Tuesday, February 17, 2015

PENYEMBUH BAGI ORANG YANG HATINYA SAKIT TETAPI INGIN BERUBAH MENJADI ORANG YANG SOLEH DAN ANTARA TANDA HATI SESEORANG ITU YANG SAKIT



Pada suatu hari datang seseorang berjumpa kepada seorang Para Sahabat Nabi ﷺ iaitu Saidina Abu Darda Radhiyallu'Anhu.
Lelaki itu berkata "Aku mahu menjadi orang yang soleh tetapi hatiku sakit.Wahai Imam berikan kepada aku penawar daripada Al-Quran,ubat buatan Nabi Muhammad ﷺ."

 Jawab Saidina Abu Darda "Wahai anakku,ini ubat untukmu.Lakukan solat jenazah,jenguk orang-orang yang sakit dan ziarahi kuburan.Ini akan menyembuhkan penyakitmu."Maka lelaki itu pun menuruti nasihat yang diberikan oleh Saidina Abu Darda.

Namun,kesemua itu tidak membawa sebarang perubahan kepada dirinya.Bahkan hatinya menjadi gelap dan keras membatu.Maka dia pun datang kembali dan mengadu kepada Saidina Abu Darda."Wahai Imam,aku sudah mengikuti semua nasihatmu tetapi hatiku tetap keras membatu.Aku tidak memperoleh apa pun daripada nasihatmu."

 Maka Saidina Abu Darda mengatakan "Duhai anakku.Engkau memang sudah solat jenazah seperti gerakan yang dilakukan para imm tetapi engkau belum menjalankannya secara benar.Semasa solat.Adakah engkau merenungkan "Akulah yang terbaring do keranda itu dan solat ini bagi menyolatkan aku?" Apakah engkau berkata kepada dirimu sendiri.

 "Akulah yang mereka telanjangi,akulah yang berpisah daripada harta dan pangkat,isteriku menjadi janda,anak-anakku menjadi yatim,mereka yang menguburkanku dalam bumi yang gelap,aku tidak mampu berbuat apa-apa,mereka yang mengkafaniku tanpa tali,di sini aku bersendirian dengan dosa-dosaku,sekarang dua Malaikat datang dan bertanya kepadaku,apa yang aku perlu lakukan bersendirian di rumah yang gelap ini?"

Maka orang itu pun berkata."Tidak,aku tidak merenungkan semua itu."Lalu Saidina Abu Darda menambah mengatakan."Engkau tidak mendapat apa-apa daripada solat jenazah yang engkau dirikan.Bahkan solat itu semakin menyuramkan hatimu.Sekarang pergilah dan solatlah lagi seraya merenungkan hal-hal yang aku sampaikan tadi."

Di antara tanda seseorang itu mempunyai hati yang sakit adalah

1)Cenderung berpaling daripada makanan rohani yang bermanfaat dan lebih suka memilih makanan yang membahayakan kewujudan dirinya di hadapan Allah.

2)Cenderung berpaling daripada ubat penawar yang bermanfaat bagi penyakit rohani berbahaya seperti hadir ke majlis ilmu,berzikir dan sebagainya.

3)Cenderung mengutamakan dunia dan menjadikan dunia sebagai tanah tumpah darahnya sehingga dia menjadi antara penduduk tetap dunia(Dunia diutamakan melebihi Akhirat)

4)Cenderung lalai daripada mengingati Allah sehingga dia merasa gelisah,takut miskin,takut mati dan mengalami "stress" yang berat.

5)Sukar untuk membezakan halal dan haram,baik dan batil,bermanfaat dan mudarat dan sebagainya.

Ketahuilah hati yang sakit,keras membatu dan mati ini sukar menerima kebenaran dan enggan taat kepada Allah dan Rasul-Nya.Di dalamnya tidak ada kehidupan,gersang,mengeras dan kemudiannya mati.Hati itu enggan mengenal Tuhannya,menyembah-Nya dan bertauhid kepada-Nya serta mentaati kepada apa yang dibawa oleh Baginda Rasulullah ﷺ.

Dia lebih cenderung mengikut pujukan hawa nafsu dan rayuan syaitan yang menyesatkan.Perlahan tetapi pasti ia akan menemui azab-Nya yang amat pedih kerana ingkar kepada Allah dan Rasul-Nya.

Setiap penyakit itu ada penawarnya.Dan bagi penyakit hati itu boleh kita ubati dengan selalu mendampingi Para Ulama,orang-orang soleh.Mendengar kata-kata nasihat daripada mereka,pasti akan menghidupkan hati kita yang sedang mati itu.Akan tetapi ianya perlulah secara istiqomah bukannya hanya sementara sahaja.

Untuk menjumpai semua itu maka perlulah kita istiqomah hadir di Rumah Allah,menghadiri majlis-majlis ilmu kerana di dalamnya itu terdapatnya Para Ulama dan orang-orang soleh yang mampu untuk mengubati penyakit hati kita.

Janganlah kita menjauhkan diri daripada Para Ulama.Ambillah ilmu daripada mereka kerana mereka memiliki khazanah yang paling bernilai sekali yakni ILMU.Yang mana ILMU itu adalah cahaya yang akan membantu kita untuk menuju kepada Allah Taala.

Lebih-lebih lagi kita hidup di akhir zaman.Di mana pelbagai fitnah berleluasa.Di mana akhir zaman ilmu diangkat dengan dimatikan Para Alim Ulama.Beruntung sekiranya kita sempat menadah ilmu daripada mereka dan agak malang sekali jika kita hanya mengenali mereka selepas kematian Para Ulama tanpa kita dapat mengambil manfaat daripada hidup mereka.

#MuhasabahDiri#
#PeringatanBuatDiriSendiri#
#PeringatanBersama#
#SalingIngatMengingatkan#

No comments:

Post a Comment