Sunday, November 22, 2015

AGAMA ISLAM ITU INDAH,

AGAMA ISLAM ITU INDAH, AGAMA ISLAM ITU MUDAH BAGI ORANG-ORANG YANG DIPERMUDAHKAN OLEH ALLAH TA'ALA YANG DIBERIKAN TAUFIK DAN HIDAYAH-NYA DAN AGAMA ISLAM INI AKAN TERASA BERAT, TERASA SUSAH BAGI ORANG-ORANG YANG DISUSAHKAN OLEH ALLAH, DIJAUHKAN DARIPADA MENDAPAT RAHMAT, TAUFIK DAN HIDAYAH DARIPADA ALLAH TA'ALA

PENTINGNYA UNTUK KITA SELALU MEMBERSIHKAN HATI KITA INI MEMERANGI, MELAWAN HAWA NAFSU KITA DARIPADA TERLALU MENCINTAI DUNIA. SILAKAN AMBILLAH DUNIA INI TETAPI LETAKKAN DI DALAM TANGAN KITA BUKAN DI HATI. HATI INI BIARLAH KITA PENUHKAN DENGAN KECINTAAN KITA KEPADA ALLAH TA'ALA DAN BAGINDA RASULULLAH

Agama itu simple,mudah. Ulama mengatakan " Agama itu terbahagi kepada 2 bahagian iaitu

1)Meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah سبحانه  وتعالى (Meninggalkan maksiat)

2)Mengerjakan apa-apa yang diperintahkan oleh Allah سبحانه  وتعالى (Melakukan ketaatan)

Akan tetapi Ulama mengatakan " Bahagian yang pertama itu adalah lebih berat, lebih sulit, lebih susah daripada mengerjakan apa-apa yang diperintahkan oleh Allah سبحانه  وتعالى." Ada orang ibadah mungkin setiap tahun umrah, ada orang ibadah mungkin setiap hari dia bersedekah, ada orang mungkin setiap hari dia berpuasa tetapi belum tentu setiap orang dapat dan mampu menahan dirinya meninggalkan syahwat
(maksiat) yang dilarang oleh Allah  سبحانه  وتعالى.

Oleh kerana itu Al-Imam Al-Haddad ketika ditanya oleh seseorang " Wahai Imam!! Orang mana daripada 2 macam orang ini yang paling afdal? Satu orang yang banyak melakukan daripada amalan-amalan yang soleh tetapi juga dia melakukan apa-apa yang dilarang oleh Allah سبحانه  وتعالى? Satu lagi orang yang dia tak melakukan banyak amalan soleh tetapi dia tidak juga bermaksiat kepada Allah سبحانه  وتعالى?"

Imam Al-Haddad mengatakan " Yang paling afdal itu adalah orang yang tidak banyak melakukan amal ketaatan dan amal soleh tetapi dalam masa yang sama dia tidak juga tidak banyak melakukan kemaksiatan bahkan tidak melakukan apa yang dilarang oleh Allah سبحانه  وتعالى."

Ulama mengatakan " Melarang diri kita, menahan diri kita daripada apa yang dilarang oleh agama, apa yang dilarang oleh Allah سبحانه  وتعالى tidak mampu dilakukan kecuali hanya sedikit sahaja iaitu orang-orang yang jujur terhadap dirinya, orang-orang yang betul-betul nakkan redha Allah سبحانه  وتعالى nakkan redha Rasulullah ﷺ yakni golongan Para Siddiqin( Orang-orang yang benar)."

Oleh kerana itu orang yang mungkin banyak berpuasa belum tentu boleh dia menahan nafsunya daripada melakukan perkara-perkara yang bermaksiat, ada orang yang mungkin setiap tahun dia mengerjakan umrah tapi belum tentu dia bisa mengamankan, menjaga lidahnya daripada menyakiti hati saudara muslimnya yang lain. Begitu juga ibadah-ibadah yang lainnya.

Oleh kerana itu Rasulullah ﷺ mengatakan " Orang yang berhijrah itu bukanlah hanya semata-mata orang yang berhijrah berpindah daripada satu tempat ke tempat yang lain tetapi orang yang berhijrah sebenarnya ialah orang yang berhijrah daripada kejahatan(meninggalkan kejahatan).


Dan begitu juga mujahid itu bukanlah orang yang mengangkat senjata yang berjihad di medan perang tetapi mujahid yang sebenarnya ialah orang
yang memerangi hawa nafsunya."

#MutiaraKata[AL-HABIB MUHAMMAD HAYKAL AL-KHANEMAN HAFIDZOHULLAH]

Oleh kerana itu atas dasar saling ingat-mengingatkan, nasihat-menasihati saya ingin mengajak diri saya terutama sekalinya dan juga mereka yang membaca apa yang ditulis ini agar kita selalu memohon kepada Allah, berdoa kepada Allah supaya Allah mempermudahkan segala urusan kita untuk sama-sama niatkan supaya paling tidak dalam seminggu kita dapatlah hadir ke majlis-majlis ilmu walaupun kita hanya mampu hadir sekali ataupun dua kali sahaja.

Bilamana kita bersyukur dengan yang diberikan kepada diri kita walaupun sedikit maka yakin dan percayalah nescaya Allah سبحانه  وتعالى akan selalu memberikan kepada kita penambahan nikmat-Nya. Dengan syarat kita mestilah selalu bersyukur, selalu berharap kepada Allah سبحانه  وتعالى, selalu meminta dan merintih kepada Allah   سبحانه  وتعالى agar Allah memberikan kepada kita taufik dan hidayah-Nya untuk kita hadir di tempat yang dicintai-Nya dan bersama Orang-Orang yang dicintai oleh Allah.

Akan tetapi janganlah sampai kita langsung tak nak meminta kepada Allah agar memilih diri kita ini sampai kita membiarkan diri kita tidak ke masjid, tidak hadir langsung ke majlis-majlis ilmu setiap minggu kerana kita ini sebagai seorang hamba yang betul-betul mengharapkan keredhaan Allah   سبحانه  وتعالى.

Kita ini sangat-sangat memerlukan bimbingan, tunjuk ajar dan nasihat agama daripada Para Ulama dan mereka yang dekat dengan Allah سبحانه  وتعالى agar kita dapat membersihkan hati kita ini, menghidupkan hati kita kembali untuk betul-betul istiqomah berada di atas landasan Agama Islam yang betul agar kita dapat mengenal kepada Allah سبحانه  وتعالى dan Baginda Rasulullah ﷺ

#JomKitaMuhasabahDiri
#JomKitaSalingNasihatMenasihati
#JomKitaMengajakKearahKebaikan
#JomKitaMengimarahkanRumahAllah
#JomKitaSolatBerjemaah
#JomKitaMembersihkanHatiKita
#JomKitaMenghadiriMajlisIlmu
#JomKitaMendekatkanDiriKepadaParaUlamaDanParaSolihin
#MelihatParaUlamaDanParaSolihinUbatBagiHati
#MaafAdaPenambahanPenguranganPerubahanDanKesilapanAyatDalamPenulisan
#SalingIngatMengingatkan
#SemogaMendatangkanManfaatBuatDiriSayaDanSemuaYangMembacanya

No comments:

Post a Comment