Friday, December 11, 2015

lmu Perkahwinan III; "Rasulullah ﷺ berpesan kepada....

Ilmu Perkahwinan III; "Rasulullah ﷺ berpesan kepada kaum mukminin, kepada kita semua agar tidak bersikap tidak adil kepada orang yang menyakiti, menzalimi kepada kita. Rasulullah ﷺ sendiri bersifat adil dan ehsan hatta kepada orang kafir juga. Kita semua mesti memahami adil dalam semua bentuk perhubungan."

"Begitu juga didalam perkahwinan. Bilamana seseorang itu berkahwin, dengan pasangannya suami isteri itu, akan menjadi satu didalam segala halnya. Termasuk kebahagiaan dan juga kesusahannya. Bukan hanya di Dunia tetapi juga di Akhirah. Perkahwinan itu adalah amanah daripada Allah سبحانه وتعالى. Dan Rasulullah ﷺ meninggalkan pesan khusus kepada kaum suami didalam bab perkahwinan."

"Didalam Al-Quran Surah An-Nisa, Allah سبحانه وتعالى berfirman; "Kalau kamu yakni kaum lelaki, khuatir tidak adil ketika kamu ingin mengahwininya dengan anak yatim, yakni dengan mengurangkan atau tidak bayar mas kahwinnya kerana beranggapan sudah membelanya sejak anak itu kecil, maka jangan nikahi perempuan itu. Lebih baik kamu menikahi perempuan lain.

"Kemudian, Allah سبحانه وتعالى ulang; "Dan jika kamu khuatir tidak berlaku adil, maka bernikahlah cuma satu. Cuma satu saja. Jadi bagi yang ingin bernikah lebih daripada satu? Kamu mesti berfikir untuk adil dari awal lagi. Yakni sebelum kamu bernikah, dan bukannya setelah bernikah baru kamu nak berfikir. Adil ini bermaksud untuk kedua belah pihak isterinya, jika kamu mampu."

"Adil bukan hanya jika beristeri lebih dari satu tapi dengan isteri yang satu saja mesti adil. Bagi yang beristeri lebih daripada satu itu, adil mestilah didalam segalanya. Bukan hanya dari segi fizikal rumah, tapi penampilan diri juga mesti adil dan sama kepada semua isteri, mesti ‘smart’ kemas, segak untuk semua isterinya. Sehinggakan orang solehin yang kahwin lebih dari satu mempunyai  selipar yang  sama di kedua-dua rumah isterinya demi berlaku adil."

"Tidak dapat dinafikan banyak berlaku masalah dalam poligami kerana suami gagal berlaku adil dan golongan kafir suka menggunakan hal ini untuk menyatakan keburukan tentang agama Islam. Mereka golongan barat itu orang orientalis suka mengkaji untuk mencari kekurangn Al-Quran."

"Mereka membawa contoh, Dikatakan dalam ayat ini. Allah سبحانه وتعالى suruh kalau takut tidak dapat berlaku adil dan dalam ayat lain Allah nyatakan dalam ayat lain yang selama-lamanya kamu tak mampu berlaku adil walaupun kamu nak adil. Jadi mereka mengambil kesimpulan, bahawa manusia takkan boleh berlaku adil dan dengan itu tiada perkahwinan lebih daripada  satu saja."

"Kalau tidak memahami ayat ini dari semua sudut memang akan mudah terpengaruh dengan fahaman mereka dan mengatakan yang Quran ini ada kontradiksi. Jawapannya tiada kontradiksi. Yakni kedua-dua ayat ini adalah saling melengkapi."

"Dalam ayat ini; “Jika kamu khuatir tidak adil, maka bernikahlah cuma satu.” Ayat ini merujuk untuk berlaku adil dari segi zahir, yakni waktu, nafkah, keperluan yang bersifat zahir. Ayat kedua pula merujuk kepada keadilan dari segi kasih-sayang. Maka dalam hal ini Rasulullah ﷺ bersabda; “Wahai Allah, inilah kemampuan saya mengagihkan semampu saya kepada isteri-isteri saya."

"Dan Jangan Kamu hukum kepada perkara yang saya tak mampu. Perkara yang mampu yang zahir, tetapi dalam hal kasih-sayang, ianya sesuatu yang di luar kawalan manusia. Rasulullah ﷺ sendiri mengasihi Sayyidatina Aisyah r.a melebihi isteri-isterinya yang lain. Walaupun begitu, ketika baginda sakit sebelum wafat, baginda tetap membahagikan waktunya dengan adil antara kesemua isterinya."

"Masalah hari ini ialah sikap umat Islam sendiri yang menyebabkan rosaknya imej Islam di mata orang bukan Islam. Perkara yang telah ditetapkan dalam Al-Quran tiada siapa pun yang boleh bantah protes. Kalau tak mampu adil, cukup dengan satu dan dengan yang satu pun mesti kamu adil juga."

"Sayyidina Abu Dzar r.a datang mengadu kepada Rasulullah ﷺ yang Sayyidina Salman Al-Farisi melarangnya puasa, qiyam pada malam hari. Apabila ditanyakan diceritakan bahawa Abu Dzar beribadah dua puluh empat jam sehingga mengabaikan hak isterinya. Oleh sebab itu dinasihatkan oleh Rasulullah." 

"Rasulullah menasihati; "Setiap orang memiliki haknya. Keluarga kamu juga ada hak, badan kamu ada hak, mereka ada hak keatas kamu, maka berikanlah masing-masing haknya.” Ini baru adil, ibadah tidak terhad kepada ibadah ‘ritual’ sahaja. Orang yang  menunaikan semua hak-hak yang sepatutnya barulah boleh disifatkan sebagai orang yang adil."

Daripada Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid.

No comments:

Post a Comment