Sunday, December 6, 2015

Umat Terbaik membentuk keluarganya

::::

Umat Terbaik membentuk keluarganya dengan Akhlak Agama. Laki bini berlumba-lumba menjalani hidup yang sederhana.

PENGARUH TABIAT ISTERI TERHADAP CARA SUAMI MENCARI NAFKAH


B I L A
D A P A T  S I K I T  C U K U P

B I L A  D A P A T  B A N Y A K
B O L E H  B A G I  O R A N G  LA I N


“Aku datang kepada seorang pedagang kain di Mekah untuk membeli baju. Lalu si pedagang mulai memuji-muji dagangannya dan bersumpah.

Lalu aku pun meninggalkannya dan aku katakan tidaklah layak beli dari orang semacam kamu. Lalu aku pun beli dari pedagang lain.”

Dua tahun setelah itu aku berhaji lagi dan aku bertemu lagi dengan orang itu. Aku tidak lagi mendengarnya memuji-muji dagangannya dan bersumpah. Lalu aku tanya kepadanya :

“Bukankah engkau orang yang dulu pernah berjumpa denganku beberapa tahun lalu?”

Ia menjawab : “Ia benar..!”

Aku bertanya lagi :

“Apa yang membuatmu berubah seperti sekarang? Aku tidak lagi melihatmu memuji-muji dagangan dan bersumpah..!”

Ia pun bercerita :

“Dulu aku punya isteri yang jika aku datang kepadanya dengan sedikit rezeki, ia meremehkannya.

Jika aku datang dengan rezeki yang banyak ia menganggapnya sedikit. Lalu Allah mengambil nyawanya dan akupun menikah lagi.

Wanita ini pula, jika aku hendak pergi ke pasar, ia memegang bajuku lalu berkata :

"Wahai suamiku..! Bertaqwalah kepada Allah..! Jangan engkau beri makan aku kecuali dengan yang halal.

Jika engkau datang dengan sedikit rezeki, aku akan menganggapnya banyak..! Dan jika kau tidak dapat apa-apa aku akan membantumu menenun kain.”

Masya Allah..! Milikilah sifat Qana’ah, sifat suka menerima dan jiwa selalu merasa cukup.

Elakkan menjadi penghubung dosa bagi suamimu. Wanita solehah akan mendorong suaminya kepada kebaikan. Sedangkan wanita kufur akan menjadi pendorong bagi suaminya untuk berbuat dosa.

CUKUPKAN DIRI DAN KELUARGA DENGAN YANG HALAL DAN BERKAT..!

Ukuran rezeki itu terletak pada keberkatannya, bukan pada jumlahnya.


D I D I K  A N A K  B I N I
D E N G A N  A G A M A !

B U A T
T A K L I M  R U M A H

::

Kitar cerita Umat Terbaik! Meneliti nilai berfikir di kalangan Umat Akhir Zaman!


S E J U K
P E R U T  M A M A

D A P A T  A N A K  M A C A M
B A N G  C I K !


"Ada ke patut budak lulusan MRSM masuk pondok? Dah la sijil tak diiktiraf, belajar jauh-jauh sampai Afrika pulak tu..!

Nanti nak makan apa? Bodohnya..! Memalukan mak bapak..! Peluang besar jadi orang besar dilepaskan pulak..!" Kata setengah mereka.


AKU SEORANG HAFIZ, SEORANG ALIM DAN IMAM

Tapi..! Pada suatu Subuh aku pergi ke masjid bersama ibu di mana aku merupakan Imam di masjid itu. Aku bacakan surah Abasa..! Dan sebak ketika sampai ayat:

"Yaumayafirrul mar'umin akhih.. Wa ummihi...wa Abih.."

Selesai solat, semasa perjalanan pulang, Ibu bertanya kenapa aku sebak ketika sampai di ayat itu?


KELAM-KABUT MAHSYAR! RAMAI YANG TAK DIBERIRAHU! DI SEKOLAH PUN TAK SAPA YANG CAKAP!

Aku jelaskan..! Ayat itu menceritakan tentang huru-hara di Padang Mahsyar sehinggakan seorang insan itu akan lari daripada saudaranya, ibunya, ayahnya, isterinya, anak-anaknya..!


GUNAKAN AKHIRAT MENGEJAR DUNIA ITU ADALAH GILA

Aku katakan, di dunia ini, bila kita jadi kaya, orang puji kononnya kita berjaya..! Bila kita gunakan dunia untuk mengejar Akhirat, orang akan kata kita gila..!

Sedangkan di Mahsyar nanti, semua "kata-kata orang" itu langsung tak
bernilai.

Ini kerana ibu, bapa, anak, isteri, saudara di dunia ini, yang sangat rapat dengan kita pun, kelak di Mahsyar mereka akan saling melarikan diri daripada berjumpa kerana takut dituntut..!

Maka aku sebak kerana aku risaukan apa keadaanku di Mahsyar kelak..!


PUJIAN DAN KEJIAN TIDAK LAGI BERMAKNA! PUJIAN TIADA MANAFAAT DAN KEJIAN TIADA MUDARAT

Pujian orang ramai selama berbelas-belas tahun tu langsung tak bagi manfaat padaku..!

Kejian selama bertahun-tahun kerana mengorbankan dunia demi agama juga  tak bagi mudarat padaku..!

Lalu kenapa manusia masih mengejar pujian orang ramai dan takut dengan celaan mereka?


MACAM INILAH ANAK YANG MAMA HARAPKAN DI AKHIRAT NANTI!

Ibu memeluk aku. Ibu tersenyum sambil menangis dan berkata,

"Sejuk perut mama dapat anak macam Bang Cik..!"

Maka itulah kali pertama dalam hidupku, aku berasa sangat gembira akan "pujian" ibuku..!

Pelbagai pencapaian demi pencapaian yang aku dapat DULU, aku tidak pernah merasa gembira seperti ini walaupun dulu juga aku dipeluk cium ibu dan dipuji..!


ANDA KEJAR APA? APA YANG KEJAR ANDA? TAK CUKUP-CUKUP LAGI?

Wahai hamba Allah..! Apa sebenarnya yang kalian kejar? Apa pula sebenarnya yang kejar kalian? Mengapa kalian masih mengejar pujian sia-sia manusia?

Sedangkan Malaikat maut pula tidak pernah lelah siang malam mengejar kalian?


NAFAS TAK BERAPA BANYAK LAGI YANG TINGGAL

Wahai saudaraku..! Apakah kalian sedar nafas kalian hanya berbaki tak seberapa lagi? Sebelum lubang kubur kalian akan digali? Apa yang aku dan kalian ada untuk Allah dan RasulNya berbangga?

KITA yang masih bernyawa ni, dah ambik bekal kah belum..? Atau masih leka dengan mainan-mainan sekeliling kita..?


BIARLAH KITA TERJAGA DI DUNIA INI DAN TERLENA DI AKHIRAT

Bak Saidina Ali r.hu, "Hidup di dunia ini ramai yang terlena. Akhirat nanti baru terjaga..!"

Jangan kita masuk dalam golongan yang "ramai" tu sebab yang ramai tu kononnya 'normallah' di akhir zaman ni..!

Masuklah dalam golongan yang sedikit yang akan membawamu masuk ke syurga selama-lamanya..!"

Pesanan untuk saya yang banyak dosa ini..! Insya Allah!

A K U
A N A K  M A M A !

A K U  M A U  P I M P I N
M A M A K U  K E  S Y U R G A

Pastikan seorang hafiz atau seorang hafizah dalam setiap Rumah Orang Islam (ROI). Di rumah anda ada?

::

No comments:

Post a Comment