Friday, November 20, 2015

AKHLAK ITU SEPERTIMANA ILMU MEMPUNYAI SANAD

AKHLAK ITU SEPERTIMANA ILMU MEMPUNYAI SANAD YANG BERSAMBUNG KEPADA RASULULLAH ﷺ. DEMIKIAN JUGA DENGAN AKHLAK IANYA MESTILAH BERSAMBUNG SEHINGGA KEPADA RASULULLAH ﷺ.

SETIAP MANUSIA BERPOTENSI UNTUK MENDAPATKAN, MENYERLAHKAN AKHLAK YANG MULIA YANG TERPENDAM DI DALAM DIRINYA DENGAN SYARAT IANYA PERLULAH MELALUI PROSES TARBIAH, PROSES TAZKIAH, PROSES MEMPELAJARI AKHLAK YANG MULIA DENGAN MEMPELAJARI SIRAH NABI MUHAMMAD ﷺ, MELIHAT KEPADA GURU ORANG-ORANG YANG BERAKHLAK

LIHATLAH SEKELILING KITA DENGAN SIAPA KITA BERGAUL, BERSAHABAT ITU SEMUA AKAN MEMPENGARUHI KEPADA AKHLAK KITA DAN AGAMA KITA. OLEH ITU BERSAHABATLAH DENGAN ORANG-ORANG YANG BERAKHLAK YANG HATINYA MENGINGATI KEPADA ALLAH DAN BAGINDA RASULULLAH

Nabi Muhammad ﷺ peribadinya dihiasi oleh Allah dengan pelbagai-bagai macam akhlak yang mulia dan Nabi Muhammad ﷺ diutuskan oleh Allah سبحانه  وتعالى di atas muka bumi ini adalah sebagai penyempurna kepada akhlak yang mulia. Di dalam hadis Nabi ﷺ bersabda "Hanyasanya aku diutuskan oleh Allah سبحانه  وتعالى adalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.

Maka Ulama mengatakan daripada hadis tersebit Nabi ﷺ menjelaskan watak Nabi ﷺ, tugas Nabi ﷺ sebagai penyempurna kepada akhlak yang mulia.Apakah maksud penyempurna? Hadis tersebut tidak mengatakan " Aku diutus untuk mencipta akhlak yang mulia ataupun untuk mengenalkan akhlak yang mulia ataupun untuk memperkenalkan perkara yang baru iaitu akhlak yang mulia." Tidak!!!!!

Nabi ﷺ tidak mencetuskan sesuatu yang baru tetapi ianya penyempurnaan kepada sesuatu yang sudah ada tetapi tidak lengkap maka Nabi ﷺ diutus untuk melengkapi perkara tersebut. Di manakah akhlak mulia tersebut? Di manakah tempatnya? Iaitu ianya berada di setiap diri mukmin. Setiap manusia, mereka sudah mempunyai potensi dan kapasiti yang Allah سبحانه  وتعالى ciptakan sejak kelahirannya.

Yang dilahirkan di atas fitrah seumpama selembar kain yang putih mereka semua tumbuh dan masing-masing berpotensi untuk menjadi akhlak yang mulia. Setiap manusia berpotensi untuk mencapai kepada akhlak seperti akhlaknya Nabi Muhammad ﷺ.

Tidak ada seorang pun yang boleh mengatakan "Hah!!!Itu Nabi Muhammad ﷺ. Hah!! Itu Kekasih Allah. Itu manusia tinggi, manusia yang luar biasa." Tidak!!!!!!!
Ketahuilah setiap akhlak yang dipamerkan oleh Rasulullah ﷺ maka setiap manusia itu mempunyai kekuatan dan juga kemampuan potensi yang sedia ada di dalam dirinya untuk mencapai kepada akhlak mulia tersebut.

Akan tetapi, ianya perlulah dilalui dengan proses TARBIAH dengan proses TAZKIAH dengan proses MEMPELAJARI ILMU berkaitan akhlak yang mulia dengan MEMPELAJARI SIRAH NABI MUHAMMAD ﷺ, SIRAH PARA SAHABAT dengan MELIHAT GURU yang berakhlak maka kita ambil ILMU bersama dengan ADAB dan juga AKHLAK.

Akhlak itu diwariskan daripada guru kepada anak muridnya daripada ibu bapa kepada anak-anaknya daripada orang-orang tua kepada orang-orang mudanya. Demikian bagaimana akhlak. Akhlak itu juga sepertimana ilmu mempunyai sanadnya, salasilahnya yang bersambung kepada Rasulullah ﷺ. Demikian akhlak itu mempunyai salasilahnya.

Kita melihat kepada akhlaj guru kita. Guru kita melihat akhlak gurunya pula. Gurunya itu melihat akhlak kepada gurunya dan akhlak itu terus bersambungan melihat dan terus melihat sehingga kepada Rasulullah ﷺ maka dengan kita mempelajari sirah Nabi Muhammad ﷺ, sirah Para Sahabat , mempelajari kisah-kisah orang-orang yang berakhlak mulia dalam apa sahaja sifat baik itu di dalam sifat tawadhuk, dalam sifat sabar, dalam sifat syukur, dalam sifat yakin, dalam sifat tawakal, dalam sifat redha, dalam sifat bersangka baik hatta apa sahaja sifat yang berkaitan dengan diri peribadi manusia.

Maka apabila kita mempelajari sirah ataupun sejarah biografi orang-orang yang mempunyai akhlak tersebut. Kita lihat bagaimana interaksi mereka kepada manusia. Kita lihat bagaimana tindak tanduk mereka. Bagaimana mereka membawa diri mereka berinteraksi dan juga bermuamalah sesama manusia maka di situ akan membuka sedikit demi sedikit PASSWORD yang ada di dalam diri kita.

Yang pada asalnya ianya TERKUNCI. Kekadang kita tidak tahu rupanya ada akhlak mulia di dalam diri kita yang boleh kita serlahkan yang boleh kita pamerkan tetapi ianya TERPENDAM. Apabila ianya TERPENDAM tidak dimasukkan PASSWORD yang betul maka apa yang terjadi di sini kadang-kala apa yang dipamerkan adalah kelakuan buruk kepad manusia, sangkaan yang buruk, akhlak yang buruk, layanan yang buruk kepada manusia.

Akan tetapi sekiranya ianya berjaya dikeluarkan, digilap dan dimasukkan PASSWORD yang betul maka AKHLAK MULIA yang terpendam di dalam diri manusia itu ianya akan sedikit demi sedikit akan terserlah dan terus terserlah. Demikianlah bagaimana kita mentarbiah dan mendidik diri kita dan anak-anak kita.

Semua manusia itu berpotensi daripada kecil lagi untuk menyerlahkan akhlaknya sebab itu Nabi ﷺ memberikan panduan kepada kita bahawa masing-masing lahir di atas fitrah. Fitrah itu maksudnya kita semua mampu untuk tumbuh menjadi manusia yang sempurna yang memiliki akhlak yang sempurna yang paling mulia.

Akan tetapi yang akan mempengaruhinya untuk terus tumbuh dengan subur adalah

1)Ibu bapanya. Baginda Rasulullah ﷺ mengatakan " Ibu bapalah yang akan mewarnai yang akan mencorakkan kain lembaran putih tersebut yakni yang akan mewarnai dan mencorakkan akhlak anak-anaknya." Bagaimana cara tarbiah dan didikan ibu bapa kepada anak-anaknya itu yang akan menentukannya.

2)Keadaan sekeliling dan suasananya . Bagaimana pengaruh sekelilingnya memberikan kesan terhadap pengaruh dan juga impak kepada seseorang. Dirinya tumbuh membesar dalam suasana yang bagaimana? Dia membesar dalam suasana sekeliling yang bagaimana itu yang akan memberi kesan dan juga pengaruh.

Demikian sebagai ibu bapa perlu sentiasa melihat dan memantau keadaan anak-anaknya. Dengan siapakah dia bersahabat? Siapakah sahabat-sahabatnya? Di sekeliling siapa sahabat-sahabatnya? Kerana sahabat-sahabatnya adalah sekeliling. Bagaimana akhlak sahabatnya? Bagaimana keadaan agama sahabatnya?

Semua itu akan memberi pengaruh kepada anak-anak kita. Begitu jugalah dengan keadaan diri kita ini. Dengan siapa kita bersahabat? Dengan siapa kita selalu duduk dan berborak bersama? Semua itu akan memberikan pengaruh dalam dalam kehidupan kita terutama sekali kepada agama kita.

#MutiaraKata[USTAZ IQBAL ZAIN AL-JAUHARI HAFIDZOHULLAH]

#JomKitaMuhasabahDiri
#JomKitaBerubahBerhijrah
#JomKitaLakukanAmalKebaikan
#JomKitaSalingNasihatMenasihati
#JomKitaMengimarahkanRumahAllah
#JomKitaSolatBerjemaah
#JomKitaHadiriMajlisIlmu
#JomKitaMendekatkanDiriKepadaParaUlamaDanParaSolihin
#CarilahMurobbiDampingiMereka
#MencontohiAdabDanAkhlakMereka
#MelihatParaUlamaDanParaSolihinUbatBagiHati
#MaafAdaPenambahanPenguranganPerubahanDanKesilapanAyatDalamPenulisan
#SalingIngatMengingatkan
#SemogaMemberikanManfaatKepadaKitaSemua

No comments:

Post a Comment