Monday, February 23, 2015

MANFAATKAN MASA LAPANG KITA SUPAYA KITA TIDAK MELANGGAR PERINTAH ALLAH SEBALIKNYA KITA DAPAT MENGGUNAKAN MASA KITA UNTUK MENTAATI SEGALA PERINTAH ALLAH TAALA.



Bersyukurlah kerana kita menggunakan masa kita untuk duduk di dalam masjid menunaikan solat berjemaah,telinga kits mendengar perkara agama,mata kita melihat perkara agama orang-orang soleh,otak kita fikirkan perkara agama.

Bayangkan kalau ajal kita datang menjemput InshaAllah dengan yakin Allah akan memasukkan kita ke dalam Syurga kerana Islam yang kita dapat sekarang ini adalah Islam yang tulen menggunakan segala masa kta untuk beribadah kepada Allah.

Kerana ada orang mendapat Islam yang palsu.Nama sahaja Islam tapi isi tak ada Islam.Ada yang dapat Islam yang rojak bercampur habis perkara syirik dan tauhid semua dia sambut.Ada orang yang namanya Islam tapi mendapat Islam yang rosak yang tak ada isi yang mana Islam yang kutuk Para Sahabat,Islam yang tolak sunnah dan dia pakai Al-Quran sahaja.

Jadi dalam keadaan sekarang yang berbagai-bagai pendakwaan dan amalan yang wujud.Allah Taala memberikan kepada kita Islam yang asli yang mana menggunakan masa dengan sebaik-baiknya hadir ke masjid menunaikan solat berjemaah,menghadiri majlis ilmu.

Ada orang yang banyak harta,pakai kereta besar,rumah besar tetapi apa ertinya kerana dirinya tidak terpilih untuk hadir ke masjid menunaikan solat berjemaah.Solat berjemaah ini adalah suatu sunnah yang begitu besar.Sesuatu yang perlu kita syukuri apabila Allah memilih kita untuk berada di RumahNya untuk berjemaah.

Cuba kita perbaiki lagi supaya Islam yang kita dapat sekarang ini sampai kepada suatu tahap yang lebih tulen sepertimana Para Sahabat yang kita menghayati hidup mereka yang tidak melanggar perkara-perkara yang dilarang oleh Allah Taala.

Disebutkan asas agama itu ada 4 perkara:

1)Mesti jujur iaitu menghalakan segala-galanya kepada Allah,nak pergi kepada Allah,balik kepada Allah.

2)Sihatkan aqidah kita.Mesti jelas jangan kita silap dalam pegangan kita.

3)Tunaikan,sempurnakan janji kita iaitu kita buat apa yang diperintah oleh Allah.Jangan kita banyak cakap,persoalkan semua tapi kita buat sahaja.

4)Tinggalkan segala perkara yang yang dilarang oleh Allah Taala.Jangan cuba-cuba buat.

Sebab itu apa yang disebutkan oleh Ulama.Kalau kita nak sentiasa jadi orang yang sedar yang sentiasa boleh bertaubat,insaf,betul-betul takut yang mana kita tidak akan buat apa yang ditegah,dilarang oleh Allah.

Maka 3 pendekatan yang perlu kita lihat.

1)Kita kena tengok apa yang kita nak buat ini.Perbuatan ini "Adakah akan membuatkan kita rasa berbangga ataupun kita akan rasa kesal?".Kalau kita lihat semua perbuatan dosa,maksiat dan mungkar tidak akan memberikan rasa kebanggaan pada diri.

Mungkin kita rasa seronok sekejap.Akan tetapi suatu masa nanti kita akan rasa menyesal.Menyesal di dunia tak apa lagi tapi menyesal di akhirat habis.


2)Bila kita nak buat sesuatu.Kita lihat,fikir dahulu dalam-dalam "Apakah ada kemurkaan Allah di dalam perbuatan kita?".Kalau ibu bapa kita marah kita pun sudah pasti susah kita.Bayangkan inikan pula Allah murka kepada kita.

Kita fikir apabila nak buat sesuatu "Apakah akan mengundang kemurkaan Allah?Kalau itu akan berlaku maka jangan cuba-cuba buat."Ini semua akan membawa kita kuat untuk sentiasa bertaubat kepada Allah.

3)Kita tidak mampu untuk menahan dan menanggung azab seksaan Allah.Cuba bayangkan kalau panas di dunia pun kita dah tak tahan.Inikan pula kepanasan di akhirat kelak.Kalau kita rasa sakit kalau kena tumbuk dengan orang ketika di dunia ini.Bayangkan seksaan yang dibawa oleh Malaikat pada kita.

Kalau kita fikirkan sudah pasti kita tak mampu bertahan dalam keadaan azab seksa yanf begitu dahsyat.Kita buat dosa,langgar perintah Allah.Allah berikan kita nikmat itu ini tapi kita langsung tak menghargainya bersyukur.Sebaliknya kita langgar perintah-Nya.

Bila kita fikirkan semua ini.InshaAllah kita akan sentiasa sibukkan diri untuk meningkatkan amal ibadah kita kepada Allah Taala sampai kita berusaha mencari keredhaan Allah kerana keredhaan Allah itulah yang disebutkan sesuatu yang paling besar.

Tiada lagi perkara yang lebih besar daripada keredhaan Allah.Hari ini manusia lupa untuk mencapai keredhaan Allah.

Mudahan-mudahan kita dapat memanfaatkan masa lapang kita untuk sentiasa beribadah kepada Allah Taala.

#MutiaraKata[AL-FADHIL USTAZ FADZLI AHMAD AL-YAMANI]

#MuhasabahDiri
#PeringatanBuatDiriSendiri
#PeringatanBersama
#SalingIngatMengingatkan

No comments:

Post a Comment