Saturday, December 26, 2015

MARI KITA KENALI INSAN TERMULIA MAKHLUK YANG TERAGUNG

MARI KITA KENALI INSAN TERMULIA MAKHLUK YANG TERAGUNG IAITU BAGINDA NABI MUHAMMAD ﷺ DENGAN KITA MENINGKATKAN LAGI KECINTAAN KITA, KERINDUAN KITA,KEFAHAMAN KITA DENGAN KITA MEMPELAJARI, MENGETAHUI 4 JENIS ILMU YANG DAPAT MEMBUATKAN SEHINGGA KITA BETUL-BETUL KENAL KEPADA RASULULLAH ﷺ DAN SEMAKIN BERTAMBAH PERASAAN RINDU DAN CINTA KITA KEPADA RASULULLAH ﷺ

Apakah jenis-jenis ilmu yang perlu kita kenal untuk mengenali Nabi Muhammad ﷺ?
Ulama menyenaraikan untuk kita kenal mengenai Nabi Muhammad ﷺ pertama sekali hendaklah kita mengetahui 4 jenis ilmu:

1)Ilmu Sirah Nabi ﷺ iaitu sejarah yang berkaitan dengan Baginda Nabi daripada saat perjalanan hidup ketika kecil sampailah Baginda Nabi ﷺ wafat.

2)Ilmu Syamail Nabi ﷺ yang mana ilmu ini berkaitan dengan keperibadian Rasulullah ﷺ,
akhlak Baginda ﷺ
.Bagaimana cara Nabi ﷺ makan, minum, tdur dan sebagainya.

3)Ilmu Khususiyyah yang mana ilmu ini menerangkan mengenai keistimewaan-keistimeeaan mukjizat Nabi ﷺ. Manusia lebih tertarik dengan keistimewaan yang ada pada seseorang jadi dengan mempelajari keistimewaan ini maka kita dapat mengenai keistimewaan Baginda Nabi yang tiada pada makhluk lain.

4)Ilmu mengenai Ahlul-Bait Nabi ﷺ.Ini adalah penting buat kita untuk mengenali mengenai keturunan Nabi Muhammad ﷺ yang mana kita perlulah menghormati mereka yang daripada kalangan Para Ulama yang mana tidak akan terputus nasab keturunan Nabi ﷺ sehinggalah hari kiamat.Di mana mereka memberikan manfaat pada ummah menyampaikan dakwah dengan sifat keilmuan dan penuh berakhlak untuk membawa kita menuju jalan yang benar.

Tak kenal maka tak cinta. Oleh yang demikian perlulah setiap daripada kita semua untuk mengetahui dan mempelajari kesemua jenis ilmu ini maka dapatlah kita menjalinkan hubungan kecintaan kita dengan Nabi Muhammad ﷺ.

#MutiaraKata[AL-FADHIL USTAZ IQBAL ZAIN AL-JAUHARI HAFIDZOHULLAH]

SEMOGA KITA MENJADI ORANG-ORANG YANG SUKA MENDENGAR KATA-KATA NASIHAT PARA ULAMA, MENDAPATKAN ILMU DARIPADA PARA ULAMA, DUDUK DI DALAM MAJLISNYA PARA ULAMA DAN MENGAMALKAN APA YANG KITA DENGARKAN YANG KITA PEROLEHI DARIPADA ILMU YANG DISAMPAIKAN

DENGAN MUDAH-MUDAHAN KITA MENJADI ORANG-ORANG YANG MENJADI ASBAB KEBAIKAN DAN TURUNNYA HIDAYAH DARIPADA ALLAH TA'ALA KEPADA MASYARAKAT SEKELILING KITA.

#JomKitaMuhasabahDiri
#JomKitaBerzikirDanBerselawat
#JomKitaMengimarahkanRumahAllah
#JomKitaSolatBerjemaah
#JomKitaMenghadiriMajlisIlmu
#MendekatkanDiriKepadaParaUlamaDanSolihin
#DudukBersamaParaUlamaDanOrangOrangSoleh
#MengambilIlmuSecaraBersanadBertalaqqiMendapatkanIlmuYangBarokahYangBermanfaat
#MembersihkanHatiYangBerpenyakit
#MaafAdaPenambahanPenguranganPerubahanDanKesilapanAyatDalamPenulisan
#SalingIngatMengingatkan
#SemogaMendatangkanManfaatBuatDiriSayaDanSemuaYangMembacanya

No comments:

Post a Comment