Monday, November 16, 2015

PENTINGNYA KITA ADA ASAS MENGAJI ILMU TAUHID

PENTINGNYA KITA ADA ASAS MENGAJI ILMU TAUHID TERLEBIH DAHULU SEBELUM KITA MENGAJI ILMU-ILMU YANG LAINNYA SEBAB ITU KITA WAJIB MARI MENGAJI MENGHADIRI MAJLIS ILMU DEKATKAN DIRI KEPADA PARA ULAMA MENDAPATKAN BIMBINGAN YANG BENAR DARIPADA PARA ULAMA SUPAYA KITA TIDAK TERGELINCIR TERPESONG AKIDAH KITA TERPENGARUH DENGAN FAHAMAN-FAHAMAN YANG TIDAK BETUL DI LUAR SANA TANPA KITA SEDARI

Kata Syeikh Arsalan Ad-Dimasyqi " Sesungguhnya ilmu tauhid itu ialah di antara ilmu yang paling mulia sekali. Bahkan ilmu yang paling mulia sekali adalah ilmu tauhid." Tauhid ini ada 2 iaitu yang pertama adalah tauhid khas dan yang kedua adalah tauhid am.[ Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad].

Tauhid ini adalah asas. Kalau kita nak buat rumah dia mesti kena ada asas. Kalau kita buat rumah tak ada asas maka rumah kita jadi punah rosak. Bila kita nak bina segala ilmu maka kita kena ada ilmu tauhid. Kalau tauhid kita rosak maka rosaklah segala-galanya.[Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad]. Tak ada ilmu tauhid, belajar ilmu apa-apa pun semua tak jadi. Bahkan kalau kita mengaji ilmu lain sebelum ilmu tauhid maka ilmu itu akan punah ilmu itu akan merosakkan kita.[ Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad].

Kalau orang belajar ilmu sains dulu tapi ilmu tauhid tak belajar lagi, dia belajar ilmu I.T dulu tapi ilmu tauhid tak belajar lagi ataupun apa-apa ilmu sekalipun sebelum belajar ilmu tauhid maka dia tak akan jadi apa.[ Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad]. Sebab itu bila masuk Universiti dah kerja masih ada lagi yang tak kenal Tuhan tak ingat pada Allah sembahyang pun tak.

Tuhan tak kenal pasai dia tak kenal Tuhan tapi kalau dia sudah kenal Allah dia mengaji ilmu apa-apa pun sekalipun hatta ilmu sains, ilmu i.t pun dia akan jadi akan berikan kesan yang baik pada dirinya.[ Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad]. Tauhid khas adalah nak menyelamatkan diri kita daripada syirik khafi iaitu syirik yang halus yang tersembunyi. Sementara tauhid am adalah nak menyelamatkan kita daripada syirik jali iaitu syirik yang jelas yang nyata iaitu kufur.

Sebab itu kita wajib mari mengaji menghadiri majlis ilmu dekatkan diri dengan Para Ulama supaya kita dapat menyelamatkan diri daripada syirik jali dan syirik khafi ini. Hari ini di negara kita Malaysia bermacam-macam fahaman ada yang boleh merosakkan akidah kita tanpa kita sedari. Kalau kita tak mari mengaji kita tak ada asas ilmu tauhid yang kuat yang benar yang mendapatkan bimbingan Para Ulama yang benar takut-takut akidah kita akan goyah akan rosak kita akan mudah terpengaruh dengan fahaman-fahaman yang tak betul.[Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad].

Kita mari mengaji belajar sebab kita nak pelepas diri kita daripada kita. Kita mari mengaji belajar sebab kita nak pelepas diri kita daripada makhluk berharap bergantung kepada makhluk. Selagi dalam hati kita ada selain Allah kita bergantung selain Allah maka selagi itu kita tak akan kenal Allah selagi itu kita tak akan dapat merasakan rahsia-rahsia Allah.
[Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad.]

Musuh kita yang utama adalah hawa nafsu kita. Selagi kita tak dapat kalahkan nafsu kita selagi itu kita tak akan mendapatkan Allah. Kata Ulama "Jalan untuk kita nak mendapatkan Allah itu sebanyak hembusan nafas-nafas kita. Cuma modalnya adalah kita lawan hawa nafsu kita."

#MutiaraKata[ SYEIKH MUHD ZAINUL ASRI HJ.MOHD ROMLI HAFIDZOHULLAH]

#JomKitaMuhasabahDiri
#JomKitaJagaAkidahKita
#JanganMudahTerpedayaDenganFahamanFahamanYangTidakBetul
#NoSyiahNoWahabi
#JomKitaDekatkanDiriDenganParaUlamaDanSolihin
#JomKitaMenghadiriMajlisIlmu
#MaafAdaPenambahanPenguranganPerubahanDanKesilapanAyatDalamPenulisan
#SalingIngatMengingatkan
#SemogaMendatangkanManfaatBuatDiriSayaDanSemuaYangMembacanya

No comments:

Post a Comment