Monday, November 16, 2015

USAHAKAN UNTUK BANGUN BERIBADAT DI WAKTU MALAM SETIAP HARI

USAHAKAN UNTUK BANGUN BERIBADAT DI WAKTU MALAM SETIAP HARI WALAUPUN HANYA UNTUK MENUNAIKAN SOLAT SUNAT 2 RAKAAT SAHAJA KERANA WAKTU SEPERTIGA MALAM INI ADALAH SUATU WAKTU YANG TERSANGAT ISTIMEWA BAGI SEORANG HAMBA BERSAMA DENGAN TUHANNYA

ORANG-ORANG YANG MENGETAHUI DAN TELAH PUN MERASAKAN KELAZATANNYA MAKA MEREKA MENGATAKAN TIDAK ADA SUATU WAKTU YANG LEBIH MEREKA SUKAI YANG LEBIH DICINTAI MELAINKAN SETELAH TIBANYA WAKTU MALAM DAN TIADA WAKTU YANG LEBIH MENYEDIHKAN APABILA TERBITNYA FAJAR

SESUNGGUHYA ILMU ITU ADALAH UNTUK DIAMALKAN. TERAMAT RUGILAH BAGI MEREKA YANG MENGETAHUI TETAPI TIDAK MENGAMALKAN APA YANG MEREKA KETAHUI.

Imam Al-Ghazali Rahimahullahu Ta'ala mengatakan "Seandainya ilmu semata-mata itu cukup bagi engkau dan tidak perlu kepada amalan maka tidak ada faedahnya seruan suci di tengah malam." Imam Al-Ghazali ingin mengesa kepada para penuntut ilmu untuk mereka mengamalkan ilmu yang mereka perolehi.

Di antara amalan ke atas ilmu tersebut adalah ilmu mengenai kelebihan fadhilat solat malam qiamullai, ilmu mengenai bagaimana Nabi ﷺ bertahajjud sampai bengkak-bengkak kakinya sehingga Saidatina Aisyah Radhiyallahu'Anha bertanya "Ya Rasulullah. Bukankah engkau ini telah diampunkan Allah dosa-dosa mu yang telah lepas dan dosa-dosa mu yang akan datang? Mengapa kamu perlu beribadah kepada Allah pada malam-malam sebegini sehingga bengkak-bengkak kakimu?"

Maka Rasulullah ﷺ mengatakan "Bukankah aku ini ingin menjadi hamba yang bersyukur kepada Allah سبحانه  وتعالى." Demikian keadaan manusia yang dicintai oleh Allah  سبحانه  وتعالى yang dijamin Syurga oleh Allah سبحانه  وتعالى Penghulu kepada seluruh manusia tetapi Baginda Rasulullah ﷺ yang dosanya telah pun diampunkan yang maksum tetapi beristighfar kepada Allah setiap hari tidak kurang daripada 70 kali.

Di dalam hadis Rasulullah ﷺ mengatakan " Pada akhir malam. Allah سبحانه  وتعالى turun ke langit dunia setiap malam seraya menyerukan "Barangsiapa yang berdoa kepada-Ku nescaya Aku akan mengabulkannya. Barangsiapa yang meminta kepada-Ku nescaya Aku akan memberikannya. Dan barangsiapa yang memohon keampunan kepada-Ku nescaya Aku akan mengampuninya."

Oleh kerana itu bagi mereka orang-orang soleh. Mereka akan berusaha supaya tidak meninggalkan solat malam qiamuallai. Ulama mengatakan " Waktu malam qiamuallai adalah perjalanan orang-orang soleh." Kerana apa? Kerana orang-orang soleh mereka menginginkan suatu bentuk hubungan yang intim yang di dalamnya bermunajat kepada Allah yang di dalamnya berbisik-bisik dengan Allah yang di dalamnya dia menangis di hadapan Allah menyesal di atas segala dosa-dosa, kesalahan dan kelalaian yang dilakukan.

Mereka merasakan ini merupakan suatu waktu yang bernilai yang mahal di sisi Allah سبحانه  وتعالى yang mana ianya adalah kurniaan yang besar daripada Allah سبحانه  وتعالى kerana waktu malam adalah suatu waktu yang ramai manusia sedang sedap lena dalam tidurnya. Jadi mereka yang terjaga di waktu malam yang dipilih oleh Allah سبحانه  وتعالى untuk solat malam ini merupakan suatu nikmat yang begitu besar.

Saidina Abdullah Ibnu Salam Radhiyallahu'Anhu mengatakan "Pada waktu pertama sekali Rasulullah ﷺ datang ke Madinah. Hadis yang pertama yang aku dengar daripada Rasulullah ﷺ adalah " Wahai sekalian manusia. Hendaklah kamu sebarkan salam, hendaklah kamu menjamu dengan memberi makan kepada orang, hendaklah kamu hubungkan silaturrahim dan hendaklah kalian sembahyang pada waktu malam ketika orang-orang sedang tidur nescaya kalian akan masuk ke dalam Syurga dengan selamat sejahtera."

Ulama mengatakan " Mereka yang dapat bangun malam kedinginan malam itu akan lebih memberi kesan impak yang kuat kepada rohaninya kepada batinnya. Bagaimana kita ingin cepat bermusyahadah? Hati kita bermusyahadah menyaksikan Allah maka dengan bangun malam solat malam yang mana ianya lebih hampir kepada keikhlasan ianya akan menzahirkan keabdian seorang hamba kepada Rabb-Nya yang mana ianya akan membantu seseorang itu untuk menghidupkan hatinya bercahaya hatinya."

Di dalam hadis Rasulullah ﷺ mengatakan " Ada 3 macam suara yang dicintai oleh Allah iaitu

1)Suara ayam jantan yang berkokok

2)Suara orang yang membaca Al-Quran

3)Suara orang yang beristighfar di waktu sahur.

Dan Sufyan As-Sauri Rahimahullahu Ta'ala mengatakan " Sesungguhnya Allah سبحانه  وتعالى telah menciptakan satu angin yang berhembus di waktu sahur untuk membawa zikir dan istighfar kepada Tuhan Raja Yang Maha Perkasa. Dan beliau berkata lagi " Apabila bermula malam maka memanggillah suatu pemanggil(Malaikat) daripada bawah Arasy "Hendaklah bangkit Para Abidin yakni orang-orang yang banyak beribadat. Maka mereka pun bangkit dan terus bersembahyang dengan sembahyang yang banyak.

Dan apabila sudah berlalu separuh malam maka memanggil pula suatu pemanggil (Malaikat) " Hendaklah bangkit Para Qanitin yakni orang-orang yang bersungguh-sungguh dalam ibadat. Maka mereka pun bangkit dan terus bersembahyang sehingga sampai ke waktu sahur.

Dan apabila datang waktu sahur maka memanggil pula suatu pemanggil(Malaikat) " Hendaklah bangkit Para Mustaghfirin yakni orang-orang yang mahu beristighfar. Lalu mereka pun bangkit dan terus beristighfar.

Dan apabila fajar sudah naik menyinsing maka memanggilah oleh suatu pemanggil (Malaikat) " Hendaklah bangkit golongan Ghafilin yakni orang-orang yang lalai. Lalu mereka pun bangkit daripada hamparan mereka laksana orang mati yang dibangkitkan daripada kubur mereka. Sungguh rugi mereka yang berada dalam golongan ini."

Sebagaimana yang diwasiatkan oleh Lukman Al-Hakim kepada anaknya yang mengatakan " Wahai anakku yang tercinta. Janganlah sampai ayam jantan itu lebih bijak daripada engkau. Ia berkokok di waktu sahur mengejutkan orang untuk bangun sembahyang sedangkan engkau masih tidur lagi."

Bagaimana seorang yang mendakwa cinta kepada Allah سبحانه  وتعالى tapi dia tinggalkan waktu malam yang Allah سبحانه  وتعالى inginkan suatu bentuk keintiman bersama dengan hamba-hamba-Nya. Oleh kerana itu, kita perlulah untuk berusaha bangun malam qiamuallai. Biarpun kita hanya bangun untuk solat 2 rakaat sahaja kerana sesuatu yang disukai oleh Allah  سبحانه  وتعالى adalah amalan yang sedikit tetapi ianya istiqomah daripada kita melakukan banyak amalan pada hari ini tetapi selepas itu kita tinggalkan sedikit demi sedikit disebabkan kita tak mampu untuk melaksanakannya.

#MutiaraKata[AL-FADHIL USTAZ IQBAL ZAIN AL-JAUHARI HAFIDZOHULLAH]

#JomKitaMuhasabahDiri
#JomKitaNiatkanBangunMalam
#JomKitaBeramalDenganIlmu
#SemogaKitaDapatMerasaiDikurniakanKelazatanDiDalamBeribadat
#MaafAdaPenambahanPenguranganPerubahanDanKesilapanAyatDalamPenulisan
#SalingIngatMengingatkan
#SemogaMendatangkanManfaatBuatDiriSayaDanSemuaYangMembacanya

No comments:

Post a Comment