Sunday, November 15, 2015

B A C A L A H ! B A C A L A H !

::

Dari Maulana Rudi Al Bukhori. Katanya,

"Sekalipun seseorang itu mempunyai HUTANG setinggi gunung emas maka Allah swt akan selesaikan hutang itu."


Inilah doanya..!


" ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﻳَﺎ ﻓَﺎﺭِﺝَ ﺍﻟْﻬَﻢِّ ، ﻛَﺎﺷِﻒَ ﺍﻟْﻐَﻢِّ ، ﻣُﺠِﻴﺐَ ﺩَﻋْﻮَﺓَ 

ﺍﻟْﻤُﻀْﻄَﺮِّﻳﻦَ ، ﺭَﺣْﻤَﻦَ ﺍﻟﺪُّﻧْﻴَﺎ ﻭَﺍﻟْﺂﺧِﺮَﺓِ ، ﻭَﺭَﺣِﻴﻤَﻬُﻤَﺎ ، ﺃَﻧْﺖَ

 ﺗَﺮْﺣَﻤُﻨِﻲ ، ﻓَﺎﺭْﺣَﻤْﻨِﻲ ﺭَﺣْﻤَﺔً ﺗُﻐْﻨِﻴﻨِﻲ ﺑِﻬَﺎ ﻋَﻦْ ﺭَﺣْﻤَﺔِ ﻣَﻦْ 

ﺳِﻮَﺍﻙَ ".


"Allahumma Ya Farijal Hammi, Kasyifal Gham, Mujiba Da'watal Mudhthorriin, Rahmanad Dunya Wal Akhirah, Warahimahuma, Anta Tarhamuni, Farhamni Rahmatan Tughnini Biha 'Ar Rahmati Man Siwak."


I N I  D A R I  R I W A Y A T

Satu hari Saidatina 'Aisyah r.ha menceritakan bahawa Saidina Abu Bakar r.hu ayahnya datang kepadanya (Aisyah) lantas Abu Bakar bertanya:

"Adakah engkau pernah mendengar bahawa Rasulullah saw mengingatkan doa yang pernah Baginda ajarkan kepadamu dahulu?"

'Aisyah r.ha menjawab: Ya! Ada dan Baginda juga menyebut bahawa doa ini diajar oleh Nabi 'Isa kepada sahabat-sahabatnya.

Dan Baginda saw menyebut:

"Dengan doa tersebut, sekalipun seseorang itu mempunyai HUTANG setinggi gunung emas maka Allah swt akan selesaikan hutang itu darinya..! Kemudian Baginda Nabi saw membaca doa tersebut."

Saidina Abu Bakar r.hu berkata:

"Dulu aku ada hutang dan sebenarnya aku tidak suka berhutang..! Selepas aku membaca doa itu maka sebentar sahaja aku dikurniakan Allah keuntungan lantas dapat membayar hutangku."

Saidatina 'Aisyah r.ha berkata:

"Aku pernah berhutang dengan Saidatina Asma' sebanyak beberapa dinar dan dirham dan aku malu setiap kali Asma melihatku..!

Lantas aku mengamalkan doa itu. Kemudian Allah swt telah kurniakan daku rezeki bukan dari harta warisan bukan jua dari sedekah maka aku dapat membayarnya.

Bahkan dengan doa itu aku dilimpahkan dengan rezeki yang bertambah."


R U J U K A N :

Doa ini diriwayatkan daripada Nabi Muhammad saw dan terdapat dalam:

1) Kitab Ad Durrun Manthur oleh Imam As Sayuti

2) Kitab Ad Dua' oleh Imam At Tabarani, begitu juga

3) Al Hakim dalam kitab Al Mustadrak dan

4) Al Baihaqi dalam Dalailul Nubuwwah.


T A S Y K I L !  A M A L K A N L A H

Selamat beramal dan boleh diajarkan dan disampaikan pada orang lain!

::

No comments:

Post a Comment