Saturday, December 26, 2015

Sombong!!

Assallamualaikum 

PERKONGSIAN ILMU
****************************

♨SOMBONG♨

🔺Sombong adalah penyakit hati yg mana akan menjerumuskan pelakunya  keneraka.
🔻Tidak akan masuk syurga barang siapa ada sifat sombong dalam hatinya, walaupun seberat zarah. 
🔺Merendahkan orang lain itu sombong
🔻Mentertawakan orang atas kelemahannya pun sombong.
🔺Menunjuk2 kelebihan itu sombong. 
🔻Berlumba2 menunjuk kan kekayaan pun sombong.
🔺Memperbodoh kan org lain itu sombong.
🔻Sentiasa nak menang itu juga sombong.
🔺Mementingkan diri sendiri itu sombong.
🔻Berbanga dengan kecantikan itu juga sombong.
🔺Bersangka buruk itu sombong.
🔻Berbanga dengan kepandaian itu juga sombong.
🔺Merasa diri hebat itu sombong. 
🔻Sentiasa merasa diri betul itu juga sombong. 
🔺Tidak boleh di tegur itu sombong.
🔻Kacang lupakan kulit, lagilah sombong.

♨SOMBONG ITU ADALAH SATU SIKAP YG SANGAT TERCELA, DAN AKAN MEMUSNAHKAN SEMUA AMAL KEBAIKAN.

♨SEMOGA ALLAH SWT AKAN MEMELIHARA KITA DARI MEMAKAI SIFAT2 TERCELA INI.😔

Sekadar renungan bersama.. Semoga Allah mengampunkan semua dosa kita semua dan dosa kedua ibu bapa kita dan dijauhkan dari sifat sifat mazmumah dan sombong diri.diberikan Allah kejayaaan dunia akhirat dijauhkan dari azab neraka .Aamiin.                    
🌄🌄🌄🌄🌄🌄🌄🌄🌄🌄🌄🌄🌄🌄🌄🌄🌄🌄🌄🌄
Kita baru naik kapal terbang, jet atau helikopter sudah sombong. Rasulullah s.a.w naik ke langit pun tidak sombong. Kita baru naik Bugatti Veyron atau Lamborghini dah sombong. Rasulullah menunggang Buraq yang selangkah kakinya itu sama dengan perjalanan sejauh mata memandang pun tidak sombong. Kita kalau berjumpa dengan orang besar sikit sudah sombong dan merasa bangga. Kalau menteri senyum kepadanya dia merasa bangga. Rasulullah s.a.w berjumpa dengan Allah s.w.t di Sidratul Muntaha yang mana Malaikat sendiri tak pernah masuk, tetapi baginda tidak pun sombong. Jadi, apa sebab kita mahu sombong lagi atas dunia ni?

No comments:

Post a Comment