Wednesday, December 2, 2015

Petikan beberapa pesanan dari pengajian dengan PS Hafiz @ Jenderam 2hb Dec 2015 Kitab Sirus Salikin


"bila seseorang di dapati ghalib ( sentiasa ) menbuat maksiat ..maka cara mengubati untuk mengubah nya adalah memberi peringatan kepada nya supaya ingat akan AZAB ALLAH SWT...." - imam ghazali

...huraian nya ialah , terus ingatankan dia kepada kemurkaan Allah.

Sebesar besar nya kedudukan Saiyidina Ali , yang di anugerahkan banyak gelaran selain menjadi menantu Nabi, ahlul bait, pintu gedung ilmu...di mana sudah pasti beliau mewarisi anak anak ( ahli keluarga ) yang mulia lagi di pelihara...namun beliau tidak ketinggalan menasihati anak anak nya dengan pesanan pesanan yang baik...Pesanan beliau kepada anak nya..hassan, hussin dan zainab
"Hai anak anak ku, takutlah engkau akan Allah dengan sesungguh sungguh takut yang amat sekali...bila engkau lakukan apa jua kebaikan ataupun ketaatan sebaik mana pun,..mestilah engkau ingat bahawa tiada apa2 faedah kebaikan itu melainkan ALLAH meredhai segala nya. Jangan engkau ingat amalan itu di terimaNYA."...

"Kesenangan dunia itu adalah ujian, senang dunia belum mempastikan syurga akhirat"- PS Hafiz

Jadi lah kita manusia yang menjalankan ketaatan dengan penuh takut ALLAH dan juga mengharapkan keredhanNYA..ini lah maqam ARIFFIN..maqam ahli sufi..
Jangan langsung bangga dengan kejayaan diri..ini akan masuk dalam golongan orang terperdaya..

No comments:

Post a Comment