Friday, December 4, 2015

JADIKANLAH NABI MUHAMMAD ﷺ SEBAGAI IDOLA KITA

JADIKANLAH NABI MUHAMMAD ﷺ SEBAGAI IDOLA KITA DENGAN KITA MEMAKAIKAN SIFAT-SIFAT ADAB DAN AKHLAK BAGINDA RASULULLAH ﷺ DI DALAM KEHIDUPAN KITA.AMAT BERUNTUNGLAH MEREKA YANG SELALU MENAMBAHKAN KECINTAAN KEPADA BAGINDA RASULULLAH ﷺ

DENGAN SELALU MEMPELAJARI, MENDENGARKAN MENGENAI SIRAH NABI MUHAMMAD ﷺ DALAM KEHIDUPANNYA DAN SERING KALI MEMBASAHKAN LIDAHNYA DENGAN MEMPERBANYAKKAN SELAWAT KEPADA NABI MUHAMMAD ﷺ

Bilamana kita menyebutkan nama orang-orang soleh maka Allah سبحانه  وتعالى akan turunkan rahmat-Nya. Apatah lagi bilamana kita menyebutkan nama Baginda Nabi Muhammad ﷺ maka sudah tentulah rahmat Allah سبحانه  وتعالى akan mencurah-curah turun di dalam majlis.

Begitulah keadaannya di dalam kehidupan kita sehari-hari. Bilamana kita menghadapi masalah di dalam kehidupan kita, hati kita tidak tenang dan sebagainya maka perkara yang paling sesuai kita lakukan adalah memperbanyakkan selawat kepada Nabi Muhammad ﷺ.

Semakin banyak seseorang itu berselawat kepada Nabi Muhammad ﷺ, semakin dia ingin dekat kepada Nabi Muhammad ﷺ, semakin dia ingin mencintai Nabi Muhammad ﷺ maka ketahuilah inilah di antara salah satu perkara yang akan mendekatkan seseorang kepada Allah سبحانه  وتعالى yang akan mendapatkan cinta Allah  سبحانه  وتعالى.

Oleh kerana itu kita sebagai seorang ayah ataupun sebagai seorang ibu dan seorang anak haruslah kita mengambil berat mengenai Baginda Nabi Muhammad ﷺ dengan kita mengambil tahu mengenai sirah Nabi Muhammad ﷺ sehingga ianya masuk ke dalam hati dan fikiran kita untuk kita menjadikannya sumber kepada diri kita apakah keadaannya Nabi Muhammad ﷺ.

Ketahuilah barangsiapa yang mencintai Nabi Muhammad ﷺ maka Allah  سبحانه  وتعالى akan mencintainya dan barangsiapa yang membenci Nabi Muhammad ﷺ maka Allah سبحانه  وتعالى akan membenci kepadanya.

Di dalam hadis Nabi ﷺ bersabda yang maksudnya " Cintailah Allah kerana kenikmatan yang dilimpahkan-Nya pada kalian dan cintailah aku kerana kecintaan kalian kepada Allah dan cintailah AhlulBait ku kerana kecintaan kalian kepadaku."

Hari ini kita lihat ramai orang semakin jauh daripada agama kita, semakin jauh daripada Allah سبحانه  وتعالى. Kerana apa? Disebabkan hari ini ummat islam itu sendiri kurang mengambil berat dengan mengikuti sifat-sifat Nabi Muhammad ﷺ. Tidak mencontohi kepada adab dan akhlak yang dicontohkan oleh Nabi Muhammad ﷺ.

Sekiranya kita memakaikan sifat-sifat Nabi Muhammad ﷺ di dalam kehidupan kita maka di situ akan mendatangkan cahaya yang akhirnya ianya akan dapat memanggil masyarakat ke arah kebaikan dan menuju kepada keabdian kepada Allah سبحانه  وتعالى.

Nabi ﷺ bersabda di dalam sebuah hadis yang maksudnya " Tidak sempurna iman kalian sehingga aku lebih dicintainya dari ayah ibunya dan anaknya dan seluruh manusia." Oleh kerana itu, kemuliaan seseorang itu adalah bilamana setiap harinya dia semakin dekat dan bertambah kecintaannya kepada Allah سبحانه  وتعالى dan Nabi Muhammad ﷺ.

Apakah bukti kecintaan seseorang itu kepada Nabi Muhammad ﷺ? Di antara alamat-alamat kecintaan seseorang itu kepada Baginda Rasulullah ﷺ adalah pertama, dirinya akan mencontohi kepada Baginda Rasulullah ﷺ dengan mengikuti adab dan akhlak yang dicontohkan oleh Baginda Rasulullah ﷺ. 

Kedua, dirinya akan selalu menyebut-nyebut nama Nabi Muhammad ﷺ dengan membicarakan mengenai sirah Nabi Muhammad ﷺ dan selalu memperbanyakkan selawat kepada Baginda Rasulullah ﷺ. Ketahuilah dengan kita memperbanyakkan selawat ianya akan memberikan kesan yang begitu besar kepada diri kita hati kita kerana selawat kepada Nabi Muhammad ﷺ akan dapat melembutkan hati kita dan menanamkan mahabbah kecintaan kita kepada Baginda Rasulullah ﷺ.

Saidatina Aisyah Radhiyallahu'Anha menceritakan di dalam riwayat " Suatu hari ketika mana beliau sedang menjahit maka terjatuh jarum yang digunakannya. Sedang beliau mencari-cari jarum tersebut dalam kegelapan malam lalu masuk Nabi Muhammad ﷺ ke dalam bilik sehinggakan beliau dapat melihat dengan jelas jarum yang dicarinya itu dan diambil oleh beliau sambil tersenyum kepada Baginda Rasulullah ﷺ.

Lalu beliau mengatakan " Alangkah indahnya wajahmu, alangkah  bercahaya wajahmu Ya Rasulullah." Kata Rasulullah ﷺ " Wahai Aisyah. Benar wajahku bercahaya dan indah. Kamu tahukah nanti pada hari kiamat. Ada di kalangan Ummatku nanti ada yang tidak dapat melihat keindahan wajah ini."

Sehinggakan kehairanan Saidatina Aisyah Radhiyallahu'Anha apabila mendengar apa yang dikatakan oleh Rasulullah ﷺ. Lalu ditanya oleh beliau " Ya Rasulullah. Siapakah yang tidak dapat melihat keindahan wajahmu." Maka Nabi Muhammad ﷺ  mengatakan " Ianya adalah  orang yang bakhil."

Maka Saidatina Aisyah Radhiyallahu'Anha bertanya lagi " Siapakah orang yang bakhil itu Ya Rasulullah" Lalu Baginda Rasulullah ﷺ menjawab " Ianya adalah orang yang apabila disebutkan namaku di hadapannya dia tidak berselawat ke atasku."

#MutiaraKata[AL-HABIB ABDULLAH BIN ABDURRAHMAN AL-MUDHOR HAFIDZOHULLAH Yang Diterjemahkan Oleh AL-HABIB NAEL BIN ALI BIN TOHER HAFIDZOHULLAH]

JOM KITA MEMPERBANYAKKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN MULIA NABI MUHAMMAD ﷺ. JANGANLAH KITA MENJADI ORANG YANG BAKHIL YANG TIDAK INGIN BERSELAWAT KEPADA BAGINDA RASULULLAH ﷺ APABILA NAMA BAGINDA ﷺ DISEBUTKAN DAN BIASAKAN DIRI KITA KETIKA MANA KITA MEMBACA SESUATU TERLIHAT ADANYA NAMA NABI MUHAMMAD ﷺ MAKA KITA BERSELAWATLAH.

اللهم صل على سيدنا محمد واله وصحبه وسلم

اللهم صل على سيدنا محمد واله وصحبه وسلم

اللهم صل على سيدنا محمد واله وصحبه وسلم


#JomKitaMuhasabahDiri
#HariJumaatHariRayaKitaSemua
#JomKitaMemperbanyakkanSelawat
#JanganLupaSelepasAsarSelawat80Kali
#JomKitaMengimarahkanRumahAllah
#JomKitaSolatBerjemaah
#JomKitaHadiriMajlisIlmu
#JomKitaBersihkanHatiKita
#JomKitaDekatkanDiriDenganParaUlamaDanSolihin
#MaafAdaPenambahanPenguranganPerubahanDanKesilapanAyatDalamPenulisan
#SalingIngatMengingatkan
#SemogaMendatangkanManfaat

No comments:

Post a Comment