Monday, November 16, 2015

KEMULIAAN SESEORANG ITU DI SISI ALLAH TA'ALA

KEMULIAAN SESEORANG ITU DI SISI ALLAH TA'ALA BUKANLAH DENGAN BANYAKNYA HARTANYA BUKANLAH PULA DENGAN BESARNYA JAWATANNYA BUKANLAH PULA DENGAN BANYAKNYA PENGIKUTNYA DAN BUKANLAH PULA DENGAN KESEMPURNAAN FIZIKALNYA YANG CANTIK DAN SEGAK

AKAN TETAPI KEMULIAAN SESEORANG ITU DI SISI ALLAH TA'ALA ADALAH KERANA KEIMANANNYA, KETAQWAANNYA, KEIKHLASANNYA DENGAN ILMU YANG BERAMAL DENGAN ILMU YANG IANYA MENJADI MULIA KERANANYA

OLEH ITU MARILAH KITA MENUNTUT ILMU BERAMAL DENGAN ILMU YANG KITA PELAJARI UNTUK KITA MENGIKHLASKAN AMALAN KITA AGAR KEIMANAN KITA DAN KETAQWAAN KITA KEPADA ALLAH TA'ALA SEMAKIN HARI SEMAKIN MENINGKAT TINGGI SEHINGGA KITA TERGOLONG DALAM GOLONGAN ORANG YANG BERUNTUNG DI DUNIA DAN DI AKHIRAT

Mulianya manusia bukan kerana tubuh badannya yang besar yang kuat kerana gajah itu ianya lagi besar dan kuat daripada manusia dan bukan pula dengan akal fikirannya yang cergas yang pandai kerana mungkin terdapat haiwan yang lagi cerdik yang lagi pandai daripada manusia tetapi kemuliaan manusia itu adalah dengan keimanannya, ketaqwaannya dan keikhlasannya beramal dengan ilmu yang ianya menjadi mulia kerananya.

Oleh sebab itu ilmu itu bilamana ianya ada pada diri seekor haiwan sekalipun ianya akan dapat menguasai kepada manusia. Macam mana kalau ilmu itu ada di dalam diri seorang manusia? Semestinya ianya akan memberikan penguasaan kepada orang yang mengamalkannya

Sebab itu Allah  سبحانه  وتعالى memberikan kemuliaan kepada Nabi Allah Adam 'Alaihissalam dengan sebab ilmu macam mana Allahسبحانه  وتعالى memerintahkan Para Malaikat untuk sujud kepada Nabi Adam 'Alaihissalam kerana ilmu yang telah Allah سبحانه  وتعالى ajarkan kepada Nabi Adam 'Alaihissalam.

Di dalam kisah Nabi Allah Sulaiman 'Alaihissalam dengan burung hud-hud macam mana ketika itu yang mengetahui tentang khabar berita yang berkaitan dengan kehidupan di sekeliling kerajaan Nabi Allah Sulaiman 'Alaihissalam yang tidak diketahui oleh Nabi Sulaiman sendiri. Burung Hud-Hud membanggakan dirinya di depan Nabi Sulaiman dengan mengatakan " Wahai Nabi Allah. Aku mengetahui khabar berita yang engkau seorang Nabi pun tak tahu berita ini."

Oleh sebab itu Allah سبحانه  وتعالى tidak menggalakkan kepada Baginda Nabi ﷺ untuk meminta penambahan di dalam sesuatu melainkan di dalam penambahan ilmu sahaja. Disebutkan Nabi ﷺ seringkali berdoa " Ya Allah tambahkan aku ilmu." Allah سبحانه  وتعالى tidak memerintahkan Baginda Nabi ﷺ untuk meminta penambahan daripada perkara yang lainnya.

Ilmu itu adalah perkara yang dapat menyampaikan seseorang kepada darjat yang tinggi kepada darjat yang dapat menghampirkan dirinya kepada Allah سبحانه  وتعالى. Sebaliknya ilmu itu bilamana tidak mendatangkan manfaat kepada orang tersebut kerana tidak diamalkan maka ianya sama sahaja di antara orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu.

Sebab apa? Kerana ilmu itu hakikatnya adalah untuk diamalkan yang akan menyampaikan seseorang kepada keredhaan Allah  سبحانه  وتعالى. Begitu pula ianya akan menyampaikan kejayaan di sisi Allah apabila ianya diamalkan.

Akan tetapi bilamana ilmu itu hanya setakat ilmu sahaja tapi tak diamalkan maka tak ada bezanya di antara orang yang alim dengan orang yang jahil. Imam Az-Zarnuji Rahimahullahu Ta'ala ketika ditanya apakah yang dimaksudkan dengan ilmu? Beliau mengatakan "Ilmu itu adalah amalan yang mana seseorang yang mengetahui ilmu. Kemudian dia beramal maka itulah yang betul-betul dinamakan ilmu.

Akan tetapi bilamana seseorang itu hanya mengetahui ilmu tapi dirinya tidak mengamalkan ilmu maka dia hanya mengetahui gambaran ilmu sahaja. Selagi mana dia tidak mengamalkan apa yang dia ketahui maka selagi itu dia tidak akan mendatangkan manfaat daripada ilmu yang dia pelajari."

Oleh sebab itu bilamana kita mendengar sesuatu ilmu itu, mempelajari sesuatu ilmu, mendapatkan sesuatu ilmu itu. Janganlah kita biasakan diri kita mempelajari ilmu sekadar menjadi orang yang hanya mendengar sahaja tetapi kita tidak berusaha untuk cuba mengamalkannya.

Imam Malik Rahimahullahu Ta'ala mengatakan " Jangan sampai kamu mempelajari ilmu sampai kamu memudaratkan amal ibadah kamu. Tidak bangun malam bertahajjud, tidak berzikir, tidak berpuasa, tidak berjemaah dan sebagainya dikeranakan kamu sibuk mencari ilmu. Begitu juga dengan ilmu. Jangan kamu beribadah tanpa kamu beribadah didasari dengan ilmu."

Oleh kerana itu kita stabilkan diri kita mempelajari ilmu, menuntut ilmu, menghadiri majlis ilmu tetapi dalam masa yang sama kita khususkan masa kita untuk kita beramal dengan ilmu yang kita pelajari ilmu yang kita ketahui. Sesungguhnya dengan beramal itu akan memberikan manfaat kepada urusan akhirat kita yang sebenarnya dan ilmu itu akan membantu kita untuk beramal yang akan menghidupkan hati kita yang akan membersihkan hati kita daripada sifat-sifat yang tidak baik.

#MutiaraKata[AL-HABIB KADZIM BIN JA'AFAR BIN MUHAMMAD AS-SEGGAF HAFIDZOHULLAH]

#JomKitaMuhasabahDiri 
#JomKitaMenuntutIlmu
#JomKitaMengamalkanIlmu
#JomKitaMengimarahkanRumahAllah
#JomKitaSolatBerjemaah
#JomKitaHadiriMajlisIlmu
#JomKitaMendekatkanDiriKepadaParaUlamaDanParaSolihin
#MelihatParaUlamaDanParaSolihinUbatBagiHati
#MaafAdaPenambahanPenguranganPerubahanDanKesilapanAyatDalamPenulisan
#SalingIngatMengingatkan
#SemogaMendatangkanManfaatBuatDiriSayaDanKepadaSemuaYangMembacanya

No comments:

Post a Comment