Friday, November 13, 2015

BERSAHABATLAH DENGAN ORANG-ORANG YANG AKAN MENGINGATKAN DIRIMU KEPADA ALLAH TA'ALA DISAAT DIRI SENTIASA LEKA DAN LALAI MENCINTAI DUNIA



CARILAH SAHABAT YANG AKAN MEMBUATKAN DIRIMU SEMAKIN CINTA UNTUK BERAMAL UNTUK MENYEDIAKAN BEKAL MENUJU NEGERI AKHIRAT UNTUK BERTEMU ALLAH TA'ALA.

JOM KITA MENGHADIRI MAJLIS-MAJLIS ILMU MENGIKAT DIRI KITA HATI KITA DENGAN RUMAH-RUMAH ALLAH DAN BERSAMA DENGAN PARA ULAMA DAN SOLIHIN

Kata Ulama setiap perkara atau setiap sesuatu itu ada jalan kebaikan dan antara salah satu daripada jalan untuk menuju ke Syurga adalah "Majlis Ilmu". Rasulullah ﷺ bersabda "Apabila melewati taman syurga hendaklah kamu duduk di situ. Istirehat kamu di situ. Para sahabat bertanya "Ya Rasulullah ﷺ apakah taman syurga itu?" Rasulullah ﷺ menjawab "majlis-majlis ilmu."

Dalam riwayat lain diceritakan Rasulullah ﷺ pernah masuk dalam satu majlis yang mana di dalamnya ada 2 kelompok yang pertamanya sedang berzikir sementara yang keduanya sedang mempelajari ilmu.Maka Rasulullah ﷺ bersabda " Kelompok pertama adalah kelompok yang baik.Mudah-mudahan Allah mengampuni mereka manakala kelompok kedua yang sedang mempelajari ilmu. Mudah-mudahan Allah membimbing mereka ke jalan yang lurus. Kemudian Baginda Nabi Muhammad ﷺ memilih duduk bersama dengan kelompok yang sedang mempelajari ilmu (majlis ilmu)."

Pernah suatu ketika seorang sahabat Rasulullah datang bertanya mengenai perihal "Siapakah teman duduk (berbual) yang paling baik?" Rasulullah ﷺ menjawab "Mereka itu adalah orang yang bila kamu lihat maka dapat mengingatkan kamu kepada Allah dapat menambahkan ilmumu dalam pembicaraannya dan dapat mengingatkan kamu kepada Akhirat dari amal-amalnya."

Orang-orang yang memilikii sifat seperti ini adalah yang paling wajar untuk kamu jadikan teman duduk. Sebelum kita hendak masuk Syurga Allah di Akhirat kelak hendaklah kita masuk dahulu ke Syurga Allah di dunia iaitu Taman-Taman Syurga yang dikatakan majlis-majlis ilmu, majlis zikir, majlis selawat.

#MutiaraKata[AL-HABIB NAJMUDDIN OTHMAN AL-KHERED HAFIDZOHULLAH]

Cara memilih sahabat dalam menuntut ilmu:

1) Bersahabatlah dengan orang-orang yang mana dirinya bersungguh-sungguh di dalam menuntut ilmu.

2)Warak. Menjaga syariat Allah halal dan haram dan juga menjaga jangan sampai jatuh kepada perkara yang bukan-bukan. (Elakkan bersahabat dengan orang-orang yang suka cakap perkara yang melalaikan, sia-sia apatah lagi yang suka mengumpat, membuka keaiban orang dan suka mencari-cari kesalahan orang lain.)

3)Sahabat itu tabiatnya adalah lurus tidak bengkang-bengkok membawa kepada kelakuan dan perkara yang bukan-bukan. Dirinya lurus menuju kepada matlamat iaitu mendapatkan ilmu(untuk diamalkan).
(Bukannya menuntut ilmu dikeranakan ingin dikenali orang lain, untuk nak menunjuk-nunjuk kepada orang lain, untuk merasakan dirinya adalah yang lebih baik daripada orang lain apatah lagi yang jenis suka untuk nak berdebat dan seumpamanya.)

Dan jatuhkan dirimu dan larilah kamu daripada bersahabat bersama dengan orang-orang yang apabila kamu mengajak dirinya untuk menuntut ilmu tetapi dia malas dan tak mahu kerana malas ini merupakan suatu sifat yang diminta lindung oleh Nabi ﷺ dan perasaan malas ini kalau dibiarkan ianya akan membuatkan seseorang itu rugi.

Jangan bersahabat dengan orang yang malas kerana dalam keadaan malasnya itu berapa ramai orang yang soleh rosak dengan sebab kemalasan orang lain maka dia rosak dengan itu dan juga penyakit kebodohan itu boleh berpindah kepada diri seseorang itu dengan cepat sepertimana "Api yang diletakkan di dalam arang yang akhirnya akan menyalakan api."

Bermakna jangan kamu sangka kamu duduk dengan orang yang bodoh itu kepandaian dia akan pindah kepada kamu tetapi sebaliknya kebodohannya yang akan cepat berpindah kepada kamu. Sesungguhnya sahabat yang jahat pula itu lebih bahaya daripada ular yang berbisa dikeranakan ular yang berbisa itu ianya hanya akan menyakiti kepada tubuh badan sedangkan sahabat yang tidak baik ini pula dia akan memberi mudarat kepada AGAMA seseorang itu.

Dikatakan seseorang itu kalau nak tahu bagaimanakah keadaan dirinya maka cukuplah dia melihat kepada sekelilingnya dengan siapakah yang dia bersahabat. Di manakah tempat yang sering dia pergi dan tempat manakah yang dia suka duduk. Apakah yang dia suka lakukan? Adakah ianya perkara-perkara yang mendatangkan keredhaan Allah ataupun sebaliknya?

#MutiaraKata[AL-HABIB KADZIM BIN JA'AFAR BIN MUHAMMAD AS-SEGGAF HAFIDZOHULLAH]

#JomKitaMuhasabahDiri
#JomKitaBetulkanNiatKita
#JomKitaBersihkanHatiKita
#JomBersahabatDenganOrangYangAkanMembantuKitaIngatKepadaAllah
#JomKitaMengimarahkanRumahAllah
#JomKitaMenghadiriMajlisIlmu
#JomKitaDekatkanDiriDenganParaUlamaDanSolihin
#MelihatParaUlamaDanParaSolihinUbatBagiHati
#MaafAdaPenambahanPenguranganPerubahanDanKesilapanAyatDalamPenulisan
#SalingIngatMengingatkan
#SemogaMendatangkanManfaatBuatDiriSayaDanKepadaSemuaYangMembacanya

No comments:

Post a Comment