Sunday, February 22, 2015

HADIRILAH MAJLIS-MAJLIS ILMU DAN DAMPINGILAH ORANG-ORANG YANG BOLEH MENGINGATKAN KITA KEPADA ALLAH TAALA KHUSUSNYA PARA ALIM ULAMA AGAR PERJALANAN KITA MENUJU KEPADA ALLAH TAALA SENTIASA TERBIMBING DAN LURUS MENUJU KEPADA-NYA



Kalau ditanya bagaimanakah seseorang itu ingin medekatkan diri kepada Allah سبحانه وتعالى
dan bagaimana agar kita dapat mencintai Rasulullah ﷺ?

Maka jawabnya carilah majlis-majlis yang mendatangkan keredhaan Allah  سبحانه وتعالى dan carilah majlis-majlis yang dapat menambahkan kecintaan kepada Baginda Nabi ﷺ.

Maka ini adalah perkara yang kita patut kehendaki yang perlu kita usahakan.Oleh itu,hendaklah kita merapatkan diri dengan Para Ulama.Janganlah kita berpisah daripada Ulama.Kita hendaklah mencari kebaikan yang terdapat dari Agama kita yakni Islam.

Apabila kita hendak menginginkan kebaikan perkara melibatkan duniawi.Maka kita sudah akan mencari orang yang dapat membaiki urusan duniawi kita.

Apabila kita ingin mencari kebaikan Agama kita untuk mendekatkan diri kepada Allah سبحانه وتعالى dan Rasulullah ﷺ.
Maka hendaklah kita mencari Para Ulama yang mana mereka adalah Pewaris Para Nabi.Tidak ada satu daerah pun melainkan di dalam daerah itu ditempatkan satu Ulama yang dapat menunjukkan jalan kepada Allah  سبحانه وتعالى
 
Ini adalah keberkatan yg turun oleh Allah سبحانه وتعالى yang diletakkan di satu daerah.Di antara Ulama ada yang dikenali malah ada juga di antara mereka yang tidak dikenali kerana ditutup oleh Allah سبحانه وتعالى.Maka hendaklah kita mencari Ulama kerana sesungguhnya jalan menuju ke Syurga ada di tangan mereka.

Seperti sabda Nabi SAW "Barangsiapa yg berjalan di suatu jalan untuk menuntut ilmu.Maka Allah  سبحانه وتعالى akan mudahkan baginya jalan menuju ke Syurga"

#MutiaraKata[AL-HABIB MAHDI ABU BAKAR AL-HAMID]

#MuhasabahDiri
#PeringatanBuatDiriSendiri
#PeringatanBersama
#SalingIngatMengingatkan

No comments:

Post a Comment