keadaan bersih sebersih-bersihnya dan Nabi ﷺ menggenggam jari-jari tangannya sambil jari telunjuk menunjukkan isyarat tauhid dan apabila Baginda ﷺ duduk seolah-olah dalam keadaan bersujud.

Disebutkan di dalam riwayat yang lainnya ketika Nabi ﷺ dilahirkan.Baginda ﷺ dalam keadaan sudah berkhatan.

Syeikh Feras mengatakan "Kalau kita melihat kembali kepada kisah-kisah yang disebutkan mengenai Nabi Muhammad ﷺ.
Disebutkan dalam kisah-kisah itu kebanyakan semuanya adalah mengenai NUR @ CAHAYA.

Keluar CAHAYA,datangnya CAHAYA,sebagai CAHAYA dan sebagainya.Jadi kenapa?

Maka Syeikh Feras Salou Ad-Dimasyqi mengatakan "Ini adalah Syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad ﷺ
sebenarnya adalah NUR @ CAHAYA bagi kita semua ini yang membawa CAHAYA kepada kita.

Dan barangsiapa yang meninggalkan salah satu daripada KEWAJIPAN,KEFARDHUAN yang ada di dalam syariat ini ataupun dia meninggalkan sesuatu perkara SUNNAH dalam syariat ini ataupun dia meninggalkan sesuatu perkara KEBAIKAN yang terdapat dalam syariat ini.

Maka sebenarnya dia telah meninggalkan CAHAYA yang dibawa oleh Nabi Muhamad ﷺ.

Maka janganlah kita menjadi orang-orang yang rugi yang mana tidak mahu mengambil CAHAYA yang dibawa oleh Baginda Rasulullah ﷺ dengan tidak menjaga daripada perkara-perkara yang fardhu dan tidak ingin melaksankan daripada perkara-perkara yang sunnah ataupun kita tidak ingin berbuat baik ataupun menyebarkan kebaikan,memberikan manfaat kepada orang lain.

#MutiaraKata[SYEIKH FERAS SALOU AD-DIMASYQI]

No comments:

Post a Comment