Friday, February 6, 2015

MADAD,MADAD,MADAD,MADAD MADAD YA RASULULLAH..KASIH BAGINDA ﷺ KEPADA KITA SEMUA MERINDUI KITA SENTIASA.BAGAIMANA DENGAN KITA PADA HARI INI?(Muhasabah Diri Bersama)



Disebutkan di dalam hadis yang sangat panjang yang diriwayatkan oleh Imam At-Tarmizi bahawasanya disebutkan bagaimana Allah سبحانه وتعالى menyuruh Malaikat Jibril turun kepada Nabi Muhammad ﷺ dan suruh untuk memilih satu antara dua permintaan untuk diberikan bagi menghiburkan hati Nabi ﷺ yang sedang bersedih pada waktu itu pada beberapa hari.

Nabi kita kelihatan bersedih beberapa hari.Allah Taala mengetahui akan sesuatu cuma secara rasminya ikut prosedur Allah menyuruh Malaikat Jibril untuk berjumpa Nabi ﷺ.Bertanya kepada Rasulullah apa yang sedang difikirkan oleh Baginda ﷺ.

Nabi kita menjawab dengan terang."Wahai Jibril.Yang sedang saya fikirkan adalah sesuatu yang berat.Yang saya fikirkan tak lepas,tak dapat jalan penyelesaiannya.Apa itu? Kata Malaikat Jibril.

Nabi kita menjawab "Wahai Jibril.Aku kan merupakan Nabi dan Rasul yang terakhir.Ummatku juga merupakan Ummat yang terakhir.Ertinya aku bertanggungjawab tentang Ummatku mulai sekarang sampailah hari kiamat.

Kalau orang-orang yang aku didik.Kalau orang-orang yang aku olah yang aku ajar mereka seperti Abu Bakar,Umar,Uthman,Ali dan mereka yang lain-lainnya itu tak ada masalah.Tapi yang aku fikirkan sekarang adalah Ummatku yang 1000 tahun akan datang.

Bagaimana keadaan mereka?Bagaimana ibadah mereka?Kalau depan aku ini tak apalah sebab aku langsung boleh mendidik mereka.Akan tetapi Ummatku yang akan datang nanti bagaimanakah keadaan mereka?Itu yang aku fikirkan.

Maka Allah Taala menyuruh Malaikat Jibril untuk menyuruh Nabi kita memilih satu di antara dua permintaan.Apakah Rasulullah ﷺ mahu separuh daripada Ummatnya confirm masuk Syurga yakni 50% masuk Syurga ataupun Baginda ﷺ akan diberikan Syafa'atul Udzma nanti pada hari kiamat.

Akhirnya Nabi kita memilih Syafa'atul Udzma.Maknanya perhitungan Nabi ﷺ adalah Syafa'atul Udzma ini akan lebih daripada 50% masuk Syurga.Mungkin 70%,80% ataupun 90% akan masuk ke dalam Syurga dengan Syafa'atul Udzma yang akan diberikan di hari kiamat kelak.

Nabi ﷺ bersabda di dalam hadis yang sahih "Aku tunggu kamu semua di tepi telaga aku."

Telaga Kautsar ini lebih luas daripada lautan.2 000 batu lebih perjalanan luasnya telaga ini.Airnya lebih putih daripada susu.Baunya lebih harum daripada kasturi.Airnya lebih manis daripada madu.Cawan-cawannya sebilangan bintang-bintang yang berada di langit.

Sesiapa yang meminum satu teguk daripadanya maka tidak akan haus untuk selama-lamanya.Apa yang kita harapkan bukan hanya sekadar dapat meminum air daripda telaga kautsar ini tetapi apa yang kita inginkan yang kita hajatkan adalah kita dapat meminum air daripada telapak tangan Baginda Rasulullah ﷺ sendiri.

Nanti semua yang berada di sana akan dapat melihat Nabi ﷺ.Tetapi tidak semua akan dapat untuk berada dekat dengan Nabi ﷺ kerana ketika di dunia diri mereka tidak banyak untuk berselawat kepada Baginda Rasulullah ﷺ.

Rasulullah ﷺ bersabda di dalam hadis "Sesungguhnya nanti orang-orang yang akan dekat berada di sisi aku di hari kiamat nanti adalah mereka yakni orang-orang yang paling banyak berselawat kepada aku."

Akan tetapi diriwayatkan di dalam Hadis sahih Bukhari.Nanti akan ada beberapa kelompok manusia yang mana mereka nak minum daripada telaga al-kautsar.

Akan tetapi Malaikat tidak bagi.Dalam bahasa kita ini adalah peminum hantu yang mana mereka tak layak nak minum tapi dia nak minum juga.Dia cuba nak minum.Maka Malaikat sekat dia mengatakan "Kau tak boleh minum!!"

Maka perkara ini telah sampai ditelinga Nabi ﷺ.Nabi kita pun bertanya kepada Malaikat."Kenapa kau sekat Ummatku meminum daripada telaga aku?"Maka Malaikat pun mengatakan "Ya Rasulullah.Kau tengoklah failnya ini yakni buku catatan amalannya.Teruk!!"a

Nabi kita tetap nak bagi minun juga.Tetapi Malaikat tetap tidak izinkan.Maka Malaikat pun mengatakan "Engkau pernah bersabda Ya Rasulullah.Bukan termasuk daripada Ummatku orang-orang yang begini.Bukan termasuk Ummatku orang-orang yang begini.Yang mana banyak Rasulullah ﷺ bersabda di dalam hadis mengenai "Bukan termasuk daripada Ummatku"

Setelah Nabi kita telah diberitahu dengan jelas dan mantap oleh Malaikat hakikat mereka itu siapa."Tak sembahyang,berjudi,riba,memfitnah orang,memutuskan silaturahim,keluar daripada agama dan sebagainya.

Maka keluarlah daripada mulut Nabi ﷺ "Pergilah kalian jauh-jauh.Nabi kita marah.Mengatakan kepada Malaikat "Tak apa.Jangan bagi mereka minum."

Ada yang akan ditolak daripada meminum daripada telaga kautsar.Mula-mula Nabi ﷺ kita marah juga kenapa tidak diberikan untuk meminum daripada telaga Baginda ﷺ.

Akhirnya tidak dapat untuk meminum daripada telaga Nabi apatah lagi nak mendapatkan syafaat Baginda Nabi ﷺ.Oleh kerana itu janganlah kita melakukan sesuatu yang akan menyakiti hati Nabi Muhammad ﷺ ketika kita di dunia ini.

#MutiaraKata[AL-ALLAMAH TUAN GURU SYEIKH AHMAD FAHMI ZAMZAM AL-BANJARI AN-NADWI AL-MALIKI]




Pada hari kiamat bila kita di hadapan Allah.Segala kedudukan kita ketika di dunia ini tidak kiralah setinggi mana pum martabat kita,darjat kita di sisi manusia ini.Mempunyai harta-harta yang banyak sekali.

Nanti di mana hari semua orang akan lari daripada saudaranya.Baik ibu bapanya.Lari daripada isterinya dan daripada anak-anaknya.Untuk setiap jiwa pada hari itu terlalu banyak perkara yang menyibukkan dirinya.

Tidak memikirkan orang lain lagi.Dia hanya risau mengenai dirinya sendiri sahaja.Seorang sahaja yang boleh dan sanggup membantu Ummat pada hari itu iaitu Nabi kita Muhammad ﷺ.

Sebab itu Para Ulama mengatakan "Bergantunglah pada kadar hubungan kita bersama Nabi ﷺ semasa kita di dunia ini.Demikianlah juga Nabi ﷺ akan bersahabat dengan kita pada hari kiamat kelak."

Yakni sejauh mana kecintaan kita kepada Nabi Muhammad ﷺ.Melaksanakan segala apa yang ditinggalkan oleh Rasulullah ﷺ dan mengamalkan sunnah-sunnah Nabi ﷺ dalam kehidupan seharian dan jangan lupa untuk memperbanyakkan untuk berselawat kepada Nabi ﷺ.

#MutiaraKata[SYEIKH FERAS SALOU AD-DIMASYQI]



Diriwayatkan pada hari kiamat nanti ketika di Padang Marsyar kelak matahari itu seolah-olah berada hanya sejengkal daripada kepala kita.Bayangkan betapa panasnya.Sepanas-panas kita rasakan ketika berada di dunia ini maka kita akan rasaka lebih panas lagi di Marsyar nanti.

Begitulah azab yang Allah turunkan kepada orang-orang yang zalim yang melakukan dosa dan kemaksiatan dan orang-orang kafir.Yang mana sebahagian mereka itu dalam keadaan tenggelam.Sebahagian mereka itu sehingga mencecah ke hidung kerana keringat,peluh mereka membasahi memenuhi sehingga ada yang sampai ke dada.Bahkan ada sebahagian mereka nanti yang tak nampak langsung.

Begitu dahsyat Padang Marsyar yang telah Allah Taala janjikan kepada manusia.Pada hari itu dalam keadaan yang panas berpeluh sehingga manusia meminta untuk disegerakan untuk dihisab.

Semua orang akan mencari seteguk air untuk menghilangkan dahaga dan meneruskan perjalanan untuk mencari Nabi Adam Alaihissalam untuk meminta pertolongan dan syafaat daripada Nabi Adam.Akan tetapi ternyata apabila sampai kepada Nabi Adam.

Dan mengatakan "Wahai Nabi Adam.Kamu adalah datuk kami maka berikanlah kepada kami Syafaat.Maka Nabi Adan berkata "Aku pun tidak mampu untuk memberikan syafaat kepada kamu kerana aku pun ada masalah aku sendiri.Sendiri!!Sendiri!!

Maka manusia akan pergi kepada Nabi Nuh Alaihissalam tetapi ternyata memperoleh jawapan yang sama iaitu Sendiri!!Sendiri!!Sehinggalah pergi kepada Para Nabi yang lainnya jawapannya tetap sama "Sendiri!!Sendiri!!

Tiada yang lain,tiada yang mampu untuk menolong pada ketika itu kecuali Nabi kita Muhammad ﷺ.Yang man rahmat bagi orang mukmin dan juga rahmat bagi orang kafir.Datanglah mereka semua kepada Nabi ﷺ.

Nabi yang begitu agung,Nabi yang ketika di dunia mereka hina,mereka caci dan mereka lupakan untuk meraih kesenangan hidup di dunia semata-mata.Akan tetapi pada ketika itu semua orang datang kepada Nabi Muhammad ﷺ.

Alangkah indahnya akhlak Rasulullah ﷺ.Walaupun Ummatnya yang ketika di dunia sering kali lupa akan Baginda,tidak mengikut sunnah-sunnahnya dan sering melakukan dosa-dosa dan kemaksiatan.Nabi ﷺ tidak mengatakan tidak kepada semua.

Akan tetapi Baginda Rasulullah ﷺ mengatakan "Aku lah orang yang kalian cari.Aku lah yang akan memberikan syafaat kepada kalian semua.Maka tersungkurlah Baginda ﷺ bersujud kepada Allah dalam suatu tempoh yang agak panjang dan lama untuk bermunajat kepada Allah Taala supaya memohon kepada Allah akan keselamatan Ummatnya.

Maka Allahسبحانه وتعالى mengatakan "Angkatlah kepalamu wahai Muhammad.Angkatlah kepalamu wahai Muhammad.Mintalah apa sahaja nescaya akan Aku berikan.

Maka Nabi ﷺ mengangkat dahinya daripada tempat sujud dan meminta kepada Allah agar diberikan syafaat untuk Ummatnya,diangkatkan hisab,dicepatkan hisab agar manusia semua dihisab dengan langsung.

Betapa besarnya nilainya Rasulullah ﷺ di akhirat kelak.Akan tetapi ketika di dunia ini manusia sering lupa dan lalai untuk mengingati Rasulullah ﷺ dan tidak tahu menghargai.

Akhirnya syafaat telah diberikan kepada Baginda Nabi ﷺ.Hisab dimulakan.Orang yang masuk ke dalam Neraka maka akan dimasukkan ke dalam Neraka.Manakala yang masuk ke Syurga akan dimasukkan ke dalam Syurga.

Maka tinggallah Ummat Nabi Muhamad ﷺ yang masih mana di dalam diri mereka itu ada cinta kepada Nabi ﷺ.Yang mana mereka berselawat kepada Nabi ﷺ.Akan tetapi mereka tergelincir dengan perbuatan yang haram.Mereka tergelincir dengan perbuatan maksiat.

Maka Nabi ﷺ mengatakan "Wahai Jibril.Adakah Ummatku semua sudah masuk ke Syurga?"Maka Malaikat Jibril pun mengatakan "Ya Muhammad!"

Maka Nabi Muhammad ﷺ yang begitu mencintai Ummatnya ingin memastikan semua Ummatnya diberikan syafaat langsung kepada Ummat-Ummat yang masih di dalam Neraka.

Sebab itu Para Sahabat pernah bertanya kepada Baginda Rasulullah ﷺ mengatakan "Ya Rasulullah.Ummat mu yany telah dimasukkan ke dalam Neraka yang mana mereka sudah menjadi hitam.Bagaimanakah kamu akan mengetahuinya bahawasanya seseorang itu adalah merupakan Ummat mu Ya Rasulullah?"

Maka Rasulullah ﷺ mengatakan "Aku akan mengetahui daripada bekas-bekas wudhuk mereka."

Nabi ﷺ memberikan gambaran dan juga nasihat kepada kita agak sentiasa berwudhuk,menjaga wudhuk dan mendirikan solat agar nanti Rasulullah ﷺ akan mengetahui manakah Ummatnya yang akan diberikan syafaat.

#MutiaraKata[AL-MUSNID SYEIKH MUHAMMAD HUSNI GINTING AL-LANGKATI AL-AZHARI]

**Sebab itu marilah kita menasihati antara satu sama lainnya.Bagi yang tidak solat maka dirikan solat jagalah solat fardhu kita semua.Kalau boleh menjaganya dengan solat berjemaah dan ditambah dengan solat-solat sunnat yang lainnya setiap hari.

Kerana Para Ulama mengatakan Nabi ﷺ ketika masih hidup hanya beberapa kali sahaja tidak menunaikan solat fardhu secara berjemaah.Itu pun disebabkan oleh keuzuran seperti sakit dan dalam peperangan.

Dan selalulah untuk kita semua untuk selalu menghadirkan diri melazimi untuk berada di Rumah-Rumah Allah yakni Masjid kerana nanti di hari akhirat kelak.Salah satu golongan daripada 7 golongan yang akan mendapat naunganNya adalah mereka yang telah mengikat dirinya dengan Masjid.

Bagi yang tidak menutup aurat dan masih bergelumbang dalam kancah kemaksiatan maka marilah kita sama-sama berhijrah untuk menutup aurat dan bertaubat kepada Allah Taala kerana Rahmat dan Pengampunan Allah itu lebih besar daripada dosa-dosa dan kemaksiatan yang telah kita lakukan.Yakin dan percayalah.

Mari kita memperbanyakkan ibadah dikala usia kita masih muda ini.Diberikan,dikurniakan kesihatan tubuh badan yang sihat.Jangan tunggu masa kita dah tua dah tidak mempunyai kudrat baru kita menyesal nak beribadah,bermunajat kepada Allh Taala.

Kerana apa yang kita usahakan di usia muda ini maka hasilnya nanti InshaAllah akan kita perolehi ketika di usia tua kelak.Dapat mengaut keuntungan hasil ibadah ketika di usia muda.Oleh itu,marilah kita semua melakukan melaksanakan sebanyak mampu ibadah kita kepada Allah Taala.

Menghidupkan sunnah-sunnah Baginda Nabi dalam kehidupan kita kerana setiap sunnah yang kita hidupkan itu mempunyai cahayaNya dan jangan lupa untuk sesekali memperbanyakkan selawat serta salam kepada Nabi Muhammad ﷺ.Mudah-mudahan kita memperolehi Syafaatnya Baginda Nabi ﷺ dan dapat berada sedekat-dekatnya bersama Baginda Nabi ﷺ

Bayangkan jika di dunia lagi kita tidak mampu untuk mengajak,menasihati,membimbing orang-orang yang kita sayangi dan kasihi.Ahli keluarga kita,sahabat-sahabat kita.Bagaimana kelak di hari akhirat kelak nanti di saat semua manusia sibuk memikirkan perihal masing-masing tidak pasti amalan pahala yang manakah yang akan membantu diri mereka untuk masuk ke dalam syurgaNya Allah.

Sama-sama kita muhasabah diri.Nasihat-menasihati antara satu sama lain.

No comments:

Post a Comment