Monday, November 16, 2015

DIRIKANLAH SOLAT JAGALAH NIKMAT ISLAM INI BAIK-BAIK J

DIRIKANLAH SOLAT JAGALAH NIKMAT ISLAM INI BAIK-BAIK JANGAN KITA JADI ORANG ISLAM YANG HANYA ISLAM DI DALAM I/C SAHAJA YANG AKAN RUGI DUNIA DAN AKHIRAT YANG SOMBONG TAK NAK MINTA PETUNJUK DARIPADA ALLAH TA'ALA WAJIB SEHARI SEMALAM 17 KALI SEKURANG-KURANGNYA

JOM KITA BERUSAHA MENJAGA IBADAH SOLAT KITA DENGAN KITA BERUSAHA MENDIRIKANNYA SECARA BERJEMAAH DI MASJID/SURAU AGAR KITA DAPAT MENJIWAI ROH KEPADA SOLAT YAKNI KHUSYUK

SESUNGGUHNYA BERJEMAAH ITU LEBIH BAIK DARIPADA BERSENDIRIAN MENDAPATKAN GANJARAN 27 KALI GANDA RUGI SUNGGUH KALAU KITA SIA-SIAKANNYA SETIAP WAKTU SOLAT KITA TIDAK BERJEMAAH

Di dalam surah fatihah ada pembuka dan penutup. Di dalamnya ada doa iaitu ketika "IHDINASSIRAATAL MUSTAQIIM." Suratul Fatihah ini memberikan suatu petunjuk kepada kita.[ Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad] Raja ini sebelum kita memohon sebelum kita meminta Raja ini kena puji. Puji-pujian kepada Raja Segala Raja ialah Allah سبحانه  وتعالى "Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Alhamdullilahi Rabbil Aalamiin. Arrahmaanir Rahim. Maaliki Yau Middiin. Iyyaka Na'Budu Wa Iyyaka Nasta'Iin."

Ayat ini dia baru pujian minta tak lagi.
[Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad] Permintaan hanya di ayat "Ihdinassiraatal Mustaqiim" Permintaan di sini. Ini yang paling penting sekali kerana suratul fatihah doanya hanya di situ sahaja "Ihdinassiraatal Mustaqiim" [Wahai Tuhan tunjukkan kami jalan yang lurus] [Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad]

Jalan yang lurus itu jalan yang macam mana? Siraatal Mustaqiim iaitu jalan yang Engkau memberi nikmat kepada mereka. Nikmat apa yang paling besar sekali? Nikmat petunjuk.[Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad] Siapa yang mendapat petunjuk? Allah menjelaskan mereka yang mendapat petunjuk hanya 4 golongan iaitu

1)Para Nabi
2)Para Siddiqin
3)Para Syuhada
4)Para Solihin

Selain daripada 4 golongan ini bukan golongan yang mendapat petunjuk. Tuan-tuan jalan mana yang kita semua tak mahu? Iaitu jalan mereka yang dimurkai Allah iaitu orang-orang yahudi dan bukan pula jalan mereka yang sesat iaitu orang-orang nasrani. [Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad]. Tuan-tuan jadi apa dia "Siraatal Mustaqiim" ini? Siraatal Mustaqiim adalah AGAMA kita ISLAM.

Maknanya berada di atas landasan agama adalah yang paling penting sekali. [Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad] Nak jadi Islam ini dengan beberapa cara. Yang pertama adalah dengan mengucap dua kalimah syahadah. Yang kedua menjadi Islam sebab mak ayah kita Islam jadi secara automatik kita telah pun menjadi muslim sebab mak ayah kita Islam. Maknanya begitu mudah untuk seseorang itu menjadi Islam.

Tuan-tuan [Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad]. Di antara nikmat yang paling besar Allah kurniakan kepada kita ialah kita semua sudah jadi Islam secara automatik. Akan tetapi ianya masih menjadi suatu KEWAJIBAN untuk kita semua MEMINTA PETUNJUK daripada Allah سبحانه  وتعالى untuk berada di atas jalan agama-Nya.

Allah سبحانه  وتعالى wajibkan kita untuk berdoa setiap kali kita sembahyang 17 KALI SEHARI SEMALAM kita kena berdoa "IHDINASSIRAATAL MUSTAQIIM"
[Tuhan tunjukkan kami jalan yang lurus] sebab sekalipun kita dah pun duduk dalam Islam tapi ramai tak di luar sana orang yang agamanya agama Islam tapi dia tak duduk di atas agama? Banyak!!!!!!!

Namanya sahaja Islam tetapi praktikal hidupnya tidak menunjukkan dia itu Islam. Bermakna Islam ini kena selalu minta bukan semestinya orang itu sudah pun agamanya agama Islam dia sudah pasti dia akan duduk dalam landasan agama Islam. [Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad]. Yang paling mendukacitakan yang paling menyedihkan sekali ialah orang Islam tapi dia tak minta ditunjuk kepada Islam.

Siapa itu?Orang yang TAK SOLAT. Dia Islam tapi tak minta untuk duduk di atas landasan agama Islam. Rugi sungguh orang yang tak sembahyang. Sembahyang ini pasai apa Nabi ﷺ kata tiang agama? Sebab minta ini "Ihdinnassiraatal Mustaqiim". Nabi ﷺ kata "Sembahyang itu tiang kepada agama. Barangsiapa yang mendirikan sembahyang bererti dia telah mendirikan agama. Dan barangsiapa yang meninggalkan sembahyang bererti dia telah meruntuhkan agamanya." [Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad]

Perbezaan di antara seorang Islam dengan seorang yang bukan Islam ialah pada MENDIRIKAN SOLAT. Mendirikan bukan bermakna kita solat sekadar cukup syarat nak tunaikan kewajiban kita sahaja tapi mendirikan solat yang ada "roh".

Apa dia roh kepada solat? Roh kepada solat adalah khusyuk. Apa makna khusyuk? Khusyuk bermakna penghayatan. Kita menghayati solat yang kita dirikan itu maknanya khusyuk. [Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad]. Hari ini kita lihat ramai daripada kita yang sembahyang tapi dalam fikirannya dalam hatinya masih fikirkan dunia. Dunia ini kita ambil takat kita perlu sahaja jangan ambil lebih.

Kalau kita ambil lebih sampai boleh menganggu ibadah kita pada Allah itu yang bahaya. Kita tengok ramai orang yang bekerja yang berniaga dan sebagainya. Bila masuk waktu solat azan bang je kadang-kadang masjid pun tak jumpa. Pasai apa? Pasai dalam hati dia kerja lebih besar daripada Allah. Duit lebih besar daripada Allah. Customer lebih besar daripada Allah. Client lebih besar daripada Allah. [Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhamamd].

Itu kalau yang berniaga di pasar malam itu. Cuba tuan-tuan pergi buat survey tanya dah solat ke belum? Majority pasti akan kata tak solat lagi tak ada masa tak dan sebab waktu maghrib itulah orang pakat mari ramai. Last-last solat pun tak sebab fikir customer mari ramai tak cukup tangan. Padahal yang kasi rezeki itu siapa? Allah!!!! Duit, harta kekayaan kita semua yang kita ada sekarang ini siapa kasi? Kita minta dari Allah, kita dapat rezeki dari Allah tapi kita tak sembahyang, kita tak jaga sembahyang kita, kita tak tunaikan apa yang Allah perintahkan kepada kita. Manusia macam apa kita ini? Malu kita dengan Allah.

[Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad]. Kita nak dapatkan khusyuk ini bukan sesuatu yang mudah. Tak ada siapa yang boleh kasi khusyuk ini kecuali Allah yang kasi tapi kita boleh usahakan untuk kita nak dapatkan khusyuk dengan mula-mula kita jaga waktu pertama sekali sebelum sembahyang kita nak ambil wudhuk. Jangan kita ambil air sembahyang dalam keadaan kita bertelanjang ataupun dalam keadaan yang kurang sopan sebab kita sembahyang dalam keadaan telanjang ke? Tak kan!!

Jadi dengan kita menjaga waktu kita nak ambil air sembahyang ini akan mempengaruhi khusyuk kita di dalam solat. Kemudian kita kena usahakan untuk selalu solat berjemaah di masjid/surau sebab kalau kita solat sendirian ini lagi mudah syaitan nak kacau kita.

Kita nak dapatkan khusyuk dalam solat ini nak ada roh ini lagi payah kalau hati kita sendiri tak kuat. Pasai itu kita dituntut untuk selalu solat berjemaah sebab dengan berjemaah ianya akan membantu kita menguatkan hati kita dan akan mendorong kita untuk lebih khusyuk dalam sembahyang sebab wirid, zikir dan doa kita lebih tersusun dan terjaga. [Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhamamd]

Akan tetapi kalau kita sembahyang seorang diri kadang-kadang wirid, zikir lepas sembahyang pun kita tak baca sebab kita tak menghayati makna MENDIRIKAN SOLAT itu makna bersama dengan Allah. Kalau selagi dalam diri kita rasa DUNIA lebih besar daripada ALLAH maka selagi itu kita tak akan khusyuk.[ Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad]

#MutiaraKata[SYEIKH MUHD ZAINUL ASRI HJ.MOHD ROMLI HAFIDZOHULLAH]

#JomKitaMuhasabahDiri
#JomKitaMendirikanSolat
#BagiYangTakSolatItuJomKitaSamasamaMendirikanSolat
#JomKitaUsahakanUntukSolatBerjemaahWalaupunSekaliSehariUntukPermulaanLepasItuTambahSikitSikit
#JomKitaBerusahaMenjagaSolatSubuhDanIsyakBerjemaahSetiapHari
#JomKitaMengimarahkanRumahAllah
#JomKitaMenghadiriMajlisIlmu
#JomKitaMendekatkanDiriKepadaParaUlamaDanParaSolihin
#MelihatParaUlamaDanParaSolihinUbatBagiHati
#MaafAdaPenambahanPenguranganPerubahanDanKesilapanAyatDalamPenulisan
#SalingIngatMengingatkan
#SemogaMendatangkanManfaatBuatDiriSayaDanSemuaYangMembacanya

No comments:

Post a Comment