Saturday, December 26, 2015

PERTANYAAN MALAIKAT DI DALAM KUBUR YANG PASTI KENA DIJAWAB

::

Anda pasti sudah bersedia berdepan dengan soalan di sana ya! 

PERTANYAAN MALAIKAT DI DALAM KUBUR YANG PASTI KENA DIJAWAB


A K U  T A U !
T A K  S I A P A  Y A N G
S E D I A  M E N O L O N G K U


UNTUNGLAH BILA KAU ADA IKUT PERINTAH TUHANMU..!

Malaikat tanya : Man Rabbuka..? Siapa Tuhan kamu..?
Aku akan jawab : Allahu Rabbi..! Allah Tuhanku..!


TAK RUGI AGAMA YANG KAU AMALKAN MENGIKUT CARA NABI MUHAMMAD SAW..!

Malaikat tanya : Man Nabiyyuka..? Siapa Nabi kamu..?
Aku akan jawab : Muhammadun Nabiyyi..! Muhammad Nabi aku..!


KAU PUN SENTIASA MENDAKWAHKAN AGAMA INI PADA MANUSIA..!

Malaikat tanya : Ma Dinuka..? Apa Agama kamu..?
Aku akan jawab : Al-Islamu dini..! Islam Agama aku..!


PEMBACAAN QURAN YANG KAU JAGA TELAH MEMBANTU KAMU..!

Malaikat tanya : Man Imamuka..? Siapa imam kamu..?
Aku akan jawab : Al-Qur'an Imami..! Al-Qur'an Imam aku..!


HALA HIDUP KAMU MEMANG KONSISTEN..!

Malaikat tanya : Aina Qiblatuka..? Di mana kiblat kamu..?
Aku akan jawab : Al-Ka'batu Qiblati..!Ka'bah Qiblatku..!


UNTUNGLAH BILA KAU BANYAK BERJUMPA DENGAN ORANG ISLAM KERANA ALLAH..!

Malaikat tanya : Man Ikhwanuka..? Siapa saudara kamu..?
Aku akan jawab : Al-Muslimun Wal-Muslimat Ikhwani..! Muslimin dan Muslimat saudaraku..!

Jawapannya sangat sederhana bukan..? Tapi apakah sesederhana itukah kelak kita akan menjawabnya..?


MEMANG AKU SEORANG DIRI DI KUBUR..! AKU ADA ALLAH SAJA SEBAGAI PENYELAMATKU..!

Masa tubuh terbaring sendiri di perut bumi. Masa kegelapan menghentak ketakutan. Masa tubuh menggigil gementar. Masa tiada siapa yang mampu jadi penolong..!

Ya..! Tak akan ada seorang pun yang mampu menolong kita. Selain amal kebaikan yang telah kita perbuat
selama hidup di dunia.

Astaghfirullahal 'Adzim..! Ampunilah kami Ya Allah..! Kami hanyalah hambaMu yang berlumur dosa dan maksiat..!


AKU BELUM PUAS MINTAK AMPUN ATAS DOSA-DOSAKU..!

Sangat hina diri kami ini di hadapanMu..! Tidak puas lagi rasanya kami meminta dan selalu meminta maghfirahMu..! Sementara kami selalu melanggar laranganMu..!

Ya Allah..! Izinkan kami untuk senantiasa bersimpuh memohon maghfirah dan rahmatMu..!

Tunjukkanlah kami jalan terang menuju
cahayaMu..! Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. Agar kami tidak sesat dan disesatkan..! Aamiin Yaa Rabbal 'Aalamiin..!


YA JAUHI KAMI DARI KEMURKAANMU DAN BERILAH KAMI KEREDHAANMU..!

Ya ALLAH..! Jauhkanlah kami dan setiap orang yang mengucapkan
"AAMIIN" dari siksa api neraka. Dan jadikanlah kami golongan orang-orang yang beriman yang menjadi penghuni
syurgaMu. Aamiin Yaa Rabbal 'Aalamiin..!

SHARElah dengan ikhlas..!

M A R I L A H  K I T A
M E N J A D I  O R A N G

Y A N G  M E R E N D A H
D I R I  K E R A N A  A L L A H

::

No comments:

Post a Comment