Tuesday, November 3, 2015

RENUNGAN SUBUH

RENUNGAN SUBUH 3 Nov 2015 Selasa 21 Muharram 1437H
 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ ٍ
Kata Imam Al-Ghazali rahimahullah: 

 "Apabila berbicara tentang nasihat, kulihat diriku tidak layak memberikannya. Kerana nasihat itu seperti zakat yg mana nisabnya adalah kemampuan utk memetik nasihat tersebut bagi dirinya sendiri. Seseorang yg belum mencapai nisab, bagaimana dia akan mengeluarkan zakat? Seseorang yg tidak memiliki cahaya (ilmu), bagaimana dapat dijadikan sebagai alat penerang oleh org lain? Bagaimana bayangan akan lurus jika kayunya bengkok? Allah SWT mewahyukan kpd Nabi Isa a.s: "Nasihatilah dirimu sendiri dan jika kamu mampu memetik nasihat, maka nasihatilah org lain. Jika tidak, maka malulah kpd-Ku."-Wasallam

No comments:

Post a Comment