Friday, December 25, 2015

MEMUJI, MENYANJUNG DAN MELUAHKAN RASA KERINDUAN DAN KECINTAAN KEPADA BAGINDA RASULULLAH ﷺ I

MEMUJI, MENYANJUNG DAN MELUAHKAN RASA KERINDUAN DAN KECINTAAN KEPADA BAGINDA RASULULLAH ﷺ ITU ADALAH SESUATU YANG TIDAK DISALAHKAN KERANA KALAU DI ZAMAN NABI ﷺ ITU SENDIRI ADA DI KALANGAN PARA SAHABAT YANG MEMUJI, MENYANJUNG BAGINDA RASULULLAH ﷺ DI HADAPAN NABI ﷺ

SEHINGGA BAGINDA RASULULLAH ﷺ  SENDIRI TIDAK MENGHALANGNYA, TIDAK MEMARAHINYA. TAK AKAN KITA PADA HARI INI KITA INGIN MEMUJI, MENYANJUNG DAN MELUAHKAN RASA MAHABBAH, RINDU DAN CINTA KITA KEPADA BAGINDA RASULULLAH ﷺ TIDAK DIBOLEHKAN.

MEMUJI DAN MENYANJUNG ITU TIDAK SALAH DENGAN KITA BERKUMPUL MENGADAKAN MAJLIS MAULID ASALKAN DI DALAMNYA TIADA PERKARA-PERKARA YANG MELANGGARI HUKUM SYARAK BAHKAN IANYA SANGAT DITUNTUT PADA ZAMAN INI KERANA JAUHNYA UMMAT DARIPADA MENGENALI DAN MENCONTOHI KEPADA BAGINDA RASULULLAH ﷺ

MARILAH KITA MEMPERBANYAKKAN SALAM DAN SELAWAT KEPADA BAGINDA RASULULLAH ﷺ DI SEPANJANG BULAN RABI'UL AWWAL INI DAN BERTERUSAN DI BULAN-BULAN YANG LAINNYA SEHINGGA AKHIR HAYAT KITA

Kalau kita memperingati tentang kelahiran Nabi kita Muhammad ﷺ. Sebahagian orang suka menanyakan " Apa dalilnya? Bagaimana dalil dalam memperingati tentang kelahiran Rasul? Ini tidak ada di zaman Rasulullah ﷺ " Di dalam hadis yang sohih ketika mana Rasul berpuasa (sunat) pada hari isnin.

Ditanyakan kepada Rasulullah ﷺ " Ya Rasulullah. Mengapa engkau selalu berpuasa pada hari isnin?" Kata Rasulullah ﷺ " Hari isnin adalah hari aku dilahirkan dan aku bersyukur kepada Allah dengan melakukan ibadah puasa." Nabi ﷺ bersyukur kepada Allah سبحانه  وتعالى di atas hari lahirnya, memperingati hari lahirnya dengan berpuasa.

Di sini sudah suatu dalil bahawasanya bukanlah sesuatu yang disalahkan tapi itu adalah disunnahkan oleh Nabi kita Muhammad ﷺ. Hari ini berapa ramai yang memperingati hari jadinya atau hari lahirnya dan "mereka" tidak menanyakan dalilnya. Mengapa hari jadi dan hari lahirnya junjungan "mereka" Nabi Besar Muhammad ﷺ "mereka" menanyakan dalilnya?

Ini sesuatu yang harus kita fikirkan dan kita renungkan. Kemudian lagi Para Ulama menjelaskan tentang kita memuji Nabi Muhammad ﷺ.Di zaman Nabi Muhammad ﷺ ada daripada Sahabat yang mana dulu seorang penyair yang bernama Hassan Bin Tsabit.

Saidina Hassan Bin Tsabit Radhiyallahu'Anhu ini zaman jahiliah dulu merupakan seorang penyair orang quraisy. Ketika dia masuk ke dalam Agama Islam Saidina Hassan Bin Tsabit ini suka memuji kepada Nabi kita Muhammad ﷺ. Salah satu pujian yang sering dibacakan iaitu dia katakan " Kebagusanmu wahai Nabi Muhammad ﷺ seolah-olah mataku tidak pernah memandang sesuatu pun seperti engkau. Ketampananmu wahai Nabi Muhammad ﷺ seolah-olah tidak ada satu orang pun yang lahir sepertimu. Engkau tercipta bebas daripada segala kekurangan seolah-olah engkau menginginkan bentuk tubuh yang sempurna."

Ini pujian Saidina Hassan Bin Tsabit Radhiyallahu'Anhu.Pada zaman Amirul Mukminin Saidina Umar Al-Khattab Radhiyallahu'Anhu. Pada ketika itu Saidina Hassan Bin Tsabit Radhiyallahu'Anhu masih memuji Rasulullah ﷺ. Ditegur oleh Saidina Umar Al-Khattab Radhiyallahu'Anhu " Wahai Hassan!! Sudah cukup engkau memuji Rasulullah ﷺ"

Lalu Saidina Hassan Bin Tsabit Radhiyallahu'Anhu mengatakan " Wahai Amirul Mukminin Umar Al-Khattab. Dulu ketika mana Nabi Muhammad ﷺ masih duduk di sini di Masjid Nabawi. Ketika itu aku memuji Baginda ﷺ duduk di sini wahai Umar. Dan aku lakukan di hadapan Rasulullah ﷺ dan Nabi Muhammad ﷺ tidak menghalangnya, tidak memarahinya, tidak mengingkarinya."

Pernah suatu saat ketika mereka memuji Rasulullah ﷺ. Nabi ﷺ mengatakan " Silakan sahaja kalian ingin memujiku tetapi jangan sampai kalian seperti kaum nasrani yang memuji Nabi Isa عليه السلام  yang mengatakan Nabi Isa عليه السلام itu adalah Anak Tuhan." Nabi ﷺ mengatakan boleh untuk kita memuji Baginda ﷺ tetapi jangan seperti kaum nasrani yang memuji Nabi Isa عليه السلام sampai mengatakan Nabi Isa عليه السلام 
itu Anak Tuhan dan ini tidak diperkenankan oleh Nabi kita Muhammad ﷺ

Ketika itu Saidina Abdullah Bin Abbas Radhiyallahu'Anhu pernah mengatakan " Ketika banyak orang meluahkan kecintaan kepada Rasulullah ﷺ yang mana dia mengatakan " Mereka mengutarakan di dalam kecintaan mereka kepada Nabi Muhammad ﷺ berbeza-beza." Dan dimaksudkan adalah kemuliaan dan kesempurnaan Nabi kita Muhammad ﷺ di dalam akhlak dan di dalam bentuk tubuhnya.

Kemudian semuanya diungkapkan oleh Para Sahabat Nabi Muhammad ﷺ dengan pujian kepada Rasulullah ﷺ. Yang dimaksudkan adalah kesempurnaan Nabi kita Muhammad ﷺ. Kesempurnaan Nabi ﷺ yang paling sempurna adalah AKHLAKNYA Rasulullah ﷺ sehingga Allah Yang Maha Agung, cukup Pujian Allah سبحانه  وتعالى kepada Nabi Muhammad ﷺ.

Yang mana Allah سبحانه  وتعالى memuji Nabi Muhammad ﷺ dengan berfirman " Sesungguhnya di sisi engkau wahai Nabi Muhammad ﷺ memiliki akhlak yang mulia." Ini pujian kata Para Ulama cukup untuk Nabi kita Muhammad ﷺ da  ini merupakan suatu kemuliaan kepada Nabi Muhammad ﷺ dan kepada kita Ummat.

Di dalam Bulan Rabi'ul Awwal ini yang mana adalah bulan yang penuh berkah, bulan di mana kita sepatutnya memperbanyakkan selawat kepada Nabi kita Muhammad ﷺ. Disebutkan oleh Para Ulama di dalam syairnya " Terus meneruslah kalian berselawat kepada Nabi Besar Muhammad ﷺ kerana selawat kita qobul akan diterima oleh Allah. Tidak mungkin akan ditolak."

Sampai kata Para Ulama dalam keadaan kita berhadas pun selawat kita diterima walaupun kita dalam keadaan riak dan ingin dilihat oleh orang lain maka itu selawat pasti diterima pahalanya. Semua amalan kita akan tergantung sama ada diterima ada pun ditolak oleh Allah bergantung dengan ikhlasnya semata-mata kerana Allah InshaAllah diterima oleh Allah kecuali selawat kita kepada Nabi Muhammad ﷺ pasti ianya akan diterima oleh Allah dalam apa jua keadaan sekalipun.

Dahulu ada seorang Ulama iaitu Al-Alim Al-Allamah Al-Musnid Al-Muhaddits Al-Arifbillah Sayyid Muhammad Bin Alawi Al-Maliki Al-Hasani pernah ditanya oleh seorang yang tidak ingin berselawat kepada Nabi Muhammad ﷺ. "Ya Sayyid. Saya mahu tanya Allah sekarang sedang buat apa?" Ini pertanyaan merupakan masalah tauhid kerana menanyakan Allah sedang buat apa.

Maka Ulama ini Sayyid Muhammad Bin Alawi Al-Maliki dengan spontan menjawab kepada orang tersebut " Sekarang Allah سبحانه  وتعالى sedang selawat sama Nabi Muhammad ﷺ." Terkejut!! Orang itu apabila mendengarnya. Lalu orang itu menanyakan " Dari mana dalilnya engkau megatakan Allah Ta'ala sedang berselawat kepada Nabi Muhammad ﷺ?"

Kemudian beliau menyebutkan ayat yang Allah سبحانه  وتعالى firmankan di dalam surah al-Ahzab ayat 56 yang ertinya " Sesungguhnya Allah dan Malaikat-Malaikat-Nya berselawat untuk Nabi Muhammad ﷺ. Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya."

Ini fi'il mudhari. Di dalam ilmu shorof, ilmu nahwu dijelaskan fi'il mudhari menunjukkan sekarang dan seterusnya berselawat kepada Nabi kita Muhammad ﷺ. Allah Maha Adil, tidak ada penghujung, awal-Nya tanpa permulaan dan akhir-Nya tanpa pengakhiran berselawat kepada Nabi kita. Para Ulama mengatakan " Selawat daripada Allah itu adalah rahmat. Sementara selawat daripada Para Malaikat itu adalah istighfar dan selawat daripada kita ini Ummat adalah doa kepada Nabi kita Muhammad ﷺ.

Di dalam Mazhab kita Imam As-Syafie Rahimahullah mengatakan " Selawat merupakan daripada rukun qauli daripada solat. Ketika kita sedang tasyahud mengucapkan selawat kepada Nabi kita Muhammad ﷺ. Kalau kita tak selawat maka kurang daripada rukun qauli dan solat kita dikatakan tidak sah." Maka akhirnya terdiam orang tersebut yang menanyakan tentang masalah selawat kepada Nabi kita Muhammad ﷺ.

Guru kita semua Al-Allamah Al-Habib Umor Bin Muhammad Bin Salim Ben Hafidz Hafidzohullah pernah ditanyakan tentang hukum mengadakan maulid memperingati tentang hari kelahiran Baginda Rasulullahﷺ Al-Habib mengatakan " Selama itu acara dimulakan dengan Al-Quran, selama itu acara ada zikir kepada Allah Ta'ala dan selawat kepada Nabi Muhammad ﷺ. dan di dalamnya ada tausiyah pengajaran di dalam permasalahan agama, ada doa bersama, ada jamuan yang diniatka untuk sedekah maka itu bukan lagi bidaah bahkan itu adalah sunnah yang dianjurkan oleh Nabi kita Muhammad ﷺ."

Tidak ada apa lagi yang kita perlu ragukan di dalam kita memperingati hari kelahiran Nabi Besar Muhammad ﷺ, di dalam kita mengadakan majlis maulid kerana itulah ajaran yang dibawa yang diinginkan oleh Nabi kita Muhammad ﷺ.

#MutiaraKata[AL-HABIB AGIL ABDUL QODIR  BARAQBAH HAFIDZOHULLAH]
[Pembimbing Majlis Ta'lim Sawa'Assabil Kota Palembang Indonesia]

SEMPENA KITA BERADA DI BULAN RABI'UL AWWAL 1437H BULAN KELAHIRANNYA BAGINDA RASULULLAH ﷺ DI HARI JUMAAT YANG PENUH KEBERKAHAN INI MARILAH KITA SEMUA BERSAMA-SAMA MEMPERBANYAKKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN MULIA KITA SEMUA NABI MUHAMMAD ﷺ.

SEMOGA KITA MENJADI ORANG-ORANG YANG BENAR KECINTAAN DAN KERINDUANNYA KEPADA BAGINDA RASULULLAH ﷺ DENGAN KITA MENAGUNGKAN SUNNAH-SUNNAH BAGINDA RASULULLAH ﷺ DAN MENGHIDUPKAN SUNNAH DI DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN KITA

DAN SESIBUK MANA SEKALIPUN KITA JANGANLAH SAMPAI KITA TIADA MASA UNTUK MENGINGATI KEPADA BAGINDA RASULULLAH ﷺ DENGAN SEKURANG-KURANGNYA KITA BERSELAWAT KEPADA BAGINDA RASULULLAH ﷺ

SEMOGA KITA MENJADI ORANG-ORANG YANG SUKA MENDENGAR KATA-KATA NASIHAT PARA ULAMA, MENDAPATKAN ILMU DARIPADA PARA ULAMA, DUDUK DI DALAM MAJLISNYA PARA ULAMA DAN MENGAMALKAN APA YANG KITA DENGARKAN YANG KITA PEROLEHI DARIPADA ILMU YANG DISAMPAIKAN

DENGAN MUDAH-MUDAHAN KITA MENJADI ORANG-ORANG YANG MENJADI ASBAB KEBAIKAN DAN TURUNNYA HIDAYAH DARIPADA ALLAH TA'ALA KEPADA MASYARAKAT SEKELILING KITA.

#JomKitaMuhasabahDiri
#JomKitaBerzikirDanBerselawat
#JomKitaMengimarahkanRumahAllah
#JomKitaSolatBerjemaah
#JomKitaMenghadiriMajlisIlmu
#MendekatkanDiriKepadaParaUlamaDanSolihin
#DudukBersamaParaUlamaDanOrangOrangSoleh
#MengambilIlmuSecaraBersanadBertalaqqiMendapatkanIlmuYangBarokahYangBermanfaat
#MembersihkanHatiYangBerpenyakit
#MaafAdaPenambahanPenguranganPerubahanDanKesilapanAyatDalamPenulisan
#SalingIngatMengingatkan
#SemogaMendatangkanManfaatBuatDiriSayaDanSemuaYangMembacanya

No comments:

Post a Comment